KAMI GENG SUKA IKAN KELI

PAGAR IKAN KELI



KISAH PAKU DI PAGAR

Di satu ketika..ada seorang pemuda yang berperangai agak buruk. Sikapnya suka mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan orang lain dan sentiasa menganggap diri sahaja yang betul.

Sehinggalah satu hari sang ayah memberi dia sekantung uncang yang penuh paku, dan menyuruh memaku satu batang paku di pagar pekarangan setiap kali dia hilang kesabarannya atau berselisih paham dengan orang lain. Hari pertama dia memaku 37 batang di pagar. Pada minggu-minggu berikutnya dia belajar untuk menahan diri, dan jumlah paku yang dipakukan berkurang dari hari ke hari. Pemuda itu cuba menahan diri daripada memaku di pagar.

Akhirnya tiba hari ketika pemuda itu tidak lagi memaku sebatang paku pun dan dengan gembira disampaikannya hal itu kepada ayahnya. Ayahnya kemudian menyuruhnya mencabut sebatang paku dari pagar setiap kali bila dia berhasil menahan diri dan bersabar.

Hari-hari berlalu dan akhirnya tiba harinya dia menyampaikan kepada ayahnya bahawa semua paku sudah dicabut dari pagar. Sang ayah membawa anaknya ke pagar dan berkata: “Anakku, kamu sudah baik, tetapi cuba lihat betapa banyak lubang yang ada di pagar. Pagar ini tidak akan kembali seperti semula.”

Demikianlah saat kita menghamburkan kata-kata yang menyakitkan ketika sedang marah atau saat kita menghina dan memperkecilkan orang lain.Walaupun kita telah meminta maaf selepas itu..sakit dan kesan pedih dari kata-kata itu tetap ada di hati mereka.Luka akibat ucapan sama seperti luka di tubuh.Walaupun sembuh,parut tetap ada.

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam (HR. Bukhori dan Muslim)

62 comments:

sayangsayangibu said...

penuh dengan simbolik cara si ayah mengajar anak kan?

yott said...

parut tu ttp ada sampai bila2..

iniialahaku said...

hurm..teknik pngajaran yg bgus sklai..

KELI OH KELI said...

sayangsayangibu:

ya..benar.semua ayah ingin mendidik anaknya secara tersurat atau tersirat.

thomas said...

tapi jaga2 duri ikan keli pada pagar tu,he!he!

Mohd Ammar said...

satu perkongsian artikel yang sangat menarik,
tahniah azam!!

KELI OH KELI said...

yott:

walaupun sembuh..parut tetap tampak di mata.

KELI OH KELI said...

iniialahaku:

pengajaran yg menjadi iktibar berguna pada sang anak.

KELI OH KELI said...

thomas:

hehehe..ok boss.kalau kena bisa tue....

KELI OH KELI said...

Ammar:

tq sahabat! selamat bertugas nooo...

Ask said...

Salam..
Wah! kisah paku jugak ek..
hehe~ nice entri =)

LovEmoNEy said...

zaman sekarang tak boleh guna cara gtu...
kena ckap terus and terang

z said...

penuh makna... =)

zul permatang badak said...

...Besar betul mulut ikan keli kat pagar tu....ada guna tu....nanti tuan posmen bolih letak surat....kreatif betul.....

Solihin Zubir said...

kiasan yang bagus oleh sang ayah..
moga2 kita terpelihara drp nafsu amarah...

KELI OH KELI said...

Ask:

kebetulan ya..hehe.

KELI OH KELI said...

LovEmoNEy:

betul juga kata anda...rosak la pagar ya...ya..sound direct..loud n clear...tapi jgn sampai parut ya... :)

KELI OH KELI said...

z:

org penang kata camdek kuat tu... :P

KELI OH KELI said...

zul permatang badak:

hahaha...betoi bro...x perasan pulak saya..

muaz_kkgp said...

luka di tangan nampak darahnya...luka di hati siapa yng tahu...
camdek tu apa ye?

KELI OH KELI said...

Solihin Zubir:

ya moga2 kita selalu terpelihara dari amarah..yg x pernah menguntungkan.

KELI OH KELI said...

Muaz :

camdek tu macam sinis/perli... :)

Rina Azam said...

ya ..terlajak kata buruk padahnya.. bawa hingga akhirnya..kdg2 manusia tak sedar yang dia sebenarnya mengguris perasaan seseorang..

KELI OH KELI said...

Rina:

forgive n forget sometimes the best policy!

muazlumut said...

dapat ilmu baru,terima kasih.
camdek....

KELI OH KELI said...

muaz:

hahaha...x adalah besar mana pun ilmu tu...bahasa pasar org penang.

Ieqa Swetluv said...

ika pena terbaca kisah camni.. sebab itulah org kata, kalau kita buat salah pada Allah, ianya lebih mudah memohon keampunan dan taubat nasuha kepada-NYA kerana Allah maha pemurah, maha pengasih lagi maha pengampun pada hamba2nya.. tetapi jika kita berdosa pada manusia, agak sukar meminta kemaafan itu kerana parut pada hati akan kekal selama2nya, kecuali pada hamba yang tinggi iman di hatinya =)

KELI OH KELI said...

Ieqa Swetluv:

ya benar...yang vertikal(habluminallah) dan yang horizontal(habluminannas) dua2 kena jaga elok2..

redzuan said...

penuh dgn mkna yg tersirat :) nice sharing, mmg kisah yg boleh didkn renungn wat kita semua.

10 MODEL KERETA KONSEP MASA DEPAN

KELI OH KELI said...

redzuan:

sama2...wah 10 model kereta masa depan?sat nk usyar!!

AISHA INANI said...

wow!
such a nice story...
jadi sama2 la menjaga hati org lain.. hee!

KELI OH KELI said...

AISHA INANI:

ya..kita jaga hati org...semoga kita dapat yg serupa... :)

Hanis Azla said...

parut yang takkan hilang dan akan kekal di hati itu tentunya meninggalkan kesan yg mendalam buat diri seseorang.. so, sama2lah kita menjaga percakapan kita, agar tiada hati yg terluka dan lebih teruk lagi berparut pula nntnya..

Hang Keli said...

insaf2~

KELI OH KELI said...

Hanis Azla:

ya benar kata Pn Hanis...terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata mmg payah.

KELI OH KELI said...

Hang Keli:

salam bro...lama x nampak..bz ya?

Yuni Aisyah said...

perkongsian yg menarik....sungguh mendalam entry nie..

KELI OH KELI said...

Yuni Aisyah:

terima kasih juga kerana sudi singgah...terima kasih juga pada kawan2 yg selalu komen..

akubest501 said...

satu dlm berjuta-juta ni.....tahniah keli...

Amira Naddia said...

lau bapak aku xde nk ajo camtu..aku nie degil. ayah rotan je on da spot. hasilnye aku kini anak yg baik dan bijak! ^^

CekWa said...

begitulah pentingnya menjaga kesabaran

KELI OH KELI said...

akubest501:

terima kasih saudara..terima kasih.

KELI OH KELI said...

Amira Naddia:

ya semestinya kamu seorang yang baik dan bijak..alhamdulillah.

KELI OH KELI said...

CekWa:

InsyaAllah..sabar itu separuh dari iman.

Cempakamelati said...

Saya setuju. Ada beberapa orang pernah menyakiti hati saya. Dia telah meminta maaf diatas kesalahannya. memang saya dah maafkan dia, tapi suasana sudah tak boleh seperti dulu kerana saya sangat terluka dengan perbuatan mereka. Walaupun luka telah baik, tapi parutnya masih ada.

KELI OH KELI said...

Cempakamelati:

biarlah..nk buat mcm mana lagi..mereka yg x sayang pada keadaan dan suasana bahagia itu...semestinya,suasana x akan pernah sama pada yg pernah melukakan hati kita...selamat tinggal pada yg melukakan...

ibuintan said...

biasanya orang yang menuturkan kata-kata dia mudah lupa apa yang dituturkannya, berbanding dengan orang yg mendengar, yang kesannya mendalam dan terpahat dalam hati

NARDtheNERD said...

hmmm.
sabar tu separah daripada iman kann?
:))

KELI OH KELI said...

ibuintan:

ya...pelanduk acapkali lupakan jerat..namun jerat senantiasa mengingati sang pelanduk mungkin.

KELI OH KELI said...

NARD:

benar..sod ba ro separuh daripada iman..kalau tiada memang "parah". :P

KONCO BLOGGY! said...

PERGH. INI SEMUA ADALAH PENGAJARAN.

ADAKAH KITE MENGAMALKANNYA?

DAN MENGAMBIL IKTIBAR?

ferra ferro said...

tersentap anak die ! tapi pandai jugak si ayah nak mengajar anak die tu . dah kata pun ayah kann3

KELI OH KELI said...

KONCO BLOGGY!:

INSHA ALLAH...

KELI OH KELI said...

ferra ferro:

ya asalkan jgn jadi ketam yg mengajar anak berjalan lurus... :)

miss nina said...

patut fikir sebelum bertindak kan?
tq kongsi2 begini

KELI OH KELI said...

miss nina:

sama2..berkongsi apa yg ada. :)

Nurul Harun said...

masih mcm dulu lg belog ni.. (;

KELI OH KELI said...

Nurul Harun:

masih seperti dulu..cuma lama Nurul menghilang ya?
:)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

bagusnya cerita ni..saya suka..teringin nak buat entri yg simbolik macam ni tapi x reti..salu cakap direct to the point jer..

KELI OH KELI said...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty:

tersirat atau tersurat sama sahaja,,,asalkan maksud itu sampai di jiwa... ")

zul permatang badak said...

sketsa pendek....norma kehidupan ia berlaku dimana sahaja malahan kita sendiri mengalaminya......sudah menjadi adat yang cantik itu dikejar mata ,yang indah itu ceria suasana.....tapi siapa menduga yang kelam itu....tersimpan permata....eh.. eerk....berseloka pula hamba,macam dahulukala....

KELI OH KELI said...

ya..acapkali kita terlupa yang ada permata di limbahan..

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails

THE OLD FREES

THE OLD FREES
There was an error in this gadget

KELI OH KELI