KAMI GENG SUKA IKAN KELI
DI SEBALIK BENGKEL
Kerja di bengkel
sememangnya memerlukan ketahanan dan kesabaran yang tinggi. Masakan tidak kerja
ini membutuhkan kesabaran dan ketahanan dalam mencari sesuap nasi. Ketika
penulis menjijak kaki di bengkel ini terasa kepanasan pada ruang kerja ini dan
menginsafi bertapa ada rakan-rakan kita di luar sana yang bekerja keras dalam
menjalani kehidupan.
Basarudin Osman, 32 tahun seorang
mekanik muda yang bekerja di Taman Kerapu, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Anak
muda yang berkelana dari Negeri Kedah ke Pulau Pinang ini juga seorang yang
mencintai dan menyayangi haiwan. Pemuda ini sering melibatkan diri dalam
event-event melibatkan haiwan yang dianjurkan sekitar Negeri Pulau Pinang.
Sememangnya Basarudin seorang yang arif dengan haiwan kerana beliau acapkali
memberi penerangan kepada orang ramai yang mengunjungi event-event berkenaan. Berpewatakan
sederhana dan bersahaja , Basarudin tenang menjawab pelbagai soalan yang
ditebak oleh orang ramai berkenaan haiwan. Pandangan sarwa orang ramai terhadap
haiwan diterangkan dengan bahasa yang mudah oleh Basarudin supaya mereka
mempunyai persepsi yang tepat terhadap haiwan.
Haiwan Peneman Di Bengkel
Haiwan yang menjadi peneman di
bengkel Basarudin ini adalah burung-burung kakaktua. Antara spesies kakaktua
yang ada di sini adalah Indian Ring Neck , Budgie, Cockatiels , Crimson Bellied
Green Cheek dan Monk. Menariknya kerana kesemua burung ini amat jinak. Burung-burung
ini juga menunjukkan emosi yang stabil kerana tidak bergaduh antara satu sama
lain walaupun berlainan spesies. Kebiasaan yang dilihat agak sukar membiarkan
burung yang berlainan spesies di atas satu “parrot stand “ yang sama
namun di sini burung-burung ini mesra antara satu sama lain walaupun berlainan
saiz. Senario yang dapat dilihat di sini adalah burung-burung kakaktua ini
bernyanyi riang, mengajuk suara dan ada yang bercakap. Keadaan yang panas tadi
seakan tidak terasa apabila melihat keletah haiwan-haiwan kesayangan Basarudin
ini.
Selain itu Basarudin juga ada
membiak burung-burung kakaktua spesies yang tertentu. Ibarat pepatah “ sambil
menyelam sambil minum air” menjelaskan secara tidak langsung aktiviti yang
bermula dengan hobi ini dapat meningkatkan pendapatan beliau. Selalunya yang
membeli burung daripada Basarudin terdiri daripada kenalan dan rakan taulan
beliau.
Rutin Harian
Antara rutin harian Basarudin
bersama burung-burung Kakaktua kesayangannya adalah memberi makan dan minum
setiap pagi. Basarudin akan memastikan makanan dan minuman akan diganti setiap
hari. Ia dilakukan demi menjaga kesihatan haiwan-haiwan yang dijaga. Seminggu
sekali juga, sangkar akan dibersihkan. Pada hari yang benar-benar panas,
Basarudin akan memandikan burung-burung ini. Ini demi menurunkan suhu badan
pada burung-burung ini supaya ia kembali selesa. Lantaran itu dapat diperhatikan
keadaan haiwan-haiwan di sini berada dalam kondusi yang amat baik. Meladeni
rutin seharian sebegini bagi yang minat seperti Basarudin bukanlah sesuatu yang
membebankan , malah mereka senang hati dan gembira melakukannya.
Haiwan Meredakan Tekanan
Menurut Basarudin setiap orang
menghadapi tekanan dan kebimbangan dalam kehidupan. Baginya cara menguruskan
tekanan dan kebimbangan dengan baik adalah dengan memelihara haiwan. Basarudin
menyatakan dengan melakukan tugas-tugas kecil seperti rutin harian mengurus
haiwan pada sesuatu masa dapat membuat tekanan dan kebimbangan lebih terkawal.
Menghabiskan masa dengan haiwan
kesayangan boleh menjadi sumber meredakan tekanan yang baik melalui persahabatan
tulus yang telah dijalinkan dengan haiwan kesayangan. Memperuntukan masa dengan
haiwan juga boleh membantu kita untuk berasa lebih baik. Adakala sewaktu sedang
bekerja dengan melihat burung Kakaktuanya mengirai-ngiraikan kepak sudah cukup
membuat Basarudin tertawa dan senang hati. Basarudin berpendapat orang yang
bercakap dengan haiwan kesayangan mereka boleh menjadikannya satu terapi yang
percuma dan mudah dalam menanggani masalah dengan lebih tenang. Haiwan boleh
menjadi peneman yang baik untuk manusia dan boleh menghalang rasa bersendirian
dalam menghadapi cabaran hidup.
Horizon Kesan Positif
Paling penting, bermain dengan
haiwan yang akan memberi manusia keyakinan diri yang boleh diaplikasikan dalam
menjalani kehidupan seharian. Ingat bahawa terdapat pelbagai cara yang haiwan
boleh mengurangkan tekanan dalam kehidupan kita setiap hari. Basarudin yang
telah 15 tahun memelihara haiwan kesayangan telah membuktikan bertapa haiwan
dapat memberi kesan yang positif dalam hidupnya. Walaupun dibebani kerja yang
memenatkan, Basarudin sentiasa tersenyum dan gembira menjalaninya. Menukilkan
kata melalui perkongsian yang bermanfaat sepanjang temubual membuktikan jelas
kesan positif andai mempunyai hobi yang sihat sebegini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ORDER SEKARANG !
PROMO PET
MENU ISTIMEWA
ENTRY POPULAR
-
Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yan...
-
Terdapat pelbagai jenis burung kakaktua. Kakaktua merupakan binatang yang sesuai dijadikan teman kerana setiap darinya mempunyai daya tari...
-
Diharap artikel ini dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan haiwan kecil ini semakin popular di...
ANDA PENGUNJUNG KE
USYAR2 SINI
Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli
CATATAN TERDAHULU
- January 2015 (2)
- October 2014 (1)
- August 2014 (1)
- July 2014 (1)
- June 2014 (2)
- January 2014 (1)
- November 2013 (1)
- October 2013 (1)
- June 2013 (1)
- April 2013 (1)
- January 2013 (2)
- October 2012 (1)
- September 2012 (1)
- March 2012 (1)
- January 2012 (1)
- November 2011 (1)
- October 2011 (1)
- September 2011 (3)
- August 2011 (2)
- July 2011 (2)
- June 2011 (3)
- May 2011 (4)
- April 2011 (3)
- March 2011 (3)
- February 2011 (4)
- January 2011 (5)
- December 2010 (4)
- November 2010 (6)
- October 2010 (7)
- September 2010 (1)
- August 2010 (11)
- July 2010 (6)
- June 2010 (6)
- May 2010 (8)
- April 2010 (10)
- March 2010 (35)
- February 2010 (2)
- January 2010 (8)
- December 2009 (22)
- October 2009 (1)
0 comments:
Post a Comment