KAMI GENG SUKA IKAN KELI

KELI JADI KUDA BELANG!!!APRIL FOOLS!!BOLEHKAH?WAJARKAH?



  • April Fools mula dirayakan sewaktu kejatuhan islam di Sepanyol.
  • Setelah berkurun lamanya Islam bertapak di Granada,Sepanyol akhirnya kerajaan itu dirampas oleh pihak Kristian.
  • Penduduk Islam berlindung di dalam rumah masing-masing ketika itu dan pihak kafir ini masih tidak berpuas hati.
  • Justeru itu,pada 1 April,mereka memperdayakan kaum muslimin dengan mengatakan telah disediakan sebuah kapal bagi orang muslimin untuk mereka berlayar keluar daripada Sepanyol dengan selamat.
  • Pada ketika orang-orang Islam membawa barangan mereka ke pelabuhan,pihak kafir ini telah menggeledah dan membakar rumah orang-orang Islam.
  • Sebelum orang Islam sempat menaiki kapal,pihak Kristian ini telah membunuh kesemuanya termasuk wanita dan kanak-kanak.
  • Keraian peristiwa berdarah ini kemudian disambut dengan riang gembira setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol malahan di seluruh dunia.

DUHAI PANTUN SI IKAN KELI




IKAN KELI DI DALAM PERIGI,
IKAN BETUK SEDANG BERMAIN,
ALANGKAH GELI HATIKU INI,
MELIHAT BELATUK MENJEMUR KAIN.

IKAN KELI TINGGALKAN LUBUK,
KERING LUBUK AIR DITIMBA,
PETI BESI DIMAKAN BUBUK,
KUCING BERTANDUK SUDAHKAH JUMPA?

IKAN KELI SI IKAN PARANG,
IKAN TENGGIRI DIMASAK PINDANG,
USAH DICACI MENANTU ORANG,
ANAK SENDIRI BELUM DIPINANG.

TAMBAT SI IKAN KELI,
TAMBAT DI KAYU SELARI,
SAHABAT TIDAK BOLEH DIBELI,
SAHABAT DATANG DENGAN SENDIRI.

KELI MASUK RUAN KELUAR,
MATAHARI MASUK BULAN KELUAR.

KENAPA IKAN KELI BOLEH HIDUP DALAM KOLAM YANG TIADA AIR?



Sebenarnya ikan Keli bukan sahaja menggunakan insang untuk bernafas tetapi juga ususnya.Di samping itu organ pernafasannya membolehkan ia menyedut udara biasa dan melepaskan udara yang tidak berguna daripada badannya.

HALIMAH JONGANG FEAT KELI JONGANG

astro prima,gigi jongang,tompel,lawak

Hanya sekadar renungan....seburuk mana makhluk itu,ia adalah ciptaan Allah swt.Seandai mencela sebenarnya kita mencela penciptanya.Sebagai manusia yang lemah,setiap daripada kita pasti ada keburukan dan kebaikan.Adalah lebih baik memperbaiki keburukan sendiri daripada sibuk memperkatakan keburukan orang.Tapi mengapa orang yang berpenyakit masih kisah tentang penyakit orang lain..?.Tidak cukup deritakah dengan kesakitan yang ditanggung?

KELI "TRANSFORMERS"

keli organik

  • Seekor ikan Keli yang boleh bertukar warna telah ditemui di Kota Bandung pada 7 March 2010.
  • Menurut pemilik ikan Keli tersebut,Encik Ali Sutoryo Wibowo(32 tahun) ikan keli itu berwarna merah jambu dan akan bertukar menjadi warna jingga apabila terkena sinaran matahari.
  • Menurutnya semasa membeli benih ikan 3 bulan yang lalu, tiada benih yang kelihatan berwarna merah jambu.

CREDITS TO PROF. ROSHADA HASHIM-THE CANVAS SYSTEM INVENTORS


  • Prof. Roshada Hashim is currently the Dean for Institute Of Post Graduate Studies,USM.
  • Her research interest is in the field of Aquaculture specializing in Fish Nutrition and Feeding Management of commercially important local freshwater fish species.
  • Prof. Roshada has contributed significantly to the development of freshwater fish culture in Malaysia, particularly in promoting the commercial production of African catfish (Clarias gariepinus) and red tilapia culture in portable canvas tanks.
  • She has also been appointed as a consultant in the field of fish nutrition for the CARE GOLDA project in Bangladesh and in private companies and government institutions locally.

PERIBAHASA ORANG MELAYU BERKENAAN IKAN KELI


  • BAGAI KELI KENA KETUK: orang yang bersungut-sungut tetapi tidak jelas apa butiran sungutannya.
  • MINTA SISIK KEPADA KELI: mengkehendaki sesuatu yang tidak akan dapat.
  • IKAN KELI DUA SELUBANG: perempuan yang mempunyai dua orang kekasih.

KIDS N CATFISH






TIPS MENGHILANGKAN BAU HANYIR IKAN KELI


  • Ambil garam kasar dan tabur pada ikan keli yang hendak disiang.Ikan Keli akan cepat mati jika terkena garam.
  • Lumurkan campuran asam jawa pada ikan yang telah disiang dan dibiarkan beberapa minit sebelum dicuci dengan air bersih.
  • Sapukan dengan limau purut dan biarkan selama 10 minit kemudian sekali lagi bersihkan dengan air biasa.
  • Kaedah yang lain yang boleh dipraktikan ialah menggunakan cuka/air beras/tepung bersama ramasan daun limau purut/daun kesum.



TIPS MENGELAK SERANGAN MEMERANG KE ATAS KOLAM TERNAKAN IKAN


Bagi seorang penternak,serangan dari memerang bukanlah perkara asing.Memerang merupakan haiwan yang mempunyai kecekapan tinggi dan licik.Berikut adalah tips -tips mengelak serangan memerang:-
  • Gunakan racun furadan.Racun ini boleh didapati di pusat-pusat nursery tanaman pokok hiasan.Racun diletakkan di dalam ikan perut ikan yang mati dan dibuat sebagai umpan.
  • Ambil cakera padat(CD) yang tidak digunakan beberapa keping dan digantung di sekitar kawasan ternakan ikan.
  • Bagi yang mempunyai senjata berlesen,buat tembakan amaran semasa memerang datang.Biasanya menurut orang-orang lama dalam bidang ini,memerang akan takut untuk kembali.
  • Pelihara angsa di sekitar kawasan ternakan.Cara ini amat berkesan dan efektif.

CERITA SERAM-ADIK NAK SERUNDING KELI???


Cik Na merupakan siswi UUM yang akan menduduki peperiksaan akhir semester. Cik Na seorang yang rajin.Boleh kata setiap malam Cik Na akan mengulangkaji.

Suatu malam, ketika Cik Na sedang membuat ulangkaji matapelajaran Statistik...tiba-tiba datang seorang makcik di tingkapnya.

"Adik nak serunding keli?" tanya makcik tersebut.

"Eh,tak apalah makcik,kenyang lagi nie,lagipun roti saya dah habis" balas Cik Na menolak dengan sopan.

Tanpa mempedulikan makcik tersebut,Cik Na terus menyambung mengulangkaji.


Seolah-olah baru tersedar dari sesuatu,Cik Na tersentak lalu terus baring di atas katilnya dan menarik selimut ketakutan.................

Dorm Cik Na di tingkat 3!!!

ASAM JAWA MEREDAKAN KESAKITAN SENGATAN IKAN KELI


  • Ambil asam jawa dan bijinya dipotong
  • Lekatkan biji asam jawa tadi pada bahagian yang disengat.
  • Kaedah ini juga sesuai diamalkan bagi mengatasi sengatan ikan berbisa yang lain.

LAWAK IKAN KELI -PENANG VERSION



Pada satu pagi minggu, Mamu Mastan beli beberapa ekoq ikan keli kat market pagi Tmn Sardon.

Bila dah sampai rumah,dia pun panggil la bini dia.

Berikut adalah perbualan mereka yg sempat dirakam:

Mamu Mastan: Oh darling….tolong siang ikan Keli ni, lepaih tu cheq buat gulai naaa kt nana.

Mami Begum:Wah sedapnya…mesti mari nana…eishhhh…tapi nana, macam mana nak siang Ikan Keli ni?? Dok hidup lagi….tergedik-gedik lagi tuu.....

Mamu Mastan: Jangan dok buat raplah jingga ,small the matter…hang rendam la ikan Keli tu dalam ayaq.

Mami Begum:Rendam dalam ayaq?buat apa nana?

Mamu Mastan:Bagi dia lemaih la!!! Apparaaaah…..

Mami Begum: Lawaknya nana!!!!! hikhik......

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI