KAMI GENG SUKA IKAN KELI

JOM NYANYI LAGU IKAN KELI



SENGAT KELI-NYANYIAN ZAIDI DAN ADIK WANI

aduh aduh abe, aduh be sakit sengoti
tarik napas panje keno tehe sengat keli

guano sakit gini lalu sengal habis sendi tule
hok ni jenis keli kayu meme sengat dio panje

aduh aduh abe, aduh be sakit sengoti
tarik napas panje keno tehe sengat keli

abe tahu sengat panje bakpo suruh adik sie
nanggung cabut tinggal lube tokleh nak okk sapa mengere

dulu gulai keli lembut adik kato puas jugok
suap tokde 3 mulut adik royat selero tadok

aduh aduh abe, aduh be sakit sengoti
tarik napas panje keno tehe sengat keli

ore royat keli bukit demo kato nyakut telajok
keno sengat pon tak sakit gulai capor daun kadok

payoh keno selero demo sabit mudoh buleh balo
tulun dengar abe kato lamo abe bini duo

aduh aduh abe, aduh be sakit sengoti
tarik napas panje keno tehe sengat keli

guano sakit gini lalu sengal habis sendi tule
hok ni jenis keli kayu meme sengat dio panje

aduh aduh abe, aduh be sakit sengoti
tarik napas panje keno tehe sengat keli

abe tahu sengat panje bakpo suruh adik sie
nanggung cabut tinggal lube tokleh nak okk sapa mengere

dulu gulai keli lembut adik kato puas jugok
suap tokde 3 mulut adik royat selero tadok

aduh aduh abe, aduh be sakit sengoti
tarik napas panje keno tehe sengat keli

walau sakit setaro mano pakat pakat cari ubat
kito hidup berumoh tanggo kalu sedak samo sedak


BON VOYAGE!BERLAYAR JAUH DENGAN SAMPAN IKAN KELI



Kambing,kubis,serigala dan SAMPAN....


Ada seorang hendak membawa seekor kambing, sebekas kubis dan seekor serigala ke seberang sungai dari darat 1 ke darat 2, tapi sampan dia boleh bawak 2 penumpang sahaja termasuklah orang tu sebagai pengemudi sampan.Di dalam satu tempat tak boleh letak dua benda yang boleh dimakan antara satu sama lain.

contoh:kambing dengan kubis. sebab kambing boleh makan kubis, macam mana orang tu nak bawak tiga-tiga ni ke seberang sungai?

Yang baik caranya ialah biarlah tepung tak selerak dan rambut tiada terputus..

Yang lebih baik caranya dalam sibuk memikirkan yang lain jangan sampai terlupa dan memakan diri..

Yang terbaik caranya dalam kehidupan adakala perlu meninggalkan sahaja sesuatu atau seseorang di "darat itu"... semoga tiada berjumpa lagi!

IKAN KELI HASIL DARIPADA BAHAN KITAR SEMULA



SEBAB APA YA ,KITA PERLU KITAR SEMULA?

Jika diajukan soalan kepada masyarakat kita pada hari ini tentang apakah itu kitar semula? Pasti ramai yang mampu menjawabnya. Bagi maksud yang lebih tepat, kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.

Namun jika ditanya kenapakah pentingnya kitar semula? Kemungkinan pelbagai jawapan yang diterima. Dengan kitar semula, kita dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau kerana penghasilan barang baru daripada bahan mentah.

Atas kesedaran inilah, banyak kempen berkaitan kitar semula telah dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Kitar semula merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan buangan pada zaman moden ini. Kemudian wujudlah slogan ’3R: Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna Semula) & Recycle (Kitar Semula)’ bagi menekankan betapa pentingnya kitar semula untuk memastikan alam sekitar kita terpelihara.


Antara bahan buangan yang boleh dikitar semula termasuklah aluminium, plastik dan surat khabar. Aluminium merupakan bahan yang boleh dikitar semula 100%. Menurut fakta, aluminium boleh digunakan semula dalam tempoh 60 hari selepas dikitar semula. Aluminium ini juga boleh dikitar semula untuk tujuan yang sama beberapa kali. Begitulah uniknya sifat aluminium. Selain itu, aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan yang baru.

Anda juga boleh mengitar semula semua bahan yang diperbuat daripada aluminium, jom kawan-kawan kita mulakan dengan tin minuman ringan...ayuh!

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI