Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?
Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang petah bercakap mengapa diam?
Hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?
Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menerjah suara dari langit tiga kali:
Hai anak Adam, engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!
Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah – dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.
Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.
Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).
Nabi s.a.w bersabda maksudnya :
“Kubur itu samaada sebuah taman Syurga ataupun sebuah lubuk api Neraka.”
(Hadis Riwayat Abu Sa’id Al-Khudri r.a)
“Saya harap rakan-rakan semua dapat membaca al-fatihah dengan niat untuk sedekahkannya kepada arwah ayah teman saya, Allahyarham Abu Hassan Bin Hasyim yang kembali ke rahmatullah pada 9 Januari 2012. Al- Fatihah...semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman"
Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit.
Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;
Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.
Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.
Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.
Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.
Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.
Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.
Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.
Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.
Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.
Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.
Jangan sekali nak cuba-cuba cium orang yang bukan 'HAK' anda!
Seorang perempuan yang sangat teringin memiliki kasut dari kulit buaya. Dia pun pergi ke sebuah kedai kasut tetapi kecewa kerana kasut kulit buaya harganya sangat mahal." Mahal sangat nie", kata perempuan itu."Kalau ingin murah pergi la tangkap buaya sendiri," kata pemilik kedai kasut.
Kecewa oleh perkataan pemilik kedai, perempuan tersebut pergi ke sebatang sungai besar di daerah tersebut sambil membawa senjata api. Beberapa saat kemudian pemilik kedai kasut datang dan kagum ketika melihat tiga ekor buaya mati bergelimpangan di tebing sungai.
Sementara itu perempuan itu kelihatan berada ditengah-tengah sungai sedang menembak senjatanya ke arah seekor buaya lain. Bunyi tembakan terdengar, kemudian perempuan tersebut menyeret buaya keempat yang baru di tembaknya ke tebing dan kemudian menyumpah, "Sial, yang ini pun tak pakai kasut."
MORAL :
Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian .
Entry kali ini adalah khas untuk abg kita saudara Abang zul yang meminta saya untuk melihat gambar di ladang KELI OH KELI.Semoga satu hari saya dapat bersua muka dengan abg zul,Adry dan saudara Muaz.Kunjungan kalian ke sini amatlah dialu-alukan.