KAMI GENG SUKA IKAN KELI

PAGAR IKAN KELI



KISAH PAKU DI PAGAR

Di satu ketika..ada seorang pemuda yang berperangai agak buruk. Sikapnya suka mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan orang lain dan sentiasa menganggap diri sahaja yang betul.

Sehinggalah satu hari sang ayah memberi dia sekantung uncang yang penuh paku, dan menyuruh memaku satu batang paku di pagar pekarangan setiap kali dia hilang kesabarannya atau berselisih paham dengan orang lain. Hari pertama dia memaku 37 batang di pagar. Pada minggu-minggu berikutnya dia belajar untuk menahan diri, dan jumlah paku yang dipakukan berkurang dari hari ke hari. Pemuda itu cuba menahan diri daripada memaku di pagar.

Akhirnya tiba hari ketika pemuda itu tidak lagi memaku sebatang paku pun dan dengan gembira disampaikannya hal itu kepada ayahnya. Ayahnya kemudian menyuruhnya mencabut sebatang paku dari pagar setiap kali bila dia berhasil menahan diri dan bersabar.

Hari-hari berlalu dan akhirnya tiba harinya dia menyampaikan kepada ayahnya bahawa semua paku sudah dicabut dari pagar. Sang ayah membawa anaknya ke pagar dan berkata: “Anakku, kamu sudah baik, tetapi cuba lihat betapa banyak lubang yang ada di pagar. Pagar ini tidak akan kembali seperti semula.”

Demikianlah saat kita menghamburkan kata-kata yang menyakitkan ketika sedang marah atau saat kita menghina dan memperkecilkan orang lain.Walaupun kita telah meminta maaf selepas itu..sakit dan kesan pedih dari kata-kata itu tetap ada di hati mereka.Luka akibat ucapan sama seperti luka di tubuh.Walaupun sembuh,parut tetap ada.

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam (HR. Bukhori dan Muslim)

SELIPAR IKAN KELI



PERMAINAN TUJU SELIPAR


Ayuh tuju menuju...dalam permainan ini kau bisa begitu
.. tapi dalam hakikat kehidupan kita tidak boleh begitu.. 'seliparmu' baling padaku...'seliparku' campak padamu

Ayuh tuju menuju...dalam permainan itu kau harus begitu..
usah dalam kenyataan kita sesekali begitu.. kau gembira melihat kejatuhan impianku...ku bahagia saksikan berkecai mimpimu

Ayuh tuju menuju...biarlah hanya dalam permainan tuju selipar ia sebegitu.. janganlah dalam permainan dunia kita demikian begitu.. kau musnahkan binaan harapanku...dan aku hancurkan kubu hasratmu

TAMAN PERMAINAN IKAN KELI



TU DIA...CERITA MERAPU DI TAMAN PERMAINAN


Seorang lelaki sakit mental pernah menganggap dirinya adalah "popcorn" dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa tahun, lelaki itu telah disahkan sihat dan lelaki itu menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Sehinggalah pada satu hari doktor yang pernah merawatnya terjumpa pesakit lelaki itu di sebuah taman permainan.


Doktor : Laaa..hang ka?apa habaq? lani hang taw dah ka hang sapa?

Lelaki : Baik doktor...tau aih...ceq sapa dah.

Doktor
: Kalau lagu tu hang sapa...??

Lelaki : Ishhh...doktor ni....simple question...ceq orang la....manusia!

Doktor
: Tu ka? bukan hang popcorn ka?

Lelaki
: Dak aihhh...

Doktor
: Niii..hang takut lagi ka dengan ayam?

Lelaki
: ekeleh...

Doktor
: Hmm..baguih2..hang ni kira dah sihat betoi2 dah ni..

Lelaki
: Sat doktor...ceq nak tanya sikit ni....

Doktor
: Tanya mai...

Lelaki
: Err....doktor rasa...ayam tau dak saya dah tukaq jadi orang ni?

Doktor
: Huk...huk..huk...dak2....

YUMMY!!! BISKUT BENTUK KELI YANG COMEL




KISAH SEBUNGKUS BISKUT,SEORANG WANITA DAN DIA LELAKI

Di sebuah lapangan terbang, seorang wanita sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, wanita itu makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan sambil itu dia membaca majalah kegemarannya. Sedang dia menikmati biskut itu dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

Euwww...tak malunya lelaki ni….. kenal pun tidak…. makan sama banyak dengan aku pulak tu…x malu!! ” getus wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.

Gila sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar!!!” kata hatinya dengan marah.

Wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.

Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…erkss” gerutu hatinya.

Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

MORAL CERITA: KONGSILAH BISKUT ANDA...KERANA BISKUT ITU SIFATNYA KEJAP ADA KEJAP TIADA...MASA ADA KONGSILAH BERSAMA...MASA TIADA NAK KONGSI APA LAGI?? HEHE....

LIPATAN TUALA IKAN KELI



TUALA MAMPU SEJUKKAN 3 KALI GANDA LEBIH PANTAS AIR MINUMAN TIN ANDA!

Sudah 15 minit anda masukkan air minuman tin ke dalam peti ais,tapi masih tidak sejuk.Kebetulan ais batu pula telah habis...rasa tak sedaplah kalau minum air Coke, Pepsi atau 7 Up yang tak sejuk..Jgn risau, ikuti tips berikut,dan anda boleh menikmati kesejukkan minuman anda dengan gembira!!
  • Ambil tuala(saiz jangan terlalu besar) dan basahkan tuala.
  • Bungkus air tin dengan tuala yang dibasah tadi.
  • Masukkan air tin bersama tuala yang dibungkus ke dalam peti ais.
  • Dalam waktu yang singkat,anda sudah boleh menikmati kesejukkanya!
SELAMAT MENCUBA!!!

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI