KAMI GENG SUKA IKAN KELI

YUMMY!!! BISKUT BENTUK KELI YANG COMEL




KISAH SEBUNGKUS BISKUT,SEORANG WANITA DAN DIA LELAKI

Di sebuah lapangan terbang, seorang wanita sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, wanita itu makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan sambil itu dia membaca majalah kegemarannya. Sedang dia menikmati biskut itu dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

Euwww...tak malunya lelaki ni….. kenal pun tidak…. makan sama banyak dengan aku pulak tu…x malu!! ” getus wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.

Gila sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar!!!” kata hatinya dengan marah.

Wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.

Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…erkss” gerutu hatinya.

Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

MORAL CERITA: KONGSILAH BISKUT ANDA...KERANA BISKUT ITU SIFATNYA KEJAP ADA KEJAP TIADA...MASA ADA KONGSILAH BERSAMA...MASA TIADA NAK KONGSI APA LAGI?? HEHE....

44 comments:

yott said...

a'ah nmpk yummy..
apa rasanya Keli?

mie said...

nampak sedap...
nak kena order ni..
ehheee

miss nina said...

best perumpamaan yang di bawah tu.
lama tak datang ke blog keli. apa khabar?

Hanis Azla said...

aduh malunya.. nampak menyelerakanlah biskut tu.. klu besar mcm tu makan sekeping pun dah tentu kenyang.. nyum..nyum..

zul permatang badak said...

kat mana jual biskut tu...

muazlumut said...

bagus cerita pasal biskut ni....ada hikmah yng boleh diambik,jng kedekut dan sangka buruk kat orang....

KELI OH KELI said...

yott...hehe..entahlah...rasa coklat kot.

KELI OH KELI said...

mie-

oh kena order kat negara Japan la...di Malaysia belum ada ni..

KELI OH KELI said...

miss nina...
habaq baik...syukur..alhamdulillah.harap miss nina sihat dan hepy2 jugak ya..

KELI OH KELI said...

Hanis Azla...
a'ah...besar sgt biskut tu...mesti kenyang makan sorang...kena kongsi2 la nampaknya... :)

KELI OH KELI said...

zul permatang badak-

dekat negara Jepun saudara zul...

KELI OH KELI said...

Muazlumut-semoga kita sama2 dapat pengajarannya ya Muaz...

Myfrin's story said...

Betul tu, encik keli. Berkongsi selagi ada, kalau dah tiada, apa lagi yg nak dikongsi, hehe.....:)

KELI OH KELI said...

Myfrin's story...

ya..sekadar ingatan buat diri sendiri dan berkongsi pandangan dengan rakan2 semua...

Hang Keli said...

ehe..mcm lam iklan je stori 2..btw, kelipenang ada wat pekasam keli lg x?

KELI OH KELI said...

Hang Keli-

a'ah macam ala2 iklan Petronas sikit2..hehe..
X buat pekasam keli..tapi dekat sini ada bengkel salai..tgh cari pengusaha yang berminat.

Rina Azam said...

salam, bagus betoi cerita ni.. banyak bg pengajarn, betul..saat blh dikongsi, kongsila sama2.. harta dunia hanya sementara, harta akhirat yg membawa ke syurga.. Jadi, waktu kita senang jgn lupa diri., Insya Allah, selamat di akhirat.

anyway, 5 stars 4 u :)

KELI OH KELI said...

Rina--tq so much sbb selalu berkongsi dgn saya.

Rina Azam said...

dgn siapa lg sy nak berkongsi :) Insya Allah, sampai bila2 rina sudi berkongsi dengan saudara.. :)

KELI OH KELI said...

Rina---insyaALLAH. :)

misza said...

lama gak tak singgah sini. ingatkan biskut ada lagi.

KELI OH KELI said...

misza-

hehe..dah abes pun biskut..sorry.. :)

Hang Keli said...

berbalik kpda pengusaha keli salai 2, apa kelayakannya?berminat nie..ehe..mksd bengkel 2 kursus or supply mesin?xpon mcm contract farming gak?

KELI OH KELI said...

bengkel salai tu maksudnya tempat menghasilkan produk keli salai.Mesin semua telah disediakan.bekalan ikan keli diambil dari projek yg saya kendalikan.

kelayakannya saudara boleh rujuk dengan jabatan perikanan Pulau Pinang...ini kerana projek keli salai bukan projek bawah kendalian saya...saudara boleh tgk klip video dalam blog saya(sebelah kanan)..boleh dapat gambarannya..

Mohd Ammar said...

salam,
macam iklan cokodok monster lakonan Adibah Nor.hehe

Bengkel salai, kt kedah tak leh buat ke?hehe

KELI OH KELI said...

Amar..

oo ya ka? x perasan pulak..hehe

mungkin ada projek mcm tu kat kedah...setiap Jabatan Perikanan Negeri mesti ada projek2 yg diusahakan.

hans said...

hohohoho
sempoi

Review Film : 127 Hours Mengujakan Kerana Ia Adalah Kisah Benar

KELI OH KELI said...

hans..

hohoho
tq..ehe.

AIMAN said...

nak try la.. macam best je tengok bentuk keli

KELI OH KELI said...

AIMAN...

cuba Aiman jgn x cuba...hehehe

rizwan's sweetheart said...

hubby saya suka keli goreng berlado... yummi... sedapnya... tapi saya tak pandai siang... takut!!!

KELI OH KELI said...

rizwan's sweetheart...

keli goreng berlado?...wahhh....sedapnya!!!!

hehe...mungkin letak garam bg keli mati dulu baru siang...kurang sikit takut tu.. :)

baincardin said...

cukup ke satu tu? ^_^

KELI OH KELI said...

baincardin...

rasa2 cukup kot.. ^_^

Solihin Zubir said...

biskut tu rasa keli atau bentuk je cam keli? haha..

iniialahaku said...

pnjg nau..tpi da pngjaran yg bgus..nice2

KELI OH KELI said...

Solihin Zubir..hahaha..bentuk ja macam keli.

KELI OH KELI said...

iniialahaku--

ya..semoga sama2 ambil yg elok2 buang yg buruk2 ya.

NARDtheNERD said...

macam iklan raya adibah nor tu kan keli cerita ni...

hehe.
:))

KELI OH KELI said...

ya nard...ni iklan keli oh keli plak ya....

Amira Naddia said...

ololo...sweet gile crite biskot keli!
nk ngorat lelaki gune style camni aa!

KELI OH KELI said...

Amira Naddia:

hehe..semoga berjaya ya Amira!

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

best² citer nih..

KELI OH KELI said...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty:

tq.. ")

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails

THE OLD FREES

THE OLD FREES
There was an error in this gadget

KELI OH KELI