KAMI GENG SUKA IKAN KELI

60 TINGKAH LAKU SUGAR GLIDER ANDA !



Diharap artikel ini dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan haiwan kecil ini semakin popular di kalangan kita maka sudah semestinya info asas mengenai perlakuan si kecil ini harus diberi pendedahan dan dibincangkan. Di sini saya kongsikan perlakuan si kecil dan sebagai indikator menilai Sugar Glider milik anda.

1. Tidak bermain
Isyarat: abnormal
Anda perlu mempunyai sebuah roda mainan atau permainan yang sesuai untuk sugar glider anda bermain. Sugar Glider yang hanya duduk dan tidak meneroka sangkar boleh menjadi stress atau bosan. Oleh itu, anda perlu meluangkan seberapa masa yang boleh dengan mereka termasuk membelai dan memegang mereka, mengusik mereka dengan bulu, menyediakan barangan untuk  mereka memanjat dan lain-lain Anda juga boleh memberi mereka ruang untuk bergerak di luar sangkar bagi membantu merangsang pergerakan meraka. Adakalanya jika lampu menyala dengan terang, mereka mungkin tidak mahu keluar untuk bermain. Anda mungkin terpaksa menyalakan lampu samar untuk anda melihat tapi suram untuk mengalakan mereka keluar bermain.

 2. Tidak minum atau makan
Isyarat: abnormal
Anda perlu menyukat makanan dan air yang anda tawarkan supaya boleh memantau berapa banyak yang dimakan oleh Sugar Glider anda setiap hari. Jika mereka tidak makan atau minum, mereka boleh mengalamai dihydrasi (kekurangan cairan dalam badan).

3. Mengigil
 Isyarat: tidak sentiasa normal
Jika ia kerap mengigil  (tidak termasuk mengigil semasa baru bangun tidur) ia mungkin kesejukan atau kedinginan. Hapuskan kedinginan dan pastikan sugar glider anda mempunyai cukup perlindungan dalam kantung fleece atau tempat tidur beralaskan kain fleece yang lembut. Bagi sugar glider yang masih bayi (joey) mesti sentiasa dalam kehangatan yang bersesuaian dan perlu membawa si kecil di dalam kantung di bawah baju anda jika perlu. Dapatkan nasihat doktor haiwan jika masih sentiasa menggigil.

 4. Desiran semasa buang air besar
Isyarat: normal
Kebanyakan Glider akan berbunyi desiran apabila melakukan ini dan berhenti sebaik sahaja mereka selesai membuang.

 5. Desiran manakala kencing
Isyarat: abnormal
Biasanya tanda-tanda jangkitan saluran urinary (kencing). Dapatkan khidmat VET.
  
6. Salakan
Isyarat: normal
Sugar Glider akan menyalak pada waktu malam untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Perlakuan ini juga boleh dikaitkan dengan ingin mengambil perhatian si pemilik, kecewa apabila jarang diajak bermain atau gagal mendapatkan apa-apa daripada kita.

 7. Crabbing
Isyarat: normal
Crabbing adalah bunyi seolah pengasah pensel  dan setiap pemilik haiwan comel ini sudah pasti biasa mendengar bunyi dan istilah crabbing ini. Sugar Glider crabbing pada mulanya apabila mereka takut. Kemudian antara faktor lain ia crabbing apabila anda mengganggu mereka semasa mereka mahu tidur atau jika anda mengganggu mereka apabila mereka mahu bersendirian di dalam sangkar mereka.
   
9. Pencacatan diri,menggigit diri, pembersihan/dandanan terlampau.
Isyarat: abnormal
Lebihan dandanan boleh membuat kawasan badan yang ditumpunya itu membengkak, kehilangan bulu dan berdarah. Ini boleh membawa kepada pencacatan diri dan ia sangat berbahaya. Anda mungkin perlu memakaikan Sugar Glider anda dengan  e-kolar dan dengan segera bawa ke doktor haiwan. Jika perlakuan ini dibiarkan kemungkinan mendapat jangkitan, luka terbuka, kemurungan dan beberapa senario buruk yang lain.



10. Tidak mahu merenung terus mata ke mata.
Isyarat: normal
Glider seringkali akan lari dari anda atau crabbing pada anda jika anda merenung terus ke mata mereka. Jangan terus renung ke mata mereka pada mula memegangnya dan,kita hanya perlu menjeling dari sudut mata. Jika anda terus merenung mereka, Sugar Glider akan beranggapan yang anda sebagai pemangsa. Namun jika Sugar Glider anda sudah benar-benar bonding dengan pemiliknya, Sugar Glider tidak sesekali menyalah tafsir tuannya sebagai pemangsa.
 
11. Memanjat berulang-ulang dalam sangkar atau berjalan dalam pusingan di dalam sangkar
Isyarat: abnormal
Ini bermakna kebosanan dan kekecewaan atau kesepian. Cuba keluarkan Sugar Glider anda seberapa kerap yang boleh dari sangkar dan bermain di luar sangkar. Sugar Glider akan berbuat demikian jika ia berasa keseorangan. Kesepian akan membuatkan ia stress

12. Merebut makanan dan berlari serta bersembunyi yang  daripada rakan sesangkar
Isyarat: normal
Glider sering akan makan di tempat yang mereka berasa selamat dan selesa. Mereka juga melakukan ini untuk mengelak glider-glider yang lain dari mencuri makanan mereka.

13. Berlari dan melompat kepada anda
Isyarat: normal
Berlari memanjat kaki, lengan, duduk di atas bahu atau kepala anda adalah biasa dan tanda dia telah membiasakan diri kepada anda atau menyukai anda.

14. Mendandan / menjilat pemilik
Isyarat: normal
Mereka akan mendekati anda, menjilat tangan anda, jari, telinga dan menyusup rambut anda. Ini bermakna mereka telah terikat dengan anda dan mula menerima anda sebagai sebahagian daripada kelompok mereka. Ini amat normal dan perlakuan yang amat menyeronokkan.



15. Mengengam rambut anda dengan tangan mereka dan menyisir rambut dicelah gigi mereka
Isyarat: normal
Ini adalah sebahagian daripada perlakuan dandanan. Jika mereka mula mengikis kulit kepala anda dengan gigi mereka, cuba untuk mengalih perhatian mereka atau meletakkan mereka di dalam sangkar untuk beberapa ketika bagi menenangkan mereka.

16. Mengikis gigi mereka pada lengan anda, kaki, buku lali, dan sebagainya
Isyarat: normal
Mereka melakukan ini pada pokok-pokok untuk mendapatkan sap.Mereka tidak dapat mengawal diri mereka sendiri. Alihkan perhatian mereka dengan memberi treats (upah) atau mainan.

17. Membuang air kecil / pooping pada pemilik ( lihat 18 & 19 )
Isyarat: normal
Anda tidak boleh menahan atau mengajar mereka.

18.Kencing pada anda
Isyarat: normal
Adalah perkara biasa jika mereka membuat perlakuan mengosongkan pundi kencing mereka pada anda . Mereka juga boleh basahkan anda dengan air kencing bagi menanda bau pada badan anda.

19. Pooping (berak) pada pemilik
Isyarat: normal
Maaf, ini memang naluri mereka dan anda harus menerimanya. Sugar Glider bukan haiwan yang boleh diajar latihan tandas. Namun untuk tips mudah, sebelum mengeluarkan mereka daripada sangkar seeloknya dikeluarkan seketika daripada kantung(pouch) dan biarkan Sugar Glider berlegar di dalam sangkar. Selepas ia membuang najis bolehlah mengeluarkannya daripada sangkar. Sediakan tisu sewaktu bermain di luar sangkar untuk membersih najis yang dikeluarkan.

20. Melompat ke arah anda dan ke arah pintu sangkar apabila anda menghampirinya.
Isyarat: normal
Seperti anjing, mereka gembira melihat anda dan mahu perhatian anda.

21. Kekal dalam kantung (pouch) dari jam 06:00 AM - 9PM atau sekitarnya
Isyarat: normal
Mereka tidak semestinya tidur sepanjang masa ini. Mereka hanya berehat, bergurau atau mendandan antara satu sama lain.

22. Minum atau makan di siang hari
Isyarat: normal
Jika mereka lapar atau dahaga, mereka tiada fikir apa-apa dan akan terus bangun dan makan atau minum air.

23. Masuk ke dalam baju atau saku baju anda
Isyarat: normal
Ada yang suka dan ada juga yang sebaliknya.Ini bergantung kepada keperibadian Glider anda Anda tidak boleh memaksa.



24. Mencari tempat-tempat yang berbeza untuk tidur / tidak tidur di tempat yang sama
Isyarat: normal
Glider suka untuk beralih tempat tidur.Pertimbangkan untuk memberi mereka lebih daripada satu kantung atau sarang.

 25. Mengheret kaki atau pincang kaki belakang
Isyarat: abnormal
Glider akan mengangkang bahagian belakangnya apabila menandakan bau, tetapi mereka sebenarnya tidak mengheret kaki mereka. Jika mereka mengheret kaki belakang mereka dan menghadapi masalah bergerak dalam persekitaran, itu adalah tanda-tanda lumpuh kaki belakang. Segera berjumpa VET. Diet yang kekurangan Kalsium adalah penyebab keadaan ini.

26. Najis berair/ cair
Isyarat: abnormal
Najis yang cair/lembik sekali sekala bukanlah masalah besar, tetapi jika ia berlaku lebih daripada satu hari, mereka akan segera mengalami dehidrasi atau kering dan boleh mati akibatnya. Dapatkan rawatan doktor haiwan yang akan memberi antibiotik. Beri Pedialyte sementara menunggu masa ke VET.

 27. Keadaan bengkak di bawah-mata
Isyarat: abnormal
Biasanya tanda-tanda kerosakan gigi atau gusi bernanah. Segera ke VET.

 28. "Bersin" ke tapak tangan dan kemudian mengelap muka
Isyarat: normal
Mereka tidak bersin. Mereka meludah ke tangan mereka dan menggunakan
kelembapan untuk membersihkan diri mereka sendiri.

29. Meletakkan kaki belakangnya di dalam mulut dan kemudian menggaru dengan pantas
Isyarat: normal
Satu lagi cara melembabkan jari mereka untuk membersih dan mendandan.

30. "Menampar" muka Pemilik dengan tangan dan melarikan diri
Isyarat: normal
Ini hanyalah keletahnya yang suka-suka bermain. Kadang-kadang akan melakukan ini kerana iri-hati jika anda memberi perhatian yang lebih kepada Glider lain.

31. Glider jantan memegang kepala atau telinga dan menggosok kepalanya ke kepala, dada atau perut Sugar Glider yang lain
Isyarat: normal
Ini adalah tingkah laku menandakan bau yang sering dilakukan oleh individu alfa dalam satu kumpulan atau koloni.

 32. Membuat bunyi "chit chit" semasa bergelut dengan pasangan disangkar
Isyarat: normal
Hanya bermain.
  
33. "Menjerit" semasa menerkam/bergelut  dengan pasangan sangkar
Isyarat: abnormal
Bermaksud berlawan/bergaduh. Leraikan mereka  sebelum mereka menyakiti/cederakan  antara satu sama lain. Ini boleh berlaku jika berada di dalam kumpulan yang besar, jantan tidak dikasikan/dimandulkan atau ketika si jantan yang mahu merebut tempat menjadi ketua atau alfa. Pergaduhan juga berlaku jika anda memasukan glider baru ke dalam kumpulan yang sedia ada. Bersedia untuk meleraikan mereka jika mereka bergaduh. Pakai sarung tangan semasa meleraikan pergaduhan.

34.Membaling makanan
Isyarat: normal
Kepung sangkar atau menggunakan bekas Tupperware (food Kitchen) bagi mengelakkan makanan berselerak dan mengotorkan sangkar.

35. Makan tahi mereka sendiri
Isyarat: abnormal
Biasanya bermaksud ada sesuatu yang kurang dalam diet mereka.

36. Mengunyah barangan: Perabot, kain, kayu, plastik, dll.
Isyarat: normal
Mereka akan mengunyah apa sahaja dan mereka boleh menghancurkannya.Keyboards(papan kekunci), alat kawalan jauh, bingkai gambar, dan sebagainya adalah contoh-contoh item yang suka dikunyah Sugar Glider.

37. Memukul antara satu sama lain dalam perebutan makanan
Isyarat: normal
Alfa dan individu yang lebih tua boleh membuli semasa makan. Anda mungkin perlu membuat dua hidangan yang berasingan.

39. Berdecit atau crabbing pada sesiapa yang melintasi sangkar
Isyarat: normal
Normal sehingga mereka telah bonded dan biasa dengan persekitaran mereka. Jika mereka lakukan ini selepas mereka telah bonded dengan anda, mungkin anda telah membiarkan mereka terkurung begitu lama. Jika Glider tidak keluar daripada sangkar secukupnya kemungkinan besar mereka akan kembali kepada keadaan asal liar mereka. Keluarkan mereka lebih kerap.

40. Takut apabila mendengar bunyi kuat dan melihat pergerakan pantas
Isyarat: normal
Glider benci dengan bunyi yang kuat, pergerakan secara tiba-tiba ataupun kejutan .Mereka akan tiba-tiba akan menyorok atau menjadi hyper. Cuba bercakap dalam nada suara yang lembut dan tidak membuat pergerakan secara tiba-tiba.

41. Jantan hidu bau kelenjar betina, mengikut  dia, mengesel ke kepalanya, dada, perut, dan sebagainya.
Isyarat: normal
Jika jantan melakukan ini tanpa henti, si betina mungkin pada musim subur.

 42. Jantan melekap dan menggigit di belakang leher betina (Lihat  43)
Isyarat: normal
Luka mengawan di belakang leher betina adalah biasa dan adakalanya bahaya. Jika anda melihat luka, segera siram dengan air, sapukan dengan madu dan bawa  haiwan ke VET. Ia biasanya tidak akan sembuh dengan sendiri oleh kerana mulut mereka dipenuhi dengan bakteria, ia mungkin akan dijangkiti dan menjadi lebih teruk. Ambil haiwan itu daripada sangkar dan asingkan ke sangkar sberasingan jadi rakan-rakan sangkar lain tidak akan menganggu dan terlebih bersihkan luka tersebut.

43. Betina memaling dan menggigit atau mengusir seorang jantan (Lihat  42)
Isyarat: normal
Sebahagian daripada upacara mengawan. Jika ia menjadi kasar, anda mungkin perlu untuk memisahkan mereka selama beberapa hari.

44. Tingkah laku mengawan Jantan dengan Jantan atau betina dengan betina
Isyarat: normal
Glider tidak dikecualikan dalam tingkah laku seks mereka. Terutamanya jika jantan tidak dimandulkan. Mereka juga tak dapat menahannya. Kasi/Kemili mereka.Yang betina juga akan menengek antara satu sama lain. Perkara ini sering terjadi kerana tiada pasangan yang bersesuaian atau jantina yang diperlukan.

45. Flos: Jantan menarik pada zakar dengan mulutnya
Isyarat: normal
Dia melancap tetapi istilah dalam komuniti ini adalah "Flossing" Jika zakar rosak atau jika terdapat jangkitan, ini boleh membawa kepada mencederakan diri sendiri maka perhatikan jika ada kesan darah atau tanda-tanda zakar sentiasa terkeluar dan tidak akan kembali masuk.  Penis kelihatan seperti sehelai benang sulam merah panjang  dengan "y" pada hujungnya.

46. Pemilih makanan / cerewet makan
Isyarat: normal
Pemilih makanan adalah perkara biasa. Anda mungkin boleh menvariasikan makanan mereka bagi membolehkan Sugar Glider anda mendapat sumber nutrient yang berbeza dan mengelakkan kejemuan.

47. Berulang-ulang / ritual aktiviti suka bermain
 Isyarat: normal
Melompat ke atas sesuatu objek, melompat, berlari ke suatu tempat tertentu, melompat ke bawah, melompat di tempat lain dan kemudian bermula sekali lagi dari di mana mereka mula, ini adalah normal.

48. Mencuri makanan dari mulut antara satu sama lain
(lihat  12)
Isyarat: normal
Bapa yang mengajar joeys mereka bagaimana untuk makan makanan pejal akan mengunyah disebelah mulut joey jadi mereka boleh merasa dan makan dari mulut bapanya. Jadi mereka membesar dengan "mencuri" makanan dari mulut satu sama lain dan tak perlu bimbang tentangnya.
 
49.Betina yang menjilat kawasan antara kemaluan dan kantung
Isyarat: normal
Mereka melakukan ini selepas mengawan dan juga sejurus sebelum melahirkan.Ia membuat kawasan jadi licin supaya joeys boleh mendaki ke dalam pouch dengan senang.  Melakukannya sebaik selepas mengawan adalah amalan. Mereka sebenarnya hanya perlu untuk melakukannya selepas 16 hari tempoh matang bunting.

50. Menolak, membunuh dan makan bayi joeys
Isyarat: abnormal
Betina yang menolak dan membunuh bayi kerana beberapa sebab:
1) Kurang pengalaman
2) Tekanan
3) Pemakanan yang tidak seimbang
4) Joeys abnormal.
Ibu bunting dan yang menyusu joey memerlukan banyak protein. Ada yang mengatakan sebab mereka makan bayi kerana ingin menghapuskan apa-apa bukti kematian atau penyakit, jadi pemangsa tidak akan tertarik kepada kawasan mereka bersarang.

 51.Bayi (joey) menangis
Isyarat: normal
Tanda bahawa mereka mahu ibu dan ingin kembali ke sarang. Jika ibu tidak kembali, boleh menjadi tanda-tanda penolakan si ibu pada anaknya. Juga tanda mereka mungkin sejuk. Jika mereka sejuk untuk disentuh, meletakkan mereka di telapak tangan anda dan hangatkan mereka atau pergi berjumpa doktor haiwan. Sentiasa hangatkan mereka atau mereka akan mati jika ibu atau bapa tidak cenderung kembali menjaga mereka. Jangan meletakkan batu pemanas atau apa jua alat pemanas kepada mereka. Doktor haiwan boleh mengarahkan anda untuk mengunakan pad pemanas khas bagi maksud itu ataupun inkubator.
  
52. Ibu atau bapa bayi merampas dan mengambil anak mereka daripada anda
Isyarat: normal
Ibu dan bapa Sugar Glider akan membenarkan anda bermain dengan bayi untuk masa yang singkat, tetapi akan sering datang mengambil anak mereka dan membawa mereka kembali ke sarang apabila mereka rasa ia dah cukup lama.

53. Melindung Sarang:  Bapa memarahi atau menggigit anda apabila menggangu joeys  di dalam sarang
Isyarat: normal
Kadang-kadang si bapa akan memberi perlindungan dan kurang mesra sehingga bayi telah diceraikan. Maafkannya kerana si bapa hanya cuba untuk melindungi bayinya.

54. Bapa Glider menyerang dan menggigit anda dengan keras dan tidak melepaskan
Isyarat: normal
Anda mungkin perlu membersihkan diri dan menukar pakaian jika anda mempunyai banyak koloni-koloni. Jika bapa Sugar Glider bau haiwan lain pada anda, dia akan mengangap ianya sebagai satu ancaman apabila dia ada bayi bersamanya.

55. Menyengetkan / goyang kepala dan berulang-alik sebelum melompat atau meluncur
Isyarat: normal
Mereka adalah "triangulating" dengan anggaran jarak sebelum melompat. Mengatur langkah..

56. Tidur dalam susunan di atas satu lain
Isyarat: normal
Ada yang bergelut untuk sampai ke bahagian bawah longgokan, yang menjadi tempat pilihan untuk kebanyakan Glider.

57.Menghilang diri ke dalam perabot, almari, di bawah peralatan, dll.
Isyarat: normal
Anda perlu menunggu mereka lapar atau dahaga dan membiarkan mereka keluar sendiri. Jika mereka tidak keluar selepas 24 jam, mereka mungkin boleh tersekat di mana-mana dan anda mungkin perlu membuka perabot itu untuk mendapatkan mereka.

58. Minum atau makan jumlah yang kecil sepanjang "Masa Paling Aktif" mereka keluar sarang / kantung
Isyarat: normal
Mereka makan sikit-sikit, tidak semua sekali gus. Mereka akan selang-seli makan, minum serta bermain dan tidur walaupun pada waktu malam.

59. Menjenguk kepala mereka daripada dalam Pouch
Isyarat: normal
Rasa ingin tahu . Hanya memeriksa kamu.

60. Melompat ke muka anda
Isyarat: normal
Itulah pelukan muka namanya. Jangan lupa tutup mata anda.


14 comments:

Tornado Assassin said...

Lama dah x masuk blog ni.
....entry menarik,teringin gila nk bela sugar glider

KELI OH KELI said...

terima kasih kerana sudi singgah...
semoga dapat memelihara sugar glider satu hari nanti sahabat.

Anonymous said...

Suggies sya xsuka hammock..camne nak bgi suggies suka

Anonymous said...

Sg sy yg jantan ada bonjol dkt area zakar dia...tu sebab apa..tu telor dia ke..risau lah pula...

Anonymous said...

Sy ade spsg sg..2-3 mlm ni die ade buat bunyik la..bkn crabbing or barking..ni bunyik mcm creettt2 gitu..lebih kurng la...dorang gadoh ke?

Anonymous said...

Assalam..tahi sg sya kecil2 ja x mcm sblm2 ni kenapa ya:-(

KELI OH KELI said...

1. Pada permulaan kebanyakan sg yang masih muda dan baru dipelihara akan cuba mengelakkan berada di dalam hammock. Namun yang paling sesuai untuk berada terlebih dahulu di dalam sangkar Sugar Glider adalah Pouch.

2.Bonjol pada zakar itu adalah testis dan ia adalah satu tanda fizikal yang normal bagi Sugar Glider jantan.

3.Bunyi itu biasanya boleh didengar sewaktu SG sedang bermain atau hendak mengawan. Jika bergaduh, perlakuan itu anda akan dapat lihat dengan jelas.

4.Kemungkinan pengambilan protein yang agak kurang.

Anonymous said...

sye de tge sg..due btine stu jntan..yg jntan nih mngawan ngn stu btine nih...soaln nye..klo dorg dpt anak..yg btine lg stu nih nk kne asingkn x..bab tkot gak klo dye mkn ke baby bru tuh..

Anonymous said...

Mcm mn nk tau SG pregnant

Anonymous said...

Kenapa bhagian perot SG sy berkerak? Umur SG sy baru 2 bulan lebih

Nor Marshaliza Shaidan said...

Tq share ttg SG ni.
Tgh research sebelum bela

Jemput singgah blog ye

http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com/

alisya danish said...

Wahhhh.. best bca.ilmu2 jga SG

Nurul Syazwani Hamizad said...

sugar glider sy makan anak dia.. jantan & betina makan anaknya... kenapa ye? sy berasa takut.. dan buat keputusan utk lepaskan dari sngkar..sy dah xnak jaga mereka kerana takut melihat mereka membunuh anak nya..patutkah sy lepas :(

bro Zafirul said...

Bgi la sye belakn

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails

THE OLD FREES

THE OLD FREES
There was an error in this gadget

KELI OH KELI