KAMI GENG SUKA IKAN KELI
LEMON : KAKAKTUA SENEGAL SI JANTUNG HATI NAIMAN
Burung kakak tua Senegal (Poicephalus senegalus) merupakan yang
paling terkenal dan paling popular dalam keluarga Poicephalus, yang termasuk
Meyer, Red-bellied, dan Jardine Parrots. Kakaktua Senegal milik Naiman yang
diberikan nama "Lemon" itu dipelihara sejak April 2011 dan menjadi
teman setianya dirumah. Naiman yang masih berlajar di Institusi Pengajian
Tinggi Awam dalam jurusan Sarjana Sains (penyelidikan) ternyata begitu selesa
dengan kehadiran Lemon yang begitu setia menemaninya sewaktu mengulangkaji
pelajaran. Apabila ditanyakan mengenai mengapa nama buah yang diberikan kepada
kakaktua senegal nya itu, Naiman tersenyum sambil berkata "Dia menyahut apabila
saya menyebut lemon dan semejak dari itu saya namakan dia Lemon".
Kakatua
Senegal adalah burung hijau dengan kepala yang berwarna hitam dan pipinya yang
agak kelabu. Mempunyai warna berbeza di bawah bahagian perut atau kadang-kadang
dikenali sebagai “V” jaket yang mempunyai iris kuning terang. Seperti namanya
ia berasal dari Senegal, tetapi spesies ini juga terdapat daripada negara lain.
Kakaktua Senegal dibahagikan kepada 3 sub spesies yang mudah dikenalpasti
melalui warna perutnya dan dikenali dengan nama-nama berikut:
ü Poicephalus Senegalus
Senegalus: Sub spesies ini mempunyai warna bulu perut yang kekuningan.
Kebanyakkannya berasal daripada Selatan Mauritania,
selatan Mali ke Guinea dan Kepulauan Los.
ü Senegalus Poicephalus
Versteri: Kakaktua Senegal ini mempunyai warna bulu perut yang merah dan datang
daripada Ivory Coast ,Ghana dan Nigeria.
ü Poicephalus Senegalus
Mesotypus: Jenis ini mempunyai warna bulu perut yang kejinggaan dan datang
daripada Timur dan Utara-timur Nigeria, Cameroon utara ke selatan-barat Chad.
Menurut Naiman kaktua Senegal yang lebih mesra dengan gelaran
Sennie oleh pencinta kakaktua Afrika itu seringkali disalah anggap dengan
spesies tempatan tempatan iaitu "Blue Rumped Parrot" atau nama
tempatannya Puling / Tanau. Ini adalah kerana kedua-dua spesies ini mempunyai
fizikal yang seakan-akan sama jika dilihat dari jarak jauh. Sambil memandang
kearah Lemon, Naiman menjelaskan perbezaan diatara kedua-dua species itu.
Diantaranya saiz Puling yang lebih kecil dari Sennie, paruh Puling jantan yang
berwarna merah dan Sennie berwarna hitam dan perbezaan warna pada dada
kedua-dua species.
Kehidupan
Habitat Asal
Ia
hidup di hutan yang lembab dan di tepi savana. Kakaktua Senegal memakan benih,
buah-buahan dan bijirin. Ia juga gemar benih kekacang serta tunas daun yang
tumbuh melata di atas pokok-pokok. Kakaktua Senegal dianggap haiwan perosak
oleh petani tempatan, kerana mencuri makan jagung dan sekoi di ladang mereka.
Selain itu , kakaktua ini juga sering mencuri bijirin-bijirin yang dijemur di
bawah panas matahari. Ia gemar bersarang di pokok-pokok yang berongga.
Kesesuaian
Sebagai Haiwan Kesayangan
Bagi
yang dapat memelihara kakaktua Senegal yang disuap makan daripada kecil
merupakan keadaan terbaik dalam memelihara burung ini. Saiz kakaktua Senegal yang tidak begitu kecil
atau begitu besar menjadikannya haiwan kesayangan yang praktikal. Suaranya tidaklah
terlalu bising dan akan belajar untuk bercakap serta meniru bunyi seperti
berderit pintu garaj, kenyaringan gelombang mikro, deringan telefon dan
lain-lain. Walaupun suaranya tidaklah sejelas tona dan nada Congo African Grey
(CAG), tetapi ia tetap menghiburkan .
Menurut Naiman Lemon mampu menghasilkan bunyi kuat dan nyaring
apabila teruja namun bunyi tersebut sangat jarang dihasilkan dan menjadikan
Sennie spesies kakaktua yang agak pendiam dan senyap berbanding spesies
kakaktua yang lain. Ini adalah faktor utama yang menjadikan Lemon sebagai
pilihan beliau. Menurut Naiman lagi Lemon mempunyai saiz badan yang kompak dan
tidak memerlukan sangkar yang begitu besar, ini bersesuaian dengan tempat
tinggal yang kecil seperti pangsapuri. Sennie mempunyai perwatakan yang lucu
dan akan banyak menghabiskan masa bermain. Lemon juga seperti keluarga
Poicephalus yang lain akan rapat dan selesa dengan pemiliknya sahaja namun
dengan pengenalan yang betul, Lemon boleh mesra dengan individu lain juga.
Walaupun Sennie mampu menjadi haiwan peliharaan yang baik namun Naiman lebih
menggalakkan kepada mereka yang mempunyai pengalaman tentang kakaktua kerana
walaupun Sennie bersaiz kecil namun ia mempunyai perwatakan yang besar dan
memerlukan pemilik yang berpengalaman
untuk mengendalikannya.
Kakaktua
Senegal dewasa yang diimport tidak seharusnya dianggap sebagai pilihan yang
baik untuk diadikan haiwan kesayangan. Hakikatnya kita tahu bahawa ia akan
menjadi jauh lebih murah tetapi amat sukar untuk burung itu menjadi jinak.
Pemakanan
Diet pemakanan Sennie terdiri daripada campuran benih and kekacang
berkualiti, buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi Naiman mendapatkan makanan
untuk Lemon tidaklah sukar kerana lambakan jenis makanan yang mudah didapati
pasaran, tetapi pemilik burung kakaktua haruslah peka dengan produk yang dibeli
bagi memastikan haiwan kesayangan mendapat nutrisi yang diperlukan. Naiman
memilih pellet sebagai makanan utama untuk lemon meskipun campuran benih dan
kekacang turut diberikan. Menurut beliau ini adalah kerana kebanyakan burung
kakaktua akan memilih untuk makan benih dan kekacang kesukaan sahaja, dengan
menjadikan pellet sebagai makanan utama Lemon akan mendapat nutrisi yang
diperlukan. Antara makanan yang diberikan kepada Lemon adalah seperti campuran
benih dan kekacang dari Sunseed, pellet dari Harrison's Bird Foods dan Hagen
Tropican. Naiman juga turut memberikan campuran buah-buahan dan sayur-sayuran
seperti epal, pear, oren, kacang panjang, kangkung, lobak merah, brokoli dan
pelbagai lagi setiap selang sehari. Naiman sangat menitik beratkan pemakanan
kesemua haiwan peliharaan beliau, ini adalah kerana menurut beliau dengan diet
yang sempurna haiwan peliharaan sukar dijangkiti penyakit dan dapat
memanjangkan hayat. Sebagai contoh pada habitat asal Sennie mempunyai jangka
hayat 20 - 30 tahun, namun, burung dalam kurungan dengan diet yang lebih sempurna
mampu hidup sehigga 50 tahun.
Penginapan
Kakaktua
Senegal boleh dipelihara dalam sangkar atau aviaries. Tempat penginapan
burung ini perlulah senang untuk dikendalikan terutama sekali dalam soal
pembersihan sisa makanan dan najis burung. Selain itu tempat sangkar atau
avieries burung perlu bebas dari pencerobohan makhluk perosak seperti tikus
dan sebagainya.
Paling
sesuai adalah penginapan avieries yang mempunyai kesesuaian burung untuk
berterbangan seluas 6 kaki panjang oleh 6 kaki tinggi oleh 3 kaki lebar. Jika
burung-burung yang akan disimpan dalam sangkar, cadangan saiz minimum 4'x3'x3
'. Penternak atau pemilik yang berbeza akan mempunyai idea yang juga berbeza
tentang luas dan saiz sangkar.
Bagi pemilik yang memelihara Sennie didalam rumah haruslah
menyediakan pelbagai mainan bagi meransang minda dan mengurangkan stres ketika
berada lama didalam sangkar. Sennie juga haruslah dibenarkan untuk bermain
diluar sangkar untuk bersenam bagi meningkatkan kualiti kesihatan.
Menurut Naiman, permainan untuk kakaktua tidak semestinya dibeli
kerana pemilik mampu membuat sendiri permainan-permainan tersebut. Permainan
yang dibuat boleh terdiri daripada kertas, kotak, kayu, tali dan plastik yang
bebas bari bahan-bahan beracun. Permainan yang diperbuat daripada kertas, kotak
dan kayu akan digigit, kunyah dan diceraikan oleh Lemon, ini adalah tabiat semulajadi
burung kakaktua dihabitat asal. Selain itu makanan kegemaran Lemon seperti
kuaci dan badam turut disembunyikan didalam permainan yang dibuat oleh Naiman
bagi meransang IQ Lemon untuk berfikir dan berusaha untuk mendapatkan makanan
tersebut.
Jantina
Satu-satunya
kaedah dipercayai adalah dengan kaedah pembedahan atau DNA. Kedua-dua kaedah
ini boleh dilakukan oleh pakar veterinar burung. Jika di luar negara terdapat
kaedah alternative seperti kit DNA sexing yang boleh diperolehi melalui pesanan pos.
Satu sampel darah diambil dengan memotong jari kaki kuku Kakaktua Senegal.
Setitik darah yang diperolehi akan disimpan di dalam tiub kapilari khas yang
disediakan dan dikembalikan ke makmal untuk ujian.
Terdapat
banyak teori bagaimana untuk menentukan jantina burung Kakaktua Senegal secara
visual. Si betina mempunyai bentuk kepala yang dan paruh lebih kecil berbanding
si jantan yang mempunyai kepala lebih bulat dan paruh yang lebih besar. Satu
lagi pemerhatian yang dibuat adalah dengan melihat bentuk atau corak jaket. "V" jaket pendek bagi si jantan dan
coraknya berhenti di suatu tempat antara bahagian atas dada atau pertengahan ke
hadapan, manakala “V” jaket bagi Kakaktua Senegal betina adalah adalah lebih
memanjang dan berakhir antara kaki. Namun pengelasan secara visual ini hanya
dapat dilakukan oleh yang benar-benar pakar kerana amat sukar membezakan secara
tepat melalui kaedah ini.
Lemon adalah kakaktua Senegal jantan namun menurut Naiman jantina
Lemon tidak dapat dipastikan 100% benar kerana semua kakaktua Senegal yang
belum matang secara visual akan lebih menyerupai kakatua senegal betina
melainkan ujian DNA dilakukan. Bagi Naiman jantina Lemon tidak penting kerana
apa jua jantina Lemon, beliau tetap akan menyayangi Lemon.
Pembiakan
dalam Kurungan
Kebiasaanya
yang kita ketahui, kebnyakkan kakaktua tidak akan membiak sehingga berumur kira-kira 3 hingga 4 tahun .
Kakaktua Senegal betina matang daripada segi seksual pada umur 2 tahun dan juga
bermungkinan seawal 12 bulan. Si jantan Senegal pula mengambil masa yang lama
dan untuk menjadi matang iaitu pada kira-kira 3 tahun. Umur yang bersesuaian
untuk pembiakan perlulah bersesuaian supaya mengelak kejadian yang tidak
diingini. Ada juga penternak yang mengambil jalan selamat iaitu membiakannya
pada umur 6 atau 7 tahun.
Pembiakan burung kakaktua senegal dalam sangkar adalah sangat
sukar dan hanya penternak berpengalaman digalakan untuk membiakan spesies ini.
Ini adalah kerana kakaktua senegal mudah gelisah dan akan menunjukan keganasan
terhadap pasangan terutamanya samasa musim pembiakan. Kerana faktor ini,
kejayaan dalam membiakkan kakaktua Senegal sering tidak menentu.
Kejayaan pembiakan adalah dikaitkan dengan tahap pengalaman
pembiak baka itu, tahap ikatan dan keserasian mereka, serta kesihatan umum
berhubung dengan persekitaran dan penjagaan yang diberikan.
Naiman masih belum merancang untuk mendapatkan pasangan untuk
Lemon bagi tujuan pembiakkan, ini adalah kerana Lemon masih terlalu muda dan proses
mencari pasangan yang serasi untuk Lemon adalah amat sukar.
Aktiviti Naiman Bersama Lemon
Seperti individu lain, Naiman hanya mampu untuk meluangkan masa
awal pagi dan waktu malam untuk bersama Lemon. Selebihnya Naiman banyak
menghabiskan hujung minggu bersama Lemon dalam aktiviti membersihkan sangkar,
memandikan dan memotong kuku. Menurut Naiman aktiviti mingguan ini membuatkan
Lemon lebih selesa dan percaya dengan nya. Selain itu Naiman turut meluangkan masa mengajar Lemon untuk
melakukan muslihat (trick) seperti melambai, membuka sayap, berpusing, memungut
syiling, memanjat tali, dan banyak lagi. Aktiviti seperti ini cara terbaik
untuk memastikan IQ burung kakaktua berkembang dan mendengar arahan. Latihan
seperti ini juga dapat membantu dalam mengenali dan memahami bahasa badan
burung kakaktua dan secara tidak lansung dapat mengeratkan hubungan antara
pemilik dan burung kakaktua peliharaannya. Naiman turut memuatnaik video
latihan Lemon di youtube.com carian NaimanEman.
TRIVIA
Panjang
: 25 cm ( 10 inci )
Tempoh
Pengeraman Telur : 28 Hari
Tempoh
Anak Mempunyai Bulu Yang Penuh/Meninggalkan Sarang ( Fledgling Period ): 63
Hari
Jumlah
Telur Yang Dikeluarkan Pada Sesuatu Masa : 3-4 butir telur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ORDER SEKARANG !
PROMO PET
MENU ISTIMEWA
ENTRY POPULAR
-
Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yan...
-
Terdapat pelbagai jenis burung kakaktua. Kakaktua merupakan binatang yang sesuai dijadikan teman kerana setiap darinya mempunyai daya tari...
-
Diharap artikel ini dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan haiwan kecil ini semakin popular di...
ANDA PENGUNJUNG KE
USYAR2 SINI
Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli
CATATAN TERDAHULU
- January 2015 (2)
- October 2014 (1)
- August 2014 (1)
- July 2014 (1)
- June 2014 (2)
- January 2014 (1)
- November 2013 (1)
- October 2013 (1)
- June 2013 (1)
- April 2013 (1)
- January 2013 (2)
- October 2012 (1)
- September 2012 (1)
- March 2012 (1)
- January 2012 (1)
- November 2011 (1)
- October 2011 (1)
- September 2011 (3)
- August 2011 (2)
- July 2011 (2)
- June 2011 (3)
- May 2011 (4)
- April 2011 (3)
- March 2011 (3)
- February 2011 (4)
- January 2011 (5)
- December 2010 (4)
- November 2010 (6)
- October 2010 (7)
- September 2010 (1)
- August 2010 (11)
- July 2010 (6)
- June 2010 (6)
- May 2010 (8)
- April 2010 (10)
- March 2010 (35)
- February 2010 (2)
- January 2010 (8)
- December 2009 (22)
- October 2009 (1)
0 comments:
Post a Comment