KAMI GENG SUKA IKAN KELI
COUNTRYSIDE PENANG STABLE
Panarama yang indah,keadaan suasana yang mendamaikan dan
kegembiraan yang sukar dilafazkan merupakan gambaran jika anda berada di
Countryside Penang Stable.Anda tidak akan rugi sekiranya berkunjung kerana
pasti ada detik-detik yang memompa keterujaan bersama kuda-kuda di sini
seterusnya menjadi epilog indah dalam kehidupan anda. Rona keindahan alam di
Countryside Penang Stable lebih terserlah tika senja melabuh tiba.
Lokasi Ideal
Countryside Penang Stable ini
terletak di Sungai Burung , Balik Pulau , Pulau Pinang. Udara yang nyaman dapat
terasa sewaktu anda menjejak kaki di kawasan ini. Di kelilingi pohon-pohon
menghijau dan bukit-bukau di sekelilingnya membuatkan lokasi Countryside Penang
Stable mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri. Kawasan seluas 2 ekar
ini dimiliki oleh Encik Wan Aikhsan Bin Wan Jamil dan dikawal selia oleh
isterinya Puan Doris Lim. Mula beroperasi awal tahun 2012 , tempat reakreasi
ini tidak putus-putus menerima kunjungan daripada masyarakat setempat dan
pelancong daripada luar negara. Tempat ini dibuka pada setiap jam 4.00 petang
hingga jam 7.00 petang setiap hari. Terdapat 18 ekor kuda di sini yang terdiri
daripada pelbagai baka seperti baka daripada Australia, Arab, Myanmar , Uruguay
,Thailand dan juga baka tempatan.
Program & Aktiviti
Telah menjadi persepsi ramai
bahawa sukan berkuda sering dikaitkan dengan status sosial seseorang kerana
kuda sinonim sebagai lambang kemegahan. Bagaimanapun, hari ini persepsi seperti
itu seharusnya dikikis memandangkan semakin banyak pusat sukan berkuda boleh
disertai orang ramai pada harga berpatutan. Menurut instruktur di sini saudara
Shamsol Bin Abdul Aziz, antara aktiviti yang dijalankan di sini adalah seperti
Joyride, menaiki kereta berkuda, mengambil gambar bersama kuda , latihan untuk
menunggang kuda serta pelbagai lagi. Countryside Stable Penang juga menawarkan
perkhidmatan penyewaan kereta kuda , menganjurkan keraian peribadi seperti
sambutan hari jadi dan bagi yang mahukan kelainan pada majlis perkahwinan anda,
pihak Countryside Stable Penang sedia menawarkan kuda-kuda yang segak dan
bergaya untuk dipamerkan di majlis anda. Selain itu , di sini juga merupakan
tempat latihan bagi atlit sukan berkuda Pulau Pinang untuk kejohanan SUKMA
kelak.
Sukan Berkuda
Sejujurnya persepsi penulis
tentang sukan berkuda ini telah berubah selepas menemubual dan berbicara dengan
pemilik serta kru Countryside Stable Penang. Mereka berkongsi pelbagai ilmu
tentang sukan berkuda ini dan berikut adalah merupakan fakta-fakta yang menarik
mengenai sukan berkuda yang dikongsikan :
#1: Sukan berkuda BUKAN untuk golongan kaya sahaja.
Hakikatnya sesiapa sahaja boleh menceburi
sukan ini. Dewasa ini di Malaysia terdapat banyak tempat riadah seperti
Countryside Stable Penang. Mengenai bayaran pula, adalah tidak begitu mahal dan
amat berbaloi. Sebagai contoh harga untuk tunggangan selama satu jam yang di tawarkan
di Countryside Stable Penang adalah hanya RM 60.00.
#2: Kuda TIDAK GANAS!
Kuda bukanlah haiwan yang ganas,
cuma kita perlu memahami karektor dan perasaannya. Faktanya kuda merupakan
haiwan paling penyayang. Manusia boleh membina "ikatan" yang erat
dengan kuda. Menurut Shamsol, jika hari hari kita belai dan kita
membersihkanya. Sudah pasti ia akan mendengar dan menyayangi kita. Jangan
sesekali takut dengan kuda, jika anda takut kuda dapat merasakan perasaan itu.
Kalau tidak percaya , anda boleh cuba sendiri.
#3: Kebaikan dari segi kesihatan.
Berkuda amat baik untuk kesihatan
manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal
hingga mental akan mendapat manfaatnya.Bentuk lekuk badan belakang kuda yakni
tempat di tunggang adalah baik untuk merawat segala masalah tulang belakang
manusia.
Semasa pergerakan galloping
iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang
belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan
meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik
pun tidak mampu berbuat seperti
gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Sukan berkuda akan menggerakkan
seluruh anggota badan si penunggang seperti tulang rangka, otot-otot,
organ-organ viseral dan termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary,
organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang
secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat
selalunya bebas daripada mengalami sakit belakang. Selain itu menunggang kuda
turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa
gerakan ‘galloping ’ kuda.
#4 : Minda lebih fokus
Apabila anda menunggang kuda,
fikiran akan menjadi lebih fokus oleh sebab minda akan dilatih untuk menumpukan
perhatian terhadap cara menstabilkan diri agar tidak jatuh dan pada masa yang
sama berupaya mengawal pergerakan kuda yang ditunggangni.
“Kuda mengajar penunggangnya
untuk tidak berputus asa dan terus untuk cuba dan mencuba sehingga berjaya. Ia
diibaratkan semangat juang yang ada pada seseorang pahlawan,” tambah saudara
Shamsol.
Latihan menunggang kuda berjaya
melatih individu si penunggang kuda untuk lebih bersemangat dengan tindakan dan
keputusan yang perlu diambil pada masa akan datang.
#5: Sebagai Terapi
Individu yang pendiam dan sukar
menyesuaikan diri dengan individu lain boleh mencuba rawatan terapi terkini
menggunakan kuda. Mereka akan diajar cara untuk berkomunikasi dengan kuda bagi
mendapatkan keserasian antara penunggang dengan seekor kuda. Lama-kelamaan,
peserta yang mengalami masalah pendiam atau lebih dikenali sebagai introvert
ini berubah menjadi seorang yang mudah bergaul dengan orang lain.
Perancangan Masa Hadapan
Puan Doris Lim berkongsi
perancangan masa hadapan bagi mensaujana potensi Countryside Stable Pulau
Pinang. Antara perancangan atau impiannya adalah menjadikan sukan berkuda ini
sebagai sesuatu yang dekat dengan masyarakat. Beliau sebolehnya mahu mengikis
tanggapan yang menaiki kuda ini sesuatu yang eksklusif. Puan Doris Lim juga
ingin memperkenalkan dan memperluaskan sukan berkuda endurance di
kalangan masyarakat di Pulau Pinang amnya. Sukan ini memerlukan ketahanan
mental dan fizikal bagi penunggang dan juga kuda.
Untuk masa hadapan , Puan Doris
Lim berkeyakinan penuh bahawa Countryside Stable Penang akan menjadi tempat
tarikan pelancong bagi negeri Pulau Pinang. Berdasarkan potensi dan kapasiti
yang ada, sudah tentu perkara ini bukan sekadar impian dan omongan yang kosong.
Maklumat lanjut boleh hubungi :
Countryside Stable Penang
012-4080678/0124871107
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ORDER SEKARANG !
PROMO PET
MENU ISTIMEWA
ENTRY POPULAR
-
Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yan...
-
Terdapat pelbagai jenis burung kakaktua. Kakaktua merupakan binatang yang sesuai dijadikan teman kerana setiap darinya mempunyai daya tari...
-
Diharap artikel ini dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan haiwan kecil ini semakin popular di...
ANDA PENGUNJUNG KE
USYAR2 SINI
Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli
CATATAN TERDAHULU
- January 2015 (2)
- October 2014 (1)
- August 2014 (1)
- July 2014 (1)
- June 2014 (2)
- January 2014 (1)
- November 2013 (1)
- October 2013 (1)
- June 2013 (1)
- April 2013 (1)
- January 2013 (2)
- October 2012 (1)
- September 2012 (1)
- March 2012 (1)
- January 2012 (1)
- November 2011 (1)
- October 2011 (1)
- September 2011 (3)
- August 2011 (2)
- July 2011 (2)
- June 2011 (3)
- May 2011 (4)
- April 2011 (3)
- March 2011 (3)
- February 2011 (4)
- January 2011 (5)
- December 2010 (4)
- November 2010 (6)
- October 2010 (7)
- September 2010 (1)
- August 2010 (11)
- July 2010 (6)
- June 2010 (6)
- May 2010 (8)
- April 2010 (10)
- March 2010 (35)
- February 2010 (2)
- January 2010 (8)
- December 2009 (22)
- October 2009 (1)
5 comments:
bestnya naik kuda , ari tu kat kedah tak berkesempatan coz takut dia gigit ahaha , cantik jgk tmpat ni
cantik tempat nie...Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…
mcm cntik je tmpt ni...nk pergilh..
memang cantiklh...
haritu pernah naik dkt Tasik Titiwangsa tapi tak naik..nnti nk naiklh dkt sini...
Post a Comment