KAMI GENG SUKA IKAN KELI

DI SEBALIK BENGKEL

Kerja di bengkel sememangnya memerlukan ketahanan dan kesabaran yang tinggi. Masakan tidak kerja ini membutuhkan kesabaran dan ketahanan dalam mencari sesuap nasi. Ketika penulis menjijak kaki di bengkel ini terasa kepanasan pada ruang kerja ini dan menginsafi bertapa ada rakan-rakan kita di luar sana yang bekerja keras dalam menjalani kehidupan.



Basarudin Osman, 32 tahun seorang mekanik muda yang bekerja di Taman Kerapu, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Anak muda yang berkelana dari Negeri Kedah ke Pulau Pinang ini juga seorang yang mencintai dan menyayangi haiwan. Pemuda ini sering melibatkan diri dalam event-event melibatkan haiwan yang dianjurkan sekitar Negeri Pulau Pinang. Sememangnya Basarudin seorang yang arif dengan haiwan kerana beliau acapkali memberi penerangan kepada orang ramai yang mengunjungi event-event berkenaan. Berpewatakan sederhana dan bersahaja , Basarudin tenang menjawab pelbagai soalan yang ditebak oleh orang ramai berkenaan haiwan. Pandangan sarwa orang ramai terhadap haiwan diterangkan dengan bahasa yang mudah oleh Basarudin supaya mereka mempunyai persepsi yang tepat terhadap haiwan.





Haiwan Peneman Di Bengkel
Haiwan yang menjadi peneman di bengkel Basarudin ini adalah burung-burung kakaktua. Antara spesies kakaktua yang ada di sini adalah Indian Ring Neck , Budgie, Cockatiels , Crimson Bellied Green Cheek dan Monk. Menariknya kerana kesemua burung ini amat jinak. Burung-burung ini juga menunjukkan emosi yang stabil kerana tidak bergaduh antara satu sama lain walaupun berlainan spesies. Kebiasaan yang dilihat agak sukar membiarkan burung yang berlainan spesies di atas satu “parrot stand “ yang sama namun di sini burung-burung ini mesra antara satu sama lain walaupun berlainan saiz. Senario yang dapat dilihat di sini adalah burung-burung kakaktua ini bernyanyi riang, mengajuk suara dan ada yang bercakap. Keadaan yang panas tadi seakan tidak terasa apabila melihat keletah haiwan-haiwan kesayangan Basarudin ini.
Selain itu Basarudin juga ada membiak burung-burung kakaktua spesies yang tertentu. Ibarat pepatah “ sambil menyelam sambil minum air” menjelaskan secara tidak langsung aktiviti yang bermula dengan hobi ini dapat meningkatkan pendapatan beliau. Selalunya yang membeli burung daripada Basarudin terdiri daripada kenalan dan rakan taulan beliau.



Rutin Harian
Antara rutin harian Basarudin bersama burung-burung Kakaktua kesayangannya adalah memberi makan dan minum setiap pagi. Basarudin akan memastikan makanan dan minuman akan diganti setiap hari. Ia dilakukan demi menjaga kesihatan haiwan-haiwan yang dijaga. Seminggu sekali juga, sangkar akan dibersihkan. Pada hari yang benar-benar panas, Basarudin akan memandikan burung-burung ini. Ini demi menurunkan suhu badan pada burung-burung ini supaya ia kembali selesa. Lantaran itu dapat diperhatikan keadaan haiwan-haiwan di sini berada dalam kondusi yang amat baik. Meladeni rutin seharian sebegini bagi yang minat seperti Basarudin bukanlah sesuatu yang membebankan , malah mereka senang hati dan gembira melakukannya.



Haiwan Meredakan Tekanan
Menurut Basarudin setiap orang menghadapi tekanan dan kebimbangan dalam kehidupan. Baginya cara menguruskan tekanan dan kebimbangan dengan baik adalah dengan memelihara haiwan. Basarudin menyatakan dengan melakukan tugas-tugas kecil seperti rutin harian mengurus haiwan pada sesuatu masa dapat membuat tekanan dan kebimbangan lebih terkawal.
Menghabiskan masa dengan haiwan kesayangan boleh menjadi sumber meredakan tekanan yang baik melalui persahabatan tulus yang telah dijalinkan dengan haiwan kesayangan. Memperuntukan masa dengan haiwan juga boleh membantu kita untuk berasa lebih baik. Adakala sewaktu sedang bekerja dengan melihat burung Kakaktuanya mengirai-ngiraikan kepak sudah cukup membuat Basarudin tertawa dan senang hati. Basarudin berpendapat orang yang bercakap dengan haiwan kesayangan mereka boleh menjadikannya satu terapi yang percuma dan mudah dalam menanggani masalah dengan lebih tenang. Haiwan boleh menjadi peneman yang baik untuk manusia dan boleh menghalang rasa bersendirian dalam menghadapi cabaran hidup.



Horizon Kesan Positif
Paling penting, bermain dengan haiwan yang akan memberi manusia keyakinan diri yang boleh diaplikasikan dalam menjalani kehidupan seharian. Ingat bahawa terdapat pelbagai cara yang haiwan boleh mengurangkan tekanan dalam kehidupan kita setiap hari. Basarudin yang telah 15 tahun memelihara haiwan kesayangan telah membuktikan bertapa haiwan dapat memberi kesan yang positif dalam hidupnya. Walaupun dibebani kerja yang memenatkan, Basarudin sentiasa tersenyum dan gembira menjalaninya. Menukilkan kata melalui perkongsian yang bermanfaat sepanjang temubual membuktikan jelas kesan positif andai mempunyai hobi yang sihat sebegini.





0 comments:

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI