KAMI GENG SUKA IKAN KELI
TIONG EMAS: Bagaimana Melatih Si Peniru Suara Terhebat Ini?
Tiong emas atau Mynahs Hill mampu meniru apa-apa suara atau bunyi yang mereka
dengar. Jawa Hill Mynahs dan Greater India Hill Mynahs adalah jenis
burung Tiong paling popular yang dijadikan sebagai haiwan kesayangan. Burung
Tiong emas adalah salah satu daripada burung yang terdapat di hutan Malaysia.
Nama sains bagi Tiong emas adalah Gracula
religiosa. Burung Tiong emas merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia
dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya dan juga untuk memeliharanya. Tiong emas biasanya sepanjang 30
cm. Burung Tiong emas digemari ramai kerana ia boleh dilatih untuk mengajuk
suara manusia. Merupakan penutur yang cemerlang, mampu mempelajari seberapa
banyak perkataan dan frasa serta berkemampuan untuk meniru dan bercakap dengan
sangat jelas seperti mana-mana manusia.
Ia berkebolehan menyimpan memori
perbendaharaan kata lebih daripada 100 patah perkataan dan frasa. Apabila anda tidak
mempunyai masa untuk mengajar burung Tiong anda mengajuk suara, ada yang
mencari cara alternatif untuk melatih dengan memainkan peranti rakaman yang
merekod suara. Tetapi, janganlah mengharapkan peranti rakaman untuk melakukan
semua kerja kerana ia adalah penting untuk anda bonding dengan burung anda dan memberikan perhatian peribadi untuk
mempercepatkan proses pembelajaran.
Sewaktu burung anda akan bertenggek
di atas tangan anda di luar sangkar, anda boleh menggunakan peluang ini untuk
sesi bercakap-cakap dengannya. Sama ada di dalam atau di luar sangkar, semasa
pengajaran itu anda bercakaplah dengan burung anda dan ulangilah perkataan atau
frasa yang anda mahu ia untuk belajar. Berikanlah ia masa antara ulangan untuk
burung Tiong berfikir tentang apa yang
ia telah dengari.Kemudian berikan ia masa pula untuk burung mengulangi apa yang
dikatakan anda. Teruskan pelajaran selama kira-kira 10 minit setiap sesi dan mengulangi pelajaran sekurang-kurangnya
beberapa kali sehari.
Adalah tidak digalakkan untuk
mengajar burung Tiong anda untuk bersiul. Jangan berbuat apa-apa yang akan
menggalakkan Tiong anda bersiul kerana ia boleh menjadi agak menjengkelkan
kerana bunyinya yang sangat nyaring. Burung Tiong secara amnya sudah pandai
bersiul dalam nadanya tersendiri oleh itu anda tidak perlu lagi menambah
koleksi siulan dalam kotak memorinya. Jika anda tahu anda tidak boleh
mengendalikan bunyi bising, maka anda tidak disyorkan memelihara burung Tiong.
Sedikit bunyi yang agak bising datang dengan memiliki Tiong. Tiong mudah teruja
dengan persekitarannya dan jika anda mahu menghentikan keterujaannya, anda
perlu mencari sumber yang membuatkan ia bising. Kadang-kadang hanya dengan
meliputi sangkar dengan kain selama beberapa minit, Tiong akan berhenti bersiul
tetapi ia bergantung juga kepada karekter burung Tiong itu sendiri. Antara
sebab burung Tiong anda boleh menjadi bising adalah seperti contohnya mungkin
anda mengeluarkan sesuatu dari peti sejuk dan burung anda teruja dengan harapan
ia akan mendapatkan makanan itu; mungkin ia memerlukan air bersih untuk minum
atau mandi; mungkin ia hanya mahu sedikit perhatian peribadi daripada anda atau
ingin mempunyai masa seketika untuk bebas keluar dari sangkar.
Mulakan dengan satu perkataan
dahulu seperti "assalamualaikum" kepada burung anda setiap kali anda
pulang ke rumah atau setiap kali anda melintasi sangkarnya. Ia akan mula meniru
dengan membuat sedikit bunyi dan pada ketika ini kebiasaannya anda tidak dapat
mendengar dengan jelas dan memahami bunyian itu. Ia boleh membuat bunyi seperti
"eh". Tiong anda selepas itu akan memulakan usaha untuk mengatakan
"assalamualaikum" seperti yang diajarkan oleh anda. Anda
sepatutnya membiarkan burung Tiong anda
mendengar perkataan pertama sewaktu ia masih kecil walaupun ketika itu ia tidak
mampu bercakap. Jika anda menunggu sehingga burung Tiong anda beberapa bulan
selepas itu untuk memulakan latihan, perkataan pertama mungkin seolah-olah
terlalu sukar untuk diajuknya. Lebih tua usia Tiong yang tidak pernah dilatih
untuk bercakap perkataan maka semakin sukar pula ia melakukannya. Namun itu
tidak bermakna ia tidak akan bercakap kerana itu terpulang kepada keupayaan
burung Tiong itu sendiri. Anda mungkin kadangkala terfikir usaha anda cuba untuk
mengajarnya bercakap adalah sia-sia, tetapi jangan berhenti berusaha kerana ia
mungkin akan mengejutkan anda suatu hari nanti. Seekor burung Tiong masih boleh
menjadi haiwan yang menyeronokkan walaupun ia tidak berkebolehan untuk meniru perkataan
atau frasa. Sekurang-kurangnya Tiong anda tetap belajar untuk meniru beberapa
bunyi yang cukup menarik padanya.
Secara amnya, burung Tiong akan
terus belajar perkataan, frasa dan bunyi di sepanjang hidup mereka, tetapi fasa
pembelajaran lebih pesat dan efektif sepanjang beberapa tahun pertama. Biasanya
cari perkataan yang paling mudah untuk diajar pada kali pertama. Anda perlu
berhati-hati apa yang anda katakan pada persekitaran yang dapat didengari oleh
sang burung Tiong kerana apabila dia sudah mendapat meniru suara atau bunyian
tersebut agak ambil masa yang lama untuk memadamkan daripada memorinya.
Biasanya kes ini memeningkan kepala pemilik sekiranya Tiong meniru sesuatu
seperti perkataan yang tidak elok digunakan seperti makian. Biasanya Tiong
lebih suka untuk mengulangi perkataan atau frasa yang mereka sendiri rasakan
mengujakan atau mengembirakan mereka.
Anak burung Tiong yang sangat
muda mempunyai sedikit suara yang parau pada mulanya dan ketika ia cuba untuk
mengulangi perkataan yang didengar, ia mungkin berbunyi sesuatu yang jauh
berbeza daripada apa yang anda harapkan. Ia juga adakala mengatakan sesuatu
yang sama sekali berbeza daripada apa yang anda mahu ia katakan. Burung Tiong
tidaklah sentiasa mengikuti setiap apa yang diajar padanya dengan sempurna
kerana kadang-kadang perkataan akan bunyi serak atau bercampuran bunyi
suaranya, tetapi dengan latihan mendengar frasa berulang, Tiong akan belajar
untuk bercakap perkataan dengan lebih jelas secara perlahan-lahan. Apabila
melatih burung Tiong anda, gunakan ungkapan yang mempunyai emosi dalam suara
anda. Ia boleh memberi sedikit perbezaan dalam mendapat perhatian sang Tiong.
Ikatan peribadi anda dengan
burung Tiong anda dari awal adalah penting. Ia perlu untuk Tiong berasa selesa
dan selamat dengan anda juga persekitarannya. Anda akan mempunyai peluang cerah
memiliki burung Tiong yang betah meniru pelbagai suara dengan membeli baka
domestik Malaysia (Tiong daripada Thailand agak sukar untuk diajar meniru) dan
membeli anak Tiong dengan menyuapkan sendiri makanan padanya. Agak sukar
mencari anak Tiong unweaned (istilah yang bermaksud tidak pandai makan sendiri)
daripada penjual perseorangan atau kedai haiwan, jadi biasanya anda akan
memperolehi anak Tiong yang berumur sekitar 6 atau 7 minggu ke atas tetapi
jangan risau atau ralat kerana pada umur ini anak Tiong masih sesuai untuk
memulakan latihan bercakap waima untuk mempunyai ikatan peribadi yang istimewa
dengan anda.
Anak burung Tiong sangat memberi
kepuasan kepada pemiliknya dengan keletahnya yang manja dan comel. Anak Tiong
akan sentiasa ingin berdamping dengan anda dan adakalanya suka mengesel-gesel
kepalanya yang kecil di bawah dagu anda dan berdecit dengan lembut. Namun
secara amnya, tabiat ini akan berubah apabila ia semakin dewasa kerana
kebanyakkan Tiong tidak suka dibelai kerana sifat asalnya yang lebih suka
berdikari.
Satu lagi kepintaran burung Tiong
yang sangat menarik ialah ia bijak mengaitkan sesuatu perbuatan atau tindakan
dengan frasa dan bunyi. Sebagai contoh apabila ia ternampak kita mengambil
kunci kereta, ia tahu langkah seterusnya adalah untuk kita pergi ke pintu, jadi
ia berkata , "mahu keluar?". Atau juga ketika ada orang dihadapan
pintu rumah , si Tiong yang bijak tidak teragak-agak untuk memberi dahulu
salam. Yang paling melucukan apabila Tiong membuat bunyi “pheewitttttttt”
apabila si dara jelita melintasi.
Tidak kisahlah anda membeli
burung Tiong yang dewasa atau Tiong yang masih anak, pengalaman memiliki burung
ini amat mengujakan. Sekali lagi, ia terpulang kepada burung Tiong itu sendiri
seberapa ia ingin belajar dan meniru. Burung Tiong mempunyai banyak personaliti
dan telatah lucu. Saya suka untuk merujuk kepada mereka sebagai “si peniru
terhebat berbulu hitam”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ORDER SEKARANG !
PROMO PET
MENU ISTIMEWA
ENTRY POPULAR
-
Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yan...
-
Terdapat pelbagai jenis burung kakaktua. Kakaktua merupakan binatang yang sesuai dijadikan teman kerana setiap darinya mempunyai daya tari...
-
Diharap artikel ini dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan haiwan kecil ini semakin popular di...
ANDA PENGUNJUNG KE
USYAR2 SINI
Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli
CATATAN TERDAHULU
- January 2015 (2)
- October 2014 (1)
- August 2014 (1)
- July 2014 (1)
- June 2014 (2)
- January 2014 (1)
- November 2013 (1)
- October 2013 (1)
- June 2013 (1)
- April 2013 (1)
- January 2013 (2)
- October 2012 (1)
- September 2012 (1)
- March 2012 (1)
- January 2012 (1)
- November 2011 (1)
- October 2011 (1)
- September 2011 (3)
- August 2011 (2)
- July 2011 (2)
- June 2011 (3)
- May 2011 (4)
- April 2011 (3)
- March 2011 (3)
- February 2011 (4)
- January 2011 (5)
- December 2010 (4)
- November 2010 (6)
- October 2010 (7)
- September 2010 (1)
- August 2010 (11)
- July 2010 (6)
- June 2010 (6)
- May 2010 (8)
- April 2010 (10)
- March 2010 (35)
- February 2010 (2)
- January 2010 (8)
- December 2009 (22)
- October 2009 (1)
10 comments:
Salam sahabat.....Lama tak menjengah ke sini....Semoga sihat-sihat selalu hendaknya....
Saya ada burung tiong yg dah pandai berkata kata...tapi saya tak tahu jantina dia..samada betina @ jantan...boleh bagi info sikit tak?
Baru je start bela tiong ni.tq nasihat ni.tp masih liar lg..kata kedai 7 bulan.tp nmpk bdn besar..
Mana nak cari tiong mas area Selangor yee kawan2??
Mana nak cari tiong mas area Selangor yee kawan2??
Assallamualaikum are seremban ade jual tiong emes berlesen
016.2428904 boleh call no ni macam2 burung ade
Ada
Call jap
Post a Comment