KAMI GENG SUKA IKAN KELI
PAGAR IKAN KELI
KISAH PAKU DI PAGAR
Di satu ketika..ada seorang pemuda yang berperangai agak buruk. Sikapnya suka mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan orang lain dan sentiasa menganggap diri sahaja yang betul.
Sehinggalah satu hari sang ayah memberi dia sekantung uncang yang penuh paku, dan menyuruh memaku satu batang paku di pagar pekarangan setiap kali dia hilang kesabarannya atau berselisih paham dengan orang lain. Hari pertama dia memaku 37 batang di pagar. Pada minggu-minggu berikutnya dia belajar untuk menahan diri, dan jumlah paku yang dipakukan berkurang dari hari ke hari. Pemuda itu cuba menahan diri daripada memaku di pagar.
Akhirnya tiba hari ketika pemuda itu tidak lagi memaku sebatang paku pun dan dengan gembira disampaikannya hal itu kepada ayahnya. Ayahnya kemudian menyuruhnya mencabut sebatang paku dari pagar setiap kali bila dia berhasil menahan diri dan bersabar.
Hari-hari berlalu dan akhirnya tiba harinya dia menyampaikan kepada ayahnya bahawa semua paku sudah dicabut dari pagar. Sang ayah membawa anaknya ke pagar dan berkata: “Anakku, kamu sudah baik, tetapi cuba lihat betapa banyak lubang yang ada di pagar. Pagar ini tidak akan kembali seperti semula.”
Demikianlah saat kita menghamburkan kata-kata yang menyakitkan ketika sedang marah atau saat kita menghina dan memperkecilkan orang lain.Walaupun kita telah meminta maaf selepas itu..sakit dan kesan pedih dari kata-kata itu tetap ada di hati mereka.Luka akibat ucapan sama seperti luka di tubuh.Walaupun sembuh,parut tetap ada.
Friday, January 28, 2011 | | 62 Comments
SELIPAR IKAN KELI
PERMAINAN TUJU SELIPAR
Ayuh tuju menuju...dalam permainan ini kau bisa begitu.. tapi dalam hakikat kehidupan kita tidak boleh begitu.. 'seliparmu' baling padaku...'seliparku' campak padamu
Ayuh tuju menuju...dalam permainan itu kau harus begitu.. usah dalam kenyataan kita sesekali begitu.. kau gembira melihat kejatuhan impianku...ku bahagia saksikan berkecai mimpimu
Monday, January 24, 2011 | | 41 Comments
TAMAN PERMAINAN IKAN KELI
TU DIA...CERITA MERAPU DI TAMAN PERMAINAN
Sehinggalah pada satu hari doktor yang pernah merawatnya terjumpa pesakit lelaki itu di sebuah taman permainan.
Doktor : Laaa..hang ka?apa habaq? lani hang taw dah ka hang sapa?
Lelaki : Baik doktor...tau aih...ceq sapa dah.
Doktor : Kalau lagu tu hang sapa...??
Lelaki : Ishhh...doktor ni....simple question...ceq orang la....manusia!
Doktor : Tu ka? bukan hang popcorn ka?
Lelaki : Dak aihhh...
Doktor : Niii..hang takut lagi ka dengan ayam?
Lelaki : ekeleh...
Doktor : Hmm..baguih2..hang ni kira dah sihat betoi2 dah ni..
Lelaki : Sat doktor...ceq nak tanya sikit ni....
Doktor : Tanya mai...
Lelaki : Err....doktor rasa...ayam tau dak saya dah tukaq jadi orang ni?
Doktor : Huk...huk..huk...dak2....
Monday, January 17, 2011 | | 49 Comments
YUMMY!!! BISKUT BENTUK KELI YANG COMEL
KISAH SEBUNGKUS BISKUT,SEORANG WANITA DAN DIA LELAKI
Di sebuah lapangan terbang, seorang wanita sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, wanita itu makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan sambil itu dia membaca majalah kegemarannya. Sedang dia menikmati biskut itu dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.
“Euwww...tak malunya lelaki ni….. kenal pun tidak…. makan sama banyak dengan aku pulak tu…x malu!! ” getus wanita itu dalam hati.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.
“Gila sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar!!!” kata hatinya dengan marah.
Wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.
“Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…erkss” gerutu hatinya.
Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
MORAL CERITA: KONGSILAH BISKUT ANDA...KERANA BISKUT ITU SIFATNYA KEJAP ADA KEJAP TIADA...MASA ADA KONGSILAH BERSAMA...MASA TIADA NAK KONGSI APA LAGI?? HEHE....
Wednesday, January 12, 2011 | | 44 Comments
LIPATAN TUALA IKAN KELI
TUALA MAMPU SEJUKKAN 3 KALI GANDA LEBIH PANTAS AIR MINUMAN TIN ANDA!
- Ambil tuala(saiz jangan terlalu besar) dan basahkan tuala.
- Bungkus air tin dengan tuala yang dibasah tadi.
- Masukkan air tin bersama tuala yang dibungkus ke dalam peti ais.
- Dalam waktu yang singkat,anda sudah boleh menikmati kesejukkanya!
Friday, January 07, 2011 | | 34 Comments
ORDER SEKARANG !
PROMO PET
MENU ISTIMEWA
ENTRY POPULAR
-
Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yan...
-
Terdapat pelbagai jenis burung kakaktua. Kakaktua merupakan binatang yang sesuai dijadikan teman kerana setiap darinya mempunyai daya tari...
-
Diharap artikel ini dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan haiwan kecil ini semakin popular di...
ANDA PENGUNJUNG KE
USYAR2 SINI
Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli
CATATAN TERDAHULU
- January 2015 (2)
- October 2014 (1)
- August 2014 (1)
- July 2014 (1)
- June 2014 (2)
- January 2014 (1)
- November 2013 (1)
- October 2013 (1)
- June 2013 (1)
- April 2013 (1)
- January 2013 (2)
- October 2012 (1)
- September 2012 (1)
- March 2012 (1)
- January 2012 (1)
- November 2011 (1)
- October 2011 (1)
- September 2011 (3)
- August 2011 (2)
- July 2011 (2)
- June 2011 (3)
- May 2011 (4)
- April 2011 (3)
- March 2011 (3)
- February 2011 (4)
- January 2011 (5)
- December 2010 (4)
- November 2010 (6)
- October 2010 (7)
- September 2010 (1)
- August 2010 (11)
- July 2010 (6)
- June 2010 (6)
- May 2010 (8)
- April 2010 (10)
- March 2010 (35)
- February 2010 (2)
- January 2010 (8)
- December 2009 (22)
- October 2009 (1)