KAMI GENG SUKA IKAN KELI
60 TINGKAH LAKU SUGAR GLIDER ANDA !
Diharap artikel ini
dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan
haiwan kecil ini semakin popular di kalangan kita maka sudah semestinya info
asas mengenai perlakuan si kecil ini harus diberi pendedahan dan dibincangkan. Di sini saya kongsikan perlakuan si kecil dan sebagai indikator menilai
Sugar Glider milik anda.
1.
Tidak bermain
Isyarat:
abnormal
Anda perlu mempunyai
sebuah roda mainan atau permainan yang sesuai untuk sugar glider anda bermain.
Sugar Glider yang hanya duduk dan tidak meneroka sangkar boleh menjadi stress atau bosan. Oleh itu, anda perlu
meluangkan seberapa masa yang boleh dengan mereka termasuk membelai dan memegang
mereka, mengusik mereka dengan bulu, menyediakan barangan untuk mereka memanjat dan lain-lain Anda juga boleh
memberi mereka ruang untuk bergerak di luar sangkar bagi membantu merangsang
pergerakan meraka. Adakalanya jika lampu menyala dengan terang, mereka mungkin
tidak mahu keluar untuk bermain. Anda mungkin terpaksa menyalakan lampu samar
untuk anda melihat tapi suram untuk mengalakan mereka keluar bermain.
2. Tidak minum atau makan
Isyarat:
abnormal
Anda perlu menyukat
makanan dan air yang anda tawarkan supaya boleh memantau berapa banyak yang
dimakan oleh Sugar Glider anda setiap hari. Jika mereka tidak makan atau minum,
mereka boleh mengalamai dihydrasi (kekurangan cairan dalam badan).
3.
Mengigil
Isyarat:
tidak sentiasa normal
Jika ia kerap
mengigil (tidak termasuk mengigil semasa
baru bangun tidur) ia mungkin kesejukan atau kedinginan. Hapuskan kedinginan
dan pastikan sugar glider anda mempunyai cukup perlindungan dalam kantung fleece atau tempat tidur beralaskan kain
fleece yang lembut. Bagi sugar glider
yang masih bayi (joey) mesti sentiasa dalam kehangatan yang bersesuaian dan
perlu membawa si kecil di dalam kantung di bawah baju anda jika perlu. Dapatkan
nasihat doktor haiwan jika masih sentiasa menggigil.
4.
Desiran semasa buang air besar
Isyarat:
normal
Kebanyakan Glider akan
berbunyi desiran apabila melakukan ini dan berhenti sebaik sahaja mereka
selesai membuang.
5. Desiran manakala kencing
Isyarat:
abnormal
Biasanya tanda-tanda
jangkitan saluran urinary (kencing). Dapatkan khidmat VET.
6.
Salakan
Isyarat:
normal
Sugar Glider akan
menyalak pada waktu malam untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Perlakuan
ini juga boleh dikaitkan dengan ingin mengambil perhatian si pemilik, kecewa
apabila jarang diajak bermain atau gagal mendapatkan apa-apa daripada kita.
7. Crabbing
Isyarat:
normal
Crabbing
adalah bunyi seolah pengasah pensel dan
setiap pemilik haiwan comel ini sudah pasti biasa mendengar bunyi dan istilah
crabbing ini. Sugar Glider crabbing pada
mulanya apabila mereka takut. Kemudian antara faktor lain ia crabbing apabila anda mengganggu mereka
semasa mereka mahu tidur atau jika anda mengganggu mereka apabila mereka mahu
bersendirian di dalam sangkar mereka.
9.
Pencacatan diri,menggigit diri, pembersihan/dandanan terlampau.
Isyarat:
abnormal
Lebihan dandanan boleh
membuat kawasan badan yang ditumpunya itu membengkak, kehilangan bulu dan
berdarah. Ini boleh membawa kepada pencacatan diri dan ia sangat berbahaya. Anda
mungkin perlu memakaikan Sugar Glider anda dengan e-kolar
dan dengan segera bawa ke doktor haiwan. Jika perlakuan ini dibiarkan
kemungkinan mendapat jangkitan, luka terbuka, kemurungan dan beberapa senario
buruk yang lain.
10.
Tidak mahu merenung terus mata ke mata.
Isyarat:
normal
Glider seringkali akan
lari dari anda atau crabbing pada
anda jika anda merenung terus ke mata mereka. Jangan terus renung ke mata
mereka pada mula memegangnya dan,kita hanya perlu menjeling dari sudut mata. Jika
anda terus merenung mereka, Sugar Glider akan beranggapan yang anda sebagai
pemangsa. Namun jika Sugar Glider anda sudah benar-benar bonding dengan
pemiliknya, Sugar Glider tidak sesekali menyalah tafsir tuannya sebagai
pemangsa.
11.
Memanjat berulang-ulang dalam sangkar atau berjalan dalam pusingan di dalam
sangkar
Isyarat:
abnormal
Ini bermakna kebosanan
dan kekecewaan atau kesepian. Cuba keluarkan Sugar Glider anda seberapa kerap
yang boleh dari sangkar dan bermain di luar sangkar. Sugar Glider akan berbuat
demikian jika ia berasa keseorangan. Kesepian akan membuatkan ia stress
12.
Merebut makanan dan berlari serta bersembunyi yang daripada rakan sesangkar
Isyarat:
normal
Glider sering akan
makan di tempat yang mereka berasa selamat dan selesa. Mereka juga melakukan
ini untuk mengelak glider-glider yang lain dari mencuri makanan mereka.
13.
Berlari dan melompat kepada anda
Isyarat:
normal
Berlari memanjat kaki,
lengan, duduk di atas bahu atau kepala anda adalah biasa dan tanda dia telah
membiasakan diri kepada anda atau menyukai anda.
14.
Mendandan / menjilat pemilik
Isyarat:
normal
Mereka akan mendekati
anda, menjilat tangan anda, jari, telinga dan menyusup rambut anda. Ini
bermakna mereka telah terikat dengan anda dan mula menerima anda sebagai
sebahagian daripada kelompok mereka. Ini amat normal dan perlakuan yang amat
menyeronokkan.
15.
Mengengam rambut anda dengan tangan mereka dan menyisir rambut dicelah gigi
mereka
Isyarat:
normal
Ini adalah sebahagian
daripada perlakuan dandanan. Jika mereka mula mengikis kulit kepala anda dengan
gigi mereka, cuba untuk mengalih perhatian mereka atau meletakkan mereka di
dalam sangkar untuk beberapa ketika bagi menenangkan mereka.
16.
Mengikis gigi mereka pada lengan anda, kaki, buku lali, dan sebagainya
Isyarat:
normal
Mereka melakukan ini
pada pokok-pokok untuk mendapatkan sap.Mereka tidak dapat mengawal diri mereka
sendiri. Alihkan perhatian mereka dengan memberi treats (upah) atau mainan.
17.
Membuang air kecil / pooping pada pemilik ( lihat 18 & 19 )
Isyarat:
normal
Anda tidak boleh
menahan atau mengajar mereka.
18.Kencing
pada anda
Isyarat:
normal
Adalah perkara biasa
jika mereka membuat perlakuan mengosongkan pundi kencing mereka pada anda .
Mereka juga boleh basahkan anda dengan air kencing bagi menanda bau pada badan
anda.
19.
Pooping (berak) pada pemilik
Isyarat:
normal
Maaf, ini memang naluri
mereka dan anda harus menerimanya. Sugar Glider bukan haiwan yang boleh diajar
latihan tandas. Namun untuk tips mudah, sebelum mengeluarkan mereka daripada
sangkar seeloknya dikeluarkan seketika daripada kantung(pouch) dan biarkan
Sugar Glider berlegar di dalam sangkar. Selepas ia membuang najis bolehlah
mengeluarkannya daripada sangkar. Sediakan tisu sewaktu bermain di luar sangkar
untuk membersih najis yang dikeluarkan.
20.
Melompat ke arah anda dan ke arah pintu sangkar apabila anda menghampirinya.
Isyarat:
normal
Seperti anjing, mereka
gembira melihat anda dan mahu perhatian anda.
21.
Kekal dalam kantung (pouch) dari jam 06:00 AM - 9PM atau sekitarnya
Isyarat:
normal
Mereka tidak semestinya
tidur sepanjang masa ini. Mereka hanya berehat, bergurau atau mendandan antara
satu sama lain.
22.
Minum atau makan di siang hari
Isyarat:
normal
Jika mereka lapar atau
dahaga, mereka tiada fikir apa-apa dan akan terus bangun dan makan atau minum
air.
23.
Masuk ke dalam baju atau saku baju anda
Isyarat:
normal
Ada yang suka dan ada
juga yang sebaliknya.Ini bergantung kepada keperibadian Glider anda Anda tidak
boleh memaksa.
24.
Mencari tempat-tempat yang berbeza untuk tidur / tidak tidur di tempat yang
sama
Isyarat:
normal
Glider suka untuk
beralih tempat tidur.Pertimbangkan untuk memberi mereka lebih daripada satu
kantung atau sarang.
25. Mengheret kaki atau pincang kaki belakang
Isyarat:
abnormal
Glider akan mengangkang
bahagian belakangnya apabila menandakan bau, tetapi mereka sebenarnya tidak
mengheret kaki mereka. Jika mereka mengheret kaki belakang mereka dan
menghadapi masalah bergerak dalam persekitaran, itu adalah tanda-tanda lumpuh
kaki belakang. Segera berjumpa VET. Diet yang kekurangan Kalsium adalah
penyebab keadaan ini.
26.
Najis berair/ cair
Isyarat:
abnormal
Najis yang cair/lembik
sekali sekala bukanlah masalah besar, tetapi jika ia berlaku lebih daripada
satu hari, mereka akan segera mengalami dehidrasi atau kering dan boleh mati
akibatnya. Dapatkan rawatan doktor haiwan yang akan memberi antibiotik. Beri Pedialyte sementara menunggu masa ke
VET.
27.
Keadaan bengkak di bawah-mata
Isyarat:
abnormal
Biasanya tanda-tanda
kerosakan gigi atau gusi bernanah. Segera ke VET.
28. "Bersin" ke tapak tangan dan
kemudian mengelap muka
Isyarat:
normal
Mereka tidak bersin.
Mereka meludah ke tangan mereka dan menggunakan
kelembapan untuk
membersihkan diri mereka sendiri.
29.
Meletakkan kaki belakangnya di dalam mulut dan kemudian menggaru dengan pantas
Isyarat:
normal
Satu lagi cara melembabkan
jari mereka untuk membersih dan mendandan.
30.
"Menampar" muka Pemilik dengan tangan dan melarikan diri
Isyarat:
normal
Ini hanyalah keletahnya
yang suka-suka bermain. Kadang-kadang akan melakukan ini kerana iri-hati jika
anda memberi perhatian yang lebih kepada Glider lain.
31.
Glider jantan memegang kepala atau telinga dan menggosok kepalanya ke kepala, dada
atau perut Sugar Glider yang lain
Isyarat:
normal
Ini adalah tingkah laku
menandakan bau yang sering dilakukan oleh individu alfa dalam satu kumpulan
atau koloni.
32.
Membuat bunyi "chit chit" semasa bergelut dengan pasangan disangkar
Isyarat:
normal
Hanya bermain.
33.
"Menjerit" semasa menerkam/bergelut
dengan pasangan sangkar
Isyarat:
abnormal
Bermaksud
berlawan/bergaduh. Leraikan mereka sebelum mereka menyakiti/cederakan antara satu sama lain. Ini boleh berlaku jika
berada di dalam kumpulan yang besar, jantan tidak dikasikan/dimandulkan atau
ketika si jantan yang mahu merebut tempat menjadi ketua atau alfa. Pergaduhan
juga berlaku jika anda memasukan glider baru ke dalam kumpulan yang sedia ada.
Bersedia untuk meleraikan mereka jika mereka bergaduh. Pakai sarung tangan
semasa meleraikan pergaduhan.
34.Membaling
makanan
Isyarat:
normal
Kepung sangkar atau
menggunakan bekas Tupperware (food Kitchen) bagi mengelakkan makanan berselerak
dan mengotorkan sangkar.
35.
Makan tahi mereka sendiri
Isyarat:
abnormal
Biasanya bermaksud ada
sesuatu yang kurang dalam diet mereka.
36.
Mengunyah barangan: Perabot, kain, kayu, plastik, dll.
Isyarat:
normal
Mereka akan mengunyah
apa sahaja dan mereka boleh menghancurkannya.Keyboards(papan kekunci), alat
kawalan jauh, bingkai gambar, dan sebagainya adalah contoh-contoh item yang
suka dikunyah Sugar Glider.
37.
Memukul antara satu sama lain dalam perebutan makanan
Isyarat:
normal
Alfa dan individu yang
lebih tua boleh membuli semasa makan. Anda mungkin perlu membuat dua hidangan
yang berasingan.
39.
Berdecit atau crabbing pada sesiapa
yang melintasi sangkar
Isyarat:
normal
Normal sehingga mereka
telah bonded dan biasa dengan
persekitaran mereka. Jika mereka lakukan ini selepas mereka telah bonded dengan anda, mungkin anda telah
membiarkan mereka terkurung begitu lama. Jika Glider tidak keluar daripada
sangkar secukupnya kemungkinan besar mereka akan kembali kepada keadaan asal liar
mereka. Keluarkan mereka lebih kerap.
40.
Takut apabila mendengar bunyi kuat dan melihat pergerakan pantas
Isyarat:
normal
Glider benci dengan
bunyi yang kuat, pergerakan secara tiba-tiba ataupun kejutan .Mereka akan
tiba-tiba akan menyorok atau menjadi hyper.
Cuba bercakap dalam nada suara yang lembut dan tidak membuat pergerakan secara
tiba-tiba.
41.
Jantan hidu bau kelenjar betina, mengikut
dia, mengesel ke kepalanya, dada, perut, dan sebagainya.
Isyarat:
normal
Jika jantan melakukan
ini tanpa henti, si betina mungkin pada musim subur.
42. Jantan melekap dan menggigit di belakang
leher betina (Lihat 43)
Isyarat:
normal
Luka mengawan di
belakang leher betina adalah biasa dan adakalanya bahaya. Jika anda melihat
luka, segera siram dengan air, sapukan dengan madu dan bawa haiwan ke VET. Ia biasanya tidak akan sembuh
dengan sendiri oleh kerana mulut mereka dipenuhi dengan bakteria, ia mungkin
akan dijangkiti dan menjadi lebih teruk. Ambil haiwan itu daripada sangkar dan
asingkan ke sangkar sberasingan jadi rakan-rakan sangkar lain tidak akan
menganggu dan terlebih bersihkan luka tersebut.
43.
Betina memaling dan menggigit atau mengusir seorang jantan (Lihat 42)
Isyarat:
normal
Sebahagian daripada
upacara mengawan. Jika ia menjadi kasar, anda mungkin perlu untuk memisahkan
mereka selama beberapa hari.
44.
Tingkah laku mengawan Jantan dengan Jantan atau betina dengan betina
Isyarat:
normal
Glider tidak
dikecualikan dalam tingkah laku seks mereka. Terutamanya jika jantan tidak
dimandulkan. Mereka juga tak dapat menahannya. Kasi/Kemili mereka.Yang betina
juga akan menengek antara satu sama lain. Perkara ini sering terjadi kerana
tiada pasangan yang bersesuaian atau jantina yang diperlukan.
45.
Flos: Jantan menarik pada zakar
dengan mulutnya
Isyarat:
normal
Dia melancap tetapi
istilah dalam komuniti ini adalah "Flossing" Jika zakar rosak atau
jika terdapat jangkitan, ini boleh membawa kepada mencederakan diri sendiri
maka perhatikan jika ada kesan darah atau tanda-tanda zakar sentiasa terkeluar
dan tidak akan kembali masuk. Penis
kelihatan seperti sehelai benang sulam merah panjang dengan "y" pada hujungnya.
46.
Pemilih makanan / cerewet makan
Isyarat:
normal
Pemilih makanan adalah
perkara biasa. Anda mungkin boleh menvariasikan makanan mereka bagi membolehkan
Sugar Glider anda mendapat sumber nutrient yang berbeza dan mengelakkan
kejemuan.
47.
Berulang-ulang / ritual aktiviti suka bermain
Isyarat: normal
Melompat ke atas
sesuatu objek, melompat, berlari ke suatu tempat tertentu, melompat ke bawah,
melompat di tempat lain dan kemudian bermula sekali lagi dari di mana mereka
mula, ini adalah normal.
48.
Mencuri makanan dari mulut antara satu sama lain
(lihat 12)
Isyarat:
normal
Bapa yang mengajar
joeys mereka bagaimana untuk makan makanan pejal akan mengunyah disebelah mulut
joey jadi mereka boleh merasa dan makan dari mulut bapanya. Jadi mereka
membesar dengan "mencuri" makanan dari mulut satu sama lain dan tak
perlu bimbang tentangnya.
49.Betina
yang menjilat kawasan antara kemaluan dan kantung
Isyarat:
normal
Mereka melakukan ini
selepas mengawan dan juga sejurus sebelum melahirkan.Ia membuat kawasan jadi
licin supaya joeys boleh mendaki ke dalam
pouch dengan senang. Melakukannya
sebaik selepas mengawan adalah amalan. Mereka sebenarnya hanya perlu untuk
melakukannya selepas 16 hari tempoh matang bunting.
50.
Menolak, membunuh dan makan bayi joeys
Isyarat:
abnormal
Betina yang menolak dan
membunuh bayi kerana beberapa sebab:
1) Kurang pengalaman
2) Tekanan
3) Pemakanan yang tidak
seimbang
4) Joeys abnormal.
Ibu bunting dan yang
menyusu joey memerlukan banyak protein. Ada yang mengatakan sebab mereka makan
bayi kerana ingin menghapuskan apa-apa bukti kematian atau penyakit, jadi
pemangsa tidak akan tertarik kepada kawasan mereka bersarang.
51.Bayi
(joey) menangis
Isyarat:
normal
Tanda bahawa mereka
mahu ibu dan ingin kembali ke sarang. Jika ibu tidak kembali, boleh menjadi
tanda-tanda penolakan si ibu pada anaknya. Juga tanda mereka mungkin sejuk. Jika
mereka sejuk untuk disentuh, meletakkan mereka di telapak tangan anda dan
hangatkan mereka atau pergi berjumpa doktor haiwan. Sentiasa hangatkan mereka
atau mereka akan mati jika ibu atau bapa tidak cenderung kembali menjaga
mereka. Jangan meletakkan batu pemanas atau apa jua alat pemanas kepada mereka.
Doktor haiwan boleh mengarahkan anda untuk mengunakan pad pemanas khas bagi
maksud itu ataupun inkubator.
52.
Ibu atau bapa bayi merampas dan mengambil anak mereka daripada anda
Isyarat:
normal
Ibu dan bapa Sugar
Glider akan membenarkan anda bermain dengan bayi untuk masa yang singkat,
tetapi akan sering datang mengambil anak mereka dan membawa mereka kembali ke
sarang apabila mereka rasa ia dah cukup lama.
53. Melindung
Sarang: Bapa memarahi atau menggigit
anda apabila menggangu joeys di dalam
sarang
Isyarat:
normal
Kadang-kadang si bapa
akan memberi perlindungan dan kurang mesra sehingga bayi telah diceraikan.
Maafkannya kerana si bapa hanya cuba untuk melindungi bayinya.
54.
Bapa Glider menyerang dan menggigit anda dengan keras dan tidak melepaskan
Isyarat:
normal
Anda mungkin perlu
membersihkan diri dan menukar pakaian jika anda mempunyai banyak koloni-koloni.
Jika bapa Sugar Glider bau haiwan lain pada anda, dia akan mengangap ianya
sebagai satu ancaman apabila dia ada bayi bersamanya.
55.
Menyengetkan / goyang kepala dan berulang-alik sebelum melompat atau meluncur
Isyarat:
normal
Mereka adalah
"triangulating" dengan anggaran jarak sebelum melompat. Mengatur
langkah..
56.
Tidur dalam susunan di atas satu lain
Isyarat:
normal
Ada yang bergelut untuk
sampai ke bahagian bawah longgokan, yang menjadi tempat pilihan untuk
kebanyakan Glider.
57.Menghilang
diri ke dalam perabot, almari, di bawah peralatan, dll.
Isyarat:
normal
Anda perlu menunggu
mereka lapar atau dahaga dan membiarkan mereka keluar sendiri. Jika mereka
tidak keluar selepas 24 jam, mereka mungkin boleh tersekat di mana-mana dan
anda mungkin perlu membuka perabot itu untuk mendapatkan mereka.
58.
Minum atau makan jumlah yang kecil sepanjang "Masa Paling Aktif"
mereka keluar sarang / kantung
Isyarat:
normal
Mereka makan
sikit-sikit, tidak semua sekali gus. Mereka akan selang-seli makan, minum serta
bermain dan tidur walaupun pada waktu malam.
59.
Menjenguk kepala mereka daripada dalam Pouch
Isyarat: normal
Rasa ingin tahu . Hanya
memeriksa kamu.
60.
Melompat ke muka anda
Isyarat:
normal
Itulah pelukan muka
namanya. Jangan lupa tutup mata anda.
Saturday, June 28, 2014 | | 31 Comments
DI SEBALIK BENGKEL
Kerja di bengkel
sememangnya memerlukan ketahanan dan kesabaran yang tinggi. Masakan tidak kerja
ini membutuhkan kesabaran dan ketahanan dalam mencari sesuap nasi. Ketika
penulis menjijak kaki di bengkel ini terasa kepanasan pada ruang kerja ini dan
menginsafi bertapa ada rakan-rakan kita di luar sana yang bekerja keras dalam
menjalani kehidupan.
Basarudin Osman, 32 tahun seorang
mekanik muda yang bekerja di Taman Kerapu, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Anak
muda yang berkelana dari Negeri Kedah ke Pulau Pinang ini juga seorang yang
mencintai dan menyayangi haiwan. Pemuda ini sering melibatkan diri dalam
event-event melibatkan haiwan yang dianjurkan sekitar Negeri Pulau Pinang.
Sememangnya Basarudin seorang yang arif dengan haiwan kerana beliau acapkali
memberi penerangan kepada orang ramai yang mengunjungi event-event berkenaan. Berpewatakan
sederhana dan bersahaja , Basarudin tenang menjawab pelbagai soalan yang
ditebak oleh orang ramai berkenaan haiwan. Pandangan sarwa orang ramai terhadap
haiwan diterangkan dengan bahasa yang mudah oleh Basarudin supaya mereka
mempunyai persepsi yang tepat terhadap haiwan.
Haiwan Peneman Di Bengkel
Haiwan yang menjadi peneman di
bengkel Basarudin ini adalah burung-burung kakaktua. Antara spesies kakaktua
yang ada di sini adalah Indian Ring Neck , Budgie, Cockatiels , Crimson Bellied
Green Cheek dan Monk. Menariknya kerana kesemua burung ini amat jinak. Burung-burung
ini juga menunjukkan emosi yang stabil kerana tidak bergaduh antara satu sama
lain walaupun berlainan spesies. Kebiasaan yang dilihat agak sukar membiarkan
burung yang berlainan spesies di atas satu “parrot stand “ yang sama
namun di sini burung-burung ini mesra antara satu sama lain walaupun berlainan
saiz. Senario yang dapat dilihat di sini adalah burung-burung kakaktua ini
bernyanyi riang, mengajuk suara dan ada yang bercakap. Keadaan yang panas tadi
seakan tidak terasa apabila melihat keletah haiwan-haiwan kesayangan Basarudin
ini.
Selain itu Basarudin juga ada
membiak burung-burung kakaktua spesies yang tertentu. Ibarat pepatah “ sambil
menyelam sambil minum air” menjelaskan secara tidak langsung aktiviti yang
bermula dengan hobi ini dapat meningkatkan pendapatan beliau. Selalunya yang
membeli burung daripada Basarudin terdiri daripada kenalan dan rakan taulan
beliau.
Rutin Harian
Antara rutin harian Basarudin
bersama burung-burung Kakaktua kesayangannya adalah memberi makan dan minum
setiap pagi. Basarudin akan memastikan makanan dan minuman akan diganti setiap
hari. Ia dilakukan demi menjaga kesihatan haiwan-haiwan yang dijaga. Seminggu
sekali juga, sangkar akan dibersihkan. Pada hari yang benar-benar panas,
Basarudin akan memandikan burung-burung ini. Ini demi menurunkan suhu badan
pada burung-burung ini supaya ia kembali selesa. Lantaran itu dapat diperhatikan
keadaan haiwan-haiwan di sini berada dalam kondusi yang amat baik. Meladeni
rutin seharian sebegini bagi yang minat seperti Basarudin bukanlah sesuatu yang
membebankan , malah mereka senang hati dan gembira melakukannya.
Haiwan Meredakan Tekanan
Menurut Basarudin setiap orang
menghadapi tekanan dan kebimbangan dalam kehidupan. Baginya cara menguruskan
tekanan dan kebimbangan dengan baik adalah dengan memelihara haiwan. Basarudin
menyatakan dengan melakukan tugas-tugas kecil seperti rutin harian mengurus
haiwan pada sesuatu masa dapat membuat tekanan dan kebimbangan lebih terkawal.
Menghabiskan masa dengan haiwan
kesayangan boleh menjadi sumber meredakan tekanan yang baik melalui persahabatan
tulus yang telah dijalinkan dengan haiwan kesayangan. Memperuntukan masa dengan
haiwan juga boleh membantu kita untuk berasa lebih baik. Adakala sewaktu sedang
bekerja dengan melihat burung Kakaktuanya mengirai-ngiraikan kepak sudah cukup
membuat Basarudin tertawa dan senang hati. Basarudin berpendapat orang yang
bercakap dengan haiwan kesayangan mereka boleh menjadikannya satu terapi yang
percuma dan mudah dalam menanggani masalah dengan lebih tenang. Haiwan boleh
menjadi peneman yang baik untuk manusia dan boleh menghalang rasa bersendirian
dalam menghadapi cabaran hidup.
Horizon Kesan Positif
Paling penting, bermain dengan
haiwan yang akan memberi manusia keyakinan diri yang boleh diaplikasikan dalam
menjalani kehidupan seharian. Ingat bahawa terdapat pelbagai cara yang haiwan
boleh mengurangkan tekanan dalam kehidupan kita setiap hari. Basarudin yang
telah 15 tahun memelihara haiwan kesayangan telah membuktikan bertapa haiwan
dapat memberi kesan yang positif dalam hidupnya. Walaupun dibebani kerja yang
memenatkan, Basarudin sentiasa tersenyum dan gembira menjalaninya. Menukilkan
kata melalui perkongsian yang bermanfaat sepanjang temubual membuktikan jelas
kesan positif andai mempunyai hobi yang sihat sebegini.
Monday, June 23, 2014 | | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
ORDER SEKARANG !
PROMO PET
MENU ISTIMEWA
ENTRY POPULAR
-
Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yan...
-
Terdapat pelbagai jenis burung kakaktua. Kakaktua merupakan binatang yang sesuai dijadikan teman kerana setiap darinya mempunyai daya tari...
-
Diharap artikel ini dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan haiwan kecil ini semakin popular di...
ANDA PENGUNJUNG KE
USYAR2 SINI
Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli
CATATAN TERDAHULU
- January 2015 (2)
- October 2014 (1)
- August 2014 (1)
- July 2014 (1)
- June 2014 (2)
- January 2014 (1)
- November 2013 (1)
- October 2013 (1)
- June 2013 (1)
- April 2013 (1)
- January 2013 (2)
- October 2012 (1)
- September 2012 (1)
- March 2012 (1)
- January 2012 (1)
- November 2011 (1)
- October 2011 (1)
- September 2011 (3)
- August 2011 (2)
- July 2011 (2)
- June 2011 (3)
- May 2011 (4)
- April 2011 (3)
- March 2011 (3)
- February 2011 (4)
- January 2011 (5)
- December 2010 (4)
- November 2010 (6)
- October 2010 (7)
- September 2010 (1)
- August 2010 (11)
- July 2010 (6)
- June 2010 (6)
- May 2010 (8)
- April 2010 (10)
- March 2010 (35)
- February 2010 (2)
- January 2010 (8)
- December 2009 (22)
- October 2009 (1)