KAMI GENG SUKA IKAN KELI

BANK SPERMA UNTUK IKAN KELI-SATU TEKNOLOGI YANG HARUS DIPERLUASKAN DI MALAYSIA.


  • Pengkrioawetan sperma merupakan teknologi penyimpanan sperma di bawah suhu lampau sejuk iaitu -196 darjah celcius.
  • Teknologi ini digunakan secara meluas di Amerika Syarikat dan Kanada dalam bidang akuakultur mereka.
  • Satu-satunya kaedah penyimpanan sel hidup untuk jangkamasa panjang selama beratus tahun.
  • Teknologi dapat meningkatkan keberkesanan pembenihan ikan keli.
  • Kaedah ini juga sesuai untuk spesies lain seperti cyprinds dan salmonids.
  • Jabatan Perikanan Malaysia melalui Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar(PPPAT) telah mewujudkan sebuah bank sperma ikan air tawar.

KHASIAT IKAN KELI




Selain protein yang tinggi,ikan keli juga kaya dengan asid lemak Omega-3 yang mempunyai banyak kelebihan kepada tubuh manusia.Antara kelebihannya adalah seperti berikut:

  • meningkatkan sistem penglihatan
  • meningkatkan sistem saraf
  • memulihkan radang
  • mengurangkan kadar bengkak pada sendi
  • mengurangkan risiko sakit jantung
  • baik untuk perkembangan otak kanak-kanak

KUALITI AIR UNTUK IKAN KELI



 Amnya pada permulaan sebelum di masukkan ikan, kualiti air sangat tinggi.
 Setelah di masukkan ikan kualiti air akan menurun kerana faktor MAKANAN.

Mengapa MAKANAN merendahkan kualiti air???
Tidak kira sama ada makanan itu kualiti tinggi (dari segi kandungan nutrisinya) atau tidak, hanya sedikit kadar makanan yang ikan makan menjadi dagingnya selebihnya menjadi tahi atau ‘waste’.’Waste’ itu sendiri akan mewujudkan PHYTOPLANKTON dan ia akan menurunkan kadar oksigen, menaikkan kadar karbon dioksida dan merendahkan kualiti pH.

FAKTOR PENTING YANG PERLU DIAMBIL KIRA DALAM KUALITI AIR.
 KADAR DO(KETERLARUTAN OKSIGEN)
Kadar DO akan mejadi terhad atau kurang kerana respirasi(proses pernafasan) dan
PHYTOPLANKTON.

Tahukah anda???
PHYTOPLANKTON akan lebih banyak atau membiak sekiranya cuaca panas.

Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan DO???
Perlu adakan ‘ARTIFICIAL AERATION’ atau bahasa mudahnya cari keladi bunting. Penggunaan keladi bunting menjadi amat penting bila kadar DO pada para 3 ke 4 mg/L. Kita perlukan kaedah ARTIFICIAL AERATION kerana perlu menggalakkan proses Fotosintesis di mana ini dapat menjana oksigen.

 KARBON DIOKSIDA
Kewujudan karbon dioksida yang banyak dalam air tidak baik bagi ikan.
Perkara yang menyebabkan kadar karbon dioksida tinggi dalam air adalah kepadatan ikan yang tinggi. Ini kerana kepadatan ikan yang tinggi menyebabkan kadar respirasi juga tinggi.

Tahukah anda???
Masalah kadar karbon dioksida tinggi ini hanyalah berlaku di malam hari kerana tiada matahari. Ketiadaaan matahari menyebabkan fotosintesis tidak berlaku dan pada kadar kepadatan yang terkawal karbon diosida akan kembali pada kadar biasa di siang hari.

 AMMONIA/NITRITE
Gas ammonia juga terhasil melalui ‘Waste’. kadar ammonia yang tinggi menyebabkan ikan ‘stress’. Ikan yang stress akan menjadi kurang selera makan, pertumbuhan terbantut dan terdedah kepada serangan penyakit.

Nitrite pula ada bacteria yang terhasil pada pengumpulan ammonia.
Nitrite ini akan menjadi toksik dan ini menyebabkan ikan keracunan.

ISTILAH OFF FLAVOR.
 Pada amnya pada kondusi ikan pada tahap terbaik dikenal sebagai on flavor atau mild flavor.
 Secara logiknya off flavor merujuk pada keadaan yang sebaliknya.
 Menurut kajian masalah off flavor sekiranya telah wujud pun dapat berubah statusnya sekiranya kadar PHYTOPLANKTON dan Ammonia dapat di kawal.

ANALISIS KAJIAN SOAL SELIDIK



Objektif :

Tujuan soal selidik ini dijalankan adalah untuk :
- meramal tabiat pengguna.
- mengukur tahap kesedaran serta kesediaan pembeli menerima produk baru.
- mengetahui jenis ikan yang di gemari.
- menerima cadangan atau komen dari pembeli.
- mempromosikan jenama.
- langkah awal dalam meneroka pasaran.

Kaedah :

Sebanyak 1500 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak di pelbagai tempat. Di dalam borang ini kami telah menggunakan skala “Sangat Bersetuju”, “Bersetuju”, “Natural”, “Tidak Bersetuju” dan “Sangat Tidak Bersetuju” bagi mengukur tahap kesedaran serta kesediaan pembeli untuk menerima produk baru. Kami telah mengklasifikasikan “Sangat Bersetuju” dan “Bersetuju” sebagai indikator pasaran sedia ada. Bagi “Natural” pula, kami klasifikasikan sebagai pasaran yang boleh di teroka. Klasifikasi bagi “ Tidak Bersetuju” dan “Sangat Tidak Bersetuju” pula adalah sebagai pasaran yang memerlukan masa untuk di teroka.

Bagi meramalkan tabiat pembeli, responden bebas memilih lebih dari satu pilihan atau menyatakan sendiri pernyataan yang paling tepat dengan mereka.

Dapatan Kajian :

Daripada 1500 borang yang diedarkan, hanya 1230 borang yang di dapati sah dan boleh di proses. Baki sebanyak 270 borang mempunyai ralat dan tidak lengkap. Berikut adalah ringkasan bagi soal selidik yang telah di jalankan :

- saya penggemar ikan air tawar.

Sangat Setuju = 15.45 %
Setuju = 33.33 %
Natural = 24.39 %
Tidak Setuju = 18.70 %
Sangat Tidak Setuju = 8.13 %


Klasifikasi indikator pasaran pula menunjukkan bahawa : -

Pasaran sedia ada = 48.78 %
Pasaran boleh teroka = 24.39 %
Pasaran mengikut masa = 26.83 %



- saya tidak suka ikan berbau lumpur.

Sangat Setuju = 43.09 %
Setuju = 28.46 %
Natural = 12.20 %
Tidak Setuju = 8.94 %
Sangat Tidak Setuju = 7.32 %

Klasifikasi indikator pasaran pula menunjukkan bahawa : -

Pasaran sedia ada = 71.55 %
Pasaran boleh teroka = 12.20 %
Pasaran mengikut masa = 16.26 %


- saya makan ikan kerana khasiatnya.

Sangat Setuju = 42.28 %
Setuju = 44.72 %
Natural = 11.38 %
Tidak Setuju = 0.81 %
Sangat Tidak Setuju = 0.81 %

Klasifikasi indikator pasaran pula menunjukkan bahawa : -

Pasaran sedia ada = 87.00 %
Pasaran boleh teroka = 11.38 %
Pasaran mengikut masa = 1.62 %


- saya bayar lebih untuk ikan berkualiti.

Sangat Setuju = 39.02 %
Setuju = 38.21 %
Natural = 17.89 %
Tidak Setuju = 3.25 %
Sangat Tidak Setuju = 1.63 %

Klasifikasi indikator pasaran pula menunjukkan bahawa : -

Pasaran sedia ada = 77.23 %
Pasaran boleh teroka = 17.89 %
Pasaran mengikut masa = 4.88 %



- ikan yang baik makan makanan yang baik.

Sangat Setuju = 41.46 %
Setuju = 38.21 %
Natural = 17.07 %
Tidak Setuju = 2.44 %
Sangat Tidak Setuju = 0.81 %

Klasifikasi indikator pasaran pula menunjukkan bahawa : -

Pasaran sedia ada = 79.67 %
Pasaran boleh teroka = 17.07 %
Pasaran mengikut masa = 3.25 %


- saya kerap membeli ikan di :-

Pasar = 76.60 %
Pasar malam = 15.60 %
Pasaraya = 5.67 %
Kedai runcit = 1.42 %
Lain – lain = 0.71 %


- ikan air tawar yang di gemari.

Keli = 21.60 %
Tilapia = 9.86 %
Haruan = 11.27 %
Ketutu = 0.47 %
Siakap = 34.27 %
Patin = 6.57 %
Jelawat = 5.16 %
Lampam = 6.57 %
Lain – lain = 4.23 %



- purata kuantiti ikan yang di beli.

Kurang 1 Kg = 40.65 %
1 – 2 Kg = 52.03 %
3 – 4 Kg = 4.07 %
4 Kg ke atas = 3.25 %


- status pekerjaan.

Pelajar = 6.50 %
Fakulti = 0.81 %
Ahli perniagaan = 8.13 %
Kerajaan = 12.20 %
Swasta = 59.35 %
Lain – lain = 13.01 %

Keputusan Kajian

Hasil daripada dapatan kajian jelas sekali menunjukkan bahawa ikan air tawar mempunyai permintaan pasaran di kalangan pembeli. Pembeli juga semakin bijak dan mengutamakan aspek kebersihan serta kualiti sesuatu produk. Tabiat pemilihan ini sangat bertepatan dengan produk kami kerana produk hasilan kami merupakan produk yang segar serta terjamin dari segi mutu serta kebersihan.

Hasil kajian turut mendapati sebanyak 76.60 % responden memperolehi produk dari pasar. Untuk itu, kami bercadang memasarkan produk kami di pasar – pasar yang sedia ada sebagai pasaran sekunder kami di mana pasaran primer kami adalah kepada pemborong ikan yang sedia ada. Siakap yang merupakan ikan air payau di dapati mempunyai penggemar yang paling tinggi iaitu 34.27 % manakala ikan keli berada di pilihan yang kedua sebanyak 21.60 %. Oleh itu, kami tidak menolak sebarang kemungkinan untuk meneroka pasaran bagi ikan siakap pula di masa akan datang. Purata ikan yang di beli pula adalah di antara 1 – 2 kg menunjukkan sokongan dari keluarga turut menyumbang kepada pembeli dan ini menunjukkan pasaran ikan air tawar mempunyai survivalnya yang tersendiri.

Kesimpulan Kajian Soal Selidik

Konsep yang kami gunakan dalam menjalankan perniagaan ini adalah untuk berada dekat dengan pembeli kami. Segala komen serta cadangan yang telah dikemukakan oleh responden akan dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh kami. Dengan falsafah “untuk anda”, kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dari segenap aspek yang ada kerana kami percaya pembeli berhak untuk mendapatkan yang terbaik. Setiap sen yang dibelanjakan adalah berbaloi untuk produk yang di beli. Di sebabkan inilah kami melabur untuk mendapatkan khidmat serta teknologi daripada Universiti Sains Malaysia (USM). Kami mahukan Malaysia menjadi negara maju dalam setiap aspek termasuk dalam bidang akuakultur. Bagi kami, penggunaan kaedah konvensional dalam bidang akuakultur adalah tidak sesuai lagi kerana wujudnya teknologi serta inovasi baru dalam bidang akuakultur yang lebih bersih, efisyen serta berkualiti tinggi. Kami juga tidak mahu menafikan hak penduduk Malaysia untuk mendapatkan sumber bekalan makanan yang bermutu dan bersih kerana bekalan makanan yang bermutu dan bersih penting dalam membangunkan modal insan bagi keperluan negara maju.

Dengan adanya pendedahan serta strategi pemasaran yang betul, kami yakin dapat memasarkan produk kami bukan sahaja di dalam negara malah menembusi pasaran luar negara. Untuk menembusi pasaran antarabangsa, kami dalam proses untuk membangunkan laman web kami sendiri sebagai langkah pertama mempromosikan produk kami di peringkat global. Oleh kerana produk kami merupakan produk asas, kami mempunyai rancangan untuk mempelbagaikan lagi produk kami supaya produk kami ini mempunyai nilai tambah yang tinggi. Dengan itu, kami dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang mencari rezeki dan turut menyumbang kepada pendapatan negara.

Kami bersyukur ke hadrat Illahi kerana melalui soal selidik yang telah dijalankan, kami dapati pelbagai perkara yang positif serta komen – komen yang cukup memberangsangkan serta mendapati produk kami menepati ciri – ciri yang dikehendaki pembeli. Kami juga dapati pembeli mempunyai pemikiran kelas pertama dan telah bersedia untuk mencapai status negara maju. Dengan kesedaran dan pendedahan yang ada, maka tidak hairanlah negara kita dapat mengurangkan kebergantungan pihak luar dalam menyediakan keperluan makanan rakyat di negara ini.

PENGURUSAN HASILAN



Proses penangkapan akan dilakukan selepas 11 ke 12 minggu benih ikan dilepaskan. Kami mencadangkan untuk melakukan aktiviti ini pada awal waktu pagi dan di sebelah petang. Perkara ini adalah kerana ikan – ikan yang ditangkap lewat tengahari akan menyebabkan ikan tidak tahan pada cahaya panas dan menyebabkan tekanan kerana terendam di dalam air yang bersuhu tinggi. Ikan keli kami tidak akan diberi makan dalam jangka masa 24 jam sebelum ditangkap bagi mengurangkan kadar kematian. Antara petua dalam mengelak kadar kematian ikan juga adalah tidak memegang ikan dengan menggunakan tangan. Jika terpaksa juga, perkara yang perlu dielakkan adalah memegang bahagian insang dan di bahagian bawah perut (pusat) ikan. Jika kedapatan ikan yang mati semasa pengendalian kami akan asingkan dari ikan hidup. Kami akan menggunakan teknik menyauk dalam proses penangkapan. Ini dilakukan menggunakan jaring ikan (fish net). Ikan – ikan akan disauk dengan cermat dan berhati-hati. Jumlah ikan yang disauk juga diambil kira iaitu sedikit – sedikit sekali sauk. Selepas itu ikan akan dipindahkan dengan cepat ke dalam kolam kurungan.

KOLAM KURUNGAN
Definisi yang kami maksudkan bagi kolam kurungan adalah bekas yang boleh menampung air dan saiznya berbeza – beza mengikut penggunaan. Ikan – ikan yang berada di dalam kolam kurungan tidak akan diberi makan bagi mengurangkan kandungan najis yang boleh mencemarkan air dan akan menyebabkan kadar kematian yang tinggi. Antara rasional kami menggunakan konsep kolam kurungan adalah seperti berikut :-
1. Ketenteraman pada ikan yang akan di edar.
2. Mengurangkan kehanyiran ikan.
3. Sebagai stok pengumpulan.
4. Sebagai tempat menggred ikan.
5. Untuk pengagihan spesis – spesis ikan.
6. Untuk rawatan jikalau ikan dijangkiti penyakit.
7. Sementara menunggu edaran ke pasaran.
8. Untuk kesesuaian pada ikan dengan kadar oksigen yang terhad.

KAEDAH RAWATAN IKAN KELI



Sebelum langkah –langkah rawatan diambil kami akan pastikan punca penyakit yang dihadapi oleh ikan disamping bantuan daripada pihak USM dan Dr Hazlim. Perbelanjaan ke atas rawatan juga dititikberatkan oleh pihak kami. Sekiranya perbelanjaan melebihi nilai pasaran ikan yang terdapat pada ketika itu, kami tidak akan menjalankan rawatan tersebut. Jika sekiranya keadaan ikan berpenyakit sudah di tahap kritikal mungkin sudah terlambat, kerana rawatan itu sendiri akan mendatangkan tekanan tau ‘stress’ pada ikan tersebut. Akhirnya ikan akan mati juga, di mana menambah kerugian yang dialami.

Terdapat beberapa cara rawatan yang boleh digunakan untuk merawat ikan berpenyakit. Namun demikian terdapat beberapa cara yang lebih sesuai dan mudah dipraktikkan. Cara yang dimaksudkan ialah:

 MANDIAN( Bath)
Rawatan cara begini boleh dibahagikan kepada 2 cara:
a)Mandian dengan masa yang ditetapkan.
Maksudnya ubat dimasukkan ke dalam unit pemeliharaan ikan, iaitu tangki ikan pada jangkamasa yang dikehendaki seperti antara 1-3 jam. Air rawatan kemudiannya digantikan dengan air bersih di dalam unit tersebut.
Walaubagaimanapun pengawasan harus dijalankan terhadap ikan yang di rawat pada setiap masa untuk menghindar kerugiaan yakni kematian. Jika terdapat tanda tidak normal pada ikan seperti tercungap-cungap di permukaan air atau hilang daya imbangannya tambahan air akan dimasukkan ke dalam unit rawatan tersebut. Pengudaraan yang baik elok diberikan kerana dapat menambah oksigen.

b) Rendaman berterusan
Cara begini selalunya digunakan untuk rawatan di tangki yang mempunyai banyak ikan berpenyakit. Penggunaan ubat rawatan adalah di tahap rendah untuk jangkamasa panjang (2 atau 3 hari hingga 1 minggu). Ubat dibiarkan meresap secara tersendiri. Cara ini pada amnya salah satu cara yang selamat digunakan.

 CELUPAN(Dip)
Rawatan cara ini memerlukan takaran ubat yang tinggi dalam jangkamasa pendek. Cara ini dibimbangi kerana boleh membunuh ikan disebabkan penggunaan takaran ubat yang tinggi. Cara ini sesuai jika mengendalikan sebilangan ikan yang sedikit jumlahnya. Ikan yang akan dirawat dimasukkan ke dalam jaring dan dicelup dalam bancuhan ubat selama 15-45 saat, mengikut jenis bahan kimia, tahap keterlarutan dan spesies ikan.

 SAPUAN(Swabbing)
Sesuai untuk mengubati ikan yang dijangkiti kulat kerana lebih efektif dengan cara menyapu di bahagian yang dijangkiti. Cara ini juga sesuai untuk merawat ikan bersaiz besar dalam bilangan yang kecil. Ubat yang digunakan diserapkan pada kapas sebelum disapukan pada tempat yang dijangkiti.

LANGKAH PENCEGAHAN
Langkah-langkah yang kami ambil untuk mengelakkan jangkitan/penyakit adalah seperti berikut:
i. Memastikan kualiti air memuaskan.
ii. Membuang sisa-sisa makanan dalam tangki selepas 30 minit makanan diberi.
iii. Benih-benih ikan yang dimasukkan kedalam tangki diperiksa terlebih dahulu.
iv. Memastikan tangki digunakan disediakan secara sistematik seperti dikeringkan dan dikapur sebelum dimasukkan air dan ikan.
v. Memastikan barang-barang keperluan menangkap ikan dikeringkan sebelum diguna. Jaring juga tidak dicampur aduk diantara benih dan induk.

CARA UBAT-UBATAN KIMIA DIDAPATI:
Sebahagian dari ubat untuk rawatan penyakit ikan mudah didapati di kedai-kedai runcit seperti garam dan Dipterex di kedai-kedai menjual racun. Bahan-bahan kimia yang sukar didapati seperti Malakit Hijau, Kaliam permanganate dan lain-lain boleh didapati daripada pembekal bahan kimia.
Diantara sumber kami untuk mendapatkan bahan ubatan adalah seperti berikut:
i. Kedai-kedai akuarium
ii. Pembekal bahan-bahan kimia
iii. Pihak USM
iv. Klinik Panel. (Klinik Hazlim)
v. Jabatan Perikanan

PENGURUSAN MAKANAN



Bagi ternakan ikan keli dalam tangki kanvas pemakanan pellet yang mengandungi protein tinggi diperlukan. Maka, kos makanan untuk ternakan ikan keli menggunakan sistem ini adalah lebih tinggi berbanding ternakan ekstensif yang lain. Pengurusan pemakanan yang disarankan oleh pakar perikanan USM adalah berselang seli iaitu bermula dengan 1 hari pemakanan 35% protein (starter) dan diikuti dengan 3 hari pemakanan 25% protein (grower) sehingga tamat tempoh ternakan. Kadar pertukaran makanan (FCR) atau ‘food change rate’ dianggarkan 1.2:1. Hasil yang diperolehi juga mempunyai kandungan zat yang tinggi kerana ternakan kami hanya diberi makanan rumusan.

PENGURUSAN AIR


Ketinggian paras air yang dicadangkan adalah 0.45 meter daripada paras tinggi tangki iaitu iaitu sebanyak 1 meter. Ini dimana isipadunya dianggarkan 3240 liter padu. Pengaliran air adalah dengan kadar 60 liter/ jam selama 12 jam pada waktu malam. Proses ini bagi menggantikan sistem pengudaraan biasa dan memberikan hasil ikan yang tiada rasa lumpur dan anti bau hanyir.Jika tiada masalah, air hanya ditukar apabila perlu atau sekali dalam masa 30 hari dan proses mencuci tangki dijalankan semasa tukaran air dijalankan. Pihak kami akan memantau kualiti air dari semasa ke semasa bagi memastikan ternakan mencapai kadar tumbersaran dan kadar kemandiran yang diharapkan. Parameter air yang akan di beri penekanan adalah pH, suhu, oksigen terlarut (DO) dan ammonia.

TEKNIK PERLEPASAN BENIH


Benih ikan keli bersaiz 3 inci atau 10 gram seekor. Kadar perlepasan pula sebanyak 1200 ekor bagi setiap tangki atau 142 ekor/m². Dianggarkan kadar peratus hidup 90%. Langkah - langkah perlepasan benih i. Ambil 3 sampel beg dan kira bilangan benih dalam beg. Caranya ambil satu bekas dan isi benih ikan (tanpa air ) di dalamnya. Kira bilangan dan ambil bacaan. Aktiviti ini dilakukan sebanyak 2 kali untuk diambil nilai puratanya. Rasional melakukan aktiviti atas adalah untuk memastikan tidak ditipu atau kesilapan oleh pembekal benih ikan berkenaan kuantiti. ii. Sebelum memasukkan ke dalam tangki, beg benih perlu direndam selama 10-20 minit didalam tangki. Tujuannya supaya ikan tidak terkejut dengan perubahan suhu dan atmosfera yang baru. iii. Pelepasan akan dilakukan pada awal pagi atau lewat petang.

INFO ASAS IKAN KELI


http://en.wikivisual.com/images/d/dc/Catfish_1.jpg

Keli mirip ikan Baung (Mystus spp.) atau Semilang Laut (Plotosus spp.). Spesies ini terkenal tahan lasak dan mampu hidup beberapa jam di darat tanpa air. Kelebihan ini disebabkan organ ’arboresen’ yang membolehkannya bernafas tanpa air selain insangnya lembab.
Spesies ikan Keli seperti Keli Bunga ( Clarias macrocephalus), Keli Kayu (Clarias batracus) dan Keli Eksotika(Clarias gariepinus) adalah beberapa spesies popular yang diternak di negara ini. Bagaimanapun kami memilih menternak Keli Eksotika kerana habitatnya di sawah padi,parit, tali air,tasik atau sungai menunjukkan spesies ini mudah dipelihara kerana ia dapat menyesuaikan dirinya dalam kepelbagaian persekitaran. Ikan keli berbadan bulat tanpa sisik dan berwarna coklat tua atau gelap. Bermata sepet, kecil serta dilengkapi dua sengat berbisa sebagai alat mempertahankan diri. Di habitat asal ia membaham apa saja sama ada anak udang, ikan kecil, caing tanah atau serangga.

Ikan keli telah mula diperkenalkan di negara kita pada tahun 1988 dan kini telah menjadi spesies utama ternakan air tawar di negara kita. Ikan keli merupakan ikan yang mampu hidup dalam pelbagai keadaan dan mutu air dalam tempoh ternakan selama 2-3 bulan. Ia hanya memerlukan kawasan ternakan yang kecil dimana sedikit sahaja isipadu air yang diperlukan. Apa yang paling menarik ialah tebaran bagi ikan ini juga boleh lebih padat dan kebanyakan ikan lain. Fakta atau kenyataan ini secara tidak langsung memberi pendapatan yang lebih kepada pengusaha akuakultur amnya.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ternakan ikan Keli dalam kanvas ini telah diketengahkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Kelantan. Pihak Jabatan Perikan Negeri Kelantan kemudiannya telah mengubahsuai beberapa aspek teknikal tangki kanvas berkenaan untuk dijadikan usaha komersil berdasarkan prinsip perbelanjaan modal dan pengurusan minimum sementara hasil atau pulangan maksimum. Tangki kanvas yang telah diubahsuai ini telah diperluas penggunaanya ke daerah Pasir Mas dan Jeli, Kelantan Darul Naim. Kenyataan ini boleh dirujuk pada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 April 2006.

ARTEMIA RM 9

PROMOSI! OVAPRIM SYNDEL RM 45! -STOK TERHAD

PEMBUATAN PELLET IKAN KELI

PEMANTAUAN KESELAMATAN PDRM





LAWATAN TIMBALAN PENGARAH JABATAN PERIKANAN SABAH




LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB AKUAKULTUR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KELI INDUK RM 6.00/KILOGRAM




PERALATAN /MESIN MESIN MAKANAN IKAN KELI





JUALAN IKAN KEPADA PEMBORONG IKAN KELI KANVAS




PROSES PEMBENIHAN KELI

PROJEK PEMBENIHAN IKAN KELI





ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI