KAMI GENG SUKA IKAN KELI

TIPS MENGGORENG IKAN KELI DENGAN SELAMAT



Ikan keli sangat sedap jika digoreng panas-panas. Bagi yang kerap ke dapur sudah pasti tahu yang bila menggoreng ikan keli, kerap kali kita terpecik minyak yang di dalam kuali.Di sini KELI OH KELI ingin berkongsi cara untuk menggoreng ikan keli dengan cara yang selamat.

Sebelum menggoreng ikan keli, letakkan asam keping di dalam kuali.Sekeping pun dengan izin Allah sudah cukup untuk mengelakkan minyak memercik terkena kita yang menggoreng.Ya..sekarang anda sudah boleh menyediakan ikan keli goreng yang lazat pada keluarga yang tersayang.Selamat mencuba! ")

DINGIN SALJI SI IKAN KELI



ADEGAN YANG TIDAK INGIN DILIHAT PADA MUSIM SALJI

Kala musim kemarau baru sahaja bermula, seekor burung pipit mulai merasakan tubuhnya kepanasan. Lantas ia memutuskan meninggalkan tempat yang panas itu untuk terbang jauh ke utara yang khabarnya udaranya selalu dingin dan bersalji.

Memang benar, lama kelamaan ia merasakan kesejukan udara, makin ke utara makin sejuk, ia semakin bersemangat memacu sayapnya terus menuju ke utara lagi.

Terbawa oleh nafsu, ia tak merasakan sayapnya yang mulai terlekat salji, makin lama makin tebal, dan akhirnya ia jatuh ke tanah kerana tubuhnya diselaputi salji. Sampai ke tanah, salji yang menyelaputi sayapnya justeru semakin bertambah tebal. Si burung pipit tak mampu berbuat apa apa, menyangka bahawa riwayatnya telah tamat. Ia merintih menyesali nasibnya.


Mendengar suara rintihan, seekor keldai yang kebetulan lalu datang menghampirinya. Namun si burung kecewa mengapa yang datang hanya seekor keldai, dia mengherdik si keldai agar menjauh dan mengatakan bahawa makhluk yang tolol tak mungkin mampu berbuat sesuatu untuk menolongnya. Si keldai tidak banyak bicara, dia hanya berdiri, kemudian kencing tepat diatas burung tersebut. Si burung pipit semakin marah dan memaki-maki si keldai.

Namun perlahan-lahan, ia merasakan kehangatan, salji yang membeku pada bulunya meleleh sedikit demi sedikit oleh hangatnya kencing si keldai, ia dapat bernafas lega dan melihat kembali langit yang cerah. Si burung pipit berteriak kegirangan, bernyanyi sepuas-puasnya.

Mendengar ada suara burung bernyanyi, seekor anak kucing menghampiri sumber suara, menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung dan kemudian menimang-nimang, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisa salji yang masih melekat pada bulu si burung. Setelah bulunya bersih, si burung bernyanyi dan menari kegirangan,dia berfikir telah mendapatkan teman yang ramah dan baik hati.

Namun apa yang terjadi,seketika itu juga dunia terasa gelap gelita bagi si burung pipit, si kucing memamah ia hidup-hidup. Maka tamatlah riwayat si burung pipit....

Baik dan buruknya penampilan, jangan dijadikan sebagai satu-satunya ukuran. Apa yang pada mulanya terasa pahit dan tidak enak, kadang kadang boleh berbalik membawa hikmah yang menyenangkan, dan demikian pula sebaliknya.Ketika kita baru sahaja mendapat kenikmatan, jangan lupa dan jangan terburu nafsu, agar tidak menyesal kelak. Waspadalah terhadap orang yang memberikan janji yang berlebihan!

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI