KAMI GENG SUKA IKAN KELI
MENGAPA PERLU MEMILIH BENIH KELI DARI KOLAM TANAH?
Penternak berpengalaman pasti memilih benih keli yang diasuh dari kolam tanah kerana:-
2-Kalau benih dari kolam selain dari tanah, dan apabila dibela kadar kematian agak tinggi.Benih kolam tanah boleh dibela ke dalam mana-mana jenis kolam dengan kadar kematian rendah.
3-Kolam tanah akan mengeluarkan moina (plankton/hama tanah) semulajadi dan jika ia dimakan oleh anak keli berumur 4 hari ke 7 hari ia mendapat antibodi yang kuat.Tidak terdapat pada benih yang diasuh dalam kolam simen/kanvas/tangki.
4-Ketahanan benih lebih kuat kerana telah mengalami perubahan suhu dan PH yang berubah sewaktu di kolam tanah ketika berumur 4 hari ke 14 hari ( saiz 1 “)
Thursday, October 28, 2010 | | 2 Comments
KELI SPIDERMAN
"Spiderman...Spiderman...tolong selamatkan saya."
Alangkah indahnya jika hidup ini ada superhero yang boleh selamatkan kita...
Namun hakikat kehidupan yang sebenar..bukan hero seperti Spiderman yang kita cari sebenarnya. Kita hanya minta tolong dan tunggu Spiderman selamatkan kita. Sentiasa mengadu..sentiasa meminta...sentiasa merungut!
Seharusnya sama-samalah kita memperkuat jati diri dan memperkasakan ilmu agar kelak dapat membantu diri dan insan lain.Di waktu itulah...adiwira yang sebenarnya adalah kita.Memartabatkan agama,membela bangsa dan memajukan negara bukan kerja seorang hero sahaja.Ayuh hero2 dan heroin2 sekalian..kita bersatu padu memajukan segala.
Allah tidak akan mengubah nasib kita kalau kita tidak cuba untuk mengubah nasib kita sendiri.
Fikir-fikirkanlah…..
Friday, October 22, 2010 | | 16 Comments
BATIK CORAK KELI
Sejarah
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Motif
Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.
Proses MembuatAlatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
Blok penerap Campuran lilin
Kain
Pencelup
Sebuah Meja
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
Penggunaan
Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.
*sumber: Perpustakaan Negara Malaysia
Wednesday, October 20, 2010 | | 4 Comments
VROOOM....MOTOSIKAL IKAN KELI
TIPS MENCEGAH KECURIAN MOTOSIKAL
- Letak motosikal ditempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
- Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
- Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.
- Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
- Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.
Sunday, October 10, 2010 | | 7 Comments
PAPAN TANDA (SIGNBOARD) IKAN KELI
CERITA LUCU PAPAN TANDA
Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain".
Silap membaca dan alpa kepada penanda-penanda kehidupan...selalu membuat hati terus bebal dan buta daripada terus melihat kebenaran dan hakikat.
Tuesday, October 05, 2010 | | 7 Comments
MAJLIS DIALOG TATAAMALAN INDUSRTRI KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN DI SEKTOR PERIKANAN NEGERI PULAU PINANG
Tempat: Perbadanan Produktiviti Malaysia(MPC),
Wilayah Utara,Kepala Batas.
Anjuran Bersama: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang
& Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang.
Objektif: Membantu mewujudkan kesedaran kepada majikan tentang keperluan-keperluan pematuhan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) serta program pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkesan di tempat kerja.
*Sebagai peserta saya berpendapat program sebegini amat memberi manfaat kepada industri itu sendiri.Dalam menuju negara maju yang sebenarnya kesedaran terhadap isu keselamatan dan kesihatan perlu diberi keutamaan tanpa kompromi.Salah seorang penceramah yang amat baik penyampaian dan isi kandungannya ialah En. Che Mohd Azmi Bin Jusoh.Program anjuran bersama antara jabatan kerajaan dapat memberi sinergi berkesan terhadap pertumbuhan dan nilai industri itu sendiri.
Friday, October 01, 2010 | | 1 Comments
ORDER SEKARANG !
PROMO PET
MENU ISTIMEWA
ENTRY POPULAR
-
Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yan...
-
Terdapat pelbagai jenis burung kakaktua. Kakaktua merupakan binatang yang sesuai dijadikan teman kerana setiap darinya mempunyai daya tari...
-
Diharap artikel ini dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan haiwan kecil ini semakin popular di...
ANDA PENGUNJUNG KE
USYAR2 SINI
Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli
CATATAN TERDAHULU
- January 2015 (2)
- October 2014 (1)
- August 2014 (1)
- July 2014 (1)
- June 2014 (2)
- January 2014 (1)
- November 2013 (1)
- October 2013 (1)
- June 2013 (1)
- April 2013 (1)
- January 2013 (2)
- October 2012 (1)
- September 2012 (1)
- March 2012 (1)
- January 2012 (1)
- November 2011 (1)
- October 2011 (1)
- September 2011 (3)
- August 2011 (2)
- July 2011 (2)
- June 2011 (3)
- May 2011 (4)
- April 2011 (3)
- March 2011 (3)
- February 2011 (4)
- January 2011 (5)
- December 2010 (4)
- November 2010 (6)
- October 2010 (7)
- September 2010 (1)
- August 2010 (11)
- July 2010 (6)
- June 2010 (6)
- May 2010 (8)
- April 2010 (10)
- March 2010 (35)
- February 2010 (2)
- January 2010 (8)
- December 2009 (22)
- October 2009 (1)