KAMI GENG SUKA IKAN KELI
KELI JADI KUDA BELANG!!!APRIL FOOLS!!BOLEHKAH?WAJARKAH?
- April Fools mula dirayakan sewaktu kejatuhan islam di Sepanyol.
- Setelah berkurun lamanya Islam bertapak di Granada,Sepanyol akhirnya kerajaan itu dirampas oleh pihak Kristian.
- Penduduk Islam berlindung di dalam rumah masing-masing ketika itu dan pihak kafir ini masih tidak berpuas hati.
- Justeru itu,pada 1 April,mereka memperdayakan kaum muslimin dengan mengatakan telah disediakan sebuah kapal bagi orang muslimin untuk mereka berlayar keluar daripada Sepanyol dengan selamat.
- Pada ketika orang-orang Islam membawa barangan mereka ke pelabuhan,pihak kafir ini telah menggeledah dan membakar rumah orang-orang Islam.
- Sebelum orang Islam sempat menaiki kapal,pihak Kristian ini telah membunuh kesemuanya termasuk wanita dan kanak-kanak.
- Keraian peristiwa berdarah ini kemudian disambut dengan riang gembira setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol malahan di seluruh dunia.
Wednesday, March 31, 2010 | | 6 Comments
DUHAI PANTUN SI IKAN KELI
IKAN KELI DI DALAM PERIGI,
IKAN BETUK SEDANG BERMAIN,
ALANGKAH GELI HATIKU INI,
MELIHAT BELATUK MENJEMUR KAIN.
IKAN KELI TINGGALKAN LUBUK,
KERING LUBUK AIR DITIMBA,
PETI BESI DIMAKAN BUBUK,
KUCING BERTANDUK SUDAHKAH JUMPA?
IKAN KELI SI IKAN PARANG,
IKAN TENGGIRI DIMASAK PINDANG,
USAH DICACI MENANTU ORANG,
ANAK SENDIRI BELUM DIPINANG.
TAMBAT SI IKAN KELI,
TAMBAT DI KAYU SELARI,
SAHABAT TIDAK BOLEH DIBELI,
SAHABAT DATANG DENGAN SENDIRI.
KELI MASUK RUAN KELUAR,
MATAHARI MASUK BULAN KELUAR.
Tuesday, March 30, 2010 | | 2 Comments
KENAPA IKAN KELI BOLEH HIDUP DALAM KOLAM YANG TIADA AIR?
Monday, March 29, 2010 | | 1 Comments
HALIMAH JONGANG FEAT KELI JONGANG
Thursday, March 25, 2010 | | 5 Comments
KELI "TRANSFORMERS"
- Seekor ikan Keli yang boleh bertukar warna telah ditemui di Kota Bandung pada 7 March 2010.
- Menurut pemilik ikan Keli tersebut,Encik Ali Sutoryo Wibowo(32 tahun) ikan keli itu berwarna merah jambu dan akan bertukar menjadi warna jingga apabila terkena sinaran matahari.
- Menurutnya semasa membeli benih ikan 3 bulan yang lalu, tiada benih yang kelihatan berwarna merah jambu.
Thursday, March 25, 2010 | | 0 Comments
CREDITS TO PROF. ROSHADA HASHIM-THE CANVAS SYSTEM INVENTORS
- Prof. Roshada Hashim is currently the Dean for Institute Of Post Graduate Studies,USM.
- Her research interest is in the field of Aquaculture specializing in Fish Nutrition and Feeding Management of commercially important local freshwater fish species.
- Prof. Roshada has contributed significantly to the development of freshwater fish culture in Malaysia, particularly in promoting the commercial production of African catfish (Clarias gariepinus) and red tilapia culture in portable canvas tanks.
- She has also been appointed as a consultant in the field of fish nutrition for the CARE GOLDA project in Bangladesh and in private companies and government institutions locally.
Wednesday, March 24, 2010 | | 2 Comments
PERIBAHASA ORANG MELAYU BERKENAAN IKAN KELI
- BAGAI KELI KENA KETUK: orang yang bersungut-sungut tetapi tidak jelas apa butiran sungutannya.
- MINTA SISIK KEPADA KELI: mengkehendaki sesuatu yang tidak akan dapat.
- IKAN KELI DUA SELUBANG: perempuan yang mempunyai dua orang kekasih.
Wednesday, March 24, 2010 | | 1 Comments
TIPS MENGHILANGKAN BAU HANYIR IKAN KELI
- Ambil garam kasar dan tabur pada ikan keli yang hendak disiang.Ikan Keli akan cepat mati jika terkena garam.
- Lumurkan campuran asam jawa pada ikan yang telah disiang dan dibiarkan beberapa minit sebelum dicuci dengan air bersih.
- Sapukan dengan limau purut dan biarkan selama 10 minit kemudian sekali lagi bersihkan dengan air biasa.
- Kaedah yang lain yang boleh dipraktikan ialah menggunakan cuka/air beras/tepung bersama ramasan daun limau purut/daun kesum.
Tuesday, March 23, 2010 | | 2 Comments
TIPS MENGELAK SERANGAN MEMERANG KE ATAS KOLAM TERNAKAN IKAN
- Gunakan racun furadan.Racun ini boleh didapati di pusat-pusat nursery tanaman pokok hiasan.Racun diletakkan di dalam ikan perut ikan yang mati dan dibuat sebagai umpan.
- Ambil cakera padat(CD) yang tidak digunakan beberapa keping dan digantung di sekitar kawasan ternakan ikan.
- Bagi yang mempunyai senjata berlesen,buat tembakan amaran semasa memerang datang.Biasanya menurut orang-orang lama dalam bidang ini,memerang akan takut untuk kembali.
- Pelihara angsa di sekitar kawasan ternakan.Cara ini amat berkesan dan efektif.
Monday, March 22, 2010 | | 6 Comments
CERITA SERAM-ADIK NAK SERUNDING KELI???
Cik Na merupakan siswi UUM yang akan menduduki peperiksaan akhir semester. Cik Na seorang yang rajin.Boleh kata setiap malam Cik Na akan mengulangkaji.
Suatu malam, ketika Cik Na sedang membuat ulangkaji matapelajaran Statistik...tiba-tiba datang seorang makcik di tingkapnya.
"Adik nak serunding keli?" tanya makcik tersebut.
"Eh,tak apalah makcik,kenyang lagi nie,lagipun roti saya dah habis" balas Cik Na menolak dengan sopan.
Tanpa mempedulikan makcik tersebut,Cik Na terus menyambung mengulangkaji.
Seolah-olah baru tersedar dari sesuatu,Cik Na tersentak lalu terus baring di atas katilnya dan menarik selimut ketakutan.................
Dorm Cik Na di tingkat 3!!!
Monday, March 22, 2010 | | 4 Comments
ASAM JAWA MEREDAKAN KESAKITAN SENGATAN IKAN KELI
- Ambil asam jawa dan bijinya dipotong
- Lekatkan biji asam jawa tadi pada bahagian yang disengat.
- Kaedah ini juga sesuai diamalkan bagi mengatasi sengatan ikan berbisa yang lain.
Monday, March 22, 2010 | | 0 Comments
ORDER SEKARANG !
PROMO PET
MENU ISTIMEWA
ENTRY POPULAR
-
Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yan...
-
Terdapat pelbagai jenis burung kakaktua. Kakaktua merupakan binatang yang sesuai dijadikan teman kerana setiap darinya mempunyai daya tari...
-
Diharap artikel ini dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan haiwan kecil ini semakin popular di...
ANDA PENGUNJUNG KE
USYAR2 SINI
Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli
CATATAN TERDAHULU
- January 2015 (2)
- October 2014 (1)
- August 2014 (1)
- July 2014 (1)
- June 2014 (2)
- January 2014 (1)
- November 2013 (1)
- October 2013 (1)
- June 2013 (1)
- April 2013 (1)
- January 2013 (2)
- October 2012 (1)
- September 2012 (1)
- March 2012 (1)
- January 2012 (1)
- November 2011 (1)
- October 2011 (1)
- September 2011 (3)
- August 2011 (2)
- July 2011 (2)
- June 2011 (3)
- May 2011 (4)
- April 2011 (3)
- March 2011 (3)
- February 2011 (4)
- January 2011 (5)
- December 2010 (4)
- November 2010 (6)
- October 2010 (7)
- September 2010 (1)
- August 2010 (11)
- July 2010 (6)
- June 2010 (6)
- May 2010 (8)
- April 2010 (10)
- March 2010 (35)
- February 2010 (2)
- January 2010 (8)
- December 2009 (22)
- October 2009 (1)