KAMI GENG SUKA IKAN KELI

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG IKAN LAGA


Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yang dikaitkan dengan ikan ini seperti ikan lawan, ikan karem, ikan pelaga dan pelbagai istilah lagi. Walau apa jua gelarannya, pastinya setiap dari kita mempunyai nostalgia memelihara ikan ini. Berikut adalah fakta-fakta yang mungkin boleh membantu anda untuk mengenali lebih dekat ikan Laga ini.

Fakta Satu: Mampu bernafas di dasar dan di atas permukaan air

Tidak seperti kebanyakan ikan yang hanya mampu bernafas dengan mengumpul oksigen daripada air melalui insang. Ikan Laga boleh bernafas di bawah dasar air dan juga di bahagian atas permukaan air. Ikan Laga mempunyai organ yang dipanggil labirin di mana ianya terletak di belakang kepalanya yang mana membolehkan ia menyimpan udara. Jika dilihat ikan Laga akan naik ke permukaan air dan mengambil udara dan kemudiannya berenang kembali ke bawah air dalam masa yang agak lama. Oleh kerana kebolehan ini, untuk memelihara ikan Laga kita tidak memerlukan pam oksigen.
Dalam kehidupan liar, ikan Laga hidup dalam air yang bergerak perlahan dengan jumlah kandungan oksigen yang ideal. Labirin berperanan untuk membantu ikan ini mengumpul oksigen yang mencukupi untuk terus hidup. Walaubagaimanapun ikan Laga itu masih perlu hidup di dalam air sungguh pun ia mampu menyimpan udara dalam tempoh yang lama.


  
Fakta Dua: Ikan Laga Perlukan Protein

Ikan Laga akan memakan hampir apa sahaja makanan yang diberikan oleh anda tetapi sumber protein wajib ada di dalam dietnya. Walaupun anda memberi pelet betta sebagai makanan utama namun sesekali memberi ikan Laga anda makanan hidup seperti cacing tubifex pasti membuatkan ikan laga anda lebih sihat. Berilah makan kepada ikan Laga kesayangan anda secara harian dan pastikan tidak memberi pellet yang berlebihan pada satu-satu masa. Setiap sisa makanan yang tinggal mesti dikeluarkan selepas lima minit. Ikan Laga terdedah kepada sembelit, jadi sesetengah pakar mencadangkan anda biarkan ikan Laga anda berpuasa atau kata lainnya tidak diberi makan untuk satu hari pada setiap seminggu.

Fakta Tiga: Ikan Laga jantan amat menjaga wilayah kawasannya

Apabila anda melawat sebuah kedai akuarium, anda akan melihat bahawa ikan Laga kebiasaanya diletakkan di dalam bekas yang berasingan setiap satunya. Jika anda melihat ikan Laga yang banyak di dalam sesuatu tangki, ia kemungkinan besar adalah ikan-ikan Laga betina. Agak sukar meletakkan ikan Laga jantan dengan ikan Laga yang lain kerana ia amat mengawal ruang wilayahnya dan semestinya ia akan berjuang sehingga ke akhir hayat untuk mempertahankan wilayah tersebut. Namun yang menariknya sifat untuk mempertahankan wilayah ini tidak dilakukan oleh ikan Laga jantan terhadap spesies ikan yang berlainan dengannya.


Fakta Empat: Ikan Laga betina lebih bertolenrasi

Ikan Laga betina juga bersifat untuk memmpertahankan wilayahnya namun sifat ini tidak begitu lama berkekalan dan tidaklah menunjukkan sifat terlalu garang seperti ikan Laga jantan. Oleh kerana sebab ini, anda boleh memelihara beberapa ekor ikan Laga betina di dalam satu tangki. Adalah disyorkan bahawa kumpulan ikan Laga betina yang anda ingin pelihara secara bersama itu lebih daripada lima ekor betina dan anda mesti menyediakan sekurang-kurangnya satu gelen air bagi setiap ekor ikan. Tidak menjadi masalah untuk memperkenalkan dua ekor ikan Laga betina pada masa yang sama. Ia akan menunjukkan sedikit perlakuan agresif di antara tempoh 24 hingga 48 jam sehinggalah ia bertolenrasi untuk menerima kehadiran antara satu sama lain. Pastikan tangki mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan untuk memberi keselesaan dan ruang untuk berehat sekiranya memelihara banyak bilangan ikan Laga betina di dalam satu tangki.

Fakta Kelima : Proses pembiakan yang menarik

Ia menakjubkan untuk menonton aksi antara ikan Laga jantan dan betina sebelum berlaku persenyawaan. Proses pembiakan antara ikan Laga sebenarnya kelihatan seperti pertempuran pada permulaannya kerana ikan Laga jantan dan betina akan berjuang antara satu sama lain untuk berkongsi wilayah yang sama.
Apabila ikan Laga jantan melihat ikan Laga betina yang matang dan sesuai dengannya, ia akan membina sarang di permukaan air yang dibuat daripada gelembung udara yang berlendir dan  bersalut. Pada mula ikan Laga betina diperkenalkan ke dalam tangki , ikan Laga jantan akan menunjukkan aksi sedikit marah danakan mengejar si betina di sekeliling tangki. Ikan Laga betina juga akan mula mempamerkan suar insang dan sirip kerana ia mahu ikan Laga jantan sedikit reda dan tidak mudah untuk mendekatinya. Ikan jantan Laga jantan pula akan menunjukkan pandangan sisinya yang terbaik untuk cuba menarik perhatian ikan Laga betina. Apabila ikan Laga betina itu bersedia untuk mengawan, ia akan sedikit menggulungkan badannya dan akan melepaskan telur. Kemudiannya ikan Laga jantan akan mempersenyawakan telur tersebut.



Fakta Keenam: Ikan Laga jantan adalah pengasuh anaknya

Jarang berlaku ditemui dalam alam semula jadi, si jantan yang bertindak sebagai penjaga anak-anaknya. Ikan Laga jantan akan menghalau ikan Laga betina selepas proses pembiakan. Jadi anda mesti mengasingkan ikan Laga betina ke tangki yang berasingan dengan segera. Ikan Laga jantan kemudiannya mengumpul setiap telur dan akan mengawal rapi telur-telur tersebut. Apabila anak ikan menetas, ikan Laga jantan akan menjaga anak-anaknya dan membawa ia kembali ke sarang dalam mulutnya. Ini berlaku apabila anak-anak ikan Laga itu jatuh dan tidak boleh membuat renangan ke permukaan air. Apabila anak-anak ikan Laga telah mula kuat dan mampu berenang bebas, ia adalah masa untuk memindahkan ikan Laga jantan ke tangki yang berasingan kerana ketika itu ia akan mula makan anak sendiri.

Fakta Tujuh: Ikan Laga suka melompat

Apa sahaja bekas tangki yang anda gunakan untuk memelihara ikan Laga, pastikan ia mempunyai penutup yang selamat. Ikan Laga suka melompat keluar dari air dan ini pasti memberi pengakhiran yang menyedihkan sekiranya anda tidak menyedarinya. Disebabkan itu pastikan bekas tangki yang menyimpan ikan Laga perlu sentiasa ditutup.


Fakta Lapan: Terdapat pelbagai variati ikan Laga

Penternak hobi ini telah menghasilkan pelbagai mutasi ikan Laga untuk mewujudkan pelbagai variati termasuklah dari segi bentuk badan, warna yang luar biasa, corak, yang berbeza dan jenis sirip yang pelbagai. Mutasi terkini memperlihatkan sesetengah ikan Laga mempunyai corak bertompok manakala terdapat juga yang mempunyai corak marmar pada badan dan siripnya. Ada juga yang mempunyai sisik naga yang dilapisi dengan warna putih, tembaga atau platinum. Terdapat ikan Laga dengan ekor seperti sebuah mahkota, ekor seperti separuh bulan dan juga ekor berganda.


Fakta Sembilan: Umur ikan Laga adalah tidak lama

Jika anda mempunyai ikan Laga pastikan ia mempunyai makanan yang berkualiti tinggi, air yang bersih dan rawatan sekiranya ia sakit. Ikan Laga hanya mampu hidup kira-kira dua hingga tiga tahun secara purata. Di dalam keadaan optimum, ikan Laga boleh hidup selama lima tahun. Hargai ikan Laga anda dan jagalah dengan sebaik mungkin supaya hayatnya mampu mencecah selama yang mungkin.









75 comments:

Hanis Azla said...

As-salam azam,

lama betul tak ke sini.. untuk pertanyaan mengenai novel tu boleh email pada akak rafeahsalim@gmail.com

Anonymous said...

so boleh laa campur ikan laga dengan ikan2 lain ?

Unknown said...

Kenapa perut ikan laga betina saya terlalu buncit dan keras

Unknown said...

Kenapa perut ikan laga betina saya terlalu buncit dan keras

Unknown said...

salam knapa ikan laga sy begerak melintang,bila dia mkn dia elok..tp bila bergerak msti melintangπŸ˜‚

Norhazwani said...

Salam.. Kenapa ikan betina saya yg berusia 2 bulan.. Bertelur dan mengutip telurnya letak dalam sarang buih yg dia sendiri buat.. Tanpa mengawan.. Adakah itu tanda dia sudah matang

Faizul said...

Omg...

Unknown said...

wuish.πŸ˜‚

Si hijau said...

Hi, boleh ke?

Unknown said...

nk tnya knapa ye ikan laga jantan saya dh ltakkan skli dngan betina.... tapi ikan jantan selalu mengejar ikan betina dan mengacau..... knapa ye? lagi 1 ikan laga jantan dan betina saya dhpun lpaskan dlm tangki.... tpi masih tak buat buih.... apa nk buat??

Unknown said...

πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Unknown said...

Tu terlalu perlu kan si jantan tu

Unknown said...

Assalamualaikum....saya nak tanya, ikan laga saya dah bertelur dan menetas...saya letakkan di tempat yang gelap....okay ka?....jantan boleh jaga atau tidak anaknya dalam keadaan gelap

samsul amir said...

berapa lamakah kekerapan seekor ikan laga mengawan?

Unknown said...

Hello...boleh ke?

Unknown said...

Hello...boleh ke?

Waz said...

Sepengalaman sy kalau nk biakkan ikan laga, pstikan ikan laga betina dan jantan ckup matang brusia 3 bulan dan keatas untuk mengelakkan kegagalan proses perkahwinan pasangan ikan ini, dan yg paling penting proses penjagaan dan pemakanan anak ikan laga kerana mereka sangatlah kecil.sekecil pangkal sehelai rambut.

Unknown said...

macam mana nk ajar imbelis bagi makan dedak

Waz said...

Ikan laga akan makan ape shaja yg kamu beri.. jikalau dia tak suka dia akan muntahkn balik..mgkin dia stress atau dh biasa mkan mkanan hidup sperti kutu air di habitat asal dia, cuba tukar menu lain,sy syorkn bg mkan cacing beku,ada jual di kedai akuarium selalunya..bg berpada2,dlm 4 ke 5 ekor cacing, sehari sekali.

Waz said...

Wa'alaikumsalam,boleh gelap tp bukan 24 jam gelap ikot waktu siang cerah malam gelap..kalau tutup bg sedikit ruang cahaya masuk.

Waz said...

Proses perkenalan dan proses mengawan psangan ikan laga mengambil masa 2 ke 4 hari...brgantung pd induk masing2, sebaik nya sebulan lpas tu dh bole mengawan balik...bergantung pd kualiti penjagaan dn pemakanan...

Waz said...

Mgkin ikan kamu tak cukup matang, kena buat proses perkenalan 1 atau 2 hari..jika tiada buih..dianggap gagal atau pasangan tak sesuai,

wan said...

hi...berapa lama ikan laga jantan boleh hidup tanpa makanan sbb ada bela ikan di pejabat ttp disebabkan larangan pergerakan saya tidak boleh ke pejabat utk memberi makanan

Unknown said...

Boleh tak ikan laga makan roti?

Ubie said...

Boleh contact cod or online purchase u cacing beku? Need help.

Unknown said...

Ikan platy leh kawin ngn ikan laga

Unknown said...

Betina saja Boleh campur. Jantan Kau kna asing

Unknown said...

Bgi la pellet. X Smpai Lima ringgit pun

Unknown said...

Bang , ikan jantan ke betina yang buat buih? , Bang tau tak cara senang nak bezakan imbellis dgn sepilar?

Unknown said...

dua2 buat buih, tapi jantan akan buat lebih banyak buih. dalam proses breeding, induk jantan yang akan buat buih untuk dijadikan sarang kepada telur.

sepilai itu merupakan salah satu sub-group dari spesis imbellis. saya berikan analogi mudah. kita rakyat malaysia. dalam malaysia, ada macam2 kaum contohnya melayu, cina, india, dusun, bajau, bugis etc.

soalan tuan cara nak bezakan imbellis dengan sepilai seolah2 seperti tuan bertanya cara nak bezakan rakyat malaysia dengan orang melayu. tak boleh nak cari titik perbezaan sebab benda tak konkrit dan tak setara. lain lah kalau tuan tanya beza rakyat malaysia dengan rusia atau beza orang india dengan cina.

harap dapat membantu.

Unknown said...

Assalamualaikum kenapa ikan laga betina saya perut buncit tapi x dk pun biji putih

Unknown said...

Terima kasih , saya faham sbb dh kenal haritu cari sendiri dn bezakan sendiri , ada nampak beza dia dri segi bentuk mulut , ekor , janggut bawah badan

Unknown said...

Kenapa ikan laga saya ada penyakit sembelit tapi kenapa perut dia terhakis macam berlubang dan kembung???Macam mana nk rawat...masih boleh hidup ke..

Anonymous said...

seminggu

Unknown said...

yep , cuma puan je belum matang and lambat pancut

hafizi riduan said...

sama la.. ikan betina dia buat buih dia yg bertelur.. telur akan menetas ka walaupun tiada jantan

Nad said...

Salam, sy nak tanya..sy sudah bela seekor ikan laga sudah hampir 9 bulan..cuma dalam seminggu ni sy perasan perubahan ikan laga sy..ia mula duduk diam setempat di bucu akuarium, tidak bergerak dalam tempoh yg lama...dan ia akan menggesel dan menempel di batu hiasan dalam keadaan mengiring..kadang2 juga ia secara tiba2 akan berenang laju secara memutar seolah2 menggelupur, kemudian kembali ke bucu akuarium dan "membatu" umpama patung...boleh sy tau kenapa dan apa puncanya ikan laga sy begitu?

balqis said...

Ikan laga saya pun tunjuk symptom yg sama ! Can someone help to explain ?

muhdzrlysmn said...

mungkin tanda ii awal dri penyakit ikan such as dropsy,,whitespot,,keracunan air..keracunan makanan

muhdzrlysmn said...

merupakan tanda ii awal penyakit ikan..alihkan keluar...letak dalam air bebas klorin..tambah daun ketapang..jika dri seminggu boleh bertahan hidup boleh jdi 2 ke 3 minggu boleh bertahan

Nad said...

oh macam tu..terima kasih atas penjelasan..

natni said...

hai nak tanya. ikan laga saya sejenis panic semacam je. mcm busy betul dalam aquarium tu. memang normal ke perangai dia mcm tu ?

Anonymous said...

Ikan tu konfem ade cancer..habis ah kau.. Kira kira 18 tahun je tinggal.. Suruh dia mengucap

Razzfunny said...

Air ikan laga ni hari2 ke kena tukar tengok air mcm ok je lagi

Unknown said...

Hi, saya nak Tanya. Bukan ke ikan laga betina boleh hidup secara kumpulan tapi kenapa ikan laga betina saya asyik gaduh

Ikansendiribertanya said...

Hi. Tolong ceritan dengan dengan lebih terperinci perbezaan jantan dan betina untuk betta imbelis

Unknown said...

sy nk tanya knp ikan laga jantan walau letak asing tpi dia ada buih atas air. dn ikn betina pun mcm tu jgk. sy letak dua2 ekor asing tpi ada jgk buih atas air.mcm mna nak buat

Zal eizeyll said...

Kalau ikan laga tu perut dia kmbubg,, daun ketapang tu boleh rawat ke tak?

Unknown said...

salam tumpang tanya ank ikan laga saya sudah menetas takpi saya sudah bwak keluaq jantam betina adakan ank ikan itu hidup kalau jatuh dibwah permukaan air ank ikan laga saya baru menetas sehari

Faiz Aziz said...

Bolehkah saya menyimpan ikan di tempat yang gelap pada waktu malam seperti di dalam kabinet?

Faiz Aziz said...

Bolehkah saya menyimpan ikan di tempat yang gelap pada waktu malam seperti di dalam kabinet?

Unknown said...

Salam, saya nk mintk tolong untuk bagi penjelasan dengan ikan laga imbellis/kampung. Saya bela 7 ekor dan smua dh bg pati ketapang+garam+ air hujan peram+melafix(stitik dua)+bbs(bru hari kedua mkn)+palet(klu xde bbs)+ daun idup tapi dorg smua xnaik kaler even dh sbulan. Saya ad try gelapkan air tpi masih sama mereka nampak lesu. Ikan laga great red pula aritu kne popeye eye, saya dah letak melafix(hari ke-4) nampak dh surut tapi dh 4 hari die xnak mkn even dh bg bbs. Harap boleh membantu 😒

Unknown said...

boleh ke campur ikan gapi dengan ikan laga?

EllyRon said...

Seeloknya tinggalkan si jantan untk beberapa hari dengan anak2 tu. Sbb jantan akan bantu ank2 tu berenang. Tapi jgn trlalu lama. Dikhuatiri si jantan mkn ank. Ckp sekadar 5 ke 7 hari shj.

Khoir's said...

tu aktif kot. aktif lgi bgus drpd tak aktif. ikan kita pun busy sana sini, naik atas bawah, pabila tgk kita dia kembang. kita tunjuk jari kita, dia pun kembang. maksudnya, ikan tu aktif.

Unknown said...

Jemm

Unknown said...

hi,bole ke letak cermin dlm akuarium ikan laga?

Yanne said...

X boleh

Hann said...

Tu bukan masalah.. ikan laga buat buih sebab dia selesa dgn persekitaran

Hann said...

Boleh tapi jangan lama.. cermin untuk dia flare je, letak dalam 15 ke 20 minit je

Siti said...

Hi.. Saya nak share cerita pasal ikan laga saya.. Alkisah ni berlaku 3 tahun lepas saya balik kampung sebb bekerja di pahang.. Saya ada bela seekor ikan laga jantan.. Kemudian semasa balik ke kampung saya letak. Ikan saya dalam plastik.. Ketak dibawah seat driver.nak dijadikan cerita saya tertinggal ikan dlm kereta selama 10 hari dari 7 haribulan hingga 17hb...dengan tanpa makanan.. Cuaca panas dlm kereta sebb saya ada parking kereta dalam garaj dan tempat panas juga.. Masa pulang ke. Tempat kerja baru saya teringatkan ikan saya.. Firasat saya ikan ni mesti mati.. Ye la da lama tak makan n kyeang oksigen.tapi kuasa Allah. Panjang lagi umur ikan nie.. Bole jadi peneman dikala kesunyian.. Itu sahaja saya nak share tapi Allahuakbar. Panjang umur ikan ni..amin

liyana said...

Kenapa ikan laga saya selalu kembangkan ekor?

Tyra said...

Saya baru beli ikan laga online..sampai je saya trs keluarkan dia dr plastik dan letak dlm bekas...sampai rumah saya masukkan ikan laga dlm bekas lain yg dh dibubuh ubat anti klorin...saya tgk ikan saya mcm pasif je..mcm patung...x bergerak2 dlm 1-2 minit lpstu baru dia bergerak dan kembali mcm patung...adakah itu normal?

Anonymous said...

Normal la tu sbb terkejut dgn suhu dan keadaan sekeliling

Unknown said...

ikan laga saya terjatuh dari tempat yg tinggi sbb saya nak asingkan dia untuk cuci akuarium. dia bergerak dan kemudian terjatuh 😭 ada apa apa kesan ke kalau ikan laga jatuh dari tmpt tinggi? mohon respon. saya risau..

Unknown said...

bagi saya tak selamat.. sbb ikan laga kena suhu bilik sahaja.

Unknown said...

Bang nak tanya, Kalau saya bela tapi saya taknak nak kahwinkan ikan tu boleh tak? Ada effect ke, takut menyeksa pulak nanti. TQ

Unknown said...

Bang kalau saya bela tp taknak kahwinkan ikan tu boleh ke? Takut ade effect mcm menyeksa pulak.TQ

Kuma said...

X ada masalah , okay je

Hi said...

Hi nak tanya ye ikan saya dah bertelur,tapi kenapa telur tersebut tk timbul ye?ramai saya tengok kawan ii saya semua timbul tapi saya punya tk..boleh bagitau macam mana nak kasi telur tu timbul?atau dia mmg macamtu��maaf ye kalau salah,saya baru first time tengok ikan nie bertelur, takut pape jadi je

Anonymous said...

Boss

Nur haura afeeya said...

Salam

Nur haura afeeya said...

Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰
Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼


▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
....................................................................................................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................

▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

Anonymous said...

salam, boleh ke letak jantan dan betina akuarium asing tapi sebelah sebelah? ada apa apa yang perlu saya buat ke macam blocking ke?

Anonymous said...

boleh tahu tak,ciri ciri tempat ikan laga membiak.

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI