KAMI GENG SUKA IKAN KELI

KELI OH KELI DENDANGKAN LAGU BANGAU OH BANGAU


Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul

Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul? Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat

Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat? Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput? Macam mana aku nak makan perut aku sakit

Perut oh perut mengapa engkau sakit? Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah

Nasi oh nasi mengapa engkau mentah? Macam mana aku tak mentah kayu api basah

Kayu oh kayu mengapa engkau basah? Macam mana aku tak basah hujan timpa aku

Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu? Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku

Katak oh katak mengapa panggil hujan? Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku

Ular oh ular Kenapa nak makan katak? Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku!!!!


Cukup-cukuplah budaya salah-menyalahi...andai sang ular pun masih tidak mengaku "kesalahannya" makin meleret-leret lagu ini tanpa kesudahan...

AVATAR IKAN KELI



AVATAR-FILEM YANG MEMBELA RAKYAT PALESTIN?

  • Menjadi satu jenaka kerana tidak mungkin James Cameron terlalu prihatin untuk membela umat Islam.
  • Apabila Yahudi dan Nasrani bekerjasama, mereka tidak akan pernah redha terhadap umat Islam.
  • Dalam filem ini kaum Na'vi telah dipimpin oleh orang Amerika yang jasadnya seperti kaum Na'vi. Secara sinisnya, itulah kehendak mereka yang sentiasa mahu menguasai umat Islam dalam pelbagai bentuk yang mengelirukan.
  • Cukuplah filem ini sebagai hiburan namun untuk mempercayai dakwaan filem ini mempertengahkan isu rakyat palestin adalah fiksyen komedi laungan orang Yahudi.
Bintang selalu nampak kecil dipandang mata...tapi kita selalu terlupa yang kecil adalah mata dan bukan bintangnya....

3D STEREOGRAM-CUBA CARI IMEJ IKAN KELI

ALUNAN SAKSOFON SI IKAN KELI BUAT RAJA SAKSOFON MALAYSIA



RAJA SAKSOFON MALAYSIA

NAMA: Ahmad Khan bin Nawab Khan TEMPAT LAHIR: Jalan Transfer, Pulau Pinang. SEKOLAH: * Sekolah Melayu Perak Road, Pulau Pinang. * Sekolah Francis Light, Pulau Pinang.

Datuk Ahmad Nawab
atau namanya Datuk Ahmad Khan Nawab Khan merupakan penggubah Malaysia terkenal. Beliau telah menggubah lebih 2,000 lagu sejak penglibatannya dalam dunia seni. Beliau yang pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun, telah memenangi banyak anugerah dan antaranya Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi lagu ciptaan pertamanya Bintang Malam pada 1980. Namun begitu, beliau mencapai penghormatan tertinggi apabila beliau dipilih untuk menerima Anugerah Seniman Negara 2006 pada 20 November 2006.

PETI SURAT IKAN KELI



KADAR POS KAD RAYA

  • Hanya 50 sen dikenakan bagi orang ramai menghantar kad ucapan perayaan dalam pelbagai saiz dengan berat tidak melebihi 50 gram.
  • Harga biasa yang dikenakan adalah 70 sen.
  • Kadar promosi 25 peratus oleh Pos Malaysia yang bermula 1 Ogos lalu hingga 28 Februari tahun depan itu adalah bagi mana-mana destinasi di seluruh negara.
  • Ia meliputi empat perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.
  • Ketua Sokongan Operasi Pos Mel, Zaidi Hussain berkata, promosi satu kadar rata yang julung kali diadakan itu dijangka dapat menggalakkan orang ramai khususnya generasi muda untuk menghantar kad ucapan.
  • Penghantaran kad ucapan pada masa ini semakin berkurangan berikutan perkembangan teknologi Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

GULUNGAN WAYAR BERUPA IKAN KELI



JENIS-JENIS WAYAR

  • Penggunaan dan pemilihan wayar mestilah bersesuaian dengan jenis alatan dan keselamatan.
  • Jenis-jenis wayar biasa adalah seperti wayar kuprum berenamel, wayar lembar tunggal, wayar teras tunggal, wayar teras kembar, dan wayar tiga teras.
a) Wayar kuprum berenamel

i. untuk membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer.
ii. wayar ini disalut dengan lapisan enamel.

b) Wayar lembar tunggal


i. digunakan untuk membuat pendawaian dalam litar mudah seperti radio dan
komponen elektronik.

c) wayar terus tunggal

i. terdapat dua bentuk wayar teras tunggal, iaitu:
  • Lembar wayar halus - boleh dilentur dan digunakan untuk pendawaian litar elektrik seperti di radio dan pembesar suara.
  • Lembar wayar kasar - biasanya digunakan untuk pendawaian litar elektrik domestik.
d) wayar teras kembar

i. terdiri daripada dua wayar teras tunggal yang dicantumkan sekali.
ii. digunakan untuk membuat pendawaian lampu meja, televisyen, soket dan penyuai.

e) wayar tiga teras


i. terdapat dua jenis wayar tiga teras, iaitu:
  • Wayar tiga teras berpenebat PVC digunakan pada perkakas elektrik yang tidak menghasilkan haba seperti kipas angin, komputer, dan mesin basuh.
  • Wayar tiga teras berpenebat PVC beranyam benang pula digunakan pada perkakas elektrik yang menghasilkan haba pemanas seperti seterika, ketuhar, cerek elektrik, dan pembakar roti.

SENI UKIRAN PASIR IKAN KELI



MUTIARA KATA....


"Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.."

CHEF IKAN KELI



RESIPI RAHSIA!! 1 BALANG MAYONIS DAN 2 CAWAN KOPI..

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab “ya!”. Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.

Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…” Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut. “Sekarang…” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. “Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda… Bola-bola golf mewakili perkara penting – Tuhan, keluarga anda, anak- anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda – Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara- perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.” “Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf.

Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.” “Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu – iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. “Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…”

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini..


RAJA LAWAK-IKAN KELI

PASU SI IKAN KELI



KISAH PASU YANG RETAK


Seorang wanita tua cina mempunyai dua bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh. Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh air sahaja.

Keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja. Semestinya, pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya.

Di sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dgn ketidaksempurnaannya, dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya.

Setelah dua tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai. "Aku rasa sangat malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu"

Wanita tua itu tersenyum, "Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu, tetapi tiada di laluan pasu yang satu lagi? Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, oleh itu aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu."

"Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu. Selama dua tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja. Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini”

Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri..Tetapi keretakan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat.. Anda perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat kebaikan di dalam diri mereka.Kepada semua sahabatku yang tidak sempurna, moga hari anda ceria dan ingatlah untuk mencium bau bunga-bungaan di laluan anda.

IKAN KELI NYAHKAN ALGA SECARA SEMULAJADI



Kehadiran alga menyebabkan taman air atau kolam serta pancuran air di laman kediaman nampak comot dan sup kacang hijau yang menjijikkan. Selain menggunakan racun pemusnah yang boleh dibeli di kedai peralatan berkebun, sebenarnya kehadiran alga boleh dihapuskan dengan cara semula jadi atau biologi menggunakan haiwan dan tumbuhan air.

Beberapa ikan hiasan untuk kolam memakan alga sebagai sumber makanan mereka. Justeru, langkah meletakkan beberapa ekor ikan hiasan dapat membantu mengurangkan pembiakan alga seterusnya mencantikkan lagi kolam atau pancuran air.Bagi memudahkan usaha menghapuskan alga di dalam kolam, dapatkan maklumat mengenai ikan yang sesuai daripada kedai ikan hiasan.

Berikut adalah beberapa ikan yang sesuai diletakkan di dalam kolam untuk mengawal pembiakan alga;

Ikan keli
Ikan Keli sangat dikenali sebagai hidupan air yang suka makan alga, lumut dan tumbuhan halus di dalam air. Ada banyak jenis ikan keli yang sesuai untuk kolam, namun yang paling sesuai untuk kolam hiasan adalah jenis yang mempunyai misai yang panjang. Namun, spesies ini sesuai untuk kolam yang bersaiz besar dan berpotensi mengganas serta memakan ikan lain yang lebih kecil apabila tiada alga yang boleh dimakannya lagi.

Ikan emas
Haiwan ini sememangnya menjadi pilihan ramai untuk menghias kolam dan pancuran air di laman kediaman kerana rupanya yang cantik dan sering menarik perhatian ramai. Selain cantik, ikan emas sebenarnya sangat membantu mengurang dan menghapuskan alga dalam kolam.

Selain memiliki rupa dan warna yang cantik, ikan emas juga mudah diselenggara tanpa penjagaan yang rapi. Ikan emas tergolong dalam kumpulan ikan kap yang suka makan lumut dan alga di kawasan sekeliling.

Ikan koi atau kap
Seperti ikan emas, ikan koi atau kap menjadi pilihan utama untuk menghias kolam kerana rupanya yang cantik serta memiliki sisik yang berwarna warni.

Ikan ini juga tahan lasak dan paling muda diselenggara dan hidup di dalam kolam. Seperti ikan lain, ikan koi amat menggemari makan lumut dan alga yang melekat pada kolam. Selain menghapuskan alga, ikan koi juga dikenali sebagai spesies yang suka air bersih, jadi ikan ini sukakan persekitaran yang bersih dan menjadi pembersih kolam tanpa ‘bayaran’

Amfibia dan Udang

Selain ikan, berudu dan udang juga suka makan alga. Namun, ramai yang mengelak menggunakan berudu kerana ia akan bertukar menjadi katak apabila matang. Jadi lebih baik menggunakan udang yang gemar makan lumut di dinding kolam serta celah batu.

Selain haiwan, ada beberapa tumbuhan yang sesuai dibiakkan bagi mengawal pembiakan alga. Ada beberapa kategori tumbuhan air iaitu;

Tumbuhan Cepat Membiak

Cabomba, Hygrophila polysperma and Vallisneria. Selain menjadi penghias kolam, haiwan berkenaan juga banyak digunakan bagi menghias akuarium. Malah, tumbuhan berkenaan cantik dan sangat menarik untuk menarik ikan bermain dan mencari makan dalam kolam.

Tumbuhan Mahal

Pakis Jawa atau Java fern dan Echinodorus. Rupanya sangat menarik dan cantik. Harganya mahal kerana ia sukar ditemui dan sukar dibiakkan.

Tumbuhan Tenggelam

Nomaphila stricta dan Hygrophila lacustris tumbuhan tenggelam dalam air. Ia lebih sesuai untuk akuarium dan dapat menggelak pembiakan alga serta siput.

Jerami Barli dan Padi

Letakkan jerami padi dan barli di dalam jejaring kain untuk mengawal alga di dalam kolam dan akuarium. Jerami ini boleh di beli dikedai haiwan peliharaan dan akuarium.

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI