KAMI GENG SUKA IKAN KELI
OLLO... PULANGLAH !
Ollo , kemana Ollo pergi ? Pulanglah..Mama rindukan Ollo. Rasa pedih
di hati mama , rasa pilu mencengkam jiwa bila jasad Ollo tidak lagi di depan
mata Mama. Sehari sebelum Ollo tinggalkan Mama , masih ingat lagikah yang hari
sebelumnya itu hari jadi Mama. Ya , tanggal 20/5/2013 itulah ulangtahun hari
jadi Mama dan kita menghabiskan masa menyambutnya bersama sama. Hari itu Ollo
dan Mama sama-sama melewati tepian pantai dan juga kita singgah ke Bukit Melawati. Masih terbayang
tangan monyet yang panjang itu mengusik manja dengan mengelus ngelus bulu Ollo.
Malamnya pula kita sama-sama menikmati keindahan dengan melihat kunang-kunang
berterbangan berkerdipan. Oh, tiada Mama menduga yang besoknya Ollo akan pergi
meninggalkan Mama sendirian.
Walaupun Ollo hanyalah seekor burung Sun Conure tapi Mama dah
anggap Ollo sebahagaian daripada keluarga dan sentiasa ada tempat yang istimewa
di hati Mama. Hubungan sayang dan keakraban antara Mama dan Ollo menjadi
iktibar pada masyarakat betapa sifat menyayangi antara makhluk ciptaan tuhan
itu sesuatu yang harmoni dan teramat indah. Ollo tentu ingat yang Ollo
mempunyai peminat yang ramai melalui Fanpage di Facebook. Sesuatu yang Mama
dedikasikan khas buat Ollo dan Ollo juga merupakan selebriti kerana pernah
muncul di kaca televisyen. Ollo sememangnya makhluk ciptaan tuhan yang paling
comel dan hebat bagi Mama. Mama rasa macam nk cubit-cubit geram Ollo bila mula-mula
sekali datang dalam hidup Mama pada 26/11/2012. Masa itu , umur Ollo hanya
sebulan.Nama Ollo itu Mama dapat ilham selepas melihat klip di Youtube tentang
seorang pemilik Sun Conure yang mempunyai Sun Conure yang suka menyebut “
Hello..Hello.. “. Hati Mama berbunga –bunga sewaktu menonton dan getusan hati
menggharapkan Ollo juga bijak sepertinya dan ternyata Ollo sememangnya Sun
Conure yang paling bijak bagi Mama. Ollo masih kecil pada waktu itu dan
bulu-bulu yang berwarna hijau, kuning,biru dan jingga yang lazimnya pada seekor
kakaktua Sun Conure pun masih belum penuh di badan Ollo. Tangan Mama ini yang
menyuapkan Ollo makan dan dari hari ke hari Ollo semakin membesar dan sihat.
Hati mana yang tidak luluh pabila kehilanganmu duhai Ollo ? Berderai air mata
Mama tatkala mengimbau kenangan itu Ollo.
Ollo hilang pada 21/5/13. Waktu itu Mama sedang tengah kerja di
pejabat. Pagi itu Mama tergesa-gesa kerana agak terlewat ke tempat kerja. Mama
tidak sempat untuk beri Ollo makan pada pagi itu dan Mama minta tolong teman
rapat Mama untuk tolong tengok-tengokkan Ollo. Selalunya memang Ollo akan bebas
bermain di luar rumah. Kalau Ollo lapar, waktu tengah hari Ollo akan pulang dan
berdecit meminta air minuman dan makanan. Hati Mama dah rasa semacam apabila tengah
hari itu, apabila Ollo tidak pulang-pulang. Mama ada panggil Ollo seperti
selalu tetapi hampa apabila kelibat Ollo tak kunjung jelma. Mama mula
menyalahkan diri Mama. Mama mula terfikir yang Ollo mungkin lapar pada waktu
itu dan mengikuti sesiapa sahaja. Kemungkinan juga Ollo dicuri kerana perangai
Ollo yang amat jinak. Kalau ada yang memanggil, pasti Ollo hinggap ke bahu si
pemanggil. Ya Ollo..Mama mengaku Mama khilaf kerana terlalu percayakan Ollo
untuk bebas bermain di luar. Seharusnya Mama meletakkan sedikit kebimbangan
andai perkara seperti ini terjadi. Sesungguhnya Mama amat kesali terhadap
kealpaan ini. Petang itu juga Mama mencetak poster tentang kehilangan Ollo. Air
mata ini berjurai-jurai ketika itu Ollo.
Setiap malam Mama teringat Ollo. Sampai terbawa di dalam
mimpi Mama. Ollo burung yang sangat manja. Macam bayi yang kecil. Walaupun umur
Ollo hampir tujuh bulan namun masih makan bersuap. Mama tahu Ollo suka makan
cecair makanan jenama Kaytee yang memang khas untuk burung Kakaktua. Sun Conure
seperti Ollo juga amat suka pada kuaci dan bijirin. Mama senantiasa mencurahkan
sepenuh kasih sayang pada Ollo dan sebab itu kita terlalu akrab. Tidur
Ollo pun hendak selalu dipeluk dan
dibelai Mama. Ollo sangat pandai kalau Mama liat bangun waktu pagi, Ollo selalu
kejutkan dari tidur. Ollo gigit-gigitkan Mama, kejutkan minta mahu makan. Tidak
keterlaluan jika Mama nyatakan yang Ollo ini Mama layan seperti seseorang anak
bukan seperti haiwan. Kemana sahaja Mama pergi untuk berlibur pasti Ollo dibawa
bersama. Sesuatu yang istimewa tentang Ollo yang pasti selalu tersemat didalam
memori ini adalah Ollo tidak pernah ada sangkar maka oleh demikian Ollo tidak
sesekali pernah dikurung. Mama lepaskan sahaja Ollo terbang luar rumah dan Ollo
memang terlatih dan pandai balik sendiri. Rutin harian Ollo setiap pagi ialah Mama akan lepaskan luar
rumah untuk Ollo bermain dgn burung-burung liar di depan rumah. Agak-agak tengah
hari bila Ollo haus atau panas hendak mandi pasti Ollo akan balik rumah. Ollo
akan jerit-jerit suruh bukakan pintu untuk masuk. Lepas dapat mandi dan minum
air, Ollo akan keluar main atas pokok depan rumah sampai petang. Sebelum maghrib
Mama akan panggil Ollo dan Ollo pasti berterbangan hinggap ke bahu Mama. Semua
orang di kejiranan ini kenal Ollo. Ramai juga yang datang untuk bermain dengan
Ollo tiap-tiap petang. Tapi kini semua hanya kenangan. Tiada lagi keriuhan dan
keletah Ollo yang menggamit perasaan.
Sesungguhnya Mama amat rindukan Ollo. Namun di mana Ollo
berada, Mama doakan kesejahteraan dan keselamatan Ollo. Mama percaya Tuhan yang
Esa akan sentiasa menjaga Ollo. Pada rakan-rakan di luar sana, saya ingin
berpesan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Sejauh mana haiwan
peliharaan kita itu jinak dan manja namun langkah berwaspada harus diambil
kira. Saya telah mendapat pelajaran yang amat bermakna . .
Tiada pernah pun satu hari, Mama putus harapan yang kita
tidak akan bertemu lagi. Ollo..pulanglah!
pulanglah! Mama nantikan kepulanganmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ORDER SEKARANG !
PROMO PET
MENU ISTIMEWA
ENTRY POPULAR
-
Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yan...
-
Terdapat pelbagai jenis burung kakaktua. Kakaktua merupakan binatang yang sesuai dijadikan teman kerana setiap darinya mempunyai daya tari...
-
Diharap artikel ini dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan haiwan kecil ini semakin popular di...
ANDA PENGUNJUNG KE
USYAR2 SINI
Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli
CATATAN TERDAHULU
- January 2015 (2)
- October 2014 (1)
- August 2014 (1)
- July 2014 (1)
- June 2014 (2)
- January 2014 (1)
- November 2013 (1)
- October 2013 (1)
- June 2013 (1)
- April 2013 (1)
- January 2013 (2)
- October 2012 (1)
- September 2012 (1)
- March 2012 (1)
- January 2012 (1)
- November 2011 (1)
- October 2011 (1)
- September 2011 (3)
- August 2011 (2)
- July 2011 (2)
- June 2011 (3)
- May 2011 (4)
- April 2011 (3)
- March 2011 (3)
- February 2011 (4)
- January 2011 (5)
- December 2010 (4)
- November 2010 (6)
- October 2010 (7)
- September 2010 (1)
- August 2010 (11)
- July 2010 (6)
- June 2010 (6)
- May 2010 (8)
- April 2010 (10)
- March 2010 (35)
- February 2010 (2)
- January 2010 (8)
- December 2009 (22)
- October 2009 (1)
6 comments:
semoga ollo kembali ke pangkuan 'mama'nya dengan selamat... :'(
Salam....dah jumpa belum ollo ni....dia pakai cincin kat kaki mana
Boleh saya tahu hilang kat mana....
Saya punya juga hilang ......nyesek bangety
Sun conure saya juga kmrn hilang sedih rasanya sehari2 sama saya terus.saya kasian takut dengan orang yg tidak brtggung jawab memprlakukan ny dengan keji
Post a Comment