KAMI GENG SUKA IKAN KELI

DINGIN SALJI SI IKAN KELI



ADEGAN YANG TIDAK INGIN DILIHAT PADA MUSIM SALJI

Kala musim kemarau baru sahaja bermula, seekor burung pipit mulai merasakan tubuhnya kepanasan. Lantas ia memutuskan meninggalkan tempat yang panas itu untuk terbang jauh ke utara yang khabarnya udaranya selalu dingin dan bersalji.

Memang benar, lama kelamaan ia merasakan kesejukan udara, makin ke utara makin sejuk, ia semakin bersemangat memacu sayapnya terus menuju ke utara lagi.

Terbawa oleh nafsu, ia tak merasakan sayapnya yang mulai terlekat salji, makin lama makin tebal, dan akhirnya ia jatuh ke tanah kerana tubuhnya diselaputi salji. Sampai ke tanah, salji yang menyelaputi sayapnya justeru semakin bertambah tebal. Si burung pipit tak mampu berbuat apa apa, menyangka bahawa riwayatnya telah tamat. Ia merintih menyesali nasibnya.


Mendengar suara rintihan, seekor keldai yang kebetulan lalu datang menghampirinya. Namun si burung kecewa mengapa yang datang hanya seekor keldai, dia mengherdik si keldai agar menjauh dan mengatakan bahawa makhluk yang tolol tak mungkin mampu berbuat sesuatu untuk menolongnya. Si keldai tidak banyak bicara, dia hanya berdiri, kemudian kencing tepat diatas burung tersebut. Si burung pipit semakin marah dan memaki-maki si keldai.

Namun perlahan-lahan, ia merasakan kehangatan, salji yang membeku pada bulunya meleleh sedikit demi sedikit oleh hangatnya kencing si keldai, ia dapat bernafas lega dan melihat kembali langit yang cerah. Si burung pipit berteriak kegirangan, bernyanyi sepuas-puasnya.

Mendengar ada suara burung bernyanyi, seekor anak kucing menghampiri sumber suara, menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung dan kemudian menimang-nimang, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisa salji yang masih melekat pada bulu si burung. Setelah bulunya bersih, si burung bernyanyi dan menari kegirangan,dia berfikir telah mendapatkan teman yang ramah dan baik hati.

Namun apa yang terjadi,seketika itu juga dunia terasa gelap gelita bagi si burung pipit, si kucing memamah ia hidup-hidup. Maka tamatlah riwayat si burung pipit....

Baik dan buruknya penampilan, jangan dijadikan sebagai satu-satunya ukuran. Apa yang pada mulanya terasa pahit dan tidak enak, kadang kadang boleh berbalik membawa hikmah yang menyenangkan, dan demikian pula sebaliknya.Ketika kita baru sahaja mendapat kenikmatan, jangan lupa dan jangan terburu nafsu, agar tidak menyesal kelak. Waspadalah terhadap orang yang memberikan janji yang berlebihan!

ANALOGI BELON SANG KELI



Ini adalah cerita tentang seorang penjual belon di sebuah pesta. Dia menjual belon dengan pelbagai jenis warna. Setiap hari dia akan melepaskan sebiji belon ke langit. Belon tu akan terbang tinggi ke langit.Harapannya dengan berbuat demikian, ada kanak-kanak yang akan nampak belon itu dan mereka akan meminta ibu bapa mereka mencari penjual belon tersebut lalu akan membeli belon dari dia.Begitulah aktiviti si penjual belon setiap hari.

Ada hari dia melepaskan belon merah…. Ada kala belon biru...adakala unggu.. dan pelbagai warna lagi…

Pada suatu hari ketika dia sedang menjual belon, tiba-tiba terasa tepi bajunya... rupa-rupanya ada seorang kanak-kanak sedang menarik bajunya.

Sambil merenung dengan rasa ingin tahu, kanak-kanak itu bertanya kepada si penjual belon “Setiap hari pakcik lepaskan belon naik ke langit.. kadang-kadang merah kadang-kadang biru dan macam-macam warna lagi…

Kanak-kanak itu bertanya lagi “Saya nak tahu,kalau pakcik lepaskan belon warna HITAM, berapa tinggi belon itu akan terbang agaknya ya pakcik?

Si penjual belon tu berkata dengan tenang kepada kanak-kanak itu “Nak.. bukan warna belon itu yang menentukan berapa tinggi ia terbang, tetapi APA YANG TERISI DI DALAM BELON itu yang menentukan berapa tinggi ia terbang…..

Begitulah keadaanya bila menyintai seseorang,biarlah kerana apa yang terisi di dalam hatinya bukannya sekadar memandang wajah kecantikkan.Cinta pada hatinya membawa terbang lebih tinggi meneroka saujana kebahagiaan yang mendatang.Oh ya...jangan sesekali terlepas dan terpecah BELON itu...yang indah selalunya datang sekali.(jangan pernah persiakan cinta sejati) ")

JEANS KELI



KENAPA ADA SAKU KECIL PADA SELUAR JEANS?


Siapa antara kita pernah terfikir mengapa secara amnya seluar jeans mempunyai saku kecil?

Kita mungkin juga menganggap itu sekadar menambah gaya pemakaian seluar tersebut atau sememangnya kebanyakkan seluar jeans mempamirkan ciri yang sedemikian.

Saku kecil ini sebenarnya berasal daripada sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levis Strauss pada tahun 1880,iaitu lapan tahun setelah jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.

Rekabentuk seluar jeans edisi pertama telah dikhususkan kepada para pelombong emas. Seluar jeans itu memiliki 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, serta 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Disebabkan pada awalnya seluar jeans hanya diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentunya bukan untuk bergaya.

Rupanya saku kecil ini adalah untuk pelombong-pelombong emas ini menyimpan emas yang bersaiz kecil.


APA PULA YANG DISIMPAN DALAM SAKU KECIL JEANS KAMU?


ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI