KAMI GENG SUKA IKAN KELI

TIANG IKAN KELI


5 Monyet dan Tiang

Seorang profesor sedang mengadakan penelitian terhadap 5 ekor monyet.

Monyet A dan monyet B dimasukkan kesebuah ruangan tertutup yang didalamnya diletakkan sebatang tiang, dimana pada puncak tiang itu terdapat pisang.

Monyet A mula memanjat tiang itu, pada saat yang bersamaan sang profesor menyiramkan air sehingga terpelesetlah monyet A dan jatuh.

Monyet A berusaha untuk memanjat lagi, tapi kerana licin, kembali ia terjatuh, begitu seterusnya, sehingga monyet A menyerah.

Kemudian giliran monyet B, melakukan hal yg sama dengan monyet A, berulang kali mencuba dan jatuh, menyerah jugalah monyet B.

Kemudian, profesor memasukkan monyet C ke dalam ruangan tersebut.

Monyet C jua ingin memanjat tiang tersebut, sebelum hal itu terjadi, monyet A dan monyet B dengan semangat menasihati monyet C untuk tidak mengalami hal yang menyusahkan iaitu terpeleset dan jatuh.

Sia-sia sahaja kamu memanjat tiang itu, kami berdua sudah mencuba berulang kali tetapi selalu gagal

Akhirnya monyet C menuruti nasihat kedua monyet itu, dia tidak berusaha tanpa mencuba memanjat lebih dahulu.

Kemudian sang profesor mengeluarkan monyet A dan B, dimasukkan pula monyet D dan monyet E.

Monyet D dan monyet E ingin sekali memanjat tiang itu, tetapi monyet C mencuba menasihati mereka untuk tidak sekali-kali memanjatnya kalau tidak ingin terpeleset dan jatuh.

Monyet D mendengar dan mematuhi nasihat tersebut, ia juga tidak berusaha untuk memanjat.

Tapi lain halnya dengan monyet E, dia tidak mendengarkan nasihat itu, ia tidak terpengaruh dengan nasihat itu, dan mula mencuba untuk memanjat.

Apa salahnya mencuba” fikir monyet E .Oleh kerana sang profesor tidak memberi air lagi pada tiang itu, monyet E akhirnya dapat mencapai puncak dan mendapatkan pisang.

Apa moral cerita ini?

Ada beberapa karakter yang dapat kita jumpai.

Monyet A dan monyet B :

Ibaratnya adalah orang yang mempunyai karakter dengan mudahnya menyerah kalah dan dengan mudahnya mempengaruhi orang lain untuk tidak berusaha, menanamkan input-input negatif kepada orang lain.

Hakikatnya 99% kita yang merasa gagal sebetulnya belum tentu gagal . Hanya kita yang menggagalkan diri sendiri kerana cepat menyerah.

Kegagalan yang sebenarnya adalah bila berhenti berusaha.

Sangat sayang sekali bahwa dunia ini sebenarnya dipenuhi oleh orang-orang hebat yang berpotensi tetapi terlalu cepat mengaku kalah.

Banyak dari kita yang seakan sudah mati sebelum mencuba menggali seluruh potensi yang ada pada diri kita.

Monyet C dan monyet D :

Ibaratnya adalah orang yang mempunyai karakter mudah sekali percaya dengan input-input negatif yang diterima, tanpa mahu bersusah-payah untuk meraih kejayaan, orang-orang yang takut gagal, padahal belum pun mencuba.

Kita cenderung mengikuti bisikan hati ”Kalau ragu, lebih baik tidak usah dilakukan”.

Jika kita tidak pernah mencuba, kita sudah pasti tidak akan pernah berhasil. Kita berjuang bukan dengan kepandaian, tetapi dengan kegigihan.

Monyet E :

Ibaratnya adalah orang yang mempunyai karakter tidak mudah terpengaruh dengan input-input negatif, orang yang selalu berjuang untuk mendapatkan kesuksesan, berani mencuba, tidak takut gagal.

Tidak ada seorang pun di dunia ini yang tidak pernah mengalami kegagalan.

Orang yang sukses selalu bangkit kembali meskipun sudah jatuh. Kalau kita ingin berhasil, kita harus berani mengambil RISIKO.

Kegagalan orang lain patut dipelajari dan dijadikan batu loncatan untuk melangkah lebih baik, bukannya dijadikan suatu ketakutan atau alasan.

28 comments:

Adry@Daun said...

As salam Keli,
Monyet E berani mencuba, persepsi negatif ditolak ke tepi dan ia berani untuk gagal.. Bila berusaha dan yakin, kejayaan adalah penyudahnya.

KELI OH KELI said...

Adry@Daun

"kejayaan adalah penyudahnya.."
satu ayat yang amat positif dan bermotivasi.terima kasih tuan!

~ Cik Azz ~ said...

Satu motivasi yg baik.. Kena fikir dalam2 lagi ni.. Tenkiu Keli.. :)

Cz Aina said...

hurm....
pelajaran yg baik....
note...
thankzz..

zul permatang badak said...

Orang yg terjatuh kedalam lumpur, akan terjun semula... kerana hanya dia yg tahu,dia telah terpijak sesuatu yg paling berharga ia itu emas..........

muazlumut said...

cuba dan usaha dulu....bagus n3 ni,tiang keli...mesti kat jepun

KELI OH KELI said...

~ Cik Azz ~

sama2 kita renungkan..sekadar ingat mengingati sesama kita supaya lebih ke arah positif dan kejayaan.

KELI OH KELI said...

Cz Aina

tq sudi singgah n komen...

KELI OH KELI said...

zul permatang badak

ya..permata di limbahan...hanya yang tahu akan tahu.

KELI OH KELI said...

muazlumut

yezzaaaaaa...tepat!kat Jepun selalu ada benda pelik2..

Rina Azam said...

kekuatan seseorg terletak pd diri sendiri.Ramai org suka terpengaruh dgn org lain kan. Mcm lalang. Hrap2 rina xmcm tu.. byk moral dlm cerita ni...=)

KELI OH KELI said...

Rina Azam

harga seseorang adalah pendirian..jangan pernah menggadaikannya dengan apa jua sekalipun...

Rina Azam said...

sat na abg..lg 15 minit.. =)

KELI OH KELI said...

Rina Azam

haha...ok2.

Hanis Azla said...

tak cuba tak tahu kan.. kalau kita tak mampu, jgn patahkan semangat org lain juga.. sekurang2nya kita bagi semangat utk orang lain utk tidak mengulangi kegagalan kita.. klu boleh sama2 terus maencuba pastinya lebih baik..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

betul..kat dunia ni bnyk org yg takut gagal..patutnya kena berani gagal...

dikira gagal kalau kita tak berani bangkit dari kegagalan..

yott said...

"takut gagal sblum mencuba.." jgn amalkan sikap nih..x kemana kita nnti..;)

KELI OH KELI said...

Hanis Azla

jangan sekat kemahuan atau kejayaan org lain...doakan semoga mereka berjaya dalam apa yang dilakukan.

KELI OH KELI said...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

ya..berhenti bangun dari kegagalan adalah KEGAGALAN SEJATI.

KELI OH KELI said...

yott

Ayuh...sama-sama kita menjadi berani untuk gagal!

ozzy said...

Assalam..

Satu kisah moral yang baik..semoga kita dijauhi dgn sikap negatif serta sikap hanya mengharapkan tongkat utk beridiri.Kejayaan dari usaha kita sendiri itu lebih manis & berharga

KELI OH KELI said...

ozzy

waalaikumsalam,sangat setuju...budaya tongkat akan hanya menjahanamkan kemajuan bangsa dan diri...tapi itu bukan alasan bagi org yang dipilih membela rakyat..")

Temuk said...

As-Salam KELI OH KELI
Kadang-kadang kita lupa bahawa walaupun masalah yang kita hadapi sama dengan yang orang lain hadapi, tetapi rezeki penghujung kita dalam menangani masalah itu boleh jadi berlainan. Jelas tatkala monyet yang berjaya memanjat tiang, baik rezekinya. Tidak ada orang menuangi air, dan dia sampai ke atas!

KELI OH KELI said...

Temuk

waalaikumsalam cikgu...ya benar sekali bagai dikata..masalah mungkin sama...cara dan pengakhirannya jua berbeda.")

Kak Imun said...

Salam, encik keli.

Kisah yang penuh dengan teladan dan motivasi. Kegagalan orang lain sepatutnya menjadi iktibar kepada kita supaya berusaha dgn lebih baik lagi.....:)

KELI OH KELI said...

Kak Imun

yang buruk jadikan sempadan..yang baik jadikan tauladan...betul tu kak imun...

yaya_flanella said...

ikan keli sedap delicious,
mostly org sekarang lebih kepada bermentaliti selain dari monyet E. bukan nak kata org, diri sendiri pun terkadang sama. semoga pudar sifat mazmumah dalam diri kita. Amin :)

KELI OH KELI said...

yaya_flanella

ya...semoga hilang sifat2 mazmumah itu...jom kita semua tuju ke arah kebaikan dan kejayaan...amin...

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails

THE OLD FREES

THE OLD FREES
There was an error in this gadget

KELI OH KELI