KAMI GENG SUKA IKAN KELI

PASU BUNGA IKAN KELI


Jom try -kuiz menguji personaliti diri

Terlebih dahulu, ambil sekeping kertas untuk menulis jawapan anda. Analisis jawapan ada di bahagian bawah. Untuk keputusan yang baik, ambil ujian terlebih dahulu baru baca analisisnya.

p/s : * Soalan no 3 dan no 4 adalah berkaitan dengan pasu bunga ")

Situasi:

Bayangkan anda sedang berjalan di dalam hutan belantara, anda ternampak sebuah pondok…

Soalan 1:
Bagaimanakah keadaan pintu tersebut…?
(Terbuka / Tertutup)

Anda memasuki pondok tersebut dan nampak sebuah meja…

Soalan 2:
Apakah bentuk meja itu?
(Bulat / Oval / Segiempat tepat / Segiempat / Segitiga)

Di atas meja itu ada pasu bunga…

Soalan 3:
Banyak manakah isi air yang ada dalam pasu bunga itu?
(Penuh / Separuh / Kosong)

Soalan 4:
Pasu bunga itu dibuat daripada apa?
[(kaca / porcelain / tanah liat )( logam / plastik / kayu)]

Anda keluar dari pondok itu dan ternampak air terjun dari kejauhan….

Soalan 5:
Berapa lajukah air terjun
(pilih julat jawapan 0 hingga 10)

Kemudian anda terpijak di atas sesuatu benda yang keras, anda lihat ke bawah dan terlihat kilatan warna keemasan rantai kunci bersama anak kunci.

Soalan 6:
Berapa banyakkah bilangan kuci yang ada?
(pilih julat jawapan 0 hingga 10)

Anda meneruskan perjalanan. Tiba-tiba ternampak sebuah istana….

Soalan 7:
Apakah keadaan istana itu?
( Lama / Baru)

Anda memasuki istana itu dan ternampak sebuah kolam yang mengandungi air kotor dan terdapat permata-permata yang berkilau terapung di atasnya…

Soalan 8:
Adakah anda akan mengambil permata itu?
(Ya / Tidak)

Sebelah kolam yang kotor itu terdapat sebuah lagi kolam dengan air yang bersih dan terdapat banyak wang terapung di atasnya...

Soalan 9:
Adakah anda akan mengambil wang itu?
(Ya / Tidak)

Anda berjalan mengelilingi istana itu hingga ke jalan keluar. Anda keluar dari istana itu dan masuk ke dalam sebuah taman yang luas. Anda ternampak sebuah kotak di atas tanah.

Soalan 10:
Apakah saiz kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

Soalan 11:
Kotak itu diperbuat daripada apa?
( cardboard / kertas / kayu / logam)

Tidak jauh dari situ terdapat sebuah jambatan.

Soalan 12:
Jambatan itu diperbuat daripada apa?
( logam / kayu/ rotan)

Diseberang jambatan ada seekor kuda

Soalan 13:
Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

Soalan 14:
Apa kuda itu lakukan?
( tidak berbuat apa-apa / makan rumput / berlari)

Tiba-tiba datang angin puting beliung.. Anda ada 3 pilihan:
(i) lari dan masuk bersembunyi di dalam kotak?
(ii) lari dan masuk bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari dan menaiki kuda keluar dari situ?


Nak tahu jawapan!!?

Ini adalah analisa kepada jawapan anda

(1) Pintu:
Terbuka - anda bersedia berkongsi apa saja cerita kehidupan anda
Tertutup - anda lebih senang menyimpan cerita-cerita anda di dalam hati

(2) Meja:
Bulat/oval – Anda mudah percaya sepenuhnya kepada mana-mana kawan anda
Segiempat tepat / segiempat – Anda seorang yang memilih kawan dan keluar dengan kawan-kawan yang sekepala sahaja
Segitiga – Anda seorang yang cerewet tentang berkawan… anda tidak mempunyai ramai kawan dalam hidup

(3) Air dalam pasu:
Kosong – Hidup anda tidak terisi
Separuh – Apa yang anda mahu dalam hidup sudah separuh penuh
Penuh - Apa yang anda mahu dalam hidup sudah tercapai

(4) Bahan pasu:
kaca/tanah liat/porcelain – anda seorang yang lemah dan sensitif
logam / plastik / kayu – anda kuat dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan

(5) Kelajuan air terjun:
0 – tiada keinginan seks
1 to 4 - keinginan seks yang rendah
5 - keinginan seks yang sederhana
6 to 9 - keinginan seks yang tinggi
10 - keinginan seksual yang sangat tinggi

(6) Kunci:
1 – hanya ada 1 kawan baik
2 to 5 – ada beberapa orang kawan baik
6 to 10 – ada ramai kawan baik

(7) Istana:
Lama – hubungan terakhir anda dengan seseorang tidak begitu baik dan tidak meninggalkan kenangan indah.
Baru - hubungan terakhir anda dengan seseorang adalah baik dan masih segar dalam hati

(8) Permata di dalam kolam kotor:
Ya – bila pasangan anda ada di samping anda, anda masih memikat orang lain.
Tidak - bila pasangan anda ada di samping anda, anda hanya bersama dengannya.

(9) Wang di dalam kolam bersih:
Ya – walaupun pasanagn anda tiada di samping anda, anda masih memikat orang lain
Tidak - walaupun pasanagn anda tiada di samping anda, anda akan sentiasa memikirkannya dan setia.

(10) Saiz kotak:
kecil – ego yang rendah
sederhana – ego yang sederhana
besar – ego yang tinggi

(11) Bahan kotak:
cardboard/kertas/kayu(tidak berkilat) – personaliti yang rendah diri
logam – berbangga dengan diri sendiri

(12) bahan jambatan:
logam – ikatan yang kuat dengan kawan-kawan
kayu - ikatan yang sederhana dengan kawan-kawan
rotan - tidak begitu serasi dengan kawan-kawan

(13) Warna kuda:
putih – pasangan anda tulus di hati anda.
kelabu/ coklat – pasangan anda sederhana sahaja di hati anda.
hitam – pasangan anda tidak begitu sempurna di hati anda, ada saja perkara yang menyakitkan hati.

(14) Kelakuan kuda:
tidak berbuat apa-apa/ makan rumput – pasangan anda seorang yang suka duduk di rumah dan begitu rendah diri
berlari – pasangan anda adalah seorang yang liar.

Kiasan:
puting beliung – masalah dalam hidup
kotak - anda
jambatan – kawan-kawan anda
kuda – pasangan anda

(i) jika anda pilih kotak, anda seorang yang suka memendam dan menyelesaikan masalah anda sendiri
(ii) jika anda pilih jambatan, anda akan berjumpa kawan-kawan untuk menyelsaikan masalah
(iii) jika anda pilih kuda, anda mencari pasangan anda untuk menyelesaikan masalah

kalau betul cuma kebetulan.. kalau salah sila perbetulkan. sekadar kita menguji diri sahaja okay.. ")

28 comments:

yott said...

menarik kuiz ni Keli..dan ada bnyk kebetulannya..;)

zul permatang badak said...

masuk sekoloh semula....letih mengurus minda,
ambo buleh ja'di, penceramoh motivasi......ya sikit ari lagi.....

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

bnyk yg betul..tp sy punya ada 3 yg kurang tepat..

My MiRa said...

hehehhee menarik2 :)

Adry@Daun said...

As salam keli, dtg tgk pasu ikan keli dn jwb soalan kuiz. Menarik dn tertarik dgn jwpn dn kaitnnya.

Anonymous said...

menarik macam game pulak ,boleh tulis buku ni cik keli.

KELI OH KELI said...

yott

kuiz sekadar suka2..")

KELI OH KELI said...

zul permatang badak

oh ya x ya jugak..sesi persekolahan dah bermula....hehe...sabar abg zul...pengorbanan yg x terbalas dan amat berpahala..")

KELI OH KELI said...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

hehe...samalah saya pun...ada gak jawapan yg kurang tepat.

KELI OH KELI said...

My MiRa

tq myprennnnnnnnnnn...

KELI OH KELI said...

Adry@Daun

terima kasih kerana sudi meluangkan masa...

KELI OH KELI said...

Anonymous

buat masa ni tulis blog ja...hehehe...

Rina Azam said...

wahhh..hampir tepat... suka3..=)

KELI OH KELI said...

Rina Azam

wah..apa yg tepat tu rina? cer citer...cer citer...

Hanis Azla said...

hiasan pasu bunga yg cantik.. best juga sesekali menguji personaliti diri.. serba sedikit ada yg betul juga..

Temuk said...

Kuiz yg nenarik, utk seronok-seronok. Pasu-pasu keli utk bunga hiasan itu cantik betul!

KELI OH KELI said...

Hanis Azla

hakikat sebenar jawapan ada pada diri sendiri...hanya kita yg tahu sebenarnya siapa kita...")

KELI OH KELI said...

Temuk

ya cikgu...sekadar seronok2...ouh..cikgu berkenan dengan pasu2 bunga ini ya...")

muazlumut said...

kuiz yng menarik dan dapat mengesan watak2 diri yng menjawab,pasu tu cantik...

Myfrin's story said...

Salam, encik keli. Cantik pasu tu...:) Kuiz ini adalah antara kuiz yg paling menarik yg pernah kak lihat. Banyak kebenarannya.....:)

~ Cik Azz ~ said...

wahhhh... bagus2 ni..

Ada jugak yg betul.. tang tak nak ambek duit dgn permata tu.. Kiranya memang jenis setia pada seorang la akak ni, kann... :P

aLieF si Muncung ManiS said...

hahahha...tak sangka saya ada keinginan seks yg tinggi..adoi..ni semua silap air terjun tu..hehe..tapi mostly analisa yg saya dpt adalah negatif..malunye.:P

KELI OH KELI said...

muazlumut

pasu yg cantik kerana bunga..
bunga yg cantik bukan kerana pasu...")

KELI OH KELI said...

Myfrin's story

waalaikumsalam kak..semoga kakak hepy bila menjawab kuiz tu ya...

KELI OH KELI said...

~ Cik Azz ~

wah...tabik la sama kakak...susah nak cari yg setia dan lebih2 lagi x nak amek permata tu...

KELI OH KELI said...

aLieF si Muncung ManiS

keinginan seks yang tinggi berkadar langsung dengan imiginasi yang tinggi juga..gunakan secara positif...imiginasi yang tinggi ada kreativiti...kreativiti sangat mahal nilainya..x semua org ada nilai itu adik...")

muazlumut said...

boleh fening....

KELI OH KELI said...

muazlumut

jangan fening2 bro...")

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails

THE OLD FREES

THE OLD FREES
There was an error in this gadget

KELI OH KELI