KAMI GENG SUKA IKAN KELI

JAM IKAN KELI



HARGAI NIKMAT MASA-Isilah masa lapangmu

Khusus buat ingatanku dan rakan-rakan, gunakanlah masa lapang yang diberi oleh Allah untuk memberi manfaat kepada agamamu. Jangan sia-siakannya kerana masa lapang itu adalah nikmat yang perlu disyukuri. Rasulullah telah bersabda:

Dua nikmat di antara nikmat-nikmat Allah yang kebanyakan manusia kabuli mata melihatnya; iaitu masa sihat dan masa lapang. (Riwayat Bukhari)

Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebut :

“Masa kekosongan tidak akan berkekalan. Di masa kekosongan pasti diisi dengan perkara yang baik atau yang jahat, kerana seseorang itu di waktu kosong dia akan berfikir samada perkara yang baik atau buruk. Oleh itu sungguh beruntung seorang yang yang membuat pengisian di masa kosongnya dengan memikirkan pekerjaan baik. Celakalah pula terhadap mereka yang mengisi masa kekosongannya dengan memikirkan perkara yang jahat dan buruk.”

Ayuh golongan belia, kita hiasi masa di dalam kehidupan yang sementara ini dengan melibatkan diri melalui aktiviti-aktiviti keagamaan, kemasyarakatan, keilmuan, kesukanan, kepemimpinan, kesenian dan lain-lain lagi aktiviti positif yang berlandaskan syarak bagi menggilap potensi diri agar cinta dan bertanggungjawab kepada agama, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Rebutlah peluang ini sekarang sebelum terlambat. Ingatlah hadis nabi s.a.w yang berbunyi:

Dapatkan saham keuntungan dalam masa lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain:

  1. i. Masa kamu hidup sebelum kamu mati
  2. ii. Masa kamu sihat sebelum kamu sakit
  3. iii. Masa kamu lapang sebelum kamu sibuk
  4. iv. Masa kamu muda sebelum kamu tua
  5. v. Masa kamu senang sebelum kamu papa.

(Riwayat al-hakim dan al-Baihaqi)

Bumi bergerak sejauh 30km sesaat. Fakta ini menyedarkan kita bahawa, sesaat meninggalkan kita bermakna makin jauh kita daripada keadaan asal. Ironinya, semalam yang jauh meninggalkan kita akan menyebabkan kita rindu untuk kembali semula ‘kepangkuannya’. Ibarat rindu seorang anak yang terpaksa berjauhan dengan ibu dan ayahnya. Namun bezanya, rindu si anak itu mampu diubati dengan kembali semula bertemu ibu dan ayahnya, tetapi rindu akan memori indah semalam tidak mungkin diputar semula dan ia akan kekal menjadi sebahagian daripada sejarah hidup.


22 comments:

zul permatang badak said...

Tempat yang paling jauh ialah masa lalu.....
Tempat yg paling dekat ialah sekarang.....

p/s...hey guano lamo senyap....gi mano?
....kawe ingat demo cuti berblog doh...
salam bahagia.....o.k.....

KELI OH KELI said...

sibuk sikit brudas zul...salam bahagia jua teman...

muazlumut said...

lama menyepi...apa habaq?
masa itu emas...

KELI OH KELI said...

habaq baik kawan...
ya masa itu amat berharga...

Kak Imun said...

Salam, encik keli.

Entri yang menyentuh hati. Apabila terjadi sesuatu, kita sering berkata, "Nasib baik sempat, kalau tidak....."

Kak juga setuju, memori yang indah, tidak mungkin akan diputar kembali. Cuma, memori yg indah itu la yg kadangkala bisa memujuk di kala kita kesedihan.........:)

Adry@Daun said...

As salam keli,
Barangkali kekangan masa yg mbuatkn keli tdk bksempatan utk update entri baru. Bak kata org, masa itu emas.. Masa itu pedang, jika kita tdk memotongnya,ia akn memotong kita.

KELI OH KELI said...

Kak Imun

waalaikumsalam kak imun...ya benar...pengalaman pahit manis harus diulangkaji demi pedoman di hari muka..

KELI OH KELI said...

Adry@Daun

masa bagai pedang..ya itu pepatah arab lama yg mengingatkan kita betapa begitu pentingnya nilai masa dalam skop dan segmen kehidupan...

rina said...

manusia tu sentiasa dlm kerugian kan..

KELI OH KELI said...

rina

ya...demi masa...sesungguhnya kita dalam kerugian...

Rina Azam said...

Bak kata omputih, time is free, but it is priceless, you can't own it, but u can use it, u can't keep it but u can spend it. Once u've lost it, u can never get it back.

sesungguhnya, masa itu sering membunuh kita. =)

KELI OH KELI said...

Rina Azam

uiks...skipping london....ya..ya...roti canai is good...")

yott said...

semakin lama kita semakin dkt padaNYA..

KELI OH KELI said...

yott

ya...mati itu semakin hampir..bukan semakin jauh...

Hanis Azla said...

perkongsian yg baik utk muhasabah diri.. terima kasih kerana berkongsi di sini.. fakta ttg bumi bergerak tu benar2 memberi kesedaran ttg perlunya kita menghargai masa yg ada.. tak pernah tahu pun sebelum ini.

KELI OH KELI said...

Hanis Azla

muhasabah untuk diri ini juga...terima kasih kak hanis sbb sudi singgah dan membaca..

http://aniesandyou.blogspot.com said...

thanks for sharing

Kerana LiverpoolFC episode 1

Kerana LiverpoolFC episode 2

KELI OH KELI said...

http://aniesandyou.blogspot.com

my pleasure

padin said...

masa memang sangat berharga... kita tak boleh bagi ia berlalu dengan sia - sia.. sebab dia takkan berulang semula, lama tak jenguk Keli

KELI OH KELI said...

padin

salam sahabat...mmg lama x nampak saudara...sangat gembira padin singgah ke sini...terima kasih!

Solihin Zubir said...

btoi ka tu rupa ikan keli? mcm kaloi ja.. ;-p

yeah.. manfaatkan masa dgn sebaiknya..

KELI OH KELI said...

Solihin Zubir

alaaa...kira adik beradik la tue...hehe...kasi can la...

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails

THE OLD FREES

THE OLD FREES
There was an error in this gadget

KELI OH KELI