KAMI GENG SUKA IKAN KELI

SENI MENGAIT KELI



APA YANG BOLEH KITA PELAJARI DARI SENI MENGAIT?

  • Setiap batang jarum yang digunakan untuk mengait mempunyai nombor dan saiz tersendiri. Semakin kecil nombor tersebut bermakna semakin terperinci corak yang boleh dihasilkan.Semakin kita memperincikan sesuatu perkara semakin jelas gambaran yang kita dapat tentang sesuatu perkara atau keadaan.Begitu juga semakin banyak sampel yang diambil dalam satu kajian atau pemerhatian semakin kita mendekati keputusan situasi yang sebenar.
  • Malah, kebanyakan pakar sejarah percaya seni mengait dimulakan oleh kaum lelaki. Persepsi ini mungkin berpunca daripada kaedah jala ikan yang dihasilkan.Dalam penghasilan seni, gender bukanlah satu penghalang dalam meluahkan kreativiti dan ekspresi diri.Waima dalam bidang apa pun lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama sekiranya berusaha bersungguh-sungguh.
  • Ada juga yang menganggap aktiviti ini tidak sesuai untuk orang Malaysia kerana cuaca kita panas.Hakikatnya produk yang dihasilkan melalui seni mengait tidak memerangkap haba.Memberi alasan bukanlah ciri-ciri orang yang berjaya.Persepsi dan fakta dua perkara yang berbeza di mana ada keadaan kita perlu tahu di mana harus mengutamakan antara persepsi ataupun fakta.Keduanya mempunyai kekuatan sekiranya kita bijak memanipulasi.
  • Bagi menghasilkan produk mengait,seseorang perlu menghabiskan masa yang berjam-jam lamanya.Setiap yang kita lakukan perlulah disertakan dengan komitmen yang tinggi. Sekiranya tidak ia menjadi sekadar impian dan kerugian kerana usaha setengah jalan.Adalah yang membezakan kita dengan orang yang berjaya itu adalah sifat kesabaran dan semangat yang kuat secara konsisten untuk menggapai impian.

44 comments:

Rina Azam said...

assalam,
saya kurang suka mengait...tp mengait mmg perlukan komitmen dan kesabaran kn... saya memasak suka laa.. anyway, cantik la seni kait keli tu.. :) sesuai utk jdikan perhiasan.

KELI OH KELI said...

Rina Azam

wah..x sangka saya awk suka memasak...mesti sedap sgt awk masak kan...")hehehe...

Emma Nyiu said...

Sy suka mengait, Tapi, kekadang hangat2 taik ayam jerk. Buat gubahan dengan mengait2 ne la pevret sy.. ikan keli tu comei..hehe

=)

KELI OH KELI said...

☆ ★ e m m a N Y ☆ ★

mesti awak seorang yang sangat rajin kan...bukan senang nk wat keja kait mengait ni...")

miss nina said...

saya suka menjahit manik. mengait tak pandai tapi minat nak belajar :)

Rina Rahamat said...

benda-benda yg melibatkan seni nih sy memang tak berpa pandai..tgn keras lah katakan..apa pon info di atas menarik sbb disertakan moral di sebalik info..

KELI OH KELI said...

miss nina

inshaAllah miss nina pasti dapat menguasai ilmu kat mengait satu hari nanti ya...")

KELI OH KELI said...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Lapangan seni visual luas bidangnya...penulisan yang baik seperti blog cik betty jua satu contoh seni visual. ")

muazlumut said...

pernah belajaq mengait.....tapi tak pandai2

KELI OH KELI said...

muazlumut

wah...muaz pernah belajar ya...bagusla tu...saya pernah tengok ja...x paham pun mcm mana mereka buat...sangat kreatif!

cikida said...

wahh,,canteknye..mak sy suke mengait..sy x pulak.huhu..

Solihin Zubir said...

mengait? sy cuma pndai jahit lilit ubi.. heheh...

zul permatang badak said...

Mengait.....masa bujang2 dulu,pandai sungguh mengait.....
mengait ayat2 cinta....ayat2 rindu.......
ler...ni....malas...wi ke budok2 pulok.....
bosang weh....pusing2 hok tuler je...
baik gi.....tanam sayur dapat juga hasil.......he2....he...

KELI OH KELI said...

cikida

kalau mak dah pandai mengait..mesti cikida pun boleh juga jika mencuba..hehe..")

KELI OH KELI said...

Solihin Zubir

lilit ubi??...wah mesti kreatif juga seni itu...

KELI OH KELI said...

zul permatang badak

Haha...ya lah abg zul...berbudi pada tanah selalunya jarang dikecewakan...")

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

terima kasih sudi singgah. salam kenal kembali.


tak sangka ada blog mengenai keli. menarik ni..

KELI OH KELI said...

a.z.r.i.n.a.03.07

sama2..harap dapat terus keep in touch myfren!!

iniialahaku said...

dulu mak saya suka sngat mngait ni....


p/s: yg merah2 tu suma mmg kena dgn khidupan..nice entry

KELI OH KELI said...

iniialahaku

ya..mak saya pun pandai mengait...tp tu dulu la...masa mata dok terang lagi...

anyway tq cikgu...")

Hanis Azla said...

dah lamanya tak mengait.. dulu2 masa dalam pantang rajin juga mengait nak isi masa lapang.. entah2 skrg ni skill mengait pun dah takde kot.. sbb lama sgt tinggal.. he..he..

Hanis Azla said...

dah lamanya tak mengait.. dulu2 masa dalam pantang rajin juga mengait nak isi masa lapang.. entah2 skrg ni skill mengait pun dah takde kot.. sbb lama sgt tinggal.. he..he..

KELI OH KELI said...

Hanis Azla

ooo macam tu...nanti kakak cuba la balik tgk...sayang kalau skill hilang mcm tu ja..hehe..")

Adry@Daun said...

As salam keli,
Sy tgk kat sini produk yg berasaskn ikan keli spt keli benang kait ni. Pertanyaan saya, siapa yg hasilkn semua produk ni?

KELI OH KELI said...

Adry@Daun

Waalaikumsalam sahabatku Adry...saya cari kat google saja gambar2 ni...tujuan untuk mendekatkan masyarakat dengan ikan keli...supaya ikan tempatan kita tidaklah dipandang enteng sebelah mata kerana di luar sana nama atau jenama ikan keli dipelbagaikan..

Setelah saya berkecimpung dalam bidang ternakan keli ini pelbagai pandangan sinis telah saya dengar bila menyebut ttg ikan keli....
Sedangkan hakikatnya...dah ramai bangsa asing yang kaya raya kerana ikan keli....mungkin kerana mereka ternak dan kita bela...ternak dan bela dua perkara berbeza...wallahualam... ")

alkisah69 said...

wah...dengan tema keli...pelbagai entry dapat dibuat...steady keli...

Addien said...

cantik...wahh...tahniah yeer

jmput ke WADi

Amalan Kita Diterima @ Tidak??

KELI OH KELI said...

alkisah69

blog kamu lagi hebat...anyway tq bro!

KELI OH KELI said...

Ad-Dien

saya dah jengah blog kamu...sangat berinfomatif...tahniah!!!

yott said...

mmg keja mengait nih perlukan kesabaran yg lebih..yalah...lmbt nak siap..:)

KELI OH KELI said...

yott

Ehe...ya yott...apapun kesabaran adalah jawapan kepada banyak persoalan..

KELI OH KELI said...

アヌム ちゃん

wassalam...tq kerana sudi singgah..nanti saya akan singgah ke blog kamu ya...")

atheinL said...

chumil nye...
ske sgt mkn ikn keli...
blog ni byk sgt ikan keli...
rs cm nk bela ikan keli plak lps ni...
huhuhu...

Kak Imun said...

Salam, encik keli. Dulu, masa kak masih bujang trang tang-tang, pernah juga belajar mengait. Sempatlah siap utk alas meja.

Dah lama, tak mengait. Agak2nya jari2 kak ni dah kaku....:D

KELI OH KELI said...

CourFeyLia

nk bela?baguih2...nanti ada la banyak geng ternak keli....

KELI OH KELI said...

Myfrin's story

hehe..dah agak dah kakak mesti ada bakat mengait....

saya said...

mak aiii..nak mengait bentuk ikan keli? saya awal2 dulu pengsan. nak kait lurus pon tak lulus2 lagi nih. hahahhaha.. tapi kan..saya suka je ikan keli. sedappp..masak apa pon saya makan. sedappp... (bab makan saya memang penyokong tegar). hehehhehe....

KELI OH KELI said...

saya

haha...saya pun penyokong tegar bab2 makanan...kita satu geng la kiranya...")

caliph shuriken said...

kali pertama tgk hasil seni keli cmni.. nice ^^

latest en3: persidangan blogger sedunia

KELI OH KELI said...

caliph shuriken

salam ukhwah fren..jemput datang sini selalu ya..")

Zaza said...

awak ni, punye la suke ikan keli.. hihi

Nur said...

Comelnya keli kait! Akak tahu juga mengait, tapi tak pernah cuba keli. Balik-balik, buat kucing. HEhhe..

KELI OH KELI said...

z a z a

haha...kipas susah mati keli neh...

KELI OH KELI said...

Yati

wat kucing...alamak nanti dia makan ikan keli la...hehe..")

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI