

KAMI GENG SUKA IKAN KELI

BATU BERUKIRAN IKAN KELI
AKAN KU UKIRKAN JASAMU DI ATAS BATU
Dikisahkan bahawa ada dua orang sahabat sedang melakukan perjalanan menyeberangi padang pasir. Pada suatu tempat, mereka terlibat dalam perdebatan sengit, sahabat yang satu menampar muka sahabat yang lain. Sahabat yang ditampar merasa terluka hatinya.
Tanpa mengucapkan sepatah kata, ia menulis di pasir :
“HARI INI SAHABAT BAIKKU MENAMPARKU”
Mereka lalu melanjutkan perjalanan.
Dan dalam perjalanan berikutnya, mereka menemukan danau lalu mandi di danau tersebut.
Orang yang ditampar tadi terjebak dalam lumpur hisap dan mulai tenggelam.
Sahabatnya pun datang menolong.
Setelah berhasil diselamatkan ia menulis di atas batu :
“HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKANKU”
Temannya berkata, “Tadi kau menulis di pasir, sekarang kau mengukir di atas batu, mengapa ?”
Ya...mengapa ya??? mengapa adakala kita perlu menulis di pasir...dan adakala kita mengukir di batu..........
“Bila seseorang melukai hati kita, sebaiknya kita menulis kejadian itu di atas pasir agar angin pengampunan dapat menghapusnya. Namun, bila seseorang berbuat baik kepada kita, hendaknya kita mengukir peristiwa itu di atas batu semoga angin kemarahan takkan pernah dapat menghapusnya.”
Wednesday, June 30, 2010 | | 6 Comments
BEG BERCORAK KELI
Kisah pisang yang busuk di dalam beg
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci."Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya.Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yang makin membusuk, begitu juga hati.....
Thursday, June 24, 2010 | | 8 Comments
EH...KELI AFRIKA SOKONG PIALA DUNIA...?
1930 – Uruguay
1934 – Italy
1938 – Italy
1950 – Uruguay
1954 – West Germany
1958 – Brazil
1962 – Brazil
1966 – England
1970 – Brazil
1974 – West Germany
1978 – Argentina
1982 – Italy
1986 – Argentina
1990 – West Germany
1994 – Brazil
1998 – France
2002 – Brazil
2006 – Italy
Brazil – 5
Italy – 4
Germany – 3
Argentina – 2
Uruguay – 2
England – 1
France – 1
Thursday, June 10, 2010 | | 8 Comments
ZIPPO 21194 COOL KIWI - PEMETIK API IKAN KELI
KISAH PEMETIK API
Tersebut la satu cerita... terdapat 3 orang pemuda yang berlainan hobinya.. pemuda 1 kaki perempuan
pemuda 2 kaki arak
dan pemuda ke 3 kaki rokok..
mereka semua sahabat baik
Nak jadikan cerita..dorang ni terjumpa sebiji lampu ajaib*lampu aladin* maka mereka pun menggosok lampu itu... POSHHHH!!keluarlah si jin hijau.. si jin hijau ni pon ofer la 3 permintaan kat 3 sahabat tadi tu.. pasalnya mereka dah kasi jin hijau tu terlepas dari penjara lampu kononnye..
Pemuda 1 : aku nak SEMUA aweks muda yang cantik2+hot dari pelbagai bangsa dikumpul dalam satu gua tertutup bersama aku.. dan jangan buka pintu gua tu sampai la 10 thn. PLING!!...jin tu pun tunaikan hajat si pemuda 1
Pemuda 2 : aku nak arak yang terbaik dan pelbagai jenis dari seluruh dunia untuk bekalan selama 10 thn dan aku pun nak masuk ke dalam gua..tutup dan jangan buka pintu gua sehingga habis 10 thn. PLING!!...jin tu pun tunaikan hajat si pemuda 2
Pemuda 3 : aku pulak nak rokok yg paling mahal dari seluruh dunia untuk bekalan 10 thn.. masukkan aku jugak ke dalam gua.. tutup dan jangan buka pintu gua sehingga 10 thn. PLING!!...jin tu pun tunaikan hajat si pemuda 3
Setelah cukup 10 thn..............
Jin itu pun membuka pintu gua pemuda 1..
terhoyong hayang pemuda itu keluar dengan keadaan yang lemah tidak bermaya ditambah pulak dengan fizikal yang kurus dan pucat kerana melayan nafsu selama 10 thn..
beberapa langkah....
pemuda tersebut jatuh lalu mati kesiannnnnnnnn.......ish2
Jin membuka pintu gua yang kedua.. pemuda 2 keluar dengan perut yang sangat membuncit...
sama seperti pemuda pertama..
jalan beberapa langkah..pemuda itu jatuh lalu mati.. kesian jugak..............ish2
Jin membuka pintu gua terakhir pulak.. pemuda ke 3 keluar dengan badan yang segar bugar ........sihat walafiat!!!! lalu datang la pemuda 3 ke arah jin dan dengan marahinya..... lantas terus' backhand' jin hijau tersebut.....
Pemuda 3 : WAKLUUU!! ngokngek punya jin.... kasi rokok.. PEMETIK APInya mana!!!!?????
"IKUT NAFSU...LESU,IKUT HATI...MATI,IKUT RASA...BINASA...
MUDA HANYA SEKALI...JANGAN PERSIAKAN MASA MUDA DENGAN HAL MELALAIKAN...HARGA REMAJA PENDIRIAN...NILAI REMAJA ADALAH MENCARI ILMU SUSAH.."
Tuesday, June 08, 2010 | | 22 Comments
UNGGAS DI LADANG PUSAT TERNAKAN IKAN KELI KANVAS PULAU PINANG
Di sini saya ingin berkongsi gambar unggas-unggas yang turut sama menjadi penghuni di ladang Pusat Ternakan Ikan Keli Kanvas Pulau Pinang.Di samping ikan keli,kehadiran unggas-unggas ini dapat menceriakan suasana di ladang.Banyak jasa-jasa sang unggas pada kami...sang angsa menakutkan pak memerang..si ayam piru sentiasa mengawal ladang...cik ayam mutiara ibarat siren di kala orang atau apa sahaja yang tidak dikenali memasuki kawasan ladang...Jalak Lenteng si ayam laga mengejutkan waktu subuh untuk bersolat lalu dapatlah kami memulakan hari yang berkat hendaknya untuk sepanjang hari berkerja mencari sesuap nasi....Sesungguhnya aku berterima kasih pada kalian yang sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupanku.
Thursday, June 03, 2010 | | 7 Comments
"CLARIA V"-KENDERAAN PROTOTAIP IKAN KELI CIPTAAN PENUNTUT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
- Sekumpulan 18 penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini, membangunkan sebuah prototaip kenderaan dinamakan 'Claria V' yang mampu menempuh perjalanan lebih 1,000 kilometer dengan hanya satu liter minyak.
- 'Claria V' yang dibangunkan lebih setahun lalu, akan menyertai Pertandingan Cabaran Shell Eco bersama 11 universiti lain di seluruh negara yang diadakan di Litar Formula 1 Sepang, Julai ini yang turut disertai pasukan negara Asia lain seperti Indonesia, China, Iran, Taiwan dan Jepun. Kenderaan prototaip itu yang menggunakan enjin mesin pemotong rumput 35cc, dibangunkan dengan harga RM25,000 mempunyai berat casis serta enjin kira-kira 49.3 kilogram dan berat keseluruhan dengan seorang pemandu tidak melebihi 100 kilogram.
- Penasihat pembangunan 'Claria V' yang juga Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal (Automatif) UTM, Prof Madya Pakharuddin Mohd Samin, berkata tahun lalu universiti itu turut mengambil bahagian dalam pertandingan sama di Jerman dan mendapat tempat keempat. Katanya, pemenang tahun lalu mencipta perjalanan sejauh 3,300 kilometer dengan hanya satu liter minyak dan pihaknya berharap 'Claria V' dapat mencatat jarak separuh daripada itu.
- Semua pelajar yang membangunkan 'Claria V' ini adalah penuntut Tahun Dua dan Tiga Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (Automatif) UTM dan selain kenderaan ini, UTM Kuala Lumpur turut menghantar satu lagi penyertaan.
- 'Claria V' ialah diambil bersempena nama saintifik ikan Keli, 'Clarias Bastrachus', berikutan reka bentuk kenderaan terbabit menyerupai ikan berkenaan dengan pengubahsuaian bahagian enjin bagi mengurangkan penggunaan minyak.
Wednesday, June 02, 2010 | | 15 Comments
- COKLAT ADALAH “RACUN” UNTUK HAIWAN KESAYANGAN ANDA?
- FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG IKAN LAGA
- SOALAN LAZIM BERKAITAN ULAR BALL PYTHON
- OLLO…KINI KEMBALI !
- JOM KENALI JENIS BURUNG KAKAKTUA
- 60 TINGKAH LAKU SUGAR GLIDER ANDA !
- DI SEBALIK BENGKEL
- LEMON : KAKAKTUA SENEGAL SI JANTUNG HATI NAIMAN
- COUNTRYSIDE PENANG STABLE
- OLLO... PULANGLAH !
- CHEETO DAN PENYELAMATNYA
- TIONG EMAS: Bagaimana Melatih Si Peniru Suara Terhebat Ini?
- TEKNIK ASAS MELATIH BURUNG COCKATIELS
- WARKAH BUAT PEMILIK HAIWAN
- OVAPRIM (MALAYSIA)
ORDER SEKARANG !

OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)
PROMO PET

Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck
MENU ISTIMEWA

ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade
ENTRY POPULAR
-
Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yan...
-
Terdapat pelbagai jenis burung kakaktua. Kakaktua merupakan binatang yang sesuai dijadikan teman kerana setiap darinya mempunyai daya tari...
-
Diharap artikel ini dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan haiwan kecil ini semakin popular di...
ANDA PENGUNJUNG KE
USYAR2 SINI
Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli
CATATAN TERDAHULU
- January 2015 (2)
- October 2014 (1)
- August 2014 (1)
- July 2014 (1)
- June 2014 (2)
- January 2014 (1)
- November 2013 (1)
- October 2013 (1)
- June 2013 (1)
- April 2013 (1)
- January 2013 (2)
- October 2012 (1)
- September 2012 (1)
- March 2012 (1)
- January 2012 (1)
- November 2011 (1)
- October 2011 (1)
- September 2011 (3)
- August 2011 (2)
- July 2011 (2)
- June 2011 (3)
- May 2011 (4)
- April 2011 (3)
- March 2011 (3)
- February 2011 (4)
- January 2011 (5)
- December 2010 (4)
- November 2010 (6)
- October 2010 (7)
- September 2010 (1)
- August 2010 (11)
- July 2010 (6)
- June 2010 (6)
- May 2010 (8)
- April 2010 (10)
- March 2010 (35)
- February 2010 (2)
- January 2010 (8)
- December 2009 (22)
- October 2009 (1)
THE OLD FREES
