KAMI GENG SUKA IKAN KELI

BUAYA VS KELI



Seorang perempuan yang sangat teringin memiliki kasut dari kulit buaya. Dia pun pergi ke sebuah kedai kasut tetapi kecewa kerana kasut kulit buaya harganya sangat mahal. " Mahal sangat nie", kata perempuan itu. "Kalau ingin murah pergi la tangkap buaya sendiri," kata pemilik kedai kasut.

Kecewa oleh perkataan pemilik kedai, perempuan tersebut pergi ke sebatang sungai besar di daerah tersebut sambil membawa senjata api. Beberapa saat kemudian pemilik kedai kasut datang dan kagum ketika melihat tiga ekor buaya mati bergelimpangan di tebing sungai.

Sementara itu perempuan itu kelihatan berada ditengah-tengah sungai sedang menembak senjatanya ke arah seekor buaya lain. Bunyi tembakan terdengar, kemudian perempuan tersebut menyeret buaya keempat yang baru di tembaknya ke tebing dan kemudian menyumpah, "Sial, yang ini pun tak pakai kasut."


MORAL :

  • Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

  • Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian .

  • Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup.

29 comments:

KELI OH KELI said...

*tq..photo daripada rakan FB saya Chycken Dekatries.

Kak Imun said...

Salam, encik keli. Kak ingatkan perempuan tu tangkap buaya sbb nak ambik kulitnya, jadikan kasut. Rupanya dia nak ambik kasut yg dipakai oleh buaya. Haha.....

'Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup'. Kak setuju sangat2....:)

muazlumut said...

buaya makan ikan keli....
InsyaAllah 29/10/11 muaz akan berangkat ke mekah.... blog muaz berehat 43 hari.

Temuk said...

Salah tafsir memang selalu membawa angkara & kerugian.

Tapi, kalau dia betul-betul TANGKAP (bukan tembak), macam tuan kedai kata, mungkin dia akan dapat dua pasang kasut sekaligus daripada seekor buaya. Salam ceria.

Adry@Daun said...

"Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi."

Kemahuan yg tinggi tanpa akal blh menjadikan seseorg itu bertindak kurang bijak(baca:bodoh). Itu mesej plg jelas dr kisah ini. Nasib baik tiada org mcm ni kat dunia ni kalau tak habis la pupus buaya sbb nk dptkn kasut kulit buaya..haha..

zul permatang badak said...

kemahuan yg tinggi disusuli dengan usaha serta semangat jitu akan membuahkan hasil.....

tapi semangat itu akan pudar jika ada suara2 kecil membisikkan rintangan yg perlu dihadapai.....

hanya hati yg cekal.....dapat menyingkirkan semua itu....

sebagai pengusaha keli juga seorang yang cekal......cekal menyisih kepayahan....betul....

KELI OH KELI said...

Kak Imun

hahaha..itulah..ini dinamakan LAWAK BERSAMA BUAYA...

KELI OH KELI said...

muazlumut

selamat beribadah ya saudara muaz..sampaikan salam saya pada Rasullullah saw.

KELI OH KELI said...

Temuk

silap tafsir acapkali membawa bencana..ya..daku setuju benar dengan pendapat cikgu.

salam ceria kembali buat cikgu.

KELI OH KELI said...

Adry@Daun

kalanya kerakusan dan kekejaman pada haiwan tiada bersebab dan bersyarat..sebagai khalifah di muka bumi tuhan..ayuh kita menyayangi makhluk2 tuhan.

KELI OH KELI said...

zul permatang badak

persetankan pada yg melemahkan usaha dan fikiran..ku amat jelek pada insan yg gemar meremehkan usaha org lain.

mamaNoriz said...

di samping lawak, ada byk maksud tersirat ek...

huhuuuu,
sib baik say tak suka kulit2 ni...hihi

KELI OH KELI said...

mamaNoriz

selit yg tersirat sikit2 ja...")

ratusiput said...

iskk..paling geli kalau tgk keli dalam aquarium...terjojol2 pale dia...ehehe...tak pernah makan keli pun.tapi sangat suka makan ikan sembilang terutama kepala dia :) *salam kenal*

zati embong said...

hihi,kalaulah citer ni betul2 kan?sure buaya da pupus.

muazlumut said...

taerima kasih....insyAllah

KELI OH KELI said...

ratusiput

salam kenal jua ratusiput...ikan sembilang mmg sedap....")

KELI OH KELI said...

zati embong

sama2 kita menjaga khazanah alam semoga dapat ditatapi generasi terkemudian kelak..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

koh koh koh..keamahuan dia sgt tinggi smpi sanggup tangkap buaya sendiri mmg sy puji..tp napelah dia bebal pulak carik buaya pakai kasut haha

KELI OH KELI said...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

itulah pasal...hehehe...

siti kektus said...

haha. masalah apa perempuan tu. adoi, buaya mana lah pakai kasut. :p

insan_marhaen said...

moralnya... pi check kat internet dulu sebelum memperjudikan nyawa berada di tengah-tengah buaya semata-mata kerana sepasang kasut...

KELI OH KELI said...

siti kektus

HAHAHA..saja la makcik tu mmg mcm tu...lot senses of humor...

KELI OH KELI said...

insan_marhaen

yup...rujukan di internet amat membantu kehidupan kita..pergunakan teknologi untuk kebaikan.

Norhafiza said...

hihihihi...pernah baca cite tuh dlu hihihi...


mmm sedap nampak sang bedal duk ngap keli tuh hehehe

KELI OH KELI said...

Norhafiza

kesian kat keli tu ya....hehehe...

KhaiRin said...

sori br sempat menjengah utk BW

high tatste? demand??

miss nina said...

kasihan keli tu, dah jadi mangsa.

LintasKoran said...

nice share

Thanks

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails

THE OLD FREES

THE OLD FREES
There was an error in this gadget

KELI OH KELI