KAMI GENG SUKA IKAN KELI
KUALITI AIR UNTUK IKAN KELI
Amnya pada permulaan sebelum di masukkan ikan, kualiti air sangat tinggi.
Setelah di masukkan ikan kualiti air akan menurun kerana faktor MAKANAN.
Mengapa MAKANAN merendahkan kualiti air???
Tidak kira sama ada makanan itu kualiti tinggi (dari segi kandungan nutrisinya) atau tidak, hanya sedikit kadar makanan yang ikan makan menjadi dagingnya selebihnya menjadi tahi atau ‘waste’.’Waste’ itu sendiri akan mewujudkan PHYTOPLANKTON dan ia akan menurunkan kadar oksigen, menaikkan kadar karbon dioksida dan merendahkan kualiti pH.
FAKTOR PENTING YANG PERLU DIAMBIL KIRA DALAM KUALITI AIR.
KADAR DO(KETERLARUTAN OKSIGEN)
Kadar DO akan mejadi terhad atau kurang kerana respirasi(proses pernafasan) dan
PHYTOPLANKTON.
Tahukah anda???
PHYTOPLANKTON akan lebih banyak atau membiak sekiranya cuaca panas.
Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan DO???
Perlu adakan ‘ARTIFICIAL AERATION’ atau bahasa mudahnya cari keladi bunting. Penggunaan keladi bunting menjadi amat penting bila kadar DO pada para 3 ke 4 mg/L. Kita perlukan kaedah ARTIFICIAL AERATION kerana perlu menggalakkan proses Fotosintesis di mana ini dapat menjana oksigen.
KARBON DIOKSIDA
Kewujudan karbon dioksida yang banyak dalam air tidak baik bagi ikan.
Perkara yang menyebabkan kadar karbon dioksida tinggi dalam air adalah kepadatan ikan yang tinggi. Ini kerana kepadatan ikan yang tinggi menyebabkan kadar respirasi juga tinggi.
Tahukah anda???
Masalah kadar karbon dioksida tinggi ini hanyalah berlaku di malam hari kerana tiada matahari. Ketiadaaan matahari menyebabkan fotosintesis tidak berlaku dan pada kadar kepadatan yang terkawal karbon diosida akan kembali pada kadar biasa di siang hari.
AMMONIA/NITRITE
Gas ammonia juga terhasil melalui ‘Waste’. kadar ammonia yang tinggi menyebabkan ikan ‘stress’. Ikan yang stress akan menjadi kurang selera makan, pertumbuhan terbantut dan terdedah kepada serangan penyakit.
Nitrite pula ada bacteria yang terhasil pada pengumpulan ammonia.
Nitrite ini akan menjadi toksik dan ini menyebabkan ikan keracunan.
ISTILAH OFF FLAVOR.
Pada amnya pada kondusi ikan pada tahap terbaik dikenal sebagai on flavor atau mild flavor.
Secara logiknya off flavor merujuk pada keadaan yang sebaliknya.
Menurut kajian masalah off flavor sekiranya telah wujud pun dapat berubah statusnya sekiranya kadar PHYTOPLANKTON dan Ammonia dapat di kawal.
ORDER SEKARANG !
PROMO PET
MENU ISTIMEWA
ENTRY POPULAR
-
Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yan...
-
Terdapat pelbagai jenis burung kakaktua. Kakaktua merupakan binatang yang sesuai dijadikan teman kerana setiap darinya mempunyai daya tari...
-
Diharap artikel ini dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan haiwan kecil ini semakin popular di...
ANDA PENGUNJUNG KE
USYAR2 SINI
Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli
CATATAN TERDAHULU
- January 2015 (2)
- October 2014 (1)
- August 2014 (1)
- July 2014 (1)
- June 2014 (2)
- January 2014 (1)
- November 2013 (1)
- October 2013 (1)
- June 2013 (1)
- April 2013 (1)
- January 2013 (2)
- October 2012 (1)
- September 2012 (1)
- March 2012 (1)
- January 2012 (1)
- November 2011 (1)
- October 2011 (1)
- September 2011 (3)
- August 2011 (2)
- July 2011 (2)
- June 2011 (3)
- May 2011 (4)
- April 2011 (3)
- March 2011 (3)
- February 2011 (4)
- January 2011 (5)
- December 2010 (4)
- November 2010 (6)
- October 2010 (7)
- September 2010 (1)
- August 2010 (11)
- July 2010 (6)
- June 2010 (6)
- May 2010 (8)
- April 2010 (10)
- March 2010 (35)
- February 2010 (2)
- January 2010 (8)
- December 2009 (22)
- October 2009 (1)
1 comments:
mcmne nak rawat air?
Post a Comment