KAMI GENG SUKA IKAN KELI

TUGU IKAN KELI



KISAH LUCU TENTANG TUGU


Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia.Seperti yang sudah, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.

"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.

"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut.
"Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sungul...

Apakah kematian kita akan dikenang dengan pekerjaan yang kita lakukan sepanjang hidup...? Semoga apa yang kita lakukan dan usahakan mendapat keredhaan dariNya.

8 comments:

yott said...

haha..dilema seorang doktor pakar kelamin

harimau mati tinggalkan belang
manusia mati kena tinggalkan nama yg baik

misza said...

bagus juga. dilema mengingati kematian...

KELI OH KELI said...

InsyaALLAH...semoga kita semua dapat tinggalkan budi,jasa dan amal yang baik.

Miss AZ said...

haha!!
tugu peringat dia nanti mesti orang pandang je..

KELI OH KELI said...

pandang..mengata...mungkin ada yang menghina...ish2...raplah jingga la ....

Rina Azam said...

manusia mati tinggalkan nama.. moga2 bila sy dh tak ada nanti, sy dapat tinggalkan jasa dan kebaikan sy pada org2 yg sy syg.. :)

my latest entry http://publicadmininfo.blogspot.com/2010/11/cantikkah-anorexia.html

yua said...

betol2. kematian akn dkenag dgn pkerjaan yg dlakukan. tp dlm kes ni, xperlu lah buat tugu 'benda tu' tuk doktor tsebut :P

KELI OH KELI said...

rina..akn selalu ada dkt hati org tersayang.

yua..betol tu..kesian kt DR tu kan...

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI