Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul? Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat? Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput? Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit? Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah? Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah? Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu? Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan? Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak? Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku!!!!
Cukup-cukuplah budaya salah-menyalahi...andai sang ular pun masih tidak mengaku "kesalahannya" makin meleret-leret lagu ini tanpa kesudahan...
12 comments:
salam..
best lagu tu.. dari kecik2 dgaq
manusia memg suka tuding menuding jari..
kerana ego... x mengaku kesalahan..
berani kerana benar..
takut kerana salah..
ya...berani kerana benar..
salam..
Begitulah realiti hidup zaman ini..yg pandai berdalih dan menepis selalu terlepas..kemudian salahkan org lain.
suka dengan kenyataan bro ozzy...mmg tepat...zaman ni yang jujur dan ikhlas pulak yang jadi salah...dunia2...sungguh lawak....
zaman skg org nmpk baik rmai... yg jujur sket ja...
pape pun ni lagu feveret ms kecik2 lt skola tadika =)
ikut budaya yg baik..
jgn tiru budaya huduh sesetengah rakyat negara di dunia ni..
jd rakyat yg berhemah tinggi..betul x kely?
MISS...jom nyanyi lagu ni sama2.. :)
YOTT..betul tu geng...bila nk balik penang? :)
lagu lama berunsur nasihat. mana yg baik kita ikut, yang tak elok tu kita abaikan.
ya miss nina...yg baik jadi tauladan..yg x elok jadikan sempadan...
hehe, ular yg baek.. :P [erk ade ke] hehe
ada..ada...ula san... :p huhu..
lagu nyanyian masa kanak2 riang dulu :)
Post a Comment