KAMI GENG SUKA IKAN KELI

JAMINAN KUALITI 'KELI PREMIUM'



Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang telah melakukan penjenamaan ikan keli yang diternak di negeri ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak ibu Pejabat Perikanan Malaysia.Ini bagi memastikan pengguna khususnya di negari Pulau Pinang dapat menikmati ikan keli yang terjamin kualiti dan tahap keselamatan tanpa keraguan.

Langkah ini juga merupakan satu usaha untuk mengiktiraf penternak ikan keli yang mengamalkan aktiviti akuakultur yang baik,efisen dan bertanggungjawab terhadap impak persekitaran dan sosial di samping membantu memasarkan ikan keli yang berkualiti kepada masyarakat.

Antara syarat umum yang perlu dipatuhi oleh sesebuah ladang sebelum diberi pengiktirafan ialah seperti berikut:

  • Ladang perlu didaftarkan dengan Jabatan Perikanan dan membenarkan pihak Jabatan Perikanan menjalankan pemeriksaan ladang dari masa ke semasa.
  • Menggunakan air dari sumber yang bersih.
  • Persekitaran kawasan ladang,tangki serta peralatan ladang mesti sentiasa dalam keadaan bersih.
  • Perlu ada dokumen pergerakan(moving document) untuk tujuan traceability.
  • Perlu menggunakan tangki atau kolam rawatan air buangan sebelum dibuang.
  • Bahan makanan ternakan perlu berkualiti dan diiktiraf Jabatan Perikanan.
  • Benih atau induk ikan yang berkualiti dan bebas penyakit.
  • Perlu ada buku rekod ladang yang lengkap dan sentiasa dikemas kini.
  • Sentiasa memantau kesihatan ikan yang diternak.
  • Tidak menggunakan ubat-ubatan dan antibiotik yang terlarang.
  • Sampel ikan dihantar ke makmal yang diiktiraf untuk dianalisis kualiti dan mesti melepasi tahap piawaian yang ditetapkan.

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI