KAMI GENG SUKA IKAN KELI
INFO ASAS IKAN KELI
Keli mirip ikan Baung (Mystus spp.) atau Semilang Laut (Plotosus spp.). Spesies ini terkenal tahan lasak dan mampu hidup beberapa jam di darat tanpa air. Kelebihan ini disebabkan organ ’arboresen’ yang membolehkannya bernafas tanpa air selain insangnya lembab. Spesies ikan Keli seperti Keli Bunga ( Clarias macrocephalus), Keli Kayu (Clarias batracus) dan Keli Eksotika(Clarias gariepinus) adalah beberapa spesies popular yang diternak di negara ini. Bagaimanapun kami memilih menternak Keli Eksotika kerana habitatnya di sawah padi,parit, tali air,tasik atau sungai menunjukkan spesies ini mudah dipelihara kerana ia dapat menyesuaikan dirinya dalam kepelbagaian persekitaran. Ikan keli berbadan bulat tanpa sisik dan berwarna coklat tua atau gelap. Bermata sepet, kecil serta dilengkapi dua sengat berbisa sebagai alat mempertahankan diri. Di habitat asal ia membaham apa saja sama ada anak udang, ikan kecil, caing tanah atau serangga.
Ikan keli telah mula diperkenalkan di negara kita pada tahun 1988 dan kini telah menjadi spesies utama ternakan air tawar di negara kita. Ikan keli merupakan ikan yang mampu hidup dalam pelbagai keadaan dan mutu air dalam tempoh ternakan selama 2-3 bulan. Ia hanya memerlukan kawasan ternakan yang kecil dimana sedikit sahaja isipadu air yang diperlukan. Apa yang paling menarik ialah tebaran bagi ikan ini juga boleh lebih padat dan kebanyakan ikan lain. Fakta atau kenyataan ini secara tidak langsung memberi pendapatan yang lebih kepada pengusaha akuakultur amnya.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ternakan ikan Keli dalam kanvas ini telah diketengahkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Kelantan. Pihak Jabatan Perikan Negeri Kelantan kemudiannya telah mengubahsuai beberapa aspek teknikal tangki kanvas berkenaan untuk dijadikan usaha komersil berdasarkan prinsip perbelanjaan modal dan pengurusan minimum sementara hasil atau pulangan maksimum. Tangki kanvas yang telah diubahsuai ini telah diperluas penggunaanya ke daerah Pasir Mas dan Jeli, Kelantan Darul Naim. Kenyataan ini boleh dirujuk pada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 April 2006.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ORDER SEKARANG !
PROMO PET
MENU ISTIMEWA
ENTRY POPULAR
-
Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yan...
-
Terdapat pelbagai jenis burung kakaktua. Kakaktua merupakan binatang yang sesuai dijadikan teman kerana setiap darinya mempunyai daya tari...
-
Diharap artikel ini dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan haiwan kecil ini semakin popular di...
ANDA PENGUNJUNG KE
USYAR2 SINI
Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli
CATATAN TERDAHULU
- January 2015 (2)
- October 2014 (1)
- August 2014 (1)
- July 2014 (1)
- June 2014 (2)
- January 2014 (1)
- November 2013 (1)
- October 2013 (1)
- June 2013 (1)
- April 2013 (1)
- January 2013 (2)
- October 2012 (1)
- September 2012 (1)
- March 2012 (1)
- January 2012 (1)
- November 2011 (1)
- October 2011 (1)
- September 2011 (3)
- August 2011 (2)
- July 2011 (2)
- June 2011 (3)
- May 2011 (4)
- April 2011 (3)
- March 2011 (3)
- February 2011 (4)
- January 2011 (5)
- December 2010 (4)
- November 2010 (6)
- October 2010 (7)
- September 2010 (1)
- August 2010 (11)
- July 2010 (6)
- June 2010 (6)
- May 2010 (8)
- April 2010 (10)
- March 2010 (35)
- February 2010 (2)
- January 2010 (8)
- December 2009 (22)
- October 2009 (1)
1 comments:
wahh..bnyk jenis eak ikan keli ni..ingt sme same je..waahhh...eyh sye minat nk ternak ikan keli la..tp xde org nk guide n xtau nk tnye sape...boleyh tolong x?
Post a Comment