KAMI GENG SUKA IKAN KELI
CHEETO DAN PENYELAMATNYA
Petang itu, Ridhwan Rahim atau
Wan ambil angin petang di sekitar kawasan rumahnya di Permatang Pauh, Pulau
Pinang. Mundar–mandir Wan di sekitar pokok-pokok kelapa yang wujud di
persekitaran rumahnya. Sesekali terasa bayu petang yang melewati tatkala senja
kian berlabuh. Setelah beberapa ketika berjalan santai, Wan kemudian berhasrat
untuk masuk ke rumah namun hasratnya terbantut dengan satu suara. Sayup
perlahan dan tidak bermaya. Beberapa langkah darinya, Wan melihat sekujur tubuh
kecil meminta simpati. Wan kenal benar dengan susuk tubuh di hadapannya. Ya
itulah Musang Pulut atau dalam bahasa Inggerisnya berbunyi "Common Palm
Civet". Haiwan ini merupakan salah satu daripada haiwan terlindung dalam
negara kita. Musang Pulut terdapat di negara India,Sri Lanka dan sehingga
keseluruhan selatan China serta tanah besar Asia Tenggara, termasuk Malaysia,
Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Filipina. Pemburuannya memerlukan lesen
pemburuan. Nama sainsnya adalah Paradoxurus hermaphroditus. Masakan Wan
tidak arif dengan makhluk di hadapannya kerana sebelum ini telah lima ekor Musang
Pulut ini diselamatkannya.
Musang Pulut boleh dikenali
dengan tiga jalur gelap di bahagian belakang dengan latar belakang kelabu atau
(creamy), dan topeng hitam pada bahagian mata, pipi dan hidung dengan
tompok putih di bahagian bawah mata. Musang Pulut mempunyai bulu kasar kelabu
sehingga keperangan dengan bulu tebal (guard hairs) hitam dihujung
merata-rata. Ia turut mempunyai bau yang kuat yang mencucuk hidung. Musang
Pulut boleh di dapati di hutan sekunder (baru), ladang buah, berhampiran
kampung, malah kadang kala terdapat di bumbung rumah kawasan pendalaman. Pada
kebiasaannya, ia bersarang dalam lubang pokok di mana mereka menjaga dua atau
tiga ekor anak. Spesies ini aktif pada waktu malam sepenuhnya. Namun apa yang
dilihat oleh Wan sekarang adalah tubuh kecil yang masih bertali pusat. Anak
Musang Pulut ini masih belum membuka matanya untuk melihat dunia serba indah
panoramanya. Buat seketika, Wan menanti membiarkan si kecil dalam pengharapan
si ibu akan datang mencari anaknya. Masih berbekas di minda Wan fakta-fakta
yang dibacanya daripada internet. Apabila tinggal disesuatu kawasan, musang
akan menggunakan pokok yang sama untuk tidur pada waktu siang. Secara teorinya
kemungkinan si ibu musang ini akan berada berdekatan dengan tempat si kecil ini
dijumpa. Musang Pulut membiak sepanjang tahun walaupun ia pernah direkodkan
bahawa anaknya lebih kerap dilihat antara Oktober hingga Disember. Anaknya
dilahirkan berkawan antara 2 hingga 5 ekor. Sebagai mamalia, Musang Pulut
berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
Musang Pulut akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.
Malang bagi si kecil ini kerana
si ibu belum muncul. Wan mengambil keputusan membawa anak Musang Pulut ini ke
rumah. Setelah diperiksa, kaki si kecil ini kebengkakkan kerana di gigit oleh
semut kerengga. Terasa keperitan si kecil menahan kesakitan. Rengga telur lalat
juga bersepah di bulu-bulunya. Wan yang berjiwa penyayang sesekali tidak akan
membiarkan perkara ini menyiksa si kecil. Dengan segera Wan membersih
perlahan-lahan kekotoran yang terdapat di tubuh badan si kecil. Bengkak pada
kaki si kecil jua dirawat. Terasa sayu dan sayang di lubuk hati Wan. Wan berjanji
dan terpanggil untuk menjaga serta melindungi si kecil ini. Setelah membersih
dan merawat si kecil, Wan bergegas ke kedai untuk membeli susu formula khas
haiwan buat si anak Musang Pulut. Apabila pulang ke rumah dengan pantas
dibancuh susu formula dan dihulur pada si kecil. Si kecil ternyata teramat
lapar kerana dengan gelojoh ia menelan air susu yang diberi. Wan tersenyum puas
kerana dapat menghilangkan kelaparan sang makhluk ciptaan tuhan.
Semenjak dari itu, bermulalah
rutin Wan dalam menjaga si kecil ini. Si kecil kini sekarang telah mempunyai
nama. Namanya adalah Cheeto. Cheeto yang kecil ini memerlukan perhatian
daripada Wan. Siang dan malam , Wan menjaga si Cheeto dengan penuh perhatian.
Bukan calang manusia yang tega melakukan tugas murni seperti Wan. Masakan
tidak, pada waktu malam sahaja si Cheeto perlu diberi susu setiap tiga jam.
Hari demi hari tubuh badannya semakin membesar,semakin cerdas. Melihat
kecerdasan dan kelincahan Si Cheeto membuatkan hilang penat lelah Wan
menjaganya siang dan malam.
Seperti lima ekor anak Musang
Pulut yang diselamatkannya sebelum ini, Wan akan melepaskan semula Cheeto ke
kawasan hutan yang berdekatan. Wan telah menjalankan tanggungjawab sebagai
khalifah di muka bumi dan Wan berdoa kepada tuhan semoga Cheeto bebas di luar
sana kelak untuk mengembangkan generasinya. Musang Pulut menjadi matang antara
11 hingga 12 bulan. Dalam kurungan musang Pulut mampu hidup sehingga 22 tahun.
Dengan prinsip S.T.A.R yang dipegang iaitu Save, Treat , Adopt & Release merupakan intipati menjaga dan memelihara
kelestarian haiwan terlindung. Semoga semakin ramai insan-insan bersifat
terpuji seperti ini yang mana mengenepikan kepentingan peribadi demi melihat
kesejahteraan makhluk tuhan yang lain. Percayalah dunia akan menjadi lebih
indah dengan sifat kasih sayang yang kita semaikan. Pepohon kedamaian akan
terus mekar melindungi sebarang kerosakan yang ingin menjalar dalam melumpuhkan
sentosa.
Saturday, June 29, 2013 | | 0 Comments
TIONG EMAS: Bagaimana Melatih Si Peniru Suara Terhebat Ini?
Tiong emas atau Mynahs Hill mampu meniru apa-apa suara atau bunyi yang mereka
dengar. Jawa Hill Mynahs dan Greater India Hill Mynahs adalah jenis
burung Tiong paling popular yang dijadikan sebagai haiwan kesayangan. Burung
Tiong emas adalah salah satu daripada burung yang terdapat di hutan Malaysia.
Nama sains bagi Tiong emas adalah Gracula
religiosa. Burung Tiong emas merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia
dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya dan juga untuk memeliharanya. Tiong emas biasanya sepanjang 30
cm. Burung Tiong emas digemari ramai kerana ia boleh dilatih untuk mengajuk
suara manusia. Merupakan penutur yang cemerlang, mampu mempelajari seberapa
banyak perkataan dan frasa serta berkemampuan untuk meniru dan bercakap dengan
sangat jelas seperti mana-mana manusia.
Ia berkebolehan menyimpan memori
perbendaharaan kata lebih daripada 100 patah perkataan dan frasa. Apabila anda tidak
mempunyai masa untuk mengajar burung Tiong anda mengajuk suara, ada yang
mencari cara alternatif untuk melatih dengan memainkan peranti rakaman yang
merekod suara. Tetapi, janganlah mengharapkan peranti rakaman untuk melakukan
semua kerja kerana ia adalah penting untuk anda bonding dengan burung anda dan memberikan perhatian peribadi untuk
mempercepatkan proses pembelajaran.
Sewaktu burung anda akan bertenggek
di atas tangan anda di luar sangkar, anda boleh menggunakan peluang ini untuk
sesi bercakap-cakap dengannya. Sama ada di dalam atau di luar sangkar, semasa
pengajaran itu anda bercakaplah dengan burung anda dan ulangilah perkataan atau
frasa yang anda mahu ia untuk belajar. Berikanlah ia masa antara ulangan untuk
burung Tiong berfikir tentang apa yang
ia telah dengari.Kemudian berikan ia masa pula untuk burung mengulangi apa yang
dikatakan anda. Teruskan pelajaran selama kira-kira 10 minit setiap sesi dan mengulangi pelajaran sekurang-kurangnya
beberapa kali sehari.
Adalah tidak digalakkan untuk
mengajar burung Tiong anda untuk bersiul. Jangan berbuat apa-apa yang akan
menggalakkan Tiong anda bersiul kerana ia boleh menjadi agak menjengkelkan
kerana bunyinya yang sangat nyaring. Burung Tiong secara amnya sudah pandai
bersiul dalam nadanya tersendiri oleh itu anda tidak perlu lagi menambah
koleksi siulan dalam kotak memorinya. Jika anda tahu anda tidak boleh
mengendalikan bunyi bising, maka anda tidak disyorkan memelihara burung Tiong.
Sedikit bunyi yang agak bising datang dengan memiliki Tiong. Tiong mudah teruja
dengan persekitarannya dan jika anda mahu menghentikan keterujaannya, anda
perlu mencari sumber yang membuatkan ia bising. Kadang-kadang hanya dengan
meliputi sangkar dengan kain selama beberapa minit, Tiong akan berhenti bersiul
tetapi ia bergantung juga kepada karekter burung Tiong itu sendiri. Antara
sebab burung Tiong anda boleh menjadi bising adalah seperti contohnya mungkin
anda mengeluarkan sesuatu dari peti sejuk dan burung anda teruja dengan harapan
ia akan mendapatkan makanan itu; mungkin ia memerlukan air bersih untuk minum
atau mandi; mungkin ia hanya mahu sedikit perhatian peribadi daripada anda atau
ingin mempunyai masa seketika untuk bebas keluar dari sangkar.
Mulakan dengan satu perkataan
dahulu seperti "assalamualaikum" kepada burung anda setiap kali anda
pulang ke rumah atau setiap kali anda melintasi sangkarnya. Ia akan mula meniru
dengan membuat sedikit bunyi dan pada ketika ini kebiasaannya anda tidak dapat
mendengar dengan jelas dan memahami bunyian itu. Ia boleh membuat bunyi seperti
"eh". Tiong anda selepas itu akan memulakan usaha untuk mengatakan
"assalamualaikum" seperti yang diajarkan oleh anda. Anda
sepatutnya membiarkan burung Tiong anda
mendengar perkataan pertama sewaktu ia masih kecil walaupun ketika itu ia tidak
mampu bercakap. Jika anda menunggu sehingga burung Tiong anda beberapa bulan
selepas itu untuk memulakan latihan, perkataan pertama mungkin seolah-olah
terlalu sukar untuk diajuknya. Lebih tua usia Tiong yang tidak pernah dilatih
untuk bercakap perkataan maka semakin sukar pula ia melakukannya. Namun itu
tidak bermakna ia tidak akan bercakap kerana itu terpulang kepada keupayaan
burung Tiong itu sendiri. Anda mungkin kadangkala terfikir usaha anda cuba untuk
mengajarnya bercakap adalah sia-sia, tetapi jangan berhenti berusaha kerana ia
mungkin akan mengejutkan anda suatu hari nanti. Seekor burung Tiong masih boleh
menjadi haiwan yang menyeronokkan walaupun ia tidak berkebolehan untuk meniru perkataan
atau frasa. Sekurang-kurangnya Tiong anda tetap belajar untuk meniru beberapa
bunyi yang cukup menarik padanya.
Secara amnya, burung Tiong akan
terus belajar perkataan, frasa dan bunyi di sepanjang hidup mereka, tetapi fasa
pembelajaran lebih pesat dan efektif sepanjang beberapa tahun pertama. Biasanya
cari perkataan yang paling mudah untuk diajar pada kali pertama. Anda perlu
berhati-hati apa yang anda katakan pada persekitaran yang dapat didengari oleh
sang burung Tiong kerana apabila dia sudah mendapat meniru suara atau bunyian
tersebut agak ambil masa yang lama untuk memadamkan daripada memorinya.
Biasanya kes ini memeningkan kepala pemilik sekiranya Tiong meniru sesuatu
seperti perkataan yang tidak elok digunakan seperti makian. Biasanya Tiong
lebih suka untuk mengulangi perkataan atau frasa yang mereka sendiri rasakan
mengujakan atau mengembirakan mereka.
Anak burung Tiong yang sangat
muda mempunyai sedikit suara yang parau pada mulanya dan ketika ia cuba untuk
mengulangi perkataan yang didengar, ia mungkin berbunyi sesuatu yang jauh
berbeza daripada apa yang anda harapkan. Ia juga adakala mengatakan sesuatu
yang sama sekali berbeza daripada apa yang anda mahu ia katakan. Burung Tiong
tidaklah sentiasa mengikuti setiap apa yang diajar padanya dengan sempurna
kerana kadang-kadang perkataan akan bunyi serak atau bercampuran bunyi
suaranya, tetapi dengan latihan mendengar frasa berulang, Tiong akan belajar
untuk bercakap perkataan dengan lebih jelas secara perlahan-lahan. Apabila
melatih burung Tiong anda, gunakan ungkapan yang mempunyai emosi dalam suara
anda. Ia boleh memberi sedikit perbezaan dalam mendapat perhatian sang Tiong.
Ikatan peribadi anda dengan
burung Tiong anda dari awal adalah penting. Ia perlu untuk Tiong berasa selesa
dan selamat dengan anda juga persekitarannya. Anda akan mempunyai peluang cerah
memiliki burung Tiong yang betah meniru pelbagai suara dengan membeli baka
domestik Malaysia (Tiong daripada Thailand agak sukar untuk diajar meniru) dan
membeli anak Tiong dengan menyuapkan sendiri makanan padanya. Agak sukar
mencari anak Tiong unweaned (istilah yang bermaksud tidak pandai makan sendiri)
daripada penjual perseorangan atau kedai haiwan, jadi biasanya anda akan
memperolehi anak Tiong yang berumur sekitar 6 atau 7 minggu ke atas tetapi
jangan risau atau ralat kerana pada umur ini anak Tiong masih sesuai untuk
memulakan latihan bercakap waima untuk mempunyai ikatan peribadi yang istimewa
dengan anda.
Anak burung Tiong sangat memberi
kepuasan kepada pemiliknya dengan keletahnya yang manja dan comel. Anak Tiong
akan sentiasa ingin berdamping dengan anda dan adakalanya suka mengesel-gesel
kepalanya yang kecil di bawah dagu anda dan berdecit dengan lembut. Namun
secara amnya, tabiat ini akan berubah apabila ia semakin dewasa kerana
kebanyakkan Tiong tidak suka dibelai kerana sifat asalnya yang lebih suka
berdikari.
Satu lagi kepintaran burung Tiong
yang sangat menarik ialah ia bijak mengaitkan sesuatu perbuatan atau tindakan
dengan frasa dan bunyi. Sebagai contoh apabila ia ternampak kita mengambil
kunci kereta, ia tahu langkah seterusnya adalah untuk kita pergi ke pintu, jadi
ia berkata , "mahu keluar?". Atau juga ketika ada orang dihadapan
pintu rumah , si Tiong yang bijak tidak teragak-agak untuk memberi dahulu
salam. Yang paling melucukan apabila Tiong membuat bunyi “pheewitttttttt”
apabila si dara jelita melintasi.
Tidak kisahlah anda membeli
burung Tiong yang dewasa atau Tiong yang masih anak, pengalaman memiliki burung
ini amat mengujakan. Sekali lagi, ia terpulang kepada burung Tiong itu sendiri
seberapa ia ingin belajar dan meniru. Burung Tiong mempunyai banyak personaliti
dan telatah lucu. Saya suka untuk merujuk kepada mereka sebagai “si peniru
terhebat berbulu hitam”.
Sunday, April 14, 2013 | | 10 Comments
TEKNIK ASAS MELATIH BURUNG COCKATIELS
Burung Cockatiels (Nymphicus
hollandicus), juga dikenali sebagai Quarrion dan Weiro dan ia merupakan jenis
cockatoo terkecil berasal daripada negara Australia. Ia merupakan burung yang
sesuai dipelihara di rumah dan agak mudah untuk membiak. Jika diambil
daripada statistik burung paling digemari dipelihara di dalam sangkar burung ,
Cockatiels adalah kedua popular selepas Budgerigar.
Cockatiels tidak sukar untuk
dilatih selagi mereka diajar dengan penuh kesabaran dan pemahaman yang tepat
tentang tingkah laku mereka. Burung Cockatiels yang jinak sering menganggap
pemiliknya sebagai ibu atau bapa,
justeru itu mereka akan meniru contoh yang ditetapkan apa dipamirkan oleh
tuannya.
Yang terbaik
untuk memulakan latihan bagi burung Cockatiels ini adalah latihan pada usia muda. Ia akan
lebih mudah untuk diajar dan dilatih
kerana pada waktu muda ini secara kehidupan semulajadinya mereka lebih
terbuka dalam meniru perlakuan daripada burung lebih tua.
LATIHAN MENJINAKKAN
Dalam usaha anda untuk melatih
pelbagai tricks (aksi kepandaian)kelak, perkara asas yang wajib dan pertamanya
adalah mengajar burung anda menjadi
jinak. Burung yang jinak tidak akan menggigit anda dan akan mendengar arahan
anda dengan lebih mudah. Cockatiels akan
menggigit apabila mereka rasa terancam atau dalam bahaya. Cockatiels anda mesti
belajar dan tahu bahawa anda tidak menjejaskan atau memberi bahaya kepadanya.
Untuk mengajar Cockatiels bahawa
kita bukanlah satu ancaman kepadanya
ialah kita boleh mencuba tips latihan yang berikut :
1.
Letakkan tangan anda ke
dalam sangkar dan cuba memegang ia dari sana. Anda mungkin ingin mencuba pada permulaanya
dengan memakai sarung tangan untuk
mengelakkan kecederaaan pada kulit tangan anda daripada paruh Cockatiels yang agak tajam dan
gigitannya mungkin agak menyakitkan bagi sesetengah orang. Teknik ini akan
membolehkan burung anda biasa dan mengenali
tangan anda.
2.
Setelah burung tidak lagi
menunjukkan rasa takut tangan anda, cuba sentuh abdomen Cockatiels anda.
Perlahan-lahan tekan bahagian bawah abdomen, betul-betul di atas kaki dan biasanya
Cockatiels yang jinak akan melangkah untuk bertenggek ke atas jari anda.
3.
Namun jika burung Cocokatiels anda menjadi
tidak keruan dan ketakutan ubahkan tangan anda daripada burung dan biarkan
burung kekal di dalam sangkar. Selepas
ia tenang , cubalah teknik nombor 2 seperti di atas kembali.
PENGGUNAAN PERCH
Apabila burung
Cockatiels telah sepenuhnya mengenali anda dan tidak lagi menganggap
anda sebagai pemangsa atau ancaman baginya, pengajaran seterusnya boleh bermula
iaitu melatih burung untuk bergerak dari
jari anda dan kembali kepada perch.Perch adalah istilah yang digunakan bagi
binaan daripada rod,batang atau ranting yang digunakan untuk burung bertenggek.
Pegang jari anda di sebelah perch
dalam membuat langkah awal dalam menggalakkan burung Cockatiels anda melangkah
turun ke perch.Anda mungkin juga boleh menolak perlahan dengan jari sedikit untuk
memaksa Cockatiels melangkah.
Semasa membuat pergerakan itu
anda boleh mula menggunakan ayat-ayat perintah. Sesetengah orang mengatakan
"up" atau "down" dan ada juga yang membuat bunyi-bunyi
tertentu dalam memberi arahan.
SIKAP ASAS DALAM MELATIH COCKATIELS
Perkara-perkara yang paling
penting untuk anda ingati apabila melatih Cockatiels anda adalah seperti
berikut:
1. Gunakan kasih sayang atau treats(upah
makanan) sebagai ganjaran.
2. Memanggil burung dengan namanya pada bila-bila masa anda berada
berhampiran dengannya (iaitu ketika membersihkan sangkar , memberi makan, dan
sebagainya) untuk mengajar ia mengetahui namanya apabila dipanggil nanti.
3. Ingat bahawa KESABARAN, kebaikan dan proses pengulangan adalah
kunci kepada kejayaan latihan Cockatiels anda.
4. Sentiasa memuji burung apabila dia melakukan apa yang anda mahu dan
arahkan.
5. Berlatih di tempat yang tenang dan bebas daripada gangguan.
6. Sentiasa menggunakan pendekatan yang positif.
7. Pastikan sesi latihan pendek,ini bagi memberikan masa untuk
burung anda berehat.
8. Bercakap perlahan-lahan dan JANGAN menengking burung atau
menggunakan kelakuan agresif, perlakuan negatif daripada anda akan hanya membuat sesi latihan lebih sukar kerana burung
akan kehilangan kepercayaan pada diri anda.
Jika ingin memiliki burung
Cockatiels yang bijak dalam melakukan pelbagai aksi anda mestilah terus
bermotivasi dan mempunyai kesabaran. Sememangnya latihan awal mengambil sedikit masa yang lama, tetapi jika ia adalah
matlamat anda untuk mempunyai burung yang hebat, putus asa bukanlah jawapannya.
CLICKER SEBAGAI ALAT BANTUAN
Setelah Cockatiels anda telah
menguasai tricks asas , anda boleh
mula melatih dia untuk melakukan tricks
yang lebih mengujakan. Cockatiels boleh mempelajari bagaimana untuk mengambil
benda-benda kecil, meletakkan bola dalam gelung bola keranjang, berjabat salam,
melambai menggunakan kakinya, mengepak sayap apabila disuruh,terbang ke arah
tuannya apabila dipanggil dan pelbagai lagi.
Satu lagi perkara yang boleh
membantu dalam melatih Cockatiels anda adalah menggunakan alat yang dikenali
sebagai Clicker. Clicker
adalah peranti kecil yang dibuat daripada plastik dan logam yang berharga lebih kurang RM 5.00. Latihan clicker adalah berkesan kerana bunyi
klik yang cepat itu membolehkan burung
anda tahu yang anda mengiktiraf bahawa apa yang dia lakukan adalah baik.Ini
adalah kerana setelah ia mendengar klik
kemudian menerima ganjaran seperti ciuman atau treats. Burung Cockatiels akan mula mengaitkan bunyi klik dengan
pemberiaan ganjaran sekaligus menggalakannya melakukan aksi mengikut arahan.
Langkah pertama dalam menggunakan
Clicker adalah mengajar burung anda apakah maksud bunyi klik
. Setiap kali anda bunyikan Clicker,
beri ganjaran kepadanya. Setelah membuat perkara ini berulang ulang kali dalam
beberapa sesi latihan, burung Cockatiels akan memahami bahawa bunyi itu boleh
dikaitkan dengan mendapat ganjaran.
Setelah burung Cockatiels telah
biasa dengan bunyi Clicker itu anda
boleh mengubah dengan mula membunyikannya apabila ia melakukan sesuatu yang
mengikut arahan . Contoh latihan yang boleh dibuat:
1. Pertama, tunjukkan apa yang anda mahu ia lakukan. Cockatiels
akan cuba meniru anda. Jika anda mahu ia mengepak sayap pada setiap kali anda
menyebut perkataan “wings”, anda
mestilah menunjukkan bagaimana untuk melakukannya dengan menolak perlahan
dengan jari terhadap sayapnya(ada lebih daripada satu teknik latihan untuk
mengajar membuat tricks ini)
2. Kemudian, ulangi tindakan itu dan membuat bunyi klik setiap kali
ia melakukannya.
3. Selepas Cockatiels mampu melakukan aksi tersebut setiap kali
mendengar arahan,buat bunyi klik dan tawarkan ganjaran.
Beberapa perkara yang perlu
diingati mengenai latihan Clicker:
1. Tunggu untuk burung anda habis makan treats( sekiranya anda memberi upah makanan) yang diberi sebelum
melakukan aksi yang seterusnya.
2. Jangan biarkan dia melihat atau menikmati treats sehingga anda membuat bunyi klik.
3. Memberi upah ganjaran di tempat yang sama setiap kali (iaitu di tapak
tangan anda atau di atas meja).
Anda juga boleh sahaja menjadi
lebih kreatif dengan mengklik pen mata bola atau membuat bunyi klik dengan menggunakan
lidah anda daripada membeli clicker sebenar. Asal sahaja bunyi itu dapat
dikaitkan dengan tindakannya yang betul serta upah ganjaran yang akan
didapatinya apa sahaja medium boleh digunakan.
KEPUASAN MEMPUNYAI COCKATIELS YANG TERLATIH
Cockatiels adalah haiwan
peliharaan yang boleh dijinakkan, bagaimanapun tanpa latihan yang sepatutnya
mereka hanya menjadi burung yang cantik menghiasi sangkar. Alangkah seronoknya
jika mempunyai burung yang jinak dan boleh dibawa bermain luar sangkar.
Latihan berterusan adalah penting
jika anda mahu membentuk satu ikatan kasih sayang antara anda dan burung anda. Ia menguji
kesabaran tetapi sebaik sahaja Cockatiels
anda telah terlatih, anda dan burung anda akan mendapat manfaat dan kepuasan
yang sukar dilafazkan. Ramai orang mempunyai burung Cockatiels tetapi tidak
ramai orang yang mempunyai komitmen berterusan dalam melatihnya. Percayalah,
anda pasti tersenyum dengan keletah sang Cockatiels yang bijak dan jinak.
Saturday, January 19, 2013 | | 3 Comments
WARKAH BUAT PEMILIK HAIWAN
Kehadapan tuan kami yang dikasihi,
Diharap kehadiran warkah ini
tidak menggangu anda. Kami sekadar ingin meluahkan apa yang tersirat dihati dan
kami amat ingin sekiranya anda mengetahui rasa isi hati kami. Berilah sedikit
masa untuk membaca luahan hati kami.
Hidup kami adalah berkemungkinan
melebihi 5-10 tahun, sebarang pemisahan daripada anda adalah amat menyakitkan.
Apabila anda membuat keputusan untuk membawa kami ke dalam sebahagian daripada
hidup anda, biarkan ia selama-lamanya. Andai kata pada masa tertentu pada masa
hadapan, anda tidak boleh lagi menjaga kami, pastikan bahawa rumah baru kami
akan memberikan apa yang kami perlukan dan penjaga yang baru akan membekalkan
kasih sayang, penjagaan dan sosialisasi yang kami inginkan.
Biar kami mengajar anda untuk
memahami kami dan apa yang kami perlukan daripada anda. Kami akan menguji anda
dari masa ke masa untuk pastikan anda ingat pelajaran itu.
Biarkan kami sentiasa selamat dan
terjamin. Lindungilah kami daripada segala yang membahayakan dan memudaratkan
kami. Kami bergantung kepada anda. Anda adalah talian hayat kami.
Bercakaplah dengan kami dan belai
atau peluklah kami. Suara anda sangat mengasyikkan dan menyeronokkan pada
pendengaran telinga kami. Sentuhan lembut anda adalah seperti sinaran matahari
di pagi hari yang amat menyegarkan kami.
Kami memerlukan makanan segar, air
yang bersih dan tempat tidur yang selesa. Persekitaran yang nyaman menyelesakan
kami dan tolonglah bersihkan sangkar kami setiap hari. Kami juga perlukan
perhatian dan kehidupan sosial setiap hari. Jangan letakkan kami sepanjang masa
di dalam sangkar. Kami juga tergolong dalam keluarga anda.Kami akan membuat banyak
kesilapan. Kami tidak sempurna. Berlembutlah apabila anda membetulkan kesilapan
kami.
Janganlah marah pada kami. Kami
ingin gembira dan makhluk yang sentiasa ingin tahu dan kemungkinan sifat itu
menjelikkan anda. Ketahuilah anda bahawa ini adalah sifat semulajadi kami. Kami
tidak berniat menjadi perosak dan pemusnah. Hakikatnya kami amat bergantung
kepada anda untuk mengawasi tingkahlaku kami.
Jangan sekali-kali memukul atau mengherdik kami. Kami makhluk tuhan yang
lemah dan tindakan akibat kemarahan anda itu boleh menyakiti kami dengan sangat
mudah. Apabila anda marah pada seseorang atau sesuatu yang lain, janganlah pula
melempiaskan kemarahan itu pada kami. Ya, kami tidak mempunyai apa-apa untuk
diberikan kepada anda selain kasih sayang kami dan kegembiraan.
Jagalah kami apabila kami
beransur tua. Kami mungkin tidak lagi aktif dan kurang bermain tetapi
percayalah kasih sayang kami tidak pernah berkurang. Pantaulah kami dengan
teliti kerana ketika ini pelbagai penyakit akan mudah menyerang kami. Maaf
kerana kami akan menyusahkan anda pada waktu ini tetapi kami sentiasa berdoa
pada tuhan semoga memberi ganjaran pahala yang banyak pada anda kerana ikhlas
menjaga kami.
Apabila kami kelak tidak lagi boleh
menikmati kehidupan dan dalam kesakitan nazak, temanilah kami sehingga hembusan
nafas terakhir. Kami telah memberikan anda seluruh kehidupan dan cinta kami
kepada anda. Jangan mengecewakan kami di saat-saat terakhir kami di dunia ini.
Katakanlah yang anda menyayangi kami saat belaian terakhir itu. Redhakanlah
kami pergi dengan tenang dan aman.
Sentiasa ingat bahawa kami
sentiasa menyayangi anda!
Yang Benar,
Haiwan Jinak Anda!
Tuesday, January 08, 2013 | | 3 Comments
OVAPRIM (MALAYSIA)
Facebook : FAN PAGE Ovaprim Malaysia
Untuk maklumat lanjut : 017 4548714
Penghantaran Ovaprim termasuk ke Sabah dan Sarawak
UNTUK PEMBENIHAN IKAN
Tuesday, October 16, 2012 | | 6 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)
PROMO PET
Sugar Glider
African Grey
Ferret
Zebra Finches
Kuang Emas
Ball Python
Indian Ringneck
MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal
nasi kerabu ikan keli
keli cicah sambal belacan
fillet ikan keli
keli lemonade
ENTRY POPULAR
-
Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yan...
-
Terdapat pelbagai jenis burung kakaktua. Kakaktua merupakan binatang yang sesuai dijadikan teman kerana setiap darinya mempunyai daya tari...
-
Diharap artikel ini dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan haiwan kecil ini semakin popular di...
ANDA PENGUNJUNG KE
USYAR2 SINI
Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli
CATATAN TERDAHULU
- January 2015 (2)
- October 2014 (1)
- August 2014 (1)
- July 2014 (1)
- June 2014 (2)
- January 2014 (1)
- November 2013 (1)
- October 2013 (1)
- June 2013 (1)
- April 2013 (1)
- January 2013 (2)
- October 2012 (1)
- September 2012 (1)
- March 2012 (1)
- January 2012 (1)
- November 2011 (1)
- October 2011 (1)
- September 2011 (3)
- August 2011 (2)
- July 2011 (2)
- June 2011 (3)
- May 2011 (4)
- April 2011 (3)
- March 2011 (3)
- February 2011 (4)
- January 2011 (5)
- December 2010 (4)
- November 2010 (6)
- October 2010 (7)
- August 2010 (11)
- July 2010 (6)
- June 2010 (6)
- May 2010 (8)
- April 2010 (10)
- March 2010 (35)
- February 2010 (2)
- January 2010 (8)
- December 2009 (22)
- October 2009 (1)
THE OLD FREES







