Saturday, November 26, 2011

CIUMAN KELI


Kelebihan dan rahsia disebalik ciuman

Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit.

Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;

  1. Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.
  2. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.
  3. Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.
  4. Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.
  5. Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.
  6. Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.
  7. Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.
  8. Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.
  9. Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
  10. Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
  11. Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.
  12. Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.

Jangan sekali nak cuba-cuba cium orang yang bukan 'HAK' anda!

21 comments:

  1. haih..cium pipi blh dpt kesan baik mcm di atas x?

    ReplyDelete
  2. X taw la pulak geng...apapun ciuman yang halal sahaja mendapat kebaikan di atas...

    ReplyDelete
  3. As salam tuan,
    Ciuman (yg halal) akab mengeratkan hubungan dan kasih sayang. Ciuman (yg tak halal) akan membawa musibah kpd si pelaku.

    ReplyDelete
  4. lama menghilang tetiba bukak topik bercium ni? heheheh ni mesti da cium blog dulu sblm publish entry ni tu yg dpt idea ya heheheh

    ReplyDelete
  5. aik....mana gi weh....lamor sangat
    senyap ni....
    cium....eh debar weh....

    ReplyDelete
  6. Adry@Daun

    ya saya sokong pandangan tuan 100%

    ReplyDelete
  7. zul permatang badak

    huhu...sibuk sgt...bila balik rumah dh penat nk on9...sorry semua...dh lama x jenguk blog geng2 semua....

    ReplyDelete
  8. Salam, encik keli. Terima kasih krn singgah blog kak sebaik sj balik dari bercuti. Lama jg encik keli rehat ya, hehehe... Entri yg menarik, boleh mengeratkan kasih sayang antara kanda dan dinda.....:D

    ReplyDelete
  9. Kak Imun

    ya semoga erat sentiasa hubungan kasih sayang suami dan isteri...")

    ReplyDelete
  10. Nice entry. Makin lama entry Keli makin power. Byk info leh dpt:)

    ReplyDelete
  11. Rina Azam

    hahaha..power ka? go go power rangers!!!hehehe

    ReplyDelete
  12. hehe keli, muncul pon ko, ekekee.. wah mmg banyak manfaatnya, tapi kalau bukan hak pon tibai bercium itu bukan dapat faedah, dapat padah ada la wakakaka

    ReplyDelete
  13. Mencium keli goreng jelas halal, apalagi kalo disantap.... makin halal.

    ReplyDelete
  14. padin

    frennnnnnnnnnnnn...wooooo...rindu kelibat padin aihhh..t ada masa saya p jengah blog padin..hehehe...tq!!!

    ReplyDelete
  15. LELASURAMADU LOVES CATFISH

    waduh..beneeeerrrrrrrrrrrrrrrrr kok...

    ReplyDelete
  16. tambah info dan ilmu lagi di sini.. terima kasih yer.. harap2 ciuman yg sepatutnya memberi manfaat buat kita...

    ReplyDelete
  17. Hanis Azla

    ya sememangnya yang mengikut lunas agama pasti memberi keberkatan dan manfaat..

    ReplyDelete
  18. habaqq baik ya haji muaz....hehehe...selamat kembali...semoga mendapat haji yg mabrur...amin...

    ReplyDelete