Monday, October 3, 2011

BUAYA VS KELI



Seorang perempuan yang sangat teringin memiliki kasut dari kulit buaya. Dia pun pergi ke sebuah kedai kasut tetapi kecewa kerana kasut kulit buaya harganya sangat mahal. " Mahal sangat nie", kata perempuan itu. "Kalau ingin murah pergi la tangkap buaya sendiri," kata pemilik kedai kasut.

Kecewa oleh perkataan pemilik kedai, perempuan tersebut pergi ke sebatang sungai besar di daerah tersebut sambil membawa senjata api. Beberapa saat kemudian pemilik kedai kasut datang dan kagum ketika melihat tiga ekor buaya mati bergelimpangan di tebing sungai.

Sementara itu perempuan itu kelihatan berada ditengah-tengah sungai sedang menembak senjatanya ke arah seekor buaya lain. Bunyi tembakan terdengar, kemudian perempuan tersebut menyeret buaya keempat yang baru di tembaknya ke tebing dan kemudian menyumpah, "Sial, yang ini pun tak pakai kasut."


MORAL :

  • Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

  • Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian .

  • Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup.

28 comments:

  1. *tq..photo daripada rakan FB saya Chycken Dekatries.

    ReplyDelete
  2. Salam, encik keli. Kak ingatkan perempuan tu tangkap buaya sbb nak ambik kulitnya, jadikan kasut. Rupanya dia nak ambik kasut yg dipakai oleh buaya. Haha.....

    'Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup'. Kak setuju sangat2....:)

    ReplyDelete
  3. buaya makan ikan keli....
    InsyaAllah 29/10/11 muaz akan berangkat ke mekah.... blog muaz berehat 43 hari.

    ReplyDelete
  4. Salah tafsir memang selalu membawa angkara & kerugian.

    Tapi, kalau dia betul-betul TANGKAP (bukan tembak), macam tuan kedai kata, mungkin dia akan dapat dua pasang kasut sekaligus daripada seekor buaya. Salam ceria.

    ReplyDelete
  5. "Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi."

    Kemahuan yg tinggi tanpa akal blh menjadikan seseorg itu bertindak kurang bijak(baca:bodoh). Itu mesej plg jelas dr kisah ini. Nasib baik tiada org mcm ni kat dunia ni kalau tak habis la pupus buaya sbb nk dptkn kasut kulit buaya..haha..

    ReplyDelete
  6. kemahuan yg tinggi disusuli dengan usaha serta semangat jitu akan membuahkan hasil.....

    tapi semangat itu akan pudar jika ada suara2 kecil membisikkan rintangan yg perlu dihadapai.....

    hanya hati yg cekal.....dapat menyingkirkan semua itu....

    sebagai pengusaha keli juga seorang yang cekal......cekal menyisih kepayahan....betul....

    ReplyDelete
  7. Kak Imun

    hahaha..itulah..ini dinamakan LAWAK BERSAMA BUAYA...

    ReplyDelete
  8. muazlumut

    selamat beribadah ya saudara muaz..sampaikan salam saya pada Rasullullah saw.

    ReplyDelete
  9. Temuk

    silap tafsir acapkali membawa bencana..ya..daku setuju benar dengan pendapat cikgu.

    salam ceria kembali buat cikgu.

    ReplyDelete
  10. Adry@Daun

    kalanya kerakusan dan kekejaman pada haiwan tiada bersebab dan bersyarat..sebagai khalifah di muka bumi tuhan..ayuh kita menyayangi makhluk2 tuhan.

    ReplyDelete
  11. zul permatang badak

    persetankan pada yg melemahkan usaha dan fikiran..ku amat jelek pada insan yg gemar meremehkan usaha org lain.

    ReplyDelete
  12. di samping lawak, ada byk maksud tersirat ek...

    huhuuuu,
    sib baik say tak suka kulit2 ni...hihi

    ReplyDelete
  13. mamaNoriz

    selit yg tersirat sikit2 ja...")

    ReplyDelete
  14. iskk..paling geli kalau tgk keli dalam aquarium...terjojol2 pale dia...ehehe...tak pernah makan keli pun.tapi sangat suka makan ikan sembilang terutama kepala dia :) *salam kenal*

    ReplyDelete
  15. hihi,kalaulah citer ni betul2 kan?sure buaya da pupus.

    ReplyDelete
  16. ratusiput

    salam kenal jua ratusiput...ikan sembilang mmg sedap....")

    ReplyDelete
  17. zati embong

    sama2 kita menjaga khazanah alam semoga dapat ditatapi generasi terkemudian kelak..

    ReplyDelete
  18. koh koh koh..keamahuan dia sgt tinggi smpi sanggup tangkap buaya sendiri mmg sy puji..tp napelah dia bebal pulak carik buaya pakai kasut haha

    ReplyDelete
  19. Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

    itulah pasal...hehehe...

    ReplyDelete
  20. haha. masalah apa perempuan tu. adoi, buaya mana lah pakai kasut. :p

    ReplyDelete
  21. moralnya... pi check kat internet dulu sebelum memperjudikan nyawa berada di tengah-tengah buaya semata-mata kerana sepasang kasut...

    ReplyDelete
  22. siti kektus

    HAHAHA..saja la makcik tu mmg mcm tu...lot senses of humor...

    ReplyDelete
  23. insan_marhaen

    yup...rujukan di internet amat membantu kehidupan kita..pergunakan teknologi untuk kebaikan.

    ReplyDelete
  24. hihihihi...pernah baca cite tuh dlu hihihi...


    mmm sedap nampak sang bedal duk ngap keli tuh hehehe

    ReplyDelete
  25. Norhafiza

    kesian kat keli tu ya....hehehe...

    ReplyDelete
  26. sori br sempat menjengah utk BW

    high tatste? demand??

    ReplyDelete