KAMI GENG SUKA IKAN KELI

KAYU DRUM KELI



5 ASAS PERMAINAN DRUM

Pada asasnya terdapat lima jenis drum stroke iaitu stroke asas, rim shot, rim tap , dead sticking dan flam. Kelima-lima stroke ini berkaitan dengan cara pukulan kayu pada snare drum. Berikut ialah penjelasan yang lebih terperinci tentang stroke-stroke berkenaan.


1. Stroke asas

Memukul drum head dengan kayu drum untuk mengeluarkan bunyi snare yang bersih. Stroke jenis ini sesuai untuk lagu-lagu sentimental dan tidak mengkehendakkan powerplay daripada drummer. Pukulan mestilah dibuat ditengah-tengah snare drum.


2. Rim-shot

Kayu dipukul di antara drum head dengan rim menghasilkan bunyi yang agak bingit untuk menghasilkan groove drummer.Selalunya lagu yang mempunyai ciri-ciri groove funky , latin dan juga hard rock menggunakan teknik ini di dalam lagu yang dimainkan.


3. Rim Tap

Apabila kita memainkan rentak 8 beat atau 16 beat dalam sesebuah lagu Rim Tap banyak sekali digunakan . Rim Tap dimainkan pada bahagian verse awal sesebuah lagu untuk menimbulkan suasana tenang dan apabila tiba bahagian korus barulah drummer akan memainkan snare.


4. Dead sticking

Pukulan padu untuk lagu-lagu Heavy Metal dan Punk Metal.


5.Flam

Satu lagi teknik ketukan yang menarik ialah flam. Caranya ialah dengan mengetuk dengan menggunakan kedua-dua tangan hampir serentak. Untuk teknik ini sebelah tangan berada rendah dan dekat dengan kulit drum dan yang satu lagi tinggi sedikit. Apabila kita mengetuk serentak. Kayu yang rendah (grace note akan tiba dulu dan kayu yang tinggi(Accent note )akan tiba lewat sedikit. Bunyi yang terhasil tidak serentak dan ini yang dinamakan flam. Stroke ini sangat bagus dan seringkali digunakan oleh kebanyakan drummer dalam fill in dan solo mereka.


* Teknik Wire Brush
Teknik ini tidak menggunakan Kayu Drum tetapi sebaliknya menggunakan wire Brush . Digunakan dalam lagu-lagu berentak Jazz dan Shuffle.

* Bila berjumpa balik rakan yang bermain muzik bersama baru2 ini...tiba2 terasa rindu pulak nk jamming...mad!entry ni untuk hang...p praktis balik p...hahaha!

JAM IKAN KELI



HARGAI NIKMAT MASA-Isilah masa lapangmu

Khusus buat ingatanku dan rakan-rakan, gunakanlah masa lapang yang diberi oleh Allah untuk memberi manfaat kepada agamamu. Jangan sia-siakannya kerana masa lapang itu adalah nikmat yang perlu disyukuri. Rasulullah telah bersabda:

Dua nikmat di antara nikmat-nikmat Allah yang kebanyakan manusia kabuli mata melihatnya; iaitu masa sihat dan masa lapang. (Riwayat Bukhari)

Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebut :

“Masa kekosongan tidak akan berkekalan. Di masa kekosongan pasti diisi dengan perkara yang baik atau yang jahat, kerana seseorang itu di waktu kosong dia akan berfikir samada perkara yang baik atau buruk. Oleh itu sungguh beruntung seorang yang yang membuat pengisian di masa kosongnya dengan memikirkan pekerjaan baik. Celakalah pula terhadap mereka yang mengisi masa kekosongannya dengan memikirkan perkara yang jahat dan buruk.”

Ayuh golongan belia, kita hiasi masa di dalam kehidupan yang sementara ini dengan melibatkan diri melalui aktiviti-aktiviti keagamaan, kemasyarakatan, keilmuan, kesukanan, kepemimpinan, kesenian dan lain-lain lagi aktiviti positif yang berlandaskan syarak bagi menggilap potensi diri agar cinta dan bertanggungjawab kepada agama, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Rebutlah peluang ini sekarang sebelum terlambat. Ingatlah hadis nabi s.a.w yang berbunyi:

Dapatkan saham keuntungan dalam masa lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain:

  1. i. Masa kamu hidup sebelum kamu mati
  2. ii. Masa kamu sihat sebelum kamu sakit
  3. iii. Masa kamu lapang sebelum kamu sibuk
  4. iv. Masa kamu muda sebelum kamu tua
  5. v. Masa kamu senang sebelum kamu papa.

(Riwayat al-hakim dan al-Baihaqi)

Bumi bergerak sejauh 30km sesaat. Fakta ini menyedarkan kita bahawa, sesaat meninggalkan kita bermakna makin jauh kita daripada keadaan asal. Ironinya, semalam yang jauh meninggalkan kita akan menyebabkan kita rindu untuk kembali semula ‘kepangkuannya’. Ibarat rindu seorang anak yang terpaksa berjauhan dengan ibu dan ayahnya. Namun bezanya, rindu si anak itu mampu diubati dengan kembali semula bertemu ibu dan ayahnya, tetapi rindu akan memori indah semalam tidak mungkin diputar semula dan ia akan kekal menjadi sebahagian daripada sejarah hidup.


TIANG IKAN KELI


5 Monyet dan Tiang

Seorang profesor sedang mengadakan penelitian terhadap 5 ekor monyet.

Monyet A dan monyet B dimasukkan kesebuah ruangan tertutup yang didalamnya diletakkan sebatang tiang, dimana pada puncak tiang itu terdapat pisang.

Monyet A mula memanjat tiang itu, pada saat yang bersamaan sang profesor menyiramkan air sehingga terpelesetlah monyet A dan jatuh.

Monyet A berusaha untuk memanjat lagi, tapi kerana licin, kembali ia terjatuh, begitu seterusnya, sehingga monyet A menyerah.

Kemudian giliran monyet B, melakukan hal yg sama dengan monyet A, berulang kali mencuba dan jatuh, menyerah jugalah monyet B.

Kemudian, profesor memasukkan monyet C ke dalam ruangan tersebut.

Monyet C jua ingin memanjat tiang tersebut, sebelum hal itu terjadi, monyet A dan monyet B dengan semangat menasihati monyet C untuk tidak mengalami hal yang menyusahkan iaitu terpeleset dan jatuh.

Sia-sia sahaja kamu memanjat tiang itu, kami berdua sudah mencuba berulang kali tetapi selalu gagal

Akhirnya monyet C menuruti nasihat kedua monyet itu, dia tidak berusaha tanpa mencuba memanjat lebih dahulu.

Kemudian sang profesor mengeluarkan monyet A dan B, dimasukkan pula monyet D dan monyet E.

Monyet D dan monyet E ingin sekali memanjat tiang itu, tetapi monyet C mencuba menasihati mereka untuk tidak sekali-kali memanjatnya kalau tidak ingin terpeleset dan jatuh.

Monyet D mendengar dan mematuhi nasihat tersebut, ia juga tidak berusaha untuk memanjat.

Tapi lain halnya dengan monyet E, dia tidak mendengarkan nasihat itu, ia tidak terpengaruh dengan nasihat itu, dan mula mencuba untuk memanjat.

Apa salahnya mencuba” fikir monyet E .Oleh kerana sang profesor tidak memberi air lagi pada tiang itu, monyet E akhirnya dapat mencapai puncak dan mendapatkan pisang.

Apa moral cerita ini?

Ada beberapa karakter yang dapat kita jumpai.

Monyet A dan monyet B :

Ibaratnya adalah orang yang mempunyai karakter dengan mudahnya menyerah kalah dan dengan mudahnya mempengaruhi orang lain untuk tidak berusaha, menanamkan input-input negatif kepada orang lain.

Hakikatnya 99% kita yang merasa gagal sebetulnya belum tentu gagal . Hanya kita yang menggagalkan diri sendiri kerana cepat menyerah.

Kegagalan yang sebenarnya adalah bila berhenti berusaha.

Sangat sayang sekali bahwa dunia ini sebenarnya dipenuhi oleh orang-orang hebat yang berpotensi tetapi terlalu cepat mengaku kalah.

Banyak dari kita yang seakan sudah mati sebelum mencuba menggali seluruh potensi yang ada pada diri kita.

Monyet C dan monyet D :

Ibaratnya adalah orang yang mempunyai karakter mudah sekali percaya dengan input-input negatif yang diterima, tanpa mahu bersusah-payah untuk meraih kejayaan, orang-orang yang takut gagal, padahal belum pun mencuba.

Kita cenderung mengikuti bisikan hati ”Kalau ragu, lebih baik tidak usah dilakukan”.

Jika kita tidak pernah mencuba, kita sudah pasti tidak akan pernah berhasil. Kita berjuang bukan dengan kepandaian, tetapi dengan kegigihan.

Monyet E :

Ibaratnya adalah orang yang mempunyai karakter tidak mudah terpengaruh dengan input-input negatif, orang yang selalu berjuang untuk mendapatkan kesuksesan, berani mencuba, tidak takut gagal.

Tidak ada seorang pun di dunia ini yang tidak pernah mengalami kegagalan.

Orang yang sukses selalu bangkit kembali meskipun sudah jatuh. Kalau kita ingin berhasil, kita harus berani mengambil RISIKO.

Kegagalan orang lain patut dipelajari dan dijadikan batu loncatan untuk melangkah lebih baik, bukannya dijadikan suatu ketakutan atau alasan.

PASU BUNGA IKAN KELI


Jom try -kuiz menguji personaliti diri

Terlebih dahulu, ambil sekeping kertas untuk menulis jawapan anda. Analisis jawapan ada di bahagian bawah. Untuk keputusan yang baik, ambil ujian terlebih dahulu baru baca analisisnya.

p/s : * Soalan no 3 dan no 4 adalah berkaitan dengan pasu bunga ")

Situasi:

Bayangkan anda sedang berjalan di dalam hutan belantara, anda ternampak sebuah pondok…

Soalan 1:
Bagaimanakah keadaan pintu tersebut…?
(Terbuka / Tertutup)

Anda memasuki pondok tersebut dan nampak sebuah meja…

Soalan 2:
Apakah bentuk meja itu?
(Bulat / Oval / Segiempat tepat / Segiempat / Segitiga)

Di atas meja itu ada pasu bunga…

Soalan 3:
Banyak manakah isi air yang ada dalam pasu bunga itu?
(Penuh / Separuh / Kosong)

Soalan 4:
Pasu bunga itu dibuat daripada apa?
[(kaca / porcelain / tanah liat )( logam / plastik / kayu)]

Anda keluar dari pondok itu dan ternampak air terjun dari kejauhan….

Soalan 5:
Berapa lajukah air terjun
(pilih julat jawapan 0 hingga 10)

Kemudian anda terpijak di atas sesuatu benda yang keras, anda lihat ke bawah dan terlihat kilatan warna keemasan rantai kunci bersama anak kunci.

Soalan 6:
Berapa banyakkah bilangan kuci yang ada?
(pilih julat jawapan 0 hingga 10)

Anda meneruskan perjalanan. Tiba-tiba ternampak sebuah istana….

Soalan 7:
Apakah keadaan istana itu?
( Lama / Baru)

Anda memasuki istana itu dan ternampak sebuah kolam yang mengandungi air kotor dan terdapat permata-permata yang berkilau terapung di atasnya…

Soalan 8:
Adakah anda akan mengambil permata itu?
(Ya / Tidak)

Sebelah kolam yang kotor itu terdapat sebuah lagi kolam dengan air yang bersih dan terdapat banyak wang terapung di atasnya...

Soalan 9:
Adakah anda akan mengambil wang itu?
(Ya / Tidak)

Anda berjalan mengelilingi istana itu hingga ke jalan keluar. Anda keluar dari istana itu dan masuk ke dalam sebuah taman yang luas. Anda ternampak sebuah kotak di atas tanah.

Soalan 10:
Apakah saiz kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

Soalan 11:
Kotak itu diperbuat daripada apa?
( cardboard / kertas / kayu / logam)

Tidak jauh dari situ terdapat sebuah jambatan.

Soalan 12:
Jambatan itu diperbuat daripada apa?
( logam / kayu/ rotan)

Diseberang jambatan ada seekor kuda

Soalan 13:
Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

Soalan 14:
Apa kuda itu lakukan?
( tidak berbuat apa-apa / makan rumput / berlari)

Tiba-tiba datang angin puting beliung.. Anda ada 3 pilihan:
(i) lari dan masuk bersembunyi di dalam kotak?
(ii) lari dan masuk bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari dan menaiki kuda keluar dari situ?


Nak tahu jawapan!!?

Ini adalah analisa kepada jawapan anda

(1) Pintu:
Terbuka - anda bersedia berkongsi apa saja cerita kehidupan anda
Tertutup - anda lebih senang menyimpan cerita-cerita anda di dalam hati

(2) Meja:
Bulat/oval – Anda mudah percaya sepenuhnya kepada mana-mana kawan anda
Segiempat tepat / segiempat – Anda seorang yang memilih kawan dan keluar dengan kawan-kawan yang sekepala sahaja
Segitiga – Anda seorang yang cerewet tentang berkawan… anda tidak mempunyai ramai kawan dalam hidup

(3) Air dalam pasu:
Kosong – Hidup anda tidak terisi
Separuh – Apa yang anda mahu dalam hidup sudah separuh penuh
Penuh - Apa yang anda mahu dalam hidup sudah tercapai

(4) Bahan pasu:
kaca/tanah liat/porcelain – anda seorang yang lemah dan sensitif
logam / plastik / kayu – anda kuat dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan

(5) Kelajuan air terjun:
0 – tiada keinginan seks
1 to 4 - keinginan seks yang rendah
5 - keinginan seks yang sederhana
6 to 9 - keinginan seks yang tinggi
10 - keinginan seksual yang sangat tinggi

(6) Kunci:
1 – hanya ada 1 kawan baik
2 to 5 – ada beberapa orang kawan baik
6 to 10 – ada ramai kawan baik

(7) Istana:
Lama – hubungan terakhir anda dengan seseorang tidak begitu baik dan tidak meninggalkan kenangan indah.
Baru - hubungan terakhir anda dengan seseorang adalah baik dan masih segar dalam hati

(8) Permata di dalam kolam kotor:
Ya – bila pasangan anda ada di samping anda, anda masih memikat orang lain.
Tidak - bila pasangan anda ada di samping anda, anda hanya bersama dengannya.

(9) Wang di dalam kolam bersih:
Ya – walaupun pasanagn anda tiada di samping anda, anda masih memikat orang lain
Tidak - walaupun pasanagn anda tiada di samping anda, anda akan sentiasa memikirkannya dan setia.

(10) Saiz kotak:
kecil – ego yang rendah
sederhana – ego yang sederhana
besar – ego yang tinggi

(11) Bahan kotak:
cardboard/kertas/kayu(tidak berkilat) – personaliti yang rendah diri
logam – berbangga dengan diri sendiri

(12) bahan jambatan:
logam – ikatan yang kuat dengan kawan-kawan
kayu - ikatan yang sederhana dengan kawan-kawan
rotan - tidak begitu serasi dengan kawan-kawan

(13) Warna kuda:
putih – pasangan anda tulus di hati anda.
kelabu/ coklat – pasangan anda sederhana sahaja di hati anda.
hitam – pasangan anda tidak begitu sempurna di hati anda, ada saja perkara yang menyakitkan hati.

(14) Kelakuan kuda:
tidak berbuat apa-apa/ makan rumput – pasangan anda seorang yang suka duduk di rumah dan begitu rendah diri
berlari – pasangan anda adalah seorang yang liar.

Kiasan:
puting beliung – masalah dalam hidup
kotak - anda
jambatan – kawan-kawan anda
kuda – pasangan anda

(i) jika anda pilih kotak, anda seorang yang suka memendam dan menyelesaikan masalah anda sendiri
(ii) jika anda pilih jambatan, anda akan berjumpa kawan-kawan untuk menyelsaikan masalah
(iii) jika anda pilih kuda, anda mencari pasangan anda untuk menyelesaikan masalah

kalau betul cuma kebetulan.. kalau salah sila perbetulkan. sekadar kita menguji diri sahaja okay.. ")

TRIBUTE KELI OH KELI BUAT TUN MAHATHIR


MALAYS EASILY FORGET

Malays easily forget
Malays easily forget
Malays easily forget
There was a time when they were 'tread on' by others
Malays easily forget
There was a time when they were among the broken
Malays easily forget
There was a time when they were crying
Malays easily forget
There was a time when they were among the faggots
Malays easily forget
There was a time when they were among the second class
Malays easily forget
There was a time when they were insulted
Malays easily forget
There was a time when they were fighting each other
Malays easily forget
There was a time when they were suffering
Malays easily forget

There was a time when they were small
Malays easily forget
There was a time when they were isolated
Malays easily forget
They have no Majesty
They have no Dignity
They have no Freedom
Malays easily forget
Malays easily forget
Malays easily forget
About the history of their 'sleeping' nation
About the cracked bloody land where he was born

Forget not
Forget not
Forget not
O people of my race
Never forget again
Because your struggle is not finished yet

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI