5 ASAS PERMAINAN DRUM
Pada asasnya terdapat lima jenis drum stroke iaitu stroke asas, rim shot, rim tap , dead sticking dan flam. Kelima-lima stroke ini berkaitan dengan cara pukulan kayu pada snare drum. Berikut ialah penjelasan yang lebih terperinci tentang stroke-stroke berkenaan.
1. Stroke asas
Memukul drum head dengan kayu drum untuk mengeluarkan bunyi snare yang bersih. Stroke jenis ini sesuai untuk lagu-lagu sentimental dan tidak mengkehendakkan powerplay daripada drummer. Pukulan mestilah dibuat ditengah-tengah snare drum.
2. Rim-shot
Kayu dipukul di antara drum head dengan rim menghasilkan bunyi yang agak bingit untuk menghasilkan groove drummer.Selalunya lagu yang mempunyai ciri-ciri groove funky , latin dan juga hard rock menggunakan teknik ini di dalam lagu yang dimainkan.
3. Rim Tap
Apabila kita memainkan rentak 8 beat atau 16 beat dalam sesebuah lagu Rim Tap banyak sekali digunakan . Rim Tap dimainkan pada bahagian verse awal sesebuah lagu untuk menimbulkan suasana tenang dan apabila tiba bahagian korus barulah drummer akan memainkan snare.
4. Dead sticking
Pukulan padu untuk lagu-lagu Heavy Metal dan Punk Metal.
5.Flam
Satu lagi teknik ketukan yang menarik ialah flam. Caranya ialah dengan mengetuk dengan menggunakan kedua-dua tangan hampir serentak. Untuk teknik ini sebelah tangan berada rendah dan dekat dengan kulit drum dan yang satu lagi tinggi sedikit. Apabila kita mengetuk serentak. Kayu yang rendah (grace note akan tiba dulu dan kayu yang tinggi(Accent note )akan tiba lewat sedikit. Bunyi yang terhasil tidak serentak dan ini yang dinamakan flam. Stroke ini sangat bagus dan seringkali digunakan oleh kebanyakan drummer dalam fill in dan solo mereka.
* Teknik Wire Brush
Teknik ini tidak menggunakan Kayu Drum tetapi sebaliknya menggunakan wire Brush . Digunakan dalam lagu-lagu berentak Jazz dan Shuffle.
* Bila berjumpa balik rakan yang bermain muzik bersama baru2 ini...tiba2 terasa rindu pulak nk jamming...mad!entry ni untuk hang...p praktis balik p...hahaha!
26 comments:
oooo...encik...keli pernah main muzik...dulu2 ya...
group apa ya....?
suka tgok org men drum.. mmg cool abis.. haha..
ini blog biz keli? teringat blogger-Mr Curly..
zul permatang badak
dulu2 lah...sekarang band members semua dah sibuk dgn keja masing2...susah nk jumpa semua sekali...
Solihin Zubir
tukang pukul dalam band mmg selalu cool abes...")
blog-tips-kurus
mr curly blogger yang hebat..")
wah, mcm2 jenis cara ketuk noo. ingat main ketuk saja. sedara keli pandai main gitar kan? drum boleh x? nanti tlg ajaq. byk teknik mengetuk ni=)
Rina Azam
x pandai la...main congkak pandai la..jom Rina kita lawan congkak nak?
")
sy lebih suka dgr org main gitar..cam romantis gitu ~weeee
en hubby sy x pndai main gitar sobss
Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
ya..petikan acapkali mengasyikkan...
namun romantis dalam percintaan adalah lebih dari alunan gitar.
suka sgt tgk org main drum.. mcm cool sgt.. wah, teringat nostalgia lama zaman jamming dulu yer..
As salam keli,
Dtg tgk kayu drum.. Br tau kayu ketuk drum ni byk jnis.. Suka tgk drummer yg pusing2 kayu drum masa main drum dlm konsert.
Hanis Azla
a'aa...terkonang semaso dolu...anyway tahniah kak atas kehadiran novel sulung...semoga maju jaya!
Adry@Daun
waalaikumsalam tuan,
ya bnyk cara nk ketuk drum ni...itu yg dinamakan skill...apapun mmg drummer sgt coll semasa rolling...yeahhhhhhhhh...
saya paling suka dgn drummer dalam sebuah band, walaupun di belakang tetapi ada aura tersendiri :P
miss nina
sangat setuju...drummer mempunyai aura pesona tersendiri.
Temuk rasa pemukul drum mudah hilangkan stress, sebab dia boleh lepaskan geram dengan 'menghentam' drum. Tapi dialah juga yang mudah dapat sakit kaki dengan tangan.
datang tinggal komen...muaz tak pandai drum...
Salam, emcik keli.
Kak pun suka tengok orang main drum. Malangnya tak sorang pun dari kami yang pandai pukul drum......:D
Temuk
betul tu...drummer perlu fitness yang baik...sebab guna banyak energy..
muazlumut
terima kasih sahabatku muaz...saya pun x pandai gak...
Kak Imun
menghargai bakat seni itu pun sudah memadai kak...mmg best pun tgk org main drum...hehehe..
lama tak update?? tentu sibuk kan.. Selamat berpuasa.. semoga amal ibadat kita diterima olehNYA..
Hanis Azla
terima kasih kak sbb datang jengah blog keli walau lama x update...saya pun nk ucapkan pada kakak semoga dapat menjalani ibadah puasa yang terbaik pada Ramadhan ini...
lama dah berjamming ni...
naik gatak tangan gua..
tapi dah kaku nak main gitar..
alamaklum,, dah berusia.. haha
LinE PuTih LiNe HiTaM
HAHA...x pa..janji soul tu ada...
Post a Comment