Kehadapan tuan kami yang dikasihi,
Diharap kehadiran warkah ini
tidak menggangu anda. Kami sekadar ingin meluahkan apa yang tersirat dihati dan
kami amat ingin sekiranya anda mengetahui rasa isi hati kami. Berilah sedikit
masa untuk membaca luahan hati kami.
Hidup kami adalah berkemungkinan
melebihi 5-10 tahun, sebarang pemisahan daripada anda adalah amat menyakitkan.
Apabila anda membuat keputusan untuk membawa kami ke dalam sebahagian daripada
hidup anda, biarkan ia selama-lamanya. Andai kata pada masa tertentu pada masa
hadapan, anda tidak boleh lagi menjaga kami, pastikan bahawa rumah baru kami
akan memberikan apa yang kami perlukan dan penjaga yang baru akan membekalkan
kasih sayang, penjagaan dan sosialisasi yang kami inginkan.
Biar kami mengajar anda untuk
memahami kami dan apa yang kami perlukan daripada anda. Kami akan menguji anda
dari masa ke masa untuk pastikan anda ingat pelajaran itu.
Biarkan kami sentiasa selamat dan
terjamin. Lindungilah kami daripada segala yang membahayakan dan memudaratkan
kami. Kami bergantung kepada anda. Anda adalah talian hayat kami.
Bercakaplah dengan kami dan belai
atau peluklah kami. Suara anda sangat mengasyikkan dan menyeronokkan pada
pendengaran telinga kami. Sentuhan lembut anda adalah seperti sinaran matahari
di pagi hari yang amat menyegarkan kami.
Kami memerlukan makanan segar, air
yang bersih dan tempat tidur yang selesa. Persekitaran yang nyaman menyelesakan
kami dan tolonglah bersihkan sangkar kami setiap hari. Kami juga perlukan
perhatian dan kehidupan sosial setiap hari. Jangan letakkan kami sepanjang masa
di dalam sangkar. Kami juga tergolong dalam keluarga anda.Kami akan membuat banyak
kesilapan. Kami tidak sempurna. Berlembutlah apabila anda membetulkan kesilapan
kami.
Janganlah marah pada kami. Kami
ingin gembira dan makhluk yang sentiasa ingin tahu dan kemungkinan sifat itu
menjelikkan anda. Ketahuilah anda bahawa ini adalah sifat semulajadi kami. Kami
tidak berniat menjadi perosak dan pemusnah. Hakikatnya kami amat bergantung
kepada anda untuk mengawasi tingkahlaku kami.
Jangan sekali-kali memukul atau mengherdik kami. Kami makhluk tuhan yang
lemah dan tindakan akibat kemarahan anda itu boleh menyakiti kami dengan sangat
mudah. Apabila anda marah pada seseorang atau sesuatu yang lain, janganlah pula
melempiaskan kemarahan itu pada kami. Ya, kami tidak mempunyai apa-apa untuk
diberikan kepada anda selain kasih sayang kami dan kegembiraan.
Jagalah kami apabila kami
beransur tua. Kami mungkin tidak lagi aktif dan kurang bermain tetapi
percayalah kasih sayang kami tidak pernah berkurang. Pantaulah kami dengan
teliti kerana ketika ini pelbagai penyakit akan mudah menyerang kami. Maaf
kerana kami akan menyusahkan anda pada waktu ini tetapi kami sentiasa berdoa
pada tuhan semoga memberi ganjaran pahala yang banyak pada anda kerana ikhlas
menjaga kami.
Apabila kami kelak tidak lagi boleh
menikmati kehidupan dan dalam kesakitan nazak, temanilah kami sehingga hembusan
nafas terakhir. Kami telah memberikan anda seluruh kehidupan dan cinta kami
kepada anda. Jangan mengecewakan kami di saat-saat terakhir kami di dunia ini.
Katakanlah yang anda menyayangi kami saat belaian terakhir itu. Redhakanlah
kami pergi dengan tenang dan aman.
Sentiasa ingat bahawa kami
sentiasa menyayangi anda!
Yang Benar,
Haiwan Jinak Anda!
Huhuhu... Kalau lah kucing tu boleh berkata-kata...
ReplyDeleteSaya baru je kehilangan dua ekor kucing.. Tak tau mati sbb apa.. Yg sedihnya, sekor tu tengah bunting.. Nangis saya dibuatnya... huhuhu...
~ Cik Azz ~
ReplyDeleteya..andai mereka berkata kata..
huhu...sesungguhnya ummi sangat sayang pada kalian semua wahai kucing kucing ummi....sedihnya baca warkah ni.....:'( ......
ReplyDelete