Salam perkenalan buat semua.Namaku Mido dan aku seekor Ferret. Tentu ada yang tertanya apakah ia haiwan yang bernama Ferret itu? Adakalanya ketika di bawa berjalan oleh tuan ku,acapkali aku dikelilingi manusia yang terpesona dengan keletahku.Pelbagai soalan yang diajukan. “ Eh,musangkah ini?”, “Ini spesies memerang ya?”, “Gigit tak?” adalah antara rentetan soalan yang sering diutarakan.
Aku adalah Ferret, bukan musang dan bukan juga memerang. Rujukan nama saintifik bagi jenisku adalah “Mustela Putorious Furo”. Ayuh!, mari kuceritakan serba sedikit mengenai diriku.
Profil
Ferret adalah haiwan bersaiz purata 15 inci panjang.Jika diberi penjagaan yang baik, Ferret mampu hidup sehingga 9 tahun. Digolongkan dalam kumpulan mamalia dan warna tipikal bagi ferret adalah perang, putih kekuningan,hitam serta campuran warna tersebut. Ferret betina dikenali sebagai Jills manakala yang jantan dikenali sebagai Hobs. Bagi anak Ferret yang masih menyusu pula dikenali sebagai Kits.
Ferret adalah haiwan yang amat penyayang dan bijak di mana sangat suka bermain dan meneroka persekitaran sekeliling. Keseronokkan dan kelucuan adalah sifat yang boleh dikaitkan dengan karektor Ferret.Memerlukan masa minimum 2-4 jam sehari untuk bermain,bersosial atau meneroka. Ini adalah bagi mengelakkan tekanan atau kemurungan di dalam sangkar.
Sifat dan Perangai
Karnivor
Ferret bukan rodensia (merujuk kepada mamalia yang mempunyai 2 batang gigi kacip yang memanjang dari rahang atas ke bawah) dan merupakan haiwan karnivor.Ferret tidak dapat hidup dalam masa yang lama sekiranya tiada sumber daging dalam diet yang diberi. Makanan pellet anak kucing yang berada di pasaran adalah pilihan makanan yang baik untuk diberikan.Ini adalah kerana kandungan protein dalam makanan anak kucing adalah lebih tinggi berbanding dengan makanan kucing dewasa.
Menyeronokkan dan Penyayang
Bersifat ingin tahu,aktif dan gemar bermain adalah cirri-ciri seekor Ferret. Sering menjadikan manusia,kucing atau anjing sebagai rakan sepermainan. Ferret mempunyai naluri pemangsa,justeru itu elakkan Ferret bermain bersama-sama dengan hamster, arnab,burung atau haiwan yang lebih kecil darinya.
Sejenis haiwan yang sangat suka bersosial atau bergaul.Ferret akan mengeluarkan isyarat sekiranya tidak mahu diganggu dengan mengeluarkan bunyi desiran. Di saat Ferret benar-benar ceria satu gerakan tarian tersendiri(berbeza antara satu Ferret dengan Ferret yang lain.) akan dipersembahkan atau ditarikan. Gerakan tarian ini juga dikenali sebagai “ tarian perang weasel(musang)”.Sewaktu tarian ini, mulut Ferret akan ternga-nga dan melompat lompat keriangan.Gelagat mencuitkan hati ini amat menarik perhatian pada sesiapa yang melihatnya.
Tidur
Boleh tidur sehingga 15-20 jam sehari.Sangat aktif apabila bangun daripada tidur.Ferret haiwan yang rela mengorbankan masa tidurnya untuk bermain dengan manusia.
Gigitan
Ferret menggunakan gigitan sebagai satu bentuk komunikasi,mendandan,bersosial,mempertahankan diri serta memburu.Namun begitu,Ferret yang dipelihara perlu dilatih yang gigitan “manja” terhadap manusia adalah satu perlakuan sosial yang tidak diterima.Sebagai haiwan yang amat bijak,Ferret mudah menerima disiplin yang diterapkan oleh pemiliknya.
Latihan Tandas
Letakkan bekas membuang najis di sudut sangkar dan Ferret akan hanya membuang najis di situ sahaja. Ferret bukan jenis haiwan yang akan membuang najis merata-rata.
Permainan
Sediakan permainan yang bersesuaian dengan Ferret seperti bola getah yang boleh mengeluarkan bunyi. Satu tips untuk permainan yang murah dan mudah adalah beg plastik.Ferret amat gemar bermain dengan beg plastik. Pemantauan daripada pemilik ketika Ferret bermain dengan mainan adalah perlu bagi mengelakkan hal-hal yang tidak diingini.
Bau
Ada yang menyatakan bau Ferret agak kuat.Terdapat juga persepsi yang menyatakan Ferret hanya boleh dimandikan 2 kali dalam setahun kerana jika kerap dimandikan,Ferret akan menjadi bertambah berbau kerana penghasilan minyak pada bulunya.Perkembangan mutakhir.menyaksikan masalah itu dapat diatasi.Ini kerana produk terkini di pasaran sudah wujud syampoo serta pewangi khas untuk Ferret. Dengan harga RM 80.00 anda sudah boleh memiliki kedua-dua produk tersebut.Apa yang membezakan produk khas untuk Ferret adalah ia meneutralkan bau bukan menyahkan bau Ferret dengan bau pewangi. Kaedah ini lebih berkesan dan risiko iritasi juga dapat dielakkan.
Sangkar
Sebagai haiwan yang suka meninjau serta meneroka,sangkar yang bersesuaian adalah yang mempunyai pelbagai tingkat.Pengudaraan yang bersesuaian juga perlu dititikberatkan.Elakkan meletak sangkar di tempat yang terus mendapat sinaran cahaya matahari. Sangkar perlu diletakkan di tempat yang teduh dan nyaman.
Nutrisi
Makanan Utama
Pilih makanan yang mempunyai kadar protein yang tinggi, tinggi lemak serta yang rendah karbohidrat sebagai sajian utama Ferret. Minimum nisbah 36% protein, 22 % lemak dan 2% fiber adalah panduan nisbah dalam pemberian makananan.
Air
Ferret minum dengan kuantiti yang banyak.Oleh itu sentiasa sediakan air minuman yang bersih terhadap Ferret. Bagi menjamin kebersihan air yang disediakan, penukaran air perlulah diganti setiap hari.
Makanan yang perlu dielakkan
Elakkan memberi Ferret dengan makanan yang manis,makanan anjing,makanan bergaram,makanan berasaskan susu atau keju, sayuran,buahan,tulang serta kacang. Sistem penghadaman Ferret tidak boleh mencerna dengan sempurna terhadap makanan-makanan yang dinyatakan.
Begitulah serba sedikit mengenai diriku. Diharapkan informasi yang aku paparkan dapat membuat orang ramai di luar sana lebih mengenaliku. Cuma satu pesananku, aku bukanlah haiwan di dalam sangkar, aku gemar bermain. Sesiapa yang berhajat mengambil makhluk bernama Ferret sebagai haiwan kesayangan pastikan luangkanlah masa bermain main dengan kami.
As salam tuan,
ReplyDeleteFerret ni spesis memerang ke? Nampak gaya mcm memerang albino. Tuan bela ke si Ferret ni? Comel la..
Adry@Daun
ReplyDeleteFerret bukan spesies memerang...ia subfamily weasel..Ferret x mcm memerang sbb ia x pandai berenang...senang ckp ia lebih kepada musang...
ya..saudara adry....ferret di atas ni
adalah haiwan peliharaan saya...
comelnya....kat mana tuan beli,teringin nak bela...mudah tak penjagaannya
ReplyDeletemuazkkgp
ReplyDeleteasal kita buat sedikit kajian ttg haiwan kesayangan kita...pasti mudah untuk mengenali dan memeliharanya saudaraku muaz...hehe...si Mido ni berasal dari Kelantan.... ")
mido namanya.....macam musang tapi comel lagi ferret...
ReplyDeletemuazkkgp
ReplyDeletehehe...mai la jumpa mido nanti sahabat..
teruja la bace,,,hehe
ReplyDeletemuezz@blaz
ReplyDeletetq tuan... ")
Mido, lovely ferret ever :)<3
ReplyDeleteRina Azam
ReplyDeletethe love one should ever forever remaining to be love.. ")
insyAllah...ada penerangan
ReplyDeleteok. set. besok beli doploh ekor. nk bwk g skola
ReplyDeleteRaden
ReplyDeletebeli jgn x beli
KELI OH KELI
ReplyDeleteMenarik juga si Mido tu, ya. Nampak mesra-orang. Masa muda dulu memang suka membela haiwan jenis berbulu, termasuk kucing + burung. Sekarang ni, lubang hidung sangat sensitif... bersin, berair + gatal. Tak upayalah!
Temuk
ReplyDeleteMido ni mmg mesra alam cikgu..hahaha..ikut kajian,ferret x sama dgn kucing..org yg ada alahan juga boleh memelihara seekor ferret..itu apa yg saya bacalah..kalau silap ada yg menegur..dok cari jugak geng2 ferret kat malaysia ni utk berkongsi...tapi x ramai la...bela la sekor cikgu...boleh cerita panjang... ")
bila laaa dapat bela si ferret ni :)
ReplyDeleteSalam, encik keli. Tengok dlm tv memang nmpk comel. Yg bagusnya boleh diajar mana nak buang air.... belum pernah nmpk depan mata....:)
ReplyDeleteI own tame ferrets that dont bite. I have 2 of them, 1 albino white with red eyes, and the other chocolate and white polecat.
ReplyDeletefirst time akak tahu pasal ferrets ni.. nampak comel sangat.. Salam Syawal dari akak..
ReplyDeleterajinnya bela hewann
ReplyDeleteanak sy mintak nk bela tucen pon sy malasss huhu..dasar x penyayang betul laa kan
tp yg benarnya malas nk bg komitmen..jaga hewan sama mcm jaga nak kecil juga kan
salam.. sy dh psang niat nk bela ferret tp jarang petshop di kuantan ni yg ada jual ferret.. brape ye basic utk newbie cm sy ni... teringin sgt...
ReplyDeletesalam bro, aih dah beralih minat dari keli ke? hehee
ReplyDeleteape khabar bro, lama tak bekunjung..
salam tuan keli.Kelanatn beli dgan sape?harga?nk contact number boleh?tgh cari jgk ni
ReplyDeleteferret ni mcam kicing ke dalam konteks mengenali kawasan tempat tinggal?? (maknanya akan berada dalm kawasan tempat tinggal dan tidak lari) terima kasih :)
ReplyDeleteMana nak cari ye?
ReplyDeleteklu aku salah,sory tp aku rasa blakang umh aku byk.. rupa sbjik tp bulu itam mcm memerang..km pggl jebon.. mkn ank ayam,itik..mau org x marah.. aku dok tgk dlm animal planet.. sbjik jebon.. klu utk pet mcm ni jinak la tp klu liaq, cenge..ggtan dia bisa
ReplyDeleteTuan mandulkan tak ferret ni? Sebab saya Ada buat kajian tentang ferret , Ferret Betina Yang Tidak Dimandulkan Akan kekal "On heat" jika tak mengawan, Dan boleh mengakibatkan Kematian? Ferret Jantan Pula Akan Hilang Bulu dan Akan Jadi Aggressive? Betul ke? Kalau salah sila betulkan :) tq!
ReplyDeleteSaya tengah cario baby ferret.kalau ada sape sape nak jual baby ferret boleh pm saya
ReplyDelete0172011304
Carik*
Delete