Wednesday, September 7, 2011

KIPAS KELI


CIRI-CIRI SI KAKI KIPAS

1.Individu ini adalah orang yang lemah personaliti dan tidak cukup kekuatan diri.

2. Individu yang lemah iman dan agama. Si kaki kipas biasanya tidak pedulikan jika dia harus menzalimi orang lain sama ada dengan cara halus ataupun cara ketara, sehingga menyebabkan orang lain tersingkir atau diketepikan.

3. Individu yang tiada keyakinan diri.

4. Individu ini suka mengambil kesempatan. Jika dia melihat ada kepentingan pada dirinya dalam sesuatu isu, maka dia segera mengambil peluang itu dan tidak mahu orang lain mengatasinya.

5. Si kaki kipas adalah orang yang suka mengambil jalan singkat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya. Dia tahu dia tidak layak, tetapi itulah jalan yang paling mudah untuknya beroleh sesuatu iaitu dengan membina hubungan baik dengan orang lain.

6. Biasanya, si kaki kipas adalah orang yang bijak dan menjalinkan hubungan yang akrab dengan orang yang dibodeknya.

7. Si kaki kipas biasanya ingin mendapatkan perhatian yang tidak wajar. Dia tahu dia lemah tetapi dia akan cuba mencari jalan supaya dia dilihat sebagai orang yang hebat dan kuat.

Sebagai diajar oleh para sahabat Nabi apabila mereka dipuji, mereka akan terus berdoa secara rendah diri dengan doanya :-

اللهم لا تؤاخذني بما يقولون ، واغفر لي مالا يعلمون (واجعلني خيراً مما يظنون)

Ertinya : Ya Allah janganlah kamu mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka, dan ampunkankan daku berkaitan perkara yang mereka tidak ketahui (jadikanlah daku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan) (Riwayat Abi Syaibah, no 35703, 7/242 ; At-Tarikh Al-Kabir, 2/58)


28 comments:

  1. POSH76

    salam aidilfitri myprennn...")

    ReplyDelete
  2. dulu masa zaman inggeris...jawatan tukang kipas ni memang ada,masa tu tanah melayu belum ada elektrik... tugas tukang kipas menarik kain kipas kat pejabat reseden inggeris....

    tak baik jadi kaki kipas,jadilah tukang baik kipas:-)

    ReplyDelete
  3. muazlumut

    dari menjahanamkan lebih baik memperbaiki sesuatu....")

    ReplyDelete
  4. As salam keli,
    Si kaki kipas...pasti tidak akan membuat seseorang itu kesejukan dari kepanasan tapi mungkin membuatkan seseorang itu lebih kepanasan (hatinya).

    ReplyDelete
  5. Kat tempat kerja IM ada ramai juga kaki kipas.

    Depa ni selalunya cepat naik...

    ReplyDelete
  6. Adry@Daun

    lebih kepanasan ke arah kemusnahan..

    ReplyDelete
  7. insan_marhaen

    yang cepat naik...yang juga cepat turun..

    ReplyDelete
  8. semoga saya tak berperangai mcm tu. salam lebaran.

    ReplyDelete
  9. Rina Azam

    salam lebaran Rina...jangan sesekali berperangai demikian ya.

    ReplyDelete
  10. haha.. sgt tak suka ngan org kuat bodek!

    ReplyDelete
  11. Solihin Zubir

    kalau x kuat sgt x pa jugak kn...hehehe....

    ReplyDelete
  12. tak guna pun kita berjaya dengan menjatuhkan org lain.. terima kasih atas doa yg baik itu..

    ReplyDelete
  13. Salam bahagia KELI OH KELI
    Sepatutnya bagus si kipas tu. Datang masalahnya bila ia tukar rol, jadi tukang atau kaki. Pak Temuk teringatkan 'tukang kipas' semasa bersanding di kampung hampir 40 tahun dulu.....

    ReplyDelete
  14. cuaca sekarang ni, hangat semacam je....kat umah kipas on je, bil eletrik usah cerita.....melambung...

    kaki kipas??
    eh tak pandai laa....
    tapi nak guna kipas.
    petik suis je....

    tak bagus ya, jadi kaki bodek....

    ReplyDelete
  15. Hanis Azla

    apakah perlu gembira dengan tangisan org lain...oh tidak....minta dijauhi sifat itu.

    ReplyDelete
  16. Temuk

    ya...rol yg membuatkan yg baik bertambah baik atau bertambah buruk..

    ReplyDelete
  17. zul permatang badak

    pemimpin yg hebat dan mulia pada asalnya akn nampak buruk jika dikelilingi juak2 pengipas...

    ReplyDelete
  18. salam lebaran keli
    kaki kipas ni mana-mana pun ada, mintak-mintak la dijauhkan dari kaki kipas. bukan ape, buah fikiran kita sentiasa di"betul"kan walaupun hakikatnya ada lompang2 di sana-sini.

    ReplyDelete
  19. miss nina

    salam lebaran jua miss...

    apapun selalu muhasabah diri sendiri..itu yg terbaik...x perlu sentiasa salahkan yg lain..

    ReplyDelete
  20. as far yg sy tau tntng si kaki kipas ni..dorng bab keja, tak ler rajen or bgs sgt..tp, dorng ni cukup disukai..

    ReplyDelete
  21. elok dilibas je dgn kipas tu!idup pn x guna!

    ReplyDelete
  22. Salam Aidilfitri, encik keli. Tak elok jadi kaki kipas kan....:)

    ReplyDelete
  23. yott

    betoi2 tu ceq...kaki kipaih mmg lagu tue....raplah sunggoh depa tu...

    ReplyDelete
  24. KhaiRin

    libas jgn x libas! weehaaaaaaaaaaa...

    ReplyDelete
  25. Kak Imun

    salam lebaran jua....mmg x elok kalau buat perkara yg x elok...")

    ReplyDelete
  26. salam kunjungan ke sini n kenal jugak....dulu saya ada kenal si kaki kipas jugak,mmg diowg ni nmpak special sbb pandai kipas,tpi kdg2 meluat kan

    ReplyDelete
  27. noornazuha

    salam ukhwah geng....kita sama2 doakan semoga kita x ada perangai mcm tu dan si kaki kipas ni berubah ke arah yg lebih baik.

    ReplyDelete