KAMI GENG SUKA IKAN KELI
YING YANG KELI
Yin-Yang digambarkan sebagai sebuah filosofi hidup yang menunjukkan bagaimana segala sesuatu terjadi. Lingkaran luar dalam simbol Yin-Yang menunjukkan “everything”, maksudnya keseluruhan yang ada di dunia. Kemudian Yin (Black) dan Yang (White) keduanya merupakan simbol segala sesuatu yang tak terpisahkan. Memang tidak akan pernah terjadi hitam dan putih secara bersamaan. Namun ada saatnya terjadi hitam dan ada saatnya terjadi putih. Sebuah prinsip keseimbangan yang saling mengisi dan melengkapi.
- Yin (Black) memiliki erti gelap, pasif, kesedihan, sejuk, terpencil and lemah (boleh disamakan sebagai segala unsur negatif di alam).
- Yang (White) memiliki erti cerah, aktif, peningkatan, panas dan kuat (boleh disamakan sebagai segala unsur positif di alam).
Kedua hal ini saling mengisi. Di saat kita kekurangan unsur positif, unsur negatif dari Yin akan mengisi kekosongan. Begitu pula sebaliknya. Sebab segala sesuatu yang terlalu berlebihan tidak baik. Jadi harus diseimbangkan.
Seringkali bahkan hampir setiap kali saat kita merasakan kemenangan kita menjerit kegirangan namun kita lupa untuk bersyukur. Namun di kala kita mengalami kesulitan atau kegagalan, kita menangis semahu-mahunya dan dengan lantang menyalahkan TUHAN secara langsung atau tidak.
Padahal, TUHAN memberi kita kejayaan dan kegagalan, semua ada maksud dan tujuannya. Semuanya untuk keseimbangan. Kalau kita hanya pernah mengalami kejayaan tanpa pernah mengalami kegagalan, kita tidak akan pernah tahu indahnya saat kita bangkit dari kepayahan.
Sebaliknya, kalau kita hanya pernah mengalami kegagalan tanpa pernah mengalami kejayaan, kita tidak akan pernah tahu sampai batas mana kemampuan diri kita. Kerana kita hanya merasa, apa yang kita lakukan tidak membuahkan hasil.
Prinsip keseimbangan ini berlaku di sini. Yang penting bukan bagaimana hidup kita, namun cara kita memandang hidup ini yang lebih penting. Dengan kita memandang hidup ini dari berbagai aspek yang ada, maka kita akan boleh menikmati hidup dan mengambil pelajaran dari setiap peristiwa yang terjadi dalam hidup kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ORDER SEKARANG !
PROMO PET
MENU ISTIMEWA
ENTRY POPULAR
-
Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yan...
-
Terdapat pelbagai jenis burung kakaktua. Kakaktua merupakan binatang yang sesuai dijadikan teman kerana setiap darinya mempunyai daya tari...
-
Diharap artikel ini dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan haiwan kecil ini semakin popular di...
ANDA PENGUNJUNG KE
USYAR2 SINI
Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli
CATATAN TERDAHULU
- January 2015 (2)
- October 2014 (1)
- August 2014 (1)
- July 2014 (1)
- June 2014 (2)
- January 2014 (1)
- November 2013 (1)
- October 2013 (1)
- June 2013 (1)
- April 2013 (1)
- January 2013 (2)
- October 2012 (1)
- September 2012 (1)
- March 2012 (1)
- January 2012 (1)
- November 2011 (1)
- October 2011 (1)
- September 2011 (3)
- August 2011 (2)
- July 2011 (2)
- June 2011 (3)
- May 2011 (4)
- April 2011 (3)
- March 2011 (3)
- February 2011 (4)
- January 2011 (5)
- December 2010 (4)
- November 2010 (6)
- October 2010 (7)
- September 2010 (1)
- August 2010 (11)
- July 2010 (6)
- June 2010 (6)
- May 2010 (8)
- April 2010 (10)
- March 2010 (35)
- February 2010 (2)
- January 2010 (8)
- December 2009 (22)
- October 2009 (1)
51 comments:
haih keli pun boleh buat jd bentuk Ying Yang..
qellissa
ahaaha...boleh ja..hye qellissa...my old frennnnnnn.....hehe...semoga sihat n ceria selalu!!!
pemakanan pun harus seimbang.....
jangan makan banyak nanti perut buncit...
jangan joli sangat nanti jatuh miskin.....
jangan kedekut sangat nanti kawan2 tak nak dekat....
keseimbangan dalam hidup amat perlu....untung dan rugi.....adalah lumrah.....sebagai mengisafi langkah kita yg kadang2 tersadung.......kadang2 pantas berlari.....
Ying dan Yang...membentuk keseimbangan mengisi melengkapi....kolabrasi saling bergandingan memenuhi ruang........
keli.....ari ambo jadi cikgu jab...ngajar budok2 bisu...keh2....
pokok2 sayur ambo laa........lagu mano bisnes o.k....
tertarik ke name keli..padahal i x langsung x suke mkn keli...=p
zul permatang badak
sangat bertepatan semua saranan abg zul kita...saya amatlah bersetuju..terima kasih atas nasihat yang baik melalui kata-kata yang indah bahasanya.
oooh...hehe...saya pun kerap mengajar dan bercakap dengan haiwan-haiwan di ladang...rasa macam terapi ja...syukur pada tuhan..bisnes ok.")
ghostwriter
hehe..cubalah mengenali ikan keli..isinya manis sekiranya mencuba dan mengetahui...salam ukhwah!!
kesedihan dan kegembiraan lumrah kehidupan.. apapun jgn putus asa dan mengalah dlm hidup kan... Bayangkan lagi ramai yg lebih susah dan bersedih drpd kita :)
I loveee this entry.. and i love the blog owner..and i love to eat keli :)
Rina Azam
...speechless...so touch n tq 4 always be my shoulder to cry n friend to rely..
sukalah baca entri kat sini..tiap kali misti ada kaitan dgn ikan keli..mcm satu trademark gitu..
Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
hehe..terima kasih cik betty..Keli Oh Keli sentiasa mengaitkan segalanya dengan keli..haha...harap2 ada org yg suka ...")
memanglah... macam2 boleh dikaitkan dengan keli ye
bukan sekadar ikan kampungan rupanya, amat bernilai
ingatkan naga ja bleh wat yingyang..
keli pun boleh? haha..
hitam putih kehidupan.....menarik n3,tapi tetap kaitkan dgn keli...
ibuintan
terima kasih...sesungguhnya ciptaan Allah semuanya itu amat bernilai.
Solihin Zubir
kalau naga boleh..keli pun boleh..yakin boleh!!! hehe...
muazlumut
ya kawan..di sini segalanya tentang keli..terima kasih kerana x jemu dengan keli...")
Assalam..
Sentiasa bersyukur dgn apa yg kita perolehi setelah kita berusaha..entry yg menarik.
segalanya perlu seimbang.. tidak berkurang mahupun berlebihan.. rasanta masa sekolah rendah kot belajar pasal yin yang ni..
ozzy
waalaikumsalam sifu ozzy...bersyukur merupakan akhlak terpuji dan menenangkan rohani.ya ...sangat benar kata2 tuan.
Hanis Azla
ya...bersederhana itu yg terbaik.apa guna berlebihan pada mulanya tetapi semakin berkurangan atau hilang pada masa hadapan..biar berdikit bersederhana asalkan terus melangkah ke hadapan.
insyAllah...muaz tak jemu mai kat blog tuan...
muazlumut
sangat kumenghargai tuan...
kdg2 blh digunapakai juga yinyang tu kan..tapi yg pasti dlm hidop kena seimbang semuanya.. tak seimbangkaluu..itu yg stressssss memanjang. saya le tu. hahahhaa...
ooo...gitu rupanya maksud di sebalik yin dan yang...tabik spring la kat tuan blog...semuanya dikaitkan dengan keli..syabas!mmg kagum dgn tuan...
mana ya kamu dapat idea2 genius macam ni...baru guna keli ja dah pelbagai pandangan dan sudut kamu terokai...haha..macam2 ya...
saya
ya betul tu...bila dah balance segalanya akan tampak ok...macam dalam perakaunan juga...kalau x seimbang parah juga perniagaan kita.
alkisah69
Trimas bro! ")
Izz Wardah Online
errr...tinggi sangat pujian tu..sekadar berkongsi ja..hehe..terima kasih ya sudi kemari.")
bagus en3 ni ;)
p/s: hampa je bos sy bila tak
dpt order mkn utk meeting laok
keli masak sambal..^__^
*Miss Syahnia*
wah..bos pun suka makan ikan keli ya...cayalah bos!!
ikan keli kalau buat gulai tempoyak, best kan!
Salam Keli.
Menarik sekali entry ttg yin dan yan ni. kalau diizinkan saya nak copy kt FB saya.
Salam, encik keli. Betul tu, kita mesti mengalami kegagalan dan kejayaan supaya kita tahu berikhtiar dan kemudian bersyukur.
Entri yg sangat menarik.....:)
Insan Marhaen
wallaaaaaaaa...sodap wehhhhh!!
shameel Iskandar
Line clearrrrrrrrrrr!!
Myfrin's story
semoga bersusah susah dahulu..bersenang senang kemudian...
peace yoo...")
huhu...omu asyik gagal jer dlm hidup ni....asyik fail jer....
omurice
memang ciri2 org yg berjaya kena asyik gagal...x caya? ce tanya..ce tanya...jika ditanya bagaimana mereka berjaya hari ini...sudah pasti ada hari2 yg mereka gagal untuk capai spt hari ini..
*kita cuma lihat org yg berjaya pada ketika ini..kita lupa untuk tengok kegagalan mereka hari2 kelmarin...
satu benda yg saya belajar daripada buku psikologi iaitu pemikiran positif.. jika ada benda yg kita xleh buat.. jangan cakap "impossible" atau "can't be done".. tapi cakap "Everyone can't do this" dsb.. nanti kita senang nk bangun balik bila ditimpa musibah..
kyo_9
Terima kasih Tuan kerana berkongsi...sangat berterima kasih..yeah be positive!!
manusia mmg sering terlupa..
yott
itu sifat manusia...mudah melupakan dan dilupakan.
mase kecik2 slalu lukis lambang yin yang nie kat buku skola dgn harapan jd sgt hebat
Naddia
ohhh..gambar Goku lukis x? ")
keli pun da jadi ying n yang..
rmai msyarakat percaya sbb nak tahu pasal ramaln hidup..
tapi kita yg islam nie..teruskan hidu dgn tabah ye..
ta pyh la ying yang apa kejadah nie..
salam . pertama kali saya berkunjung ke ruangan ini! terkejut sekejap! nama blog dan entry-entry dalam blog ni semua berkaitan dengan keli. haha. saya jatuh cinta terus membaca tau. baru saya tahu rupanya banyak benda dalam dunia ni berkait dengan keli. heheh. tapi, saya tak makan ikan keli. =)
ain dzaya
Alam ini mempunyai rahsia berpasang-pasang. Ini jelas dinyatakan dalam
Surah Yasin 36:36. Anda mungkin nampak bahawa tempat ayat itu pun
berpasang 36:36. Maksud ayatnya: "Maha Suci Tuhan Yang telah
menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."
Bangsa Cina percaya bahawa
alam ini punya konsep YinYang. Itu juga maknanya berpasang-pasangan. Rasul kita pernah berpesan "Tuntutlah ilmu biar
sampai ke negara Cina". Rasul kita menghormati ilmu yang ada pada
bangsa mereka dan mengajak mereka untuk menghayati Islam dan hidup sebagai Muslim.
ya..saya setuju dengan kamu...ramal meramal nasib bukan sifat org mukmin...
Muhd Aizie
hehe...selamat datang ke dunia keli sahabat...")
hidup saya berkonsepkan yinyang...ada sedih dan ada gembira spt yang keli bgtaw kat atas ni..ehehehe..betul tu,,kalau hdup ada kejayaan je,,tak ade kegagalan,,tak best la hidup..tak advanture..hehe
aLieF si Muncung ManiS
yezzaaaaaa....chaiyok2...selamat ber'adventure' geng!
apa yang saya cari, terima kasih
Post a Comment