KAMI GENG SUKA IKAN KELI
DINGIN SALJI SI IKAN KELI
ADEGAN YANG TIDAK INGIN DILIHAT PADA MUSIM SALJI
Kala musim kemarau baru sahaja bermula, seekor burung pipit mulai merasakan tubuhnya kepanasan. Lantas ia memutuskan meninggalkan tempat yang panas itu untuk terbang jauh ke utara yang khabarnya udaranya selalu dingin dan bersalji.
Kala musim kemarau baru sahaja bermula, seekor burung pipit mulai merasakan tubuhnya kepanasan. Lantas ia memutuskan meninggalkan tempat yang panas itu untuk terbang jauh ke utara yang khabarnya udaranya selalu dingin dan bersalji.
Memang benar, lama kelamaan ia merasakan kesejukan udara, makin ke utara makin sejuk, ia semakin bersemangat memacu sayapnya terus menuju ke utara lagi.
Terbawa oleh nafsu, ia tak merasakan sayapnya yang mulai terlekat salji, makin lama makin tebal, dan akhirnya ia jatuh ke tanah kerana tubuhnya diselaputi salji. Sampai ke tanah, salji yang menyelaputi sayapnya justeru semakin bertambah tebal. Si burung pipit tak mampu berbuat apa apa, menyangka bahawa riwayatnya telah tamat. Ia merintih menyesali nasibnya.
Mendengar suara rintihan, seekor keldai yang kebetulan lalu datang menghampirinya. Namun si burung kecewa mengapa yang datang hanya seekor keldai, dia mengherdik si keldai agar menjauh dan mengatakan bahawa makhluk yang tolol tak mungkin mampu berbuat sesuatu untuk menolongnya. Si keldai tidak banyak bicara, dia hanya berdiri, kemudian kencing tepat diatas burung tersebut. Si burung pipit semakin marah dan memaki-maki si keldai.
Namun perlahan-lahan, ia merasakan kehangatan, salji yang membeku pada bulunya meleleh sedikit demi sedikit oleh hangatnya kencing si keldai, ia dapat bernafas lega dan melihat kembali langit yang cerah. Si burung pipit berteriak kegirangan, bernyanyi sepuas-puasnya.
Mendengar ada suara burung bernyanyi, seekor anak kucing menghampiri sumber suara, menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung dan kemudian menimang-nimang, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisa salji yang masih melekat pada bulu si burung. Setelah bulunya bersih, si burung bernyanyi dan menari kegirangan,dia berfikir telah mendapatkan teman yang ramah dan baik hati.
Namun apa yang terjadi,seketika itu juga dunia terasa gelap gelita bagi si burung pipit, si kucing memamah ia hidup-hidup. Maka tamatlah riwayat si burung pipit....
Baik dan buruknya penampilan, jangan dijadikan sebagai satu-satunya ukuran. Apa yang pada mulanya terasa pahit dan tidak enak, kadang kadang boleh berbalik membawa hikmah yang menyenangkan, dan demikian pula sebaliknya.Ketika kita baru sahaja mendapat kenikmatan, jangan lupa dan jangan terburu nafsu, agar tidak menyesal kelak. Waspadalah terhadap orang yang memberikan janji yang berlebihan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ORDER SEKARANG !
PROMO PET
MENU ISTIMEWA
ENTRY POPULAR
-
Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yan...
-
Terdapat pelbagai jenis burung kakaktua. Kakaktua merupakan binatang yang sesuai dijadikan teman kerana setiap darinya mempunyai daya tari...
-
Diharap artikel ini dapat membantu pemelihara-pemelihara Sugar Glider di luar sana. Memandangkan haiwan kecil ini semakin popular di...
ANDA PENGUNJUNG KE
USYAR2 SINI
Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli
CATATAN TERDAHULU
- January 2015 (2)
- October 2014 (1)
- August 2014 (1)
- July 2014 (1)
- June 2014 (2)
- January 2014 (1)
- November 2013 (1)
- October 2013 (1)
- June 2013 (1)
- April 2013 (1)
- January 2013 (2)
- October 2012 (1)
- September 2012 (1)
- March 2012 (1)
- January 2012 (1)
- November 2011 (1)
- October 2011 (1)
- September 2011 (3)
- August 2011 (2)
- July 2011 (2)
- June 2011 (3)
- May 2011 (4)
- April 2011 (3)
- March 2011 (3)
- February 2011 (4)
- January 2011 (5)
- December 2010 (4)
- November 2010 (6)
- October 2010 (7)
- September 2010 (1)
- August 2010 (11)
- July 2010 (6)
- June 2010 (6)
- May 2010 (8)
- April 2010 (10)
- March 2010 (35)
- February 2010 (2)
- January 2010 (8)
- December 2009 (22)
- October 2009 (1)
75 comments:
betul tu.. kdg2 org yg kita benci dan kita x suka, satu hari nanti mungkin akan menghulurkan bantuan utk kita..begitu juga sebaliknya.. Sebaik2nya bersederhanalah dlm apa2 jua perkara sekalipun kn... Janji yg manis belum tentu lg akan dikotakan... :)
don't judge a book by i'ts cover :) kdg buah yg nmpk buruk kat luar belum tntu busuk kat dlm kan .
jgn sombong mna tau 1 hr nnti org tu yg akn tlg kita balik kan ? :)
Rina Azam:
suka dengan pendapat kamu...ya bersederhanalah dalam apa jua pun.. ")
mahirahnazlim:
betul..x guna sombong di muka bumi Allah...
Betul tu , ramai orang yang selalu macam ni . Bila dapat nikmat mula lupa daratan . Lepastu mulalah dia campak kita ke tepi . Kadang2 memang tak patot , tetapi akhirnya nanti kita yang dicari . =)
Myung Dae:
x pa...biaq org buat kat kita...kita jgn buat kat org...tdox pun lena bila x menyusahkan org.. =)
umm, menarik cita nih,.. kadang2 cita2 yang melampaui kemampuan boleh membinasakan jugak, hee
padin:
betul tu padin...eh..dekat blog padin camna nk tinggal jejak ya..nk komen pun saya dok cari x jumpa... :(
betul tu..walaupun keldai itu tolol,tapi,hati dia mulia dan ikhlas nak tolong..kesimpulan nya,,jgn memilih org melalui rupa dan darjat..thanx awak..nice sharing...
ENTRY BARU ALIEF..rugi kalau tak baca.. -->"CARA-CARA HARDCORE NAK PROPOSE OR PIKAT HATI ORANG YG KITA SUKA""
aLieF si Muncung ManiS:
wah..alief,saya tengok blog Alief sekarang makin mantop ya...teruskan usaha!terbaikkkkk!!
thanx awak..semua atas tunjuk ajar rakan blogger alief..termasuk blog keli..thanx keli...btw,alief nak panggil awk dgn nama ape ek??
aLieF si Muncung ManiS:
sama2 kita membantu antara kita..
panggil keli ja pun ok..hehe..anyway nama saya azam. ")
Resam dunia yang hodoh selalu dipandang hina dan yang cantik dipuja2.Really nice entry!
Latest entry untuk dikongsi:
http://scarlettj1.blogspot.com/2011/02/aku-kucing-atau-serigalatolong-ya.html
Scarlett O'Hara :
biar buruk rupa tapi hati mulia.. =)
kena hati2 dgn org yg selalu berckp "manis"..
Assalamu'alaikum KELI OH KELI
Mohon izin singgah. Amat menarik dan informatif blog sdra. Saya ni, asyik seronok dgn apa yg tumbuh atas tanah, terlupa kisah apa yg hidup di dalam air. Termasuklah si keli, yg di kampung dahulunya, diburu dgn pancing berjoran buluh... Semoga berpanjangan hubungan.
salam;
seseorang d ukur melalui janji2nyaa...tp sebaiknya,bila seseorang mungkir jnji,,kita ptt bg peluang dgn diaa ;)
salam maulidur rasul keli ;)
sama2 kita bantu sesama kita..=)
p/s: Terima Kasih kerana sudi memberi komen di blog saya..Sebagai balasan saya membuat kunjungan balas ini ke blog anda..=)
****KLIK GAMBAR FOTOGRAFI TERKINI DISINI****
yott:
mati semut kerana gula... ")
bukan semua yg pahit tu tak baik utk kita keli & bukan semua yg manis tu baik utk kita. kdg dlm pahit tu terselit sesuatu yg terlalu indah...
Temuk:
Waalaikumsalam cikgu,sangat hargai kunjungan ke blog saya ini..ya..sangat suka menjalinkan hubungan ukhwah sesama kita yang seagama.
Berdampingan dengan alam..acapkali menghadirkan keinsafan dalam jiwa..yang di udara,yang di tanah dan di air semuanya ciptaan hebat yang Maha Esa.
♪..aq[daN]pUteraku..♪:
Salam maulidur rasul sahabat..
Lembu dipegang pada tali,adakala terlerai jua...sekali sekala tak salah cuba mengikat kembali ke hidungnya...moga lain kali,hidung tak sakit,tali tiada terlepas lagi.
Faiz :
AYUH! bersama kita menyalingi membantu dalam menuju kejayaan dunia dan akhirat.
rizwan's sweetheart :
Yang manis sememangnya manis,
Yang pahit semestinya pahit,
Yang ada tersurat tangis,
Yang tiada tersirat perit.
bagus n3 ni...kekadang yng kita pandang rendah labih mulia dari kita
ye memang betul dont judge book by it's cover..sye suka blog keli..LOL
pernah denga cerite teladan ni=)
memang betol.lagi2 manusie yg ade mcm2 rupe paras. kite tak buleh nilai melalui luaran sahaje=)
hye keli,lynn datang sini balek.
salam ukhwah=)
muazlumut:
ya..x perlu kita menjadi hakim di dunia ini untuk menilai orang.
specky gurlz :
tq..harap kamu sudi selalu singgah di sini ya.. ")
LynN LoLa~~ :
ya..semua yg saya paparkan adalah cerita2 yg biasa kita dengar..cuma sekadar berkongsi supaya x lupa apa yg biasa..
salam ukhwah lynn..terima kasih juga kerana sudi singgah sini ya. ")
tk kerana singgah blog IM. sejak berusia ini kurang gemar makan keli.
boleh tahan kalau keli masak tumis..
kita manusia mmg suka nilai sesuatu secara zahir.. sampai terleka and finally buta nak menilai yg mana kaca dan yg mana permata.. ingatan untuk diri sendiri jugak~ =,=
pipit oh pipit. -.-
Insan Marhaen :
sama2 IM..kunjung mengunjung amalan blogger..")
keli masak tumis?wahhh...sedapnya!
lavender harum wangi:
omputeh kata "halo effect"..huhu...errr...mmg nampaknya zahir tak terucap dah...tq sbb singgah...patutlah terasa harum baunya...ada bunga yg singgah blog KELI OH KELI..
.:padie_eyla:
tuai padie antara masak..
esok jangan layu-layuan..
intai blog KELI OH KELI antara nampak...
oh esok jangan rindu-rinduan...
hehe...hye padie my prennnnnnnnn... =))
omg! cool gile snow ikan tu!
cter ni best lah !
Setuju sangat..
Kdg2 org yg belajar tinggi amik kos agama pun boleh menipu kita bulat2..
Yg penting, kena selidik dulu dan jgn terus nak judge org tu baik or jahat dari segi luaran je kan?
*tukar kotak komen ni ke pop-up window lagi elok wak..
Entry Terbaru : Ketahui Gred Untuk Url Blog Anda
Salam, encik keli. Kak setuju dengan entri keli. Orang yang sombong tak akan ke mana kecuali dia bertaubat. Bersederhana itu lebih afdal...:)
zaza:
cool n cold...sssseejuuuukkkkk. =)
Maryam Fatanah:
terima kasih ...selamat datang ke blog KELI OH KELI ya maryam.
d_tieah:
terima kasih atas saranan kamu...saya dah tukar ke pop-up window.
Myfrin's story :
Betul tu kak..sebagai manusia yg dhaif tak perlulah kita rasa hebat dari yang lain...semua antara kita sama sahaja...bertakwa itu adalah yang sebaik-baiknya.
Terima kasih ya kak..selalu datang komen di blog KELI OH KELI..terima kasih juga pada kawan2 yang lain yg sering juga komen di sini..keramahan kalian amat saya hargai.
menarik cerita ni :), kat dalam dunia blog ni pun sama dgn cerita ni
ferry:
dunia maya atau realiti pasti ada cerita seperti ini..kerana yang menjadi wataknya tetap manusia.
setuju...mmg dalam btol maksud dia..
nicestory banyak pengajaran nyer disitu...bee nk jd keldai lah ! bukan bodoh tp ikhlasmenolong walopun org membenci..
salam perkenalan keli..tqkomen kt blog akk..
Puanbee:
salam perkenalan kak bee..terima kasih ya sudi singgah..
RuSh D :
hehe..x perasan pulak komen Rush D tadi..maaf ya..harap juga maksud itu sampai dalam hati kita serba sedikit ya.
padan muka burung tu sbb berlagak sgt..
kan dh kena makan.. heheh...
moral of da story yg bagus.. =)
Solihin Zubir:
haha..marah betul solihin dengan burung tu ya...kesian si burung pipit..hehe..
btul tu~~ best la crite ni..
Terima kasih atas perkongsian cerita yg sungguh menarik.
Sikap burung pipit itu yg menjadi teladan kbykan manusia. menilai seseoang pada hakikat zahir.
Kebanyakkan manusia sering lupa, kekadang mansis itu membawa penyakit dan kebiasaanya pahit itu adalah ubat.
Nurul Afifah Addnan:
salam ukhwah ya...selamat datang..sekadar berkongsi cerita2 yang santai..
shameel Iskandar:
seperti juga makanan yang kita makan..biasanya yang manis2 itu sememangnya mengundang penyakit..yang pahit seperti ulam ulaman adalah ubat..
Numpang baca2... Blognya bagus...
lidah tak bertulang..
mulut pula manis berkata..
janji pun setinggi langit..
hmm.
:))
Azza Firza:
senyumlah! senyumlah! ahaaaiii cek mek molek,,,,, :)
Nikmaya John:
Silakan aja dong...")
NARDtheNERD:
kata2 yang benar...bila cakap pakai gigi...lagu tu la dok jadi...raplah jingga!
sbb tua ada peribahasa tanam tebu tepi bibir dan simpulan bahasa: lidah bercabang
keli oh keli, minta maaf sbb lmbt singgah di blog awk..
entry awk neh memberi sy kesedaran..thanx!
http://aniesandyou.blogspot.com:
ya..tepat sekali..sungguh indah peribahasa kita untuk menegur kekhilafan umat dalam lembut dan berseni.
shahsyaz :
terima kasih ya sbb sudi singgah blog KELI OH KELI..
menarik dan best :)
nice story
AIMAN:
tq Aiman..jemput singgah lagi ya. :)
suka ayat2 last tu:)
malangnya burung pipit...kucing jugak yg kenyang.
alexa yussida:
sekadar mengingatkan diri sendiri.")
alkisah69 :
meowwww,,,meowwwwwwwww,,meowwwwwwwww
sian kat pipit..patutnya seblom dia pegi mencapai cita²nya dia kenalah cari ilmu dulu kan supaya dia boleh bersedia dgn kemungkinan yg bakal dia hadapi..dlm memburu impian mmg kita akan jumpa macam²..mungkin ada yg boleh bantu kita ke mercu dan mungkin juga kita akan jumpa yg menjunamkan kita ke bawah..kenalah pandai pilih..
Rina AVAIL a.k.a cik betty:
sangat bagus pandangan dari cik betty...apapun mmg hanya ilmu yang membezakan kita.
hai inche keli..sy tag anda utk join GA mak dara eh..join ah..leh wat tajuk pasal keli
cik betty:
terima kasih ya....tenkiu2... =)
Post a Comment