KAMI GENG SUKA IKAN KELI

TOPI SI IKAN KELI



KISAH NENEK DAN TOPI


Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja .Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu pokok yang besar lagi rendang.

Topi untuk jualan dia...dia letak la sebelah sambil mengipas-ngipas badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqeh'. Terbangun la dia..dia tengok keliling, tergejut beruk la dia ...'aik!! mana pi topi aku semua?'.

Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia hilang. Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh...sqoh..sqeh' tu kat atas pokok. Langut la dia ke atas...Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku.

Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang satu.. Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut.

Dia ambik galah..jolok-jolok keatas..tak juga dapat topi dia. Dekat- dekat nak 'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat, monyet tu pun ikut lompat semua.. Jeng... jeng.. jenggg..dia ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia pun baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi yang depa pakai ketanah.

Dapat la balik semua topi-topi diaa...Pas waktu dia dah balik kekampung, dia pun cerita la 'keterer an' dia tu kat anak dia. Waktu berlalu begitu pantas. Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun dia tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu.

Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tuuu. Waktu tengahari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi- topi untuk dijual, diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah , dia pun bangun dari tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqehh' kat atas pokok tuu.....hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi dia Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan monyet-monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala, monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya 'bodoh juga monyet2 ni..'..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq la ke tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.

Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia kali ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba-tiba turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat telinga dia dan berbisik, "hang ingat, hang sorang aja ada nenekkkkk...?"

KESIMPULAN: Berlajar dari sejarah dan ingat pesan orang-orang tua! :)

10 comments:

yott said...

hahahah...tu la lain kali jgn ingt kita sorang saja ada mak tok..
Keli, rasanya tu monyet educated tu..heheh

KELI OH KELI said...

ya lah yott....monyet sekolah.

Rina Azam said...

belajar dari sejarah... :) betul tu.. kalau lupa sejarah tu la yg asyik nk ulang kesilapan yg sama kn..:)

hans said...

hahaha
tahu xper
yups
sejarah tu penting

P/S : Fakta Menarik Mengenai Bruce Lee Yang Perlu Peminat Bruce Lee Tahu

P/S : Aarif Rahman @ Aarif Lee :- Bruce Lee My Brother

KELI OH KELI said...

ya rina..jangan jatuh lubang yg sama kali kedua...

hans...tq for drop by to my blog.

QaRaMi HasHim said...

singgah malam..
sume keli kt sini ek??
bgs2

KELI OH KELI said...

aaa...blog ni khas untuk ikan keli...terima kasih
Qarami sbb sudi singgah...

ozzy said...

salam..

Kisah yang sgt menarik..

Rina Rahamat said...

hehehe..bagusla awk ni keli..mana dapat citer² yg best nih..

KELI OH KELI said...

Cik Betty:

ada ja kat google...godek2 n jumpa..

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI