KAMI GENG SUKA IKAN KELI

MIDO~my lovely Ferret






Salam perkenalan buat semua.Namaku Mido dan aku seekor Ferret. Tentu ada yang tertanya apakah ia haiwan yang bernama Ferret itu? Adakalanya ketika di bawa berjalan oleh tuan ku,acapkali aku dikelilingi manusia yang terpesona dengan keletahku.Pelbagai soalan yang diajukan. “ Eh,musangkah ini?”, “Ini spesies memerang ya?”, “Gigit tak?” adalah antara rentetan soalan yang sering diutarakan.

Aku adalah Ferret, bukan musang dan bukan juga memerang. Rujukan nama saintifik bagi jenisku adalah “Mustela Putorious Furo”. Ayuh!, mari kuceritakan serba sedikit mengenai diriku.

Profil

Ferret adalah haiwan bersaiz purata 15 inci panjang.Jika diberi penjagaan yang baik, Ferret mampu hidup sehingga 9 tahun. Digolongkan dalam kumpulan mamalia dan warna tipikal bagi ferret adalah perang, putih kekuningan,hitam serta campuran warna tersebut. Ferret betina dikenali sebagai Jills manakala yang jantan dikenali sebagai Hobs. Bagi anak Ferret yang masih menyusu pula dikenali sebagai Kits.

Ferret adalah haiwan yang amat penyayang dan bijak di mana sangat suka bermain dan meneroka persekitaran sekeliling. Keseronokkan dan kelucuan adalah sifat yang boleh dikaitkan dengan karektor Ferret.Memerlukan masa minimum 2-4 jam sehari untuk bermain,bersosial atau meneroka. Ini adalah bagi mengelakkan tekanan atau kemurungan di dalam sangkar.

Sifat dan Perangai

Karnivor

Ferret bukan rodensia (merujuk kepada mamalia yang mempunyai 2 batang gigi kacip yang memanjang dari rahang atas ke bawah) dan merupakan haiwan karnivor.Ferret tidak dapat hidup dalam masa yang lama sekiranya tiada sumber daging dalam diet yang diberi. Makanan pellet anak kucing yang berada di pasaran adalah pilihan makanan yang baik untuk diberikan.Ini adalah kerana kandungan protein dalam makanan anak kucing adalah lebih tinggi berbanding dengan makanan kucing dewasa.

Menyeronokkan dan Penyayang

Bersifat ingin tahu,aktif dan gemar bermain adalah cirri-ciri seekor Ferret. Sering menjadikan manusia,kucing atau anjing sebagai rakan sepermainan. Ferret mempunyai naluri pemangsa,justeru itu elakkan Ferret bermain bersama-sama dengan hamster, arnab,burung atau haiwan yang lebih kecil darinya.

Suka Bergaul

Sejenis haiwan yang sangat suka bersosial atau bergaul.Ferret akan mengeluarkan isyarat sekiranya tidak mahu diganggu dengan mengeluarkan bunyi desiran. Di saat Ferret benar-benar ceria satu gerakan tarian tersendiri(berbeza antara satu Ferret dengan Ferret yang lain.) akan dipersembahkan atau ditarikan. Gerakan tarian ini juga dikenali sebagai “ tarian perang weasel(musang)”.Sewaktu tarian ini, mulut Ferret akan ternga-nga dan melompat lompat keriangan.Gelagat mencuitkan hati ini amat menarik perhatian pada sesiapa yang melihatnya.

Tidur

Boleh tidur sehingga 15-20 jam sehari.Sangat aktif apabila bangun daripada tidur.Ferret haiwan yang rela mengorbankan masa tidurnya untuk bermain dengan manusia.

Gigitan

Ferret menggunakan gigitan sebagai satu bentuk komunikasi,mendandan,bersosial,mempertahankan diri serta memburu.Namun begitu,Ferret yang dipelihara perlu dilatih yang gigitan “manja” terhadap manusia adalah satu perlakuan sosial yang tidak diterima.Sebagai haiwan yang amat bijak,Ferret mudah menerima disiplin yang diterapkan oleh pemiliknya.

Latihan Tandas

Letakkan bekas membuang najis di sudut sangkar dan Ferret akan hanya membuang najis di situ sahaja. Ferret bukan jenis haiwan yang akan membuang najis merata-rata.

Permainan

Sediakan permainan yang bersesuaian dengan Ferret seperti bola getah yang boleh mengeluarkan bunyi. Satu tips untuk permainan yang murah dan mudah adalah beg plastik.Ferret amat gemar bermain dengan beg plastik. Pemantauan daripada pemilik ketika Ferret bermain dengan mainan adalah perlu bagi mengelakkan hal-hal yang tidak diingini.

Bau

Ada yang menyatakan bau Ferret agak kuat.Terdapat juga persepsi yang menyatakan Ferret hanya boleh dimandikan 2 kali dalam setahun kerana jika kerap dimandikan,Ferret akan menjadi bertambah berbau kerana penghasilan minyak pada bulunya.Perkembangan mutakhir.menyaksikan masalah itu dapat diatasi.Ini kerana produk terkini di pasaran sudah wujud syampoo serta pewangi khas untuk Ferret. Dengan harga RM 80.00 anda sudah boleh memiliki kedua-dua produk tersebut.Apa yang membezakan produk khas untuk Ferret adalah ia meneutralkan bau bukan menyahkan bau Ferret dengan bau pewangi. Kaedah ini lebih berkesan dan risiko iritasi juga dapat dielakkan.

Persekitaran

Sangkar

Sebagai haiwan yang suka meninjau serta meneroka,sangkar yang bersesuaian adalah yang mempunyai pelbagai tingkat.Pengudaraan yang bersesuaian juga perlu dititikberatkan.Elakkan meletak sangkar di tempat yang terus mendapat sinaran cahaya matahari. Sangkar perlu diletakkan di tempat yang teduh dan nyaman.

Nutrisi

Makanan Utama

Pilih makanan yang mempunyai kadar protein yang tinggi, tinggi lemak serta yang rendah karbohidrat sebagai sajian utama Ferret. Minimum nisbah 36% protein, 22 % lemak dan 2% fiber adalah panduan nisbah dalam pemberian makananan.

Air

Ferret minum dengan kuantiti yang banyak.Oleh itu sentiasa sediakan air minuman yang bersih terhadap Ferret. Bagi menjamin kebersihan air yang disediakan, penukaran air perlulah diganti setiap hari.

Makanan yang perlu dielakkan

Elakkan memberi Ferret dengan makanan yang manis,makanan anjing,makanan bergaram,makanan berasaskan susu atau keju, sayuran,buahan,tulang serta kacang. Sistem penghadaman Ferret tidak boleh mencerna dengan sempurna terhadap makanan-makanan yang dinyatakan.

Begitulah serba sedikit mengenai diriku. Diharapkan informasi yang aku paparkan dapat membuat orang ramai di luar sana lebih mengenaliku. Cuma satu pesananku, aku bukanlah haiwan di dalam sangkar, aku gemar bermain. Sesiapa yang berhajat mengambil makhluk bernama Ferret sebagai haiwan kesayangan pastikan luangkanlah masa bermain main dengan kami.

KELI & KEMATIAN - PERINGATAN YANG PASTI


Renungan tentang Kematian..


Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:

  • Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
  • Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
  • Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:

  • Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
  • Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang petah bercakap mengapa diam?
  • Hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menerjah suara dari langit tiga kali:

  • Hai anak Adam, engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
  • Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
  • Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

  • Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
  • Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
  • Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah – dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

  • Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
  • Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
  • Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:

  • Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
  • Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
  • Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).

Nabi s.a.w bersabda maksudnya :

“Kubur itu samaada sebuah taman Syurga ataupun sebuah lubuk api Neraka.”

(Hadis Riwayat Abu Sa’id Al-Khudri r.a)

“Saya harap rakan-rakan semua dapat membaca al-fatihah dengan niat untuk sedekahkannya kepada arwah ayah teman saya, Allahyarham Abu Hassan Bin Hasyim yang kembali ke rahmatullah pada 9 Januari 2012. Al- Fatihah...semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman"

CIUMAN KELI


Kelebihan dan rahsia disebalik ciuman

Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit.

Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;

  1. Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.
  2. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.
  3. Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.
  4. Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.
  5. Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.
  6. Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.
  7. Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.
  8. Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.
  9. Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
  10. Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
  11. Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.
  12. Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.

Jangan sekali nak cuba-cuba cium orang yang bukan 'HAK' anda!

BUAYA VS KELI



Seorang perempuan yang sangat teringin memiliki kasut dari kulit buaya. Dia pun pergi ke sebuah kedai kasut tetapi kecewa kerana kasut kulit buaya harganya sangat mahal. " Mahal sangat nie", kata perempuan itu. "Kalau ingin murah pergi la tangkap buaya sendiri," kata pemilik kedai kasut.

Kecewa oleh perkataan pemilik kedai, perempuan tersebut pergi ke sebatang sungai besar di daerah tersebut sambil membawa senjata api. Beberapa saat kemudian pemilik kedai kasut datang dan kagum ketika melihat tiga ekor buaya mati bergelimpangan di tebing sungai.

Sementara itu perempuan itu kelihatan berada ditengah-tengah sungai sedang menembak senjatanya ke arah seekor buaya lain. Bunyi tembakan terdengar, kemudian perempuan tersebut menyeret buaya keempat yang baru di tembaknya ke tebing dan kemudian menyumpah, "Sial, yang ini pun tak pakai kasut."


MORAL :

  • Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

  • Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian .

  • Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup.

GAMBAR DI LADANG KELI OH KELI

Entry kali ini adalah khas untuk abg kita saudara Abang zul yang meminta saya untuk melihat gambar di ladang KELI OH KELI.Semoga satu hari saya dapat bersua muka dengan abg zul,Adry dan saudara Muaz.Kunjungan kalian ke sini amatlah dialu-alukan.


ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI