KAMI GENG SUKA IKAN KELI

KELI JADI KUDA BELANG!!!APRIL FOOLS!!BOLEHKAH?WAJARKAH?



  • April Fools mula dirayakan sewaktu kejatuhan islam di Sepanyol.
  • Setelah berkurun lamanya Islam bertapak di Granada,Sepanyol akhirnya kerajaan itu dirampas oleh pihak Kristian.
  • Penduduk Islam berlindung di dalam rumah masing-masing ketika itu dan pihak kafir ini masih tidak berpuas hati.
  • Justeru itu,pada 1 April,mereka memperdayakan kaum muslimin dengan mengatakan telah disediakan sebuah kapal bagi orang muslimin untuk mereka berlayar keluar daripada Sepanyol dengan selamat.
  • Pada ketika orang-orang Islam membawa barangan mereka ke pelabuhan,pihak kafir ini telah menggeledah dan membakar rumah orang-orang Islam.
  • Sebelum orang Islam sempat menaiki kapal,pihak Kristian ini telah membunuh kesemuanya termasuk wanita dan kanak-kanak.
  • Keraian peristiwa berdarah ini kemudian disambut dengan riang gembira setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol malahan di seluruh dunia.

DUHAI PANTUN SI IKAN KELI




IKAN KELI DI DALAM PERIGI,
IKAN BETUK SEDANG BERMAIN,
ALANGKAH GELI HATIKU INI,
MELIHAT BELATUK MENJEMUR KAIN.

IKAN KELI TINGGALKAN LUBUK,
KERING LUBUK AIR DITIMBA,
PETI BESI DIMAKAN BUBUK,
KUCING BERTANDUK SUDAHKAH JUMPA?

IKAN KELI SI IKAN PARANG,
IKAN TENGGIRI DIMASAK PINDANG,
USAH DICACI MENANTU ORANG,
ANAK SENDIRI BELUM DIPINANG.

TAMBAT SI IKAN KELI,
TAMBAT DI KAYU SELARI,
SAHABAT TIDAK BOLEH DIBELI,
SAHABAT DATANG DENGAN SENDIRI.

KELI MASUK RUAN KELUAR,
MATAHARI MASUK BULAN KELUAR.

KENAPA IKAN KELI BOLEH HIDUP DALAM KOLAM YANG TIADA AIR?



Sebenarnya ikan Keli bukan sahaja menggunakan insang untuk bernafas tetapi juga ususnya.Di samping itu organ pernafasannya membolehkan ia menyedut udara biasa dan melepaskan udara yang tidak berguna daripada badannya.

HALIMAH JONGANG FEAT KELI JONGANG

astro prima,gigi jongang,tompel,lawak

Hanya sekadar renungan....seburuk mana makhluk itu,ia adalah ciptaan Allah swt.Seandai mencela sebenarnya kita mencela penciptanya.Sebagai manusia yang lemah,setiap daripada kita pasti ada keburukan dan kebaikan.Adalah lebih baik memperbaiki keburukan sendiri daripada sibuk memperkatakan keburukan orang.Tapi mengapa orang yang berpenyakit masih kisah tentang penyakit orang lain..?.Tidak cukup deritakah dengan kesakitan yang ditanggung?

KELI "TRANSFORMERS"

keli organik

  • Seekor ikan Keli yang boleh bertukar warna telah ditemui di Kota Bandung pada 7 March 2010.
  • Menurut pemilik ikan Keli tersebut,Encik Ali Sutoryo Wibowo(32 tahun) ikan keli itu berwarna merah jambu dan akan bertukar menjadi warna jingga apabila terkena sinaran matahari.
  • Menurutnya semasa membeli benih ikan 3 bulan yang lalu, tiada benih yang kelihatan berwarna merah jambu.

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI