KAMI GENG SUKA IKAN KELI

KELI OH KELI DAPAT AWARD



Terima kasih pada Cik Betty La Fea yang sudi beri penghargaan ini kepada blog saya.Seperti kata beliau pemberiaan ini adalah sebagai kita menghargai rakan-rakan blogger dan merapat serta memeriahkan lagi hubungan antara sesama kita.Harap rakan-rakan kunjungi blog Cik Betty sebab setiap entry penulisannya terasa puas bila kita membacanya.Cik Betty pandai dalam menerangkan sesuatu perkara atau isu.

Suka saya di sini berkongsi penghargaan ini kepada 5 rakan blogger yang selalu memberi sokongan pada blog Keli oh Keli. Ramai sebenarnya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan tetapi kali ini saya beri pada rakan-rakan kita yang berikut:

1.KENALI POKOK SAYANGI POKOK
Sebuah blog yang mendambakan cerita tumbuh tumbuhan dengan gaya penyampaian yang bersahaja akan mendekatkan kita mengenali warisan alam tumbuhan yang tiada ternilai.

2.HANIZ AZLA
Kakak Haniz pandai bercerita tentang apa sahaja yang berlaku di sekelilingnya.Gaya bahasa dan lenggok perkataan yang santai membuat kita terasa dekat dalam memahami persekitaran yang bahagia dan gembira dunianya.

3.MYFRIN'S STORY
Nukilan rasa dan perspektif yang positif pada setiap garapan yang kak Imun letakkan pada blognya acapkali membuat kita terasa keharuman bunga keikhlasan perkongsiannya.

4.BLOG MUAZ
Pada yang berdempak dengan konflik batin yang hebat dan masih tercari jawapan kehidupan, blog saudara Muaz sesuai dijadikan tatapan rutin.Pelbagai ilmu bermanfaat ada di sini.Seorang blogger yang bersederhana penampilannya tetapi hebat kandungan dan nilai yang diberi kepada pembaca.

5.LIVE EACH DAY AS IT COMES
Rakan blogger saya yang amat saya hormati.Saya selalu menanti entry darinya kerana isu dan persoalan yang di bawa berlaku sekeliling kita.Mata fikiran penulisnya tajam.Sangat "cool"gaya penulisannya membuatkan kita terasa dekat dengan penulisnya saudari yott.Terima kasih kerana menyokong saya sejak dari mula lagi.

ULTRAMAN KELI



Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu


Dengar katanya..raksasa dah membunuh ultraman dan mencampaknya ke laut...semakin mengganas raksasa rupanya...kononnya raksasa juga mahu menyelamatkan bumi supaya aman...budak-budak yang tengok cerita ultraman kat tv pun tahu raksasa tipu...") (dah namanya pun raksasa!)

BEKAS PENSIL KELI



TENGOK PERLAHAN-LAHAN DULU APA YANG ADA DALAM BEKAS PENSILMU....

Pada waktu NASA mula mengirimkan angkasawannya ke luar angkasa, mereka menemukan bahawa pen mereka tidak dapat berfungsi pada ketika graviti sifar, dakwat pen tersebut tidak dapat mengalir ke mata pena. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, mereka menghabiskan waktu satu dekad dan 12 juta dolar. Mereka menciptakan sebuah pen yang dapat berfungsi pada keadaan-keadaan seperti graviti sifar, terbalik, dalam air, dalam berbagai permukaan termasuk kristal dan dalam suhu mulai dari di bawah titik beku sampai lebih dari 300 darjah Celcius.


Dan apakah yang dilakukan para orang Rusia? Mereka menggunakan
pensil!


  • Ada sebuah filosofi yang disebut KISS (Keep It Simple Stupid), iaitu selalu mencari penyelesaian yang sederhana, sehingga orang bodoh sekalipun dapat melakukannya. Cubalah menyusun penyelesaian yang paling sederhana dan memungkinkan untuk memecahkan masalah yang ada. Maka dari itu, kita harus belajar untuk fokus pada penyelesaian daripada berfokus pada masalah.
  • Seringkali kita panik saat menghadapi suatu masalah, dan walaupun masalah tersebut diatasi tetapi cara itu bukanlah suatu kaedah yang efisien malahan terlalu rumit dan melibatkan kos yang tidak sepatutnya.
  • Jika ada yang jauh lebih mudah dan mengandungi banyak manfaat, kenapa harus mengambil yang susah, mahal dan penuh dengan risiko???

So Take it Easy…



HARGA GUNI SI IKAN KELI



UPAH SATU GUNI HANYA RM 3?
-sebuah kisah benar-

Beliau cuma seorang pemotong rumput dan pada waktu malam beliau akan mengambil upah memisahkan cili dari tangkainya lebih kurang 3 guni sehari. Upah bagi 1 guni ialah RM3.00 . 3 guni bermakna upahnya ialah RM9.00 . Ada seorang beritahu beliau bahawa upah itu adalah terlalu sedikit dan sangat tidak berbaloi berbanding dengan masa yang diambil untuk menghabiskannya.

Kata beliau," Pada saya upahnya bukanlah keutamaan kerana setiap kali memisahkan cili saya dapat habiskan satu zikir kepada Allah. Jadi dengan kerja ini saya dapat berzikir kepada Allah sebanyak 3 guni cili pada satu malam." Allahu Akbar...


rasanya tak sampai satu guni pun ...ya Allah ampuni dosaku... :-(

BENIH IKAN KELI ROCK



LIRIK LAGU PAWANA (SEARCH)

Bermula sebuah cerita
Di zaman dulu kala
Mudahnya sederhana kehidupan
Mereka riang sentiasa dan gembira
Tanpa duka
Waktu berpesta pawana pun melanda

Meresap fikiran dan jiwa
Berubahlah semua
Jadi sombong serta alpa
Semua inginkan kuasa
Rebut dengan sengketa
Yang lemah jadi hamba

Berpecah antara mereka
Musnah di hembus pawana
Begitulah kisah hidup
Dari zaman ke zaman
Pawana menghembus akan hati insan

Cinta musnah dihembus pawana
Keinginan menghancur manusia

Apakah maksud pawana? pawana ialah angin...

bagiku hembusan "angin" fitnah itu telah acapkali merobohkan bangsaku.


Maka janganlah engkau ikuti orang-orang yang mendustakan. Mereka ingin supaya kamu bertolak ansur, supaya mereka bersikap lemah lembut (dalam urusan agama). Dan janganlah engkau ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina. Yang banyak mencela, ke sana ke mari menyebar fitnah. Yang menghalang kebaikan, yang melampaui batas lagi berdosa.
Surah Al-Qalam (8-12)

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI