KAMI GENG SUKA IKAN KELI

COKLAT ADALAH “RACUN” UNTUK HAIWAN KESAYANGAN ANDA?


Coklat adalah pembunuh! Walaupun coklat adalah salah satu makanan kegemaran kita, namun ia mengandungi bahan toksik kepada haiwan. Fakta klasik sebelum ini mendapati keracunan akibat memakan coklat bagi anjing adalah kes tipikal yang sering berlaku namun sebenarnya kandungan coklat juga menjejaskan kucing, burung dan haiwan peliharaan lain.
Ingat untuk sentiasa  mengawasi coklat, kek dan gula-gula bersalut coklat di rumah anda dengan selamat daripada haiwan kesayangan anda. Hanya berikan ganjaran (treats) yang benar-benar sihat dan selamat  kepada si manja anda.



Mengapa coklat beracun pada haiwan?

Coklat beracun atau menjadi toksik kepada haiwan adalah kerana kandungan berlebihan ekstrak alkaloid methylxanthine yang terkandung dalam coklat dan harus diingat ianya juga terdapat di dalam kopi dan teh. Keracunan ini akan memberi kesan yang teruk kepada kebanyakkan  sistem organ haiwan. Keracunan akibat coklat ini memberi kesan kepada semua peringkat umur haiwan anda. Kesan alkaloid methylxanthine ini pada haiwan juga menyebabkan saluran darah sempit,  denyutan jantung menjadi semakin lemah dan merangsang sistem saraf yang menyebabkan haiwan tidak stabil. Antara dua bahan utama yang mengandungi ekstrak alkaloid methylxanthine adalah theobromine and kafein. Dalam kebanyakan kes, haiwan diracuni dengan memakan coklat diproses yang terdapat dalam gula-gula, coklat bar dan minuman bercoklat kerana makanan-makanan tersebut mengandungi kepekatan tinggi theobromine serta kafein.

Apakah tanda haiwan anda telah keracunan akibat makan coklat?

Muntah dan cirit-birit berlaku 2 hingga 4 jam selepas pengambilan dan anda dapat melihat dengan jelas kandungan coklat pada muntahnya. Rangsangan sistem saraf membawa kepada hiperaktif, menggigil dan sawan pada jenis haiwan tertentu. Kadar degupan jantung menjadi semakin pesat dan tidak teratur. Membuang air kecil berlebihan kerana tindakan semulajadi untuk menyah bahan beracun dalam badannya. Pada peringkat yang lebih teruk haiwan menjadi garang, keghairahan melampau, sawan dan tindak balas yang melampau kepada bunyi bising, cahaya, dan sentuhan. Kegagalan jantung, lemah, koma dan kematian boleh berlaku 12 hingga 36 jam selepas pengambilan coklat.
Simptom keracunan akibat coklat adalah hampir sama dengan  keracunan bahan lain seperti strychnine, amfetamin, racun perosak dan beberapa jenis rodenticides . Jika haiwan anda mempunyai simptom-simptom kombinasi berikut seperti muntah, ketakutan dan kelihatan amat lemah, segeralah membawa haiwan peliharaan anda kepada doktor haiwan. Jika boleh, bawa sedikit sampel muntah ke klinik kerana ini boleh membantu dalam pengenalan bahan toksik. Doktor haiwan anda akan memeriksa sistem saraf dan fungsi jantung haiwan anda dengan teliti. Ujian darah, ujian kepekatan air kencing ( untuk megetahui paras glukosa) serta pemeriksaan mengenalpasti bahan aktif dalam coklat akan dilakukan.



Bagaimana rawatan keracunan akibat coklat dilakukan?

Jika haiwan anda terkena sawan, jangan cuba untuk menyebabkan ia muntah. Segeralah membawanya ke klinik haiwan tanpa berlengah-lengah. Tiada penawar untuk keracunan coklat. Doktor haiwan anda akan menggunakan ubat bagi merangsangnya muntah jika coklat itu dimakan dalam tempoh 2 - 4 jam atau menggunakan tiub ke dalam perut bersama cecair untuk mengosongkan perut haiwan itu daripada coklat. Dalam kes kritikal, ubat-ubatan khusus yang diperlukan untuk mengawal sawan dan untuk mengawal semula kadar denyutan jantung kuat dan lemah bagi mencegah kegagalan jantung.

Anda mungkin seronok melihat haiwan anda begitu asyik menjamah coklat terutamanya bagi anak haiwan kerana kecenderungannya untuk mencuba merasai pelbagai makanan baru. Walaupun coklat mudah didapati dan lazat, tetapi tahukah anda yang coklat sebenarnya turut memberi kesan buruk kepada haiwan jenis reptilia dan rodensia. Oleh itu berhati-hatilah dengan coklat, walaupun manis tetapi racun pada haiwan.





FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG IKAN LAGA


Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yang dikaitkan dengan ikan ini seperti ikan lawan, ikan karem, ikan pelaga dan pelbagai istilah lagi. Walau apa jua gelarannya, pastinya setiap dari kita mempunyai nostalgia memelihara ikan ini. Berikut adalah fakta-fakta yang mungkin boleh membantu anda untuk mengenali lebih dekat ikan Laga ini.

Fakta Satu: Mampu bernafas di dasar dan di atas permukaan air

Tidak seperti kebanyakan ikan yang hanya mampu bernafas dengan mengumpul oksigen daripada air melalui insang. Ikan Laga boleh bernafas di bawah dasar air dan juga di bahagian atas permukaan air. Ikan Laga mempunyai organ yang dipanggil labirin di mana ianya terletak di belakang kepalanya yang mana membolehkan ia menyimpan udara. Jika dilihat ikan Laga akan naik ke permukaan air dan mengambil udara dan kemudiannya berenang kembali ke bawah air dalam masa yang agak lama. Oleh kerana kebolehan ini, untuk memelihara ikan Laga kita tidak memerlukan pam oksigen.
Dalam kehidupan liar, ikan Laga hidup dalam air yang bergerak perlahan dengan jumlah kandungan oksigen yang ideal. Labirin berperanan untuk membantu ikan ini mengumpul oksigen yang mencukupi untuk terus hidup. Walaubagaimanapun ikan Laga itu masih perlu hidup di dalam air sungguh pun ia mampu menyimpan udara dalam tempoh yang lama.


  
Fakta Dua: Ikan Laga Perlukan Protein

Ikan Laga akan memakan hampir apa sahaja makanan yang diberikan oleh anda tetapi sumber protein wajib ada di dalam dietnya. Walaupun anda memberi pelet betta sebagai makanan utama namun sesekali memberi ikan Laga anda makanan hidup seperti cacing tubifex pasti membuatkan ikan laga anda lebih sihat. Berilah makan kepada ikan Laga kesayangan anda secara harian dan pastikan tidak memberi pellet yang berlebihan pada satu-satu masa. Setiap sisa makanan yang tinggal mesti dikeluarkan selepas lima minit. Ikan Laga terdedah kepada sembelit, jadi sesetengah pakar mencadangkan anda biarkan ikan Laga anda berpuasa atau kata lainnya tidak diberi makan untuk satu hari pada setiap seminggu.

Fakta Tiga: Ikan Laga jantan amat menjaga wilayah kawasannya

Apabila anda melawat sebuah kedai akuarium, anda akan melihat bahawa ikan Laga kebiasaanya diletakkan di dalam bekas yang berasingan setiap satunya. Jika anda melihat ikan Laga yang banyak di dalam sesuatu tangki, ia kemungkinan besar adalah ikan-ikan Laga betina. Agak sukar meletakkan ikan Laga jantan dengan ikan Laga yang lain kerana ia amat mengawal ruang wilayahnya dan semestinya ia akan berjuang sehingga ke akhir hayat untuk mempertahankan wilayah tersebut. Namun yang menariknya sifat untuk mempertahankan wilayah ini tidak dilakukan oleh ikan Laga jantan terhadap spesies ikan yang berlainan dengannya.


Fakta Empat: Ikan Laga betina lebih bertolenrasi

Ikan Laga betina juga bersifat untuk memmpertahankan wilayahnya namun sifat ini tidak begitu lama berkekalan dan tidaklah menunjukkan sifat terlalu garang seperti ikan Laga jantan. Oleh kerana sebab ini, anda boleh memelihara beberapa ekor ikan Laga betina di dalam satu tangki. Adalah disyorkan bahawa kumpulan ikan Laga betina yang anda ingin pelihara secara bersama itu lebih daripada lima ekor betina dan anda mesti menyediakan sekurang-kurangnya satu gelen air bagi setiap ekor ikan. Tidak menjadi masalah untuk memperkenalkan dua ekor ikan Laga betina pada masa yang sama. Ia akan menunjukkan sedikit perlakuan agresif di antara tempoh 24 hingga 48 jam sehinggalah ia bertolenrasi untuk menerima kehadiran antara satu sama lain. Pastikan tangki mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan untuk memberi keselesaan dan ruang untuk berehat sekiranya memelihara banyak bilangan ikan Laga betina di dalam satu tangki.

Fakta Kelima : Proses pembiakan yang menarik

Ia menakjubkan untuk menonton aksi antara ikan Laga jantan dan betina sebelum berlaku persenyawaan. Proses pembiakan antara ikan Laga sebenarnya kelihatan seperti pertempuran pada permulaannya kerana ikan Laga jantan dan betina akan berjuang antara satu sama lain untuk berkongsi wilayah yang sama.
Apabila ikan Laga jantan melihat ikan Laga betina yang matang dan sesuai dengannya, ia akan membina sarang di permukaan air yang dibuat daripada gelembung udara yang berlendir dan  bersalut. Pada mula ikan Laga betina diperkenalkan ke dalam tangki , ikan Laga jantan akan menunjukkan aksi sedikit marah danakan mengejar si betina di sekeliling tangki. Ikan Laga betina juga akan mula mempamerkan suar insang dan sirip kerana ia mahu ikan Laga jantan sedikit reda dan tidak mudah untuk mendekatinya. Ikan jantan Laga jantan pula akan menunjukkan pandangan sisinya yang terbaik untuk cuba menarik perhatian ikan Laga betina. Apabila ikan Laga betina itu bersedia untuk mengawan, ia akan sedikit menggulungkan badannya dan akan melepaskan telur. Kemudiannya ikan Laga jantan akan mempersenyawakan telur tersebut.



Fakta Keenam: Ikan Laga jantan adalah pengasuh anaknya

Jarang berlaku ditemui dalam alam semula jadi, si jantan yang bertindak sebagai penjaga anak-anaknya. Ikan Laga jantan akan menghalau ikan Laga betina selepas proses pembiakan. Jadi anda mesti mengasingkan ikan Laga betina ke tangki yang berasingan dengan segera. Ikan Laga jantan kemudiannya mengumpul setiap telur dan akan mengawal rapi telur-telur tersebut. Apabila anak ikan menetas, ikan Laga jantan akan menjaga anak-anaknya dan membawa ia kembali ke sarang dalam mulutnya. Ini berlaku apabila anak-anak ikan Laga itu jatuh dan tidak boleh membuat renangan ke permukaan air. Apabila anak-anak ikan Laga telah mula kuat dan mampu berenang bebas, ia adalah masa untuk memindahkan ikan Laga jantan ke tangki yang berasingan kerana ketika itu ia akan mula makan anak sendiri.

Fakta Tujuh: Ikan Laga suka melompat

Apa sahaja bekas tangki yang anda gunakan untuk memelihara ikan Laga, pastikan ia mempunyai penutup yang selamat. Ikan Laga suka melompat keluar dari air dan ini pasti memberi pengakhiran yang menyedihkan sekiranya anda tidak menyedarinya. Disebabkan itu pastikan bekas tangki yang menyimpan ikan Laga perlu sentiasa ditutup.


Fakta Lapan: Terdapat pelbagai variati ikan Laga

Penternak hobi ini telah menghasilkan pelbagai mutasi ikan Laga untuk mewujudkan pelbagai variati termasuklah dari segi bentuk badan, warna yang luar biasa, corak, yang berbeza dan jenis sirip yang pelbagai. Mutasi terkini memperlihatkan sesetengah ikan Laga mempunyai corak bertompok manakala terdapat juga yang mempunyai corak marmar pada badan dan siripnya. Ada juga yang mempunyai sisik naga yang dilapisi dengan warna putih, tembaga atau platinum. Terdapat ikan Laga dengan ekor seperti sebuah mahkota, ekor seperti separuh bulan dan juga ekor berganda.


Fakta Sembilan: Umur ikan Laga adalah tidak lama

Jika anda mempunyai ikan Laga pastikan ia mempunyai makanan yang berkualiti tinggi, air yang bersih dan rawatan sekiranya ia sakit. Ikan Laga hanya mampu hidup kira-kira dua hingga tiga tahun secara purata. Di dalam keadaan optimum, ikan Laga boleh hidup selama lima tahun. Hargai ikan Laga anda dan jagalah dengan sebaik mungkin supaya hayatnya mampu mencecah selama yang mungkin.









SOALAN LAZIM BERKAITAN ULAR BALL PYTHON


Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan berkaitan dengan ular Ball Python. Diharap jawapan diberi dapat memberi gambaran dan info asas kepada yang baru mula berjinak-jinak dalam pemeliharaan ular.



S: Apakah kehangatan dan suhu yang bersesuaian untuk tempat tinggal ular Ball Python saya?
J: Adalah dicadangkan pemanasan 85-90 darjah Fahrenheit pada salah  satu hujung tangki  dan pada sudut hujung tangki yang bertentangan biarkan suhu kira-kira 75 darjah Fahrenheit. Sediakan juga kotak persembunyiannya.

S: Berapa banyak kelembapan yang diperlukan oleh ular Ball Python?
J: Ia harus mempunyai kawasan (hide box) yang adalah sekitar 70-80%. Jangan biarkan kelembapan di bawah 60%.

S: Apa makanan yang sesuai saya perlu beri pada Ball Python ?
J:  Tikus kecil dengan saiz bersesuaian. Satu lagi perkara yang sangat penting dalam pemakanan Ball Python adalah tidak ada satu saiz sesuai yang khusus untuk semua. Ular, seperti juga individu dan mempunyai tabiat makan yang berlainan. Jika anda mempunyai lebih daripada satu ular, ia adalah penting untuk memahami pilihan makanan,selera makan, tingkah laku dan tabiat. Jadi jika ular anda tidak makan, janganlah panik. Memaksa atau membantu menyuap makanan perlu sentiasa menjadi pilihan terakhir.



S: Kenapa perut ular saya kadangkala berwarna merah jambu?
J: Ia hanya permulaan kitaran proses penyalinan kulit padal hari ke 7-10. Anda akan notis apabila mata Ball python akan menjadi kekelabuan.

S: Berapa kerap Ball Python membuang najis ?
J: Ia bergantung kepada berapa banyak anda beri makan kepada ular anda dan metabolism ular itu sendiri. Secara amnya, Ball Python akan mengeluarkan najis pada setiap 4-6 minggu. Mandian suam / sejuk di dalam air cetek dapat membantu ular untuk membuang najis.

S: Berapa kerap ia menyalin kulit?
J:  Ular yang masih muda bersalin kulit kira-kira sekali setiap 4-6 minggu. Ular dewasa hanya akan bersalin kulit beberapa kali setahun.



S: Berapa kerapkah saya perlu beri makanan pada Ball Python ?
J: Untuk 2-3 tahun pertama (18-36 inci), berilah saiz makanan yang sesuai pada setiap 7-10 hari. Ular jantan dewasa akan makan makanan bersaiz bersesuaian kira-kira setiap 3 minggu, manakala bagi ular betina pula setiap 2-3 minggu.

S: Apakah kotak persembunyian perlu disediakan di dalam tempat tinggal Ball Python?
J: Sudah tentu! Pythons Ball memerlukan kotak persembunyian untuk ia berasa selamat. Ular yang merasa tertekan akan hilang selera makan.



S: Berapa lamakah Ball Python boleh hidup?
J: Bergantung kepada banyak faktor, tetapi dalam persekitaran yang sesuai anda boleh mengharapkan ia hidup di antara 20 ke 40 tahun.

S: Berapakah saiz ular Ball Python dewasa?
J:  Ball Python dewasa adalah biasanya lebih kurang satu meter panjang, iaitu 36 - 48 inci . Pernah juga direkodkan ia mampu mencapai panjang sehingga 60 inci.

S: Adakah Pythons Ball sesuai bagi orang yang baru berjinak-jinak membela ular?
J: Secara umumnya ya, Ball Python biasanya agak jinak, kekal kecil, dan agak tahan lasak. Walaupun mereka boleh menjadi satu cabaran pada masa-masa yang akan datang.


S: Bagaimana besar sangkar yang sesuai untuk keperluan Ball Python saya?
J: Sebuah tangki sepuluh gelen (20x10x12 inci) adalah sesuai bagi ular berukuran kurang 24 inci. Tangki minimum mutlak untuk ular dewasa adalah tangki bersaiz 30x12x12 inci.



S: Adakah Ball Python saya memerlukan cahaya ultra violet?
J: Tidak, Pythons Ball adalah nocturnal (aktif waktu malam). Ia tidak mendapat manfaat yang ketara daripada cahaya UV.

S: Mengapa ular saya muntah ?
J: Ia mungkin persekitarannya terlalu sejuk, pengendalian terlalu awal selepas makan, atau ia boleh menjadi jangkitan oleh parasit dalaman.

S: Adakah ia Ok untuk menyimpan lebih daripada satu ular dalam sangkar?
J: Ya danTidak . Tidak digalakkan jenis ,spesis atau saiz ular berlainan dalam satu sangkar. Selepas 2-3 bulan dikuarantinkan, dua atau lebih Ball Python saiz yang sama boleh boleh tinggal bersama. Sewaktu memberi makan, anda seharusnya memisahkan ular-ular ini berasingan.
S: Bolehkah saya  “refreez “ (sejukbeku) tikus dan kemudian beri kepada Ball Python ?
J: Ya, selagi tikus tidak terlalu berbau atau busuk. Ular di hutan adalah oportunis dan akan makan bangkai. Adakala ular Ball Python menunjukkan keutamaan untuk memakan tikus yang telah dibekukan.

S: Bagaimana saya boleh membantu ular saya yang sukar bersalin kulit?
J: Biasanya meningkatkan kelembapan sangkar dan  kaedah penghidratan dapat membantu.

S: Oops, ular saya melarikan diri! Apa yang perlu saya lakukan sekarang?
J: Cari pada waktu malam, lihat juga pada persekitaran peralatan yang mengeluarkan haba seperti peti sejuk, oven, air pemanas, VCR, TV dan lain-lain.

S: Ular saya menelan tikus daripada ekor. Tidak bahayakah begitu?
J: Jangan risau, kadang-kadang dengan makanan yang lebih kecil, ular akan makan dari hujung ekor tikus.

S: Apakah tanda-tanda jangkitan pernafasan?
J: Akan nampak jelas bendalir keluar dari hidung dan atau mulut, berdehit ketika ia bernafas atau pernafasan dengan mulut terbuka. Meningkatkan haba boleh mengurangkan seketika masalah pernafasan.

S: Adakah Ball Python akan menggigit ?
J: Ball Python biasanya tidak menggigit, tetapi ia boleh berlaku dan tidaklah terlalu menyakitkan.  Sekiranya terkena gigitan anda hanya perlu mencuci sekitar kawasan gigitan dan menggunakan salap antiseptik (seperti neosporin).

S: Ular saya menguap! Adakah ia sesuatu yang normal?
J: Ya, ular biasanya menguap untuk menyelaraskan semula rahang mereka selepas makan. Ia juga kadang-kadang melakukannya tanpa sebab tertentu.



S: Adakah ular Ball Python boleh berenang?
J: Ya, ular Ball Python adalah perenang yang sangat tangkas, serta sebagai pemanjat mahir.

S: Perlukah saya memberikan ular saya vitamin tambahan?
J: Tidak, ular yang makan haiwan secara keseluruhan  mencukupi dan boleh dikatakan pakej pemakanan yang lengkap. Anda boleh mempertimbangkan untuk menambahkan kalsium sedikit ke dalam diet ular betina bagi membantu pengeluaran telur.

S: Ular saya telah merendamkan dirinya dalam bekas air untuk satu atau dua hari, adakah ini normal?
J: Ia adalah normal untuk ular merendamkan dirinya dalam air. Ia juga boleh menjadi tanda kulit ular mempunyai hama. Periksa sebarang kelainan pada badan ular dan berhampiran matanya.


S: Mengapa Ball Python berdesis ( hissing ) ?
J: Apabila beberapa ular merasakan keperluan untuk mempertahankan diri mereka akan membusungkan dan membuang udara dengan kuasa, yang menyebabkan bunyi berdesis. Ini adalah cara ular amaran anda untuk biarkan dia bersendirian. Biarkan seketika, ular anda akan mula tenang dan belajar bahawa anda bukan ancaman kepadanya.

S: Adakah Ular minum?

J: Ya, kebanyakan air yang diperlukan oleh ular didapati melalu mangsa hidup yang ditelannya. Jika anda bernasib baik, anda dapat melihat ular minum dalam bekas minumannya selepas ia menelan mangsa.

OLLO…KINI KEMBALI !


Kisah kehilangan Ollo pernah dipaparkan dalam Majalah Jinak pada keluaran September-Oktober 2013 yang lalu. Tiada siapa pernah menduga keajaiban yang berlaku apabila Ollo kini telah berada dengan selamat bersama tuannya. Ayuh kita sama-sama mengikuti bagaimana pula cerita Ollo ditemui semula.



Prolog Penemuan

Azman Bin Fauzi pada petang itu bermain-main di padang berhampiran rumahnya di Taman Keramat, Wangsa Maju. Sewaktu sedang leka bermain bersama rakannya, kanak-kanak yang berusia 10 tahun ini menjumpai seekor burung Sun Conure yang berada dalam keadaan yang lemah. Fizikal burung Sun Conures biasannya agak gebu dengan pelbagai warna yang menarik tetapi tidak seperti itu pada burung Sun Conure yang dijumpainya. Sun Conure ini kehilangan banyak bulu pada badan dan kepalanya juga hampir botak. Burung yang dijumpai ini juga tidak boleh terbang tinggi.


Melihat keadaan burung yang agak dhaif itu, adik Azman telah membawanya pulang ke rumah. Adik Azman meminta pertolongan ayahnya untuk membawa burung Sun Conure ke klinik haiwan bagi memastikan keadaannya yang nampak agak dalam kesakitan itu segera pulih. Mujurlah burung ini dipertemukan dengan insan prihatin dan menyayangi haiwan seperti adik Azman. Tindakan bijak dan betul telah dilakukan oleh kanak-kanak ini kerana segera membawa haiwan ini pada pihak yang arif tentang haiwan.

Setiap hari , adik Azman bersama keluarganya akan memantau perkembangan burung Sun Conure ini. Makan dan minum si burung sentiasa dipastikan mencukupi .  Semakin hari semakin akrab hubungan adik Azman dengan burung Sun Conure yang diselamatkannya. Malamnya , burung Sun Conure itu akan tidur di sisi adik Azman. Pada waktu Subuh pula menurut adik Azman , burung Sun Conure pasti akan mengejutkannya dengan cara yang tersendiri. Adik Azman selalu tidak sabar pulang ke rumah selepas waktu persekolahan kerana ingin bermain –main dengan burung Sun Conure yang kini menjadi kawan baiknya.



Majalah Jinak Menjadi Pencetus

Setiap kali majalah JINAK ada di pasaran , ibu adik Azman akan membeli majalah itu buatnya. Adik Azman sentiasa menunggu keluaran terbaru majalah JINAK kerana isi kandungannya yang bermanfaat tambahan pula adik Azman memang minat dengan dunia haiwan. Kanak-kanak ini juga bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan dalam bidang yang melibatkan haiwan apabila dewasa kelak.

Pada keluaran majalah edisi September-Oktober 2013 pada muka surat 10 telah mengubah segalanya. Adik Azman yang membaca artikel bertajuk “ OLLO…PULANGLAH!” merasakan burung Sun Conure yang ada padanya itu adalah Ollo. Berdasarkan kronologi yang tercatat pada artikel tersebut menguatkan lagi rasa hati adik Azman yang Ollo itulah yang diselamatkannya. Mengimbau kembali detik pertemuanya dengan Ollo iaitu sewaktu sebelum bulan Ramadhan iaitu bulan Ogos 2013 dan Ollo telah hilang pada bulan Mei 2013. Maknanya Ollo telah berkelana sendirian hampir dua bulan lebih. Patutlah keadaan Ollo amat teruk sewaktu dijumpainya. Ollo adalah haiwan yang dipelihara oleh manusia sejak kecil justru survivalnya di alam luar yang  jauh dari penjagaan manusia sudah tentu detik yang amat sukar buat Ollo.

Kisah kehilangan Ollo itu benar-benar meruntun hati adik kecil ini. Baginya Ollo perlu kembali pada tuannya yang sebenar. Adik Azman tidak mahu menjadi insan yang memetingkan diri sendiri. Ajaran ilmu agama yang diterapkan oleh ibu bapanya dan di sekolah telah membuatnya rasa terpanggil untuk melakukan pengorbanan yang besar ini bagi kanak-kanak yang seusia dengannya. Sementara itu , adik Azman memahami perasaan seseorang yang kehilangan haiwan kesayangan. Dia juga pernah kehilangan kucing kesayangannya. Dia tahu perasaan mengharap dan merindu pada yang dikasihi.


                                                                                                                             

Epilog Ollo Kembali



Berikut catatan diari Lady Tim iaitu pemilik burung Sun Conures yang bernama Ollo.

21 Oktober 2013 : Seorang kanak-kanak yang memperkenal dirinya sebagai adik Azman telah menghubungi diriku di Facebook. Dia bertanyakan tentang burung Sun Conureku yang hilang itu. Hatiku amat sedih apabila mengenangkan Ollo, lantaran itu aku hanya membalas dengan ringkas jawapan kepada adik Azman. Adik ini nampaknya masih bersungguh untuk bertanyakan tentang Ollo dan memintaku untuk memberi gambar Ollo kepadanya. Tanpa berfikir panjang, aku memberinya pautan video Ollo di Youtube. Perbualan kami kemudian habis setakat itu.

22 Oktober 2013 : Tidak ku menyangka adik Azman ini bertanyakan lagi padaku tentang keperihalan Ollo melalui Facebook. Selepas aku menjawab beberapa soalan, adik Azman menyatakan yang dia ada menjumpai seekor burung Sun Conure. Hatiku berdegup kencang !. Adakah itu Ollo yang ku rindukan selama ini? Kini giliranku pula mengajukan soalan bertubi tubi pada adik Azman. Kasihan pula pada adik Azman tapi aku cuma tidak mahu adik ini bersenda denganku kerana Ollo amat istimewa dalam hidupku. Kehilangan Ollo yang hampir lima bulan yang kemudiannya cerita sebegini memberi sirna harapan buat diriku. Rupanya adik Azman sedang menyelidiki aku sama ada aku benar-benar tuan kepada burung Sun Conure yang dijumpainya. Semakin banyak kami bermesej semakin kuat hatiku untuk mengetahui adakah itu Ollo yang ditemui oleh adik ini. Aku kemudiannya meminta gambar Ollo daripada adik Azman. Gambar yang diberi padaku telah membuat air mata ini bercucuran. Tergamam aku seketika. Naluri hatiku kuat mengatakan itu adalah Ollo namun akal fikiranku cuba menidakkan kerana bagiku lokasi burung itu dijumpai di Wangsa Maju sedangkan rumahku di Kelana Jaya. Jauh..ya terlalu jauh ku rasa untuk Ollo terbang hingga ke sana. Tapi aku juga percaya tiada yang mustahil dengan kuasa tuhan. Aku kemudiannya meminta nombor telefon adik Azman untuk pertemuan yang diatur keesokkan harinya.

Malam ini sebelum memejamkan mata fikiranku menerawang jauh memikir andainyalah itu Ollo bagaimana keadaannya sewaktu hampir dua bulan lebih hidup sendirian sebelum ditemui oleh adik Azman. Makan minumnya..tidurnya bagaimana agaknya. Oh Ollo..aku berdoa segalanya yang terbaik buatmu. Semoga besok hari perkara yang baik terjadi. Amin.

23 Oktober 2013  : Aku bersemangat bangun pada pagi ini untuk ke rumah adik Azman dan aku mendail nombor telefon adik Azman. Panggilan telefon itu dijawab oleh ibunya. Dalam perbualan itu ibunya menyatakan sekiranya burung yang dijumpai oleh adik Azman itu kepunyaanku maka ambillah kembali burung itu. Mereka sekeluarga tidak keberatan memulangkan pada yang hak. Atas urusan tertentu pihak adik Azman, maka pertemuan itu ditukar pada waktu petang. Hasratku terbantut. Terpaksa ku tunggu sehingga petang untuk mengenalpasti adakah Ollo yang ditemui?   
      
Seperti waktu yang dijanjikan aku pergi ke rumah adik Azman. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Senang benar aku menjejaki rumah adik Azman.Sewaktu  di hadapan rumah adik Azman aku memanggil Ollo dengan bunyian yang biasa aku panggilnya. Waktu itu Ollo masih ada di dalam rumah. Tanpa ku menyangka sejurus ku memanggil, Ollo terus terbang daripada dalam rumah sambil menjerit keriangan. Ollo kemudiannya terbang berlegaran dan kemudiannya hinggap di bahu. Waktu itu aku tidak terkata. Tergamam. Ya itulah Olloku!. Air mata kegembiraan mengalir deras. Seakan tidak percaya Ollo di depan mata. Aku terus memeriksa kepala Ollo. Sah itu memang Ollo kerana Ollo mempunyai parut di kepala. Ollo duduk di atas bahu dan tidak berganjak lagi.Seolah tidak sabar untuk pulang bersamaku. Aku kemudiannya meminta izin membawa Ollo pulang merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Atas jasa dan budi baik adik Azman aku menghulurkan sedikit wang saguhati dan aku berjanji padanya akan menghadiahkan sepasang burung lain sebagai ganti. Syukur pada Allah kerana Ollo kini kembali!




Perkembangan Mutakhir



Berita penemuan Ollo tersebar luas. Rakan, keluarga dan taulan semuanya mengucapkan tahniah. Tidak berhenti Lady Tim menjawab panggilan dan khidmat pesanan ringkas. Ada juga yang turut datang ke rumah untuk melihat Ollo. Keajaiban sebenarnya telah berlaku. Kehilangan Ollo selama lima bulan kini telah dijumpai.

Usia Ollo telah masuk setahun pada 26 November 2013 yang lalu. Ia merupakan hadiah harijadi yang bermakna buat Ollo kerana kini kembali pada tuannya.Lady Tim juga bernazar akan mengadakan kenduri kecil-kecilan di rumahnya. Ollo kini semakin besar dan bulunya berubah menjadi banyak kekuningan tanda seekor burung Sun Conure yang makin matang. Sewaktu mula Ollo kembali ia agak kekok dan takut untuk terbang dan hanya mahu hinggap di bahu. Lama kelamaan Ollo semakin pulih cuma masih terkejut dengan bunyi hon kereta, orang menjerit dan deringan telefon.



Hingga kini Lady Tim masih terus berhubung dengan adik Azman. Adik Azman sering bertanyakan khabar Ollo. Lady Tim juga sering mengirim gambar-gambar terbaru Ollo pada adik Azman. Hubungan silaturahim terjalin erat antara mereka semuanya kerana makhluk tuhan yang bernama Ollo ini. Sekarang Lady Tim lebih berhati-hati agar kejadian sama tidak lagi berulang. Lady Tim tidak lagi meletak kepercayaan untuk membiarkan Ollo bebas bermain di luar seperti dulu. Jika Ollo bermain pasti ada di depan mata Lady Tim.


JOM KENALI JENIS BURUNG KAKAKTUA

Terdapat pelbagai jenis burung kakaktua. Kakaktua merupakan binatang yang sesuai dijadikan teman kerana setiap darinya mempunyai daya tarikan dan karakter tersendiri. Terdapat beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan sebelum anda menjadikan salah satu spesies kakaktua sebagai haiwan peliharaan anda. Faktor yang diambil kira ini termasuklah kos, tahap komitmen yang diperlukan, tahap bunyi yang diterima dalam rumah atau ruang yang ada, perbelanjaan sekiranya berlaku kerosakan/kemusnahan, penyediaan diet  yang diperlukan, tahap sosialisasi dan jangkaan pemilik dari segi keupayaan atau ciri-ciri yang diidamkan.

1.  PARROTS
Kos memelihara burung kakaktua jenis Parrots adalah berbeza-beza mengikut spesies. Begitu jugalah dengan sangkar yang diperlukan dan peralatan lain termasuk kos yang berterusan seperti makanan, mainan dan penjagaan veterinar. Secara amnya, burung yang lebih besar dan lebih eksotik maka lebih mahal pula penyelenggaraannya.
Kebanyakan spesies Parrots memerlukan diet lengkap yang terdiri daripada diet yang telah diformulakan atau dirumuskan seperti pellet. Parrots juga memerlukan pelbagai makanan yang segar seperti sayuran, biji benih, bijirin, buah-buahan dan kekacang. Sesetengahnya mungkin memerlukan diet yang lebih khusus sementara yang lain akan mempunyai keperluan pemakanan yang mudah penyediaannya. Burung Parrots yang lebih besar memerlukan  kepelbagaian jenis makananan daripada hanya bergantung pada sumber bijirin sahaja.
Parrots boleh menjadi sangat kelam kabut terutama sekali apabila ia sedang makan namun tabiat ini tidaklah sentiasa berterusan. Debu-debu yang ditebarkan daripada bulunya juga biasanya dihasilkan oleh beberapa spesies Parrots. Apabila Parrots anda dibenarkan untuk keluar dari sangkar dan dibenarkan bergerak bebas di dalam rumah, pemilik perlu teliti dalam memastikan persekitaran itu selamat untuk burung. Contohnya Parrots adalah burung yang sangat gemar mengunyah getah jadi perabot seperti sofa perlu diawasi. Persekitaran yang selamat bukan sahaja berperanan untuk melindungi harta benda daripada kemusnahan tetapi juga mencegah kecederaan atau kemudaratan kepada burung.
Komitmen masa yang sedikit tidak boleh menjadi alasan sekiranya ingin memelihara Parrots. Ini kerana Parrots memerlukan perhatian dan masa daripada pemilik mereka. Sebagai burung yang sangat pintar  burung Parrots memerlukan pelbagai rangsangan mindanya untuk mengelakkan kebosanan dan gangguan emosi. Parrots yang mendapati diri mereka dalam situasi yang tidak sesuai dan gembira boleh mencederakan orang lain malahan kepada dirinya  sendiri.
Contoh Parrots: Eclectus Parrot, Red-capped Parrot, African Grey/ Congo African Grey Parrot, Hawk-headed Parrot/ Buff Hawk-headed, Red-winged Parrot, Timneh African Grey Parrot, Great-billed/Moluccan Parrot dan Turquoise Parrot.



2. PARAKEETS
Burung Parakeets mempunyai saiz diantara 7 inci hingga 12 inci panjang. Ia mempunyai paruh cangkuk melengkung dan kaki panjang konservatif yang sama seperti burung kakaktua lain. Parakeets juga kebanyakkannya mempunyai ekor yang agak panjang.
Satu ciri menarik tentang tingkah laku burung Parakeets adalah lebih gemar hidup berkomuniti dengan spesies yang sama. Adakalanya ada jenis-jenis Parakeets yang akan berkelakuan buruk apabila diletakkan bersama-sama dalam satu sangkar dengan spesies burung kakaktua yang lain. Pemilik Parakeets perlu mengetahui keunikkan tertentu jenis Parakeets yang dipelihara  supaya mudah mengendalikannya dalam keadaan yang terbaik.
Burung jenis Parakeets biasanya sakit tanpa sebarang petanda. Manifestasi penyakit yang biasa adalah bulu pelepah yang gugur, berehat kerap dengan kepala yang tersisip di bawah sayap atau bahagian punggung, tidak makan dan keluar cairan dari lubang hidung atau mulut dan mata yang berair. Pemilik perlu mempunyai pengetahuan asas tentang kepelbagaian penawar serta ubat-ubatan yang boleh diambil selain hanya membawa berjumpa doktor haiwan.
Makanan Parakeets harus terdiri daripada sumber utama seperti biji gandum dan sekoi ditambah dengan beberapa variasi seperti kacang peas, lobak merah, tomato, epal, pisang dan seumpamanya. Air putih tanpa klorin diperlukan setiap hari dan bekas air perlu dibersihkan setiap hari juga. Antara snek yang boleh ditawarkan pada Parakeets sekali sekala adalah seperti bertih jagung(popcorn) ataupun honey stick (sejenis makanan haiwan berbentuk batang yang diperbuat daripada madu). Cuttlebone atau tulang sotong juga perlu disediakan di dalam sangkar untuk membekalkan keperluan kalsium untuk tulang yang kuat dan membantu proses bertelur kelak sekiranya berlaku.
Contoh Parakeets: Ring-necked/ Rose-ringed Parakeet, Alexandrine Parakeet, Monk Parakeet/ Quaker Parrot, Blossom-headed Parakeet, Budgie, Mountain Parakeet, White-winged/(Canary-winged) Parakeet, Cobalt-winged Parakeet dan Malabar/ Blue-winged Parakeet.



3. PARROTLETS
Bagi yang mahu burung kakaktua kecil dengan personaliti burung kakaktua jenis besar, Parrotlets adalah jawapannya. Burung jenis Parrotlets sememangnya mempunyai personaliti burung kakak tua besar tetapi tidaklah mempunyai selera makan yang besar seperti mereka.
Jangka hayat yang tepat bagi Parrotlets tidaklah diketahui namun bagaimanapun, ia dipercayai mampu hidup  sekitar 15 hingga 20 tahun atau lebih. Walaupun mereka tidak kebal kepada penyakit burung namun jika dijaga dengan baik, Parrotlets agak kurang dihinggapi penyakit. Jika diberi makan dengan baik, dijaga sangkar dengan bersih, tidak terdedah kepada burung lain dan dilindungi daripada penyebab-penyebab kemalangan, kebanyakan Parrotlets boleh menjalani kehidupan yang agak lama berbanding burung yang sama saiz dengannya.
Saiz sangkar minimum bagi memelihara Parrotlets sepatutnya adalah 18 "x 18" x 18 "dengan jarak bar maksimum 1/2" - 5/8 ". Parrotlets lebih selesa dalam sangkar yang lebih panjang daripada yang tinggi. Sangkar itu harus diletakkan di mana ia boleh dengan mudah dikeluarkan untuk pembersihan. Sangkar yang mempunyai tray atau bekas di bahagian bawah adalah yang terbaik untuk  menghalang paruh,bulu dan kaki burung terkena najisnya, makanan basi dan kekotoran lain.
Selain memakan bijirin atau pellet, Parrotlets masih memerlukan buah-buahan segar dan sayur-sayuran setiap hari. Parrotlets berkembang sihat pada diet asas seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran, roti gandum, nasi, pasta, kentang dan kacang kering. Air bersih, blok mineral dan cuttlebone perlu disediakan pada setiap masa. Penyediaan sumber bijirin yang banyak dan makanan berprotein juga mampu menyihatkan lagi Parrotlets anda . Hanya sediakan makanan berkualiti tinggi, segar dan makanan yang belum dijamah. Peraturan asas yang terbaik adalah jika ia tidak sesuai untuk anda, maka makanan itu juga tidak sesuai untuk Parrotlets.
Contoh Parrotlets: Pacific/Celestial Parrotlet, Blue-winged Parrotlet dan Green-rumped Parrotlet.



4. CONURES
Conures tidak cerewet tentang makanan mereka. Mereka suka diet yang pelbagai dan sebolehnya disediakan dengan makanan yang memberikan pelbagai bentuk, saiz, warna dan tekstur. Pellet berwarna yang datang dalam bentuk yang berlainan lebih digemari berbanding yang biasa. Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu sentiasa menjadi sebahagian daripada diet Conures. Kebanyakan makanan yang baik untuk manusia boleh diberikan kepada Conures namun berhati-hati terhadap makanan yang mengandungi banyak garam, lemak atau gula kerana sistem penghadaman Conures tidak dapat untuk memprosesnya.
Cahaya dan suhu lokasi yang dipilih untuk sangkar burung yang perlu diambil kira sebelum meletakkannya. Suhu yang selesa kepada manusia umumnya selesa untuk Conures juga. Ini kerana Conures memerlukan cahaya matahari secara tidak langsung untuk kekal sihat.
Personaliti Conures adalah aktif, suka bermain, berani dan penyayang. Conures adalah amat berbakat dalam pembelajaran helah dan merupakan makhluk yang amat penyayang dan membuatkan pemiliknya seronok untuk memeliharanya. Sesetengah Conures mampu bergaul dan bersosial dengan sesiapa sahaja manakala ada juga yang hanya jinak dan mahu beraksi dihadapan tuannya sahaja.
Conures bukanlah jenis kakaktua yang mampu mengajuk suara dengan baik dan jika ia mampu pun hanya akan bercakap sepatah atau dua. Adakala suara Conures membingitkan telinga dan sebab itulah pemilihan spesies Conures yang tepat perlu diambil kira bersesuaian dengan kediaman anda. "Suara" mereka tidak jelas jika dibandingkan dengan burung kakak tua yang lebih besar dan selalunya hanya pemiliknya memahami apa yang ia katakan.
Contoh Conures : Sun Conure, Golden/ Queen of Bavaria Conure, Golden-capped Conure, Aztec Conure, Green Conure, Green-cheeked Conure dan Nanday Conure.



5. LOVEBIRDS
Lovebirds adalah haiwan peliharaan yang sangat popular kerana ia tidak mengambil ruang yang banyak dan tidak bising seperti spesies burung kakaktua yang lebih besar. Lovebirds juga agak tahan lasak dan tidak mudah diserang kebanyakan penyakit selagi persekitarannya sentiasa bersih dan diberi pemakananan yang seimbang. Sangkar juga perlu disediakan pada saiz yang betul dengan aksesori seperti bekas makanan dan bekas air yang sesuai, perch (tempat bertenggek) dan mainan. Lovebirds sangat suka bermain dan aktif dan memerlukan tempat yang sesuai dengan sifat dan telatah mereka.
Ia adalah kepercayaan umum yang Lovebirds mesti dipelihara secara berpasangan. Ini sebenarnya tidak benar. Lovebird yang dipelihara secara tunggal membuatkan haiwan peliharaan yang lebih baik kerana ia lebih bonding ( pertalian/hubungan yang erat) dengan pemilik. Walau bagaimanapun, jika pemilik tidak mampu menghabiskan  masa bersama yang kerap dan memberi perhatian yang diperlukan, kehadiran teman daripada spesiesnya akan mengelakkan burung kebosanan dan boleh membuat ia gembira.
Lovebirds boleh dibiakkan sama ada dalam kumpulan yang besar di dalam aviary (sangkar yang bersaiz besar) atau sepasang-sepasang di dalam sangkar pembiakan yang berasingan. Sama ada dipelihara untuk pembiakan atau tidak, pemakananan yang mesti disediakan padanya termasuk makanan segar ,gandum, tongkol jagung, kacang,bijirin, beras perang serta sayur-sayuran. Cuttlebone (tulang sotong) dan air yang banyak juga perlu sentiasa disediakan.
Contoh Lovebirds : Fischer's Lovebird, Masked Lovebird, Black-cheeked Lovebird, Black-winged/Abyssinian Lovebird dan Nyasa/Lilian's Lovebird.



6. LORIKEETS
Lorikeets atau Lori juga adalah keluarga burung kakaktua. Terdapat pelbagai jenis Lorikeets namun ia boleh dibahagikan kepada 2 kategori utama iaitu Lorikeets Australia yang agak kecil dan Lorikeets Tropika yang saiznya lebih besar. Lorikeets adalah burung kakaktua yang suka bermain dan sangat bertenaga. Ia suka makan nektar dan buah-buahan berbanding memakan bijiran pada habitat asalnya. Oleh itu, Lorikeets memerlukan diet yang khusus iaitu campuran madu, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
Lorikeets dikenali sebagai pemakan yang makan dengan berselerak dan agak mengotorkan sangkar dan biasanya akan bersepah dengan najis  mereka yang agak basah. Burung-burung ini memerlukan pemilik rajin yang sanggup membersihkan sangkar setiap hari untuk mencegah jangkitan bakteria. Lorikeets adalah sangat mudah terdedah kepada pencemaran bakteria dan yis daripada makanan dan sangkar mereka.
Jenis Lorikeets yang lebih kecil adakalanya menjadi haiwan peliharaan yang lebih baik kerana perwatakannya yang lebih lembut mereka manakala Lorikeets yang lebih besar sangat pintar dan itu menjadikan ia haiwan peliharaan yang sangat dikehendaki bagi mereka yang mencari burung yang suka bermain dan bertenaga. Lorikeets merupakan Talkers (peniru suara) yang baik tetapi boleh menjadi amat bising kadangkala. Namun tabiat ini boleh dielakkan dengan melatihnya dengan displin yang betul. Lorikeets juga dikenali kerana kehebatannya meniru yang agak luar biasa dan ia sering meniru bunyi perkakasan rumah seperti bunyi telefon , gelombang ketuhar mikro (microwave) dan sebagainya.
Contoh Lorikeets : Red Lory, Rainbow Lorikeet, Rosenberg's Lorikeet, Musk Lorikeet, Perfect/ Olive-headed Lorikeet, Chattering Lory dan Mount Goliath (Papuan) Lorikeet.



7. MACAWS
Sumber sejarah ada mengatakan bahawa Macaws telah disimpan di dalam kurungan (captivity) atau maksud lain dipelihara oleh manusia sejak tahun 1100 selepas masihi. Ini mungkin kerana  kecantikannya yang menyerlah serta karisma personalitinya yang memikat. Terdapat kira-kira 17 spesies Macaws yang boleh didapati di dalam hutan hari ini.
Macaws  hidup lebih lama daripada anjing dan burung. Dengan diet yang sihat, latihan yang baik, peluang untuk bersantai luar daripada sangkar mereka dan perhatian sewajarnya, pemilik Macaws dijamin mempunyai teman hidup yang panjang. Pada permulaan proses membiasakan diri anda dengan Macaws milik anda kemungkinan agak sukar tetapi ikatan yang amat erat terjalin selepas itu akan menjadikan susah payah anda dalam melayani dan memahami mereka amat berbaloi.
Macaws mempunyai kecenderungan menjerit dengan suara yang terlalu kuat dengan suara yang mempu kedengaran pada jarak yang jauh. Selain itu Macaws umumnya burung yang mempunyai pelbagai ragam dan menuntut perhatian yang khusus daripada anda. Ini adalah mengapa keputusan untuk mempunyai Macaws sebagai binatang peliharaan di rumah perlu difikir sedalam-dalamnya. Ianya burung yang menunjukkan satu tahap kecerdasan yang tinggi melalui tingkah laku mereka dan memerlukan stimulasi intelek yang berterusan untuk memenuhi rasa ingin tahu semula jadi mereka. Kebosanan bagi mereka kadang-kadang  diluahkan dengan reaksi menjerit atau  mengunyah pelbagai objek.
Diet Macaws  terdiri daripada hidangan buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Suplemen diet seperti vitamin adalah penting untuk kesihatan berpanjangan.. Pilihan makanan tambahan termasuk sedikit bahagian pasta, ayam belanda yang dimasak, atau paha ayam direbus dan salad adalah adalah menjadi kegemaran Macaws.
Contoh Macaws: Blue & Gold/ Blue & Yellow Macaw, Scarlet Macaw, Green-winged/ Red & Green Macaw, Military Macaw, Chestnut-fronted/Severe Macaw, Spix Macaw dan Hahn's/ Red-shouldered Macaw.



8. AMAZONS
Kakaktua Amazons popular kerana kebolehan vokal yang luar biasa, sangat suka bermain dan ketangkasan kaki mereka. Sesetengah jenis mempunyai suara garau dan suara rendah tetapi kebanyakkan jenis Amazons mampu meniru suara yang sama seakan manusia. Mereka boleh menggunakan alunan yang berbeza dan jarang sekali berbunyi dalam nada yang sama. Keupayaan luar biasa Amazons meniru bunyian atau suara tanpa latihan yang formal adalah satu keajaiban.
Bagi mereka yang ingin untuk mempunyai jenis burung kakaktua yang petah bercakap, si Amazons yang petah perlu dalam senarai perhatian anda sebagai burung yang ingin dipelihara. Tiga jenis kakaktua Amazons yang paling popular adalah Double-Yellow Heads, Yellow-Napes dan Blue-Fronts. Ianya agak sukar untuk melabelkan yang mana lebih betah dan petah antara jenis-jenis itu kerana keupayaan antara mereka hampir sama. Amazons sangat suka pada muzik dan mampu menyanyikan lagu-lagu dengan lengkap termasuk mengingati semua perkataan dalam nada yang sempurna.
Amazons memerlukan sangkar yang sama ada segi empat sama atau segi empat tepat. Sangkar bulat tidak digalakkan. Bar harus cukup tebal untuk menghalang Amazons daripada menggigit. Kunci yang bersesuaian sangat diperlukan kerana burung ini cepat belajar bagaimana untuk membuka sangkar mereka. Amazons lebih gemar memanjat daripada terbang dan oleh itu bar melintang atau permainan yang sesuai perlu disediakan supaya sesuai dengan naluri semulajadi mereka. Sangkar itu seeloknya diletakkan di bawah paras mata pemilik untuk memberi kelebihan kepada pemilik mengambil peranan sebagai dominan(sifat mengawal dan mengetuai). Saiz minimum bagi sangkar harus 21 "x 21 'x 27" atau cukup besar untuk burung untuk mengepak sayap tanpa menyentuh tepi sangkar.
Amazons memerlukan Vitamin A dalam dietnya dan ini perlu dibekalkan melalui makanan yang kaya dengan Vitamin A dalam diet mereka. Ini termasuk sayur-sayuran berdaun hijau gelap dan sayur-sayuran kuning seperti lobak merah, jagung dan sari buah buahan. Pemilik juga perlu menyediakan pellet dan sedikit kuaci namun kuaci daripada biji bunga matahari tidak digalakkan. Amazons adakalanya memprotes dengan menggigit pemiliknya kerana tidak memberi makan kepada mereka pada masa yang ditetapkan.
Contoh Amazons : Blue-fronted/ Turquoise-fronted Amazon, Orange-winged Amazon, Green-cheeked/ Red-crowned Amazon, Honduras (Yellow-naped) Amazon, Red-lored Amazon dan Tucuman Amazon.



9. COCKATOOS
Cockatoos mempunyai paruh bercangkuk yang agak kuat, lidah berisi tebal dan pendek dan kaki yang kuat . Cockatoos adalah satu-satunya burung kakak tua yang mempunyai crests  iaitu  bulu panjang di atas kepala yang boleh dinaikkan atau diturunkan.
Kebanyakan Cockatoos adalah putih tetapi ada yang juga yang berwarna merah jambu atau kuning serta mempunyai crests dalam warna-warna lain. Di dalam hutan, Cockatoos biasanya terbang berkelompok dalam kumpulan yang kecil dari satu puncak pokok ke puncak pokok yang lain. Ia memakan buah-buahan, bijian dan kekacang. Beberapa spesies Cockatoos boleh dijinakkan tetapi hanya sedikit yang boleh diajar untuk bercakap.
Terdapat kira-kira 17 spesies Cockatoos dan saiznya adalah diantara 12" ke 27" panjang. Cockatoos burung yang sesuai untuk orang dewasa, ini disebabkan oleh beberapa masalah tingkah laku yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun dengan ilmu dan pengetahuan yang cukup kes tingkah lakunya yang buruk boleh dielakkan. Antara masalah tingkah laku sesetengah jenis kakaktua Cockatoos adalah menjerit dengan amat kuat. Cockatoos mungkin yang mempunyai suara yang paling lantang berbanding jenis burung kakaktua yang lain. Mereka suka menjerit, seolah-olah untuk menunjukkan kegembiraan atau keresahan tertentu. Cockatoos yang bersaiz kecil agak lebih tenang termasuk tabiat menjeritnya juga kurang berbanding yang bersaiz besar.
Kebanyakan Cockatoos suka mandi terutama dengan kaedah semburan. Semburan dengan alat penyembur menghasilkan kabus halus dan ia bagi burung seolah-olah rintik hujan yang jatuh. Adakalanya Cockatoos lebih suka bahawa pemilik menyembur mereka secara langsung sehingga mereka benar-benar  basah. Ia adalah ideal untuk sentiasa untuk klipkan sayap mereka dan memotong kukunya.
Contoh Cockatoos : Sulphur-crested Cockatoo, Umbrella/White Cockatoo, Goffin's Cockatoo/Tanimbar Corella, Cockatiel dan  dan Palm/ Goliath Cockatoo.



10. CAIQUES
Saiz burung kakaktua ini adalah kecil tetapi berat. Badannya agak padat dan gempal dengan dada seakan tong, pendek dan ekornya berbentuk persegi. Purata berat seekor Caiques dewasa adalah kira-kira 150-175 gram dan purata  jangka hayatnya ialah 30 tahun. Mereka mempunyai sayap seakan span dan sempit yang bersesuaian dengan berat badan mereka dan ini bermakna ia bukanlah jenis kakaktua yang mampu membuat penerbangan jarak jauh. Caiques mempunyai kecenderungan untuk hidup berkumpulan dan menghabiskan bersama-sama di puncak pokok pada habitat semula jadi mereka. Suara dan interaksi lisan antara mereka boleh dikatakan agak kuat.
Keupayaan Caiques bercakap tidaklah benar-benar membanggakan tetapi apabila mereka bercakap sudah cukup baik untuk difahami, lebih-lebih lagi jika mendengar dalam kedudukan jarak yang rapat atau dekat dengannya. Suara mereka kecil dan nada tinggi seakan sama seperti Budgies . Mereka dengan mudah belajar bersiul irama muzik dan sememangnya menunjukkan kelebihan dalam meniru bunyi siulan.
Caiques tiada keperluan diet yang khas. Pellet yang ditambah dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain yang sama dengan jenis-jenis burung kakaktua lain akan memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Ia adalah disyorkan untuk memberi sayuran yang mempunyai batang hijau kerana ia merupakan kesukaan Caiques sebab ia sangat gemar mengunyah.
Perangai yang sukar dipisahkan daripada kakaktua Caiques adalah amat gemar bermain dan ia melakukan ini dengan penuh tenaga dan semangat yang tinggi. Badan Caiques yang montok itu sangat secocok atau sesuai dengan aktiviti harian mereka seperti mendaki, bergayut, berpusing-pusing, bergantungan, melompat seperti arnab dan pelbagai aksi lagi. Mereka mempunyai keinginan untuk dimanja dan dibelai lebih daripada spesies kakaktua yang lain.
Contoh Caiques : White-bellied Caique, Yellow-thighed Caique dan Black-headed Caique.



11. POICEPHALUS
Burung kakaktua Poicephalus bersaiz kecil hingga sederhana. Burung kakaktua ini mempunyai paruh yang kukuh dan kuat serta badannya agak gempal. Kebanyakkan kakaktua Poicephalus berasal daripada negara-negara Afrika.
Jenis burung kakaktua Poicephalus biasanya mempunyai kualiti yang sangat ingin belaian kasih saying dan bersifat keanak-anakan. Mereka mempunyai potensi untuk berkelakuan  sangat baik dan bijak bersosial. Burung kakak tua Poicephalus tidak bising dan mempunyai suara garau dan semestinya mereka tidak menjerit untuk menarik perhatian. Kebanyakan dapat bercakap dengan  sangat baik dan kemampuan memorinya untuk menghafal hampir seratus patah perkataan. Suara mereka agak serupa dengan suara simulasi komputer tetapi sudah cukup untuk difahami.
Burung aktif seperti burung kakaktua Poicephalus memerlukan pelbagai mainan untuk hiburan. Sebagai burung yang dibela seekor sahaja, permainan dan layanan sepatutnya sudah cukup memenuhi keperluan dan kegembiraan mereka. Mereka tidak memerlukan pasangan atau rakan burung yang lain bagi membuat mereka ceria dan gembira.
Sesuatu yang menarik adalah walaupun ditinggalkan sendirian untuk beberapa hari, kakaktua Poicephalus tidak menunjukkan kecenderungan ke arah masalah tingkah laku. Ini tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa mereka tidak perlu berinteraksi dengan pemiliknya. Sama seperti  burung kakaktua yang lain, ia masih memerlukan perhatian dan belaian tetapi bezanya ianya lebih sabar sekiranya tidak dilayan jika anda sibuk. Walaubagaimanapun, masa berinteraksi dengan penjaga mereka perlu dilakukan secara tetap contohnya setiap jam 6 petang iaitu ketika pulangnya pemilik daripada tempat kerja. Poicephalus yang diabaikan akan menjadi lebih suka tinggal dalam sangkar dan enggan keluar darinya (cage bound) dan anti-sosial.
Diet kakaktua Poicephalus harus mengandungi campuran biji benih bersaiz kecil dan besar. Ia juga hendaklah ditambah dengan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Diet yang baik, udara yang segar, ruang sangkar yang selesa ditambah dengan persekitaran yang bahagia merupakan idea terbaik untuk mengekalkan Poicephalus sentiasa kekal sihat dan gembira.
Contoh Poicephalus : Senegal Parrot, Meyer's Parrot, Red-bellied Parrot, Brown-headed Parrot, Ruppell's Parrot, Jardine's Parrot dan Cape Parrot.



12. PIONUS
Apa yang membezakan burung kakaktua Pionus daripada saudara-mara dari jenis kakaktua yang lain  adalah ia bersaiz sederhana (di pertengahan antara saiz Amazons dan saiz Caiques) dan terdapat bulu pelepah berwarna merah di bawah ekor mereka. Pelepah yang berwarna terang di bawah ekornya ini satu ciri utama kesemua lapan spesies dan sub-spesies Pionus. Walaupun warna dan kecerahan warnanya berbeza antara spesies, melihat dengan teliti di bawah ekor burung kakaktua Pionus membuatkan kita dapat membezakan dengan mudah berbanding jenis yang lain.
Pionus merupakan burung kakaktua yang amat sesuai dipelihara sama ada bagi kanak-kanak atau orang dewasa. Mereka mempunyai sifat yang lembut, berkarakter agak lucu dan sangat suka didekati manusia. Mereka boleh belajar bercakap beberapa perkataan tetapi personalitinya yang menyenangkan sebenarnya telah menjadikan mereka burung kakaktua yang hebat.
Pemakanan yang seimbang untuk Pionus terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran segar,campuran benih yang berkualiti tinggi dan pellet burung kakaktua komersial. Penukaran air minuman dua kali sehari atau apabila air sudah tercemar atau keruh adalah langkah yang perlu dalam mengekalkan burung kakaktua yang sihat. Makanan yang kaya dengan vitamin A seperti ubi keledek yang dimasak amat disyorkan.
Contoh Pionus : Blue-headed Pionus, Bronze-winged Pionus, Coral-billed/Red-billed Pionus, Plum-crowned/ Speckle-faced Pionus, White-headed/ Speckle-faced Pionus dan Scaly-headed/Maximilian's Pionus.



Mencari ilmu tentang burung kakaktua sebelum membawanya ke dalam hidup anda adalah penting untuk menyelesaikan masalah yang bakal berlaku. Hanya orang yang benar-benar komited seeloknya memelihara burung kakaktua kerana ia adalah haiwan yang memerlukan perhatian daripada anda . Janganlah membelinya hanya kerana minat sementara kerana jangka hayatnya agak lama. Diharap info yang diberi dapat membantu anda dalam mendapat gambaran awal dan info asas mengenai burung kakaktua.






ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI