KAMI GENG SUKA IKAN KELI

MIDO~my lovely Ferret






Salam perkenalan buat semua.Namaku Mido dan aku seekor Ferret. Tentu ada yang tertanya apakah ia haiwan yang bernama Ferret itu? Adakalanya ketika di bawa berjalan oleh tuan ku,acapkali aku dikelilingi manusia yang terpesona dengan keletahku.Pelbagai soalan yang diajukan. “ Eh,musangkah ini?”, “Ini spesies memerang ya?”, “Gigit tak?” adalah antara rentetan soalan yang sering diutarakan.

Aku adalah Ferret, bukan musang dan bukan juga memerang. Rujukan nama saintifik bagi jenisku adalah “Mustela Putorious Furo”. Ayuh!, mari kuceritakan serba sedikit mengenai diriku.

Profil

Ferret adalah haiwan bersaiz purata 15 inci panjang.Jika diberi penjagaan yang baik, Ferret mampu hidup sehingga 9 tahun. Digolongkan dalam kumpulan mamalia dan warna tipikal bagi ferret adalah perang, putih kekuningan,hitam serta campuran warna tersebut. Ferret betina dikenali sebagai Jills manakala yang jantan dikenali sebagai Hobs. Bagi anak Ferret yang masih menyusu pula dikenali sebagai Kits.

Ferret adalah haiwan yang amat penyayang dan bijak di mana sangat suka bermain dan meneroka persekitaran sekeliling. Keseronokkan dan kelucuan adalah sifat yang boleh dikaitkan dengan karektor Ferret.Memerlukan masa minimum 2-4 jam sehari untuk bermain,bersosial atau meneroka. Ini adalah bagi mengelakkan tekanan atau kemurungan di dalam sangkar.

Sifat dan Perangai

Karnivor

Ferret bukan rodensia (merujuk kepada mamalia yang mempunyai 2 batang gigi kacip yang memanjang dari rahang atas ke bawah) dan merupakan haiwan karnivor.Ferret tidak dapat hidup dalam masa yang lama sekiranya tiada sumber daging dalam diet yang diberi. Makanan pellet anak kucing yang berada di pasaran adalah pilihan makanan yang baik untuk diberikan.Ini adalah kerana kandungan protein dalam makanan anak kucing adalah lebih tinggi berbanding dengan makanan kucing dewasa.

Menyeronokkan dan Penyayang

Bersifat ingin tahu,aktif dan gemar bermain adalah cirri-ciri seekor Ferret. Sering menjadikan manusia,kucing atau anjing sebagai rakan sepermainan. Ferret mempunyai naluri pemangsa,justeru itu elakkan Ferret bermain bersama-sama dengan hamster, arnab,burung atau haiwan yang lebih kecil darinya.

Suka Bergaul

Sejenis haiwan yang sangat suka bersosial atau bergaul.Ferret akan mengeluarkan isyarat sekiranya tidak mahu diganggu dengan mengeluarkan bunyi desiran. Di saat Ferret benar-benar ceria satu gerakan tarian tersendiri(berbeza antara satu Ferret dengan Ferret yang lain.) akan dipersembahkan atau ditarikan. Gerakan tarian ini juga dikenali sebagai “ tarian perang weasel(musang)”.Sewaktu tarian ini, mulut Ferret akan ternga-nga dan melompat lompat keriangan.Gelagat mencuitkan hati ini amat menarik perhatian pada sesiapa yang melihatnya.

Tidur

Boleh tidur sehingga 15-20 jam sehari.Sangat aktif apabila bangun daripada tidur.Ferret haiwan yang rela mengorbankan masa tidurnya untuk bermain dengan manusia.

Gigitan

Ferret menggunakan gigitan sebagai satu bentuk komunikasi,mendandan,bersosial,mempertahankan diri serta memburu.Namun begitu,Ferret yang dipelihara perlu dilatih yang gigitan “manja” terhadap manusia adalah satu perlakuan sosial yang tidak diterima.Sebagai haiwan yang amat bijak,Ferret mudah menerima disiplin yang diterapkan oleh pemiliknya.

Latihan Tandas

Letakkan bekas membuang najis di sudut sangkar dan Ferret akan hanya membuang najis di situ sahaja. Ferret bukan jenis haiwan yang akan membuang najis merata-rata.

Permainan

Sediakan permainan yang bersesuaian dengan Ferret seperti bola getah yang boleh mengeluarkan bunyi. Satu tips untuk permainan yang murah dan mudah adalah beg plastik.Ferret amat gemar bermain dengan beg plastik. Pemantauan daripada pemilik ketika Ferret bermain dengan mainan adalah perlu bagi mengelakkan hal-hal yang tidak diingini.

Bau

Ada yang menyatakan bau Ferret agak kuat.Terdapat juga persepsi yang menyatakan Ferret hanya boleh dimandikan 2 kali dalam setahun kerana jika kerap dimandikan,Ferret akan menjadi bertambah berbau kerana penghasilan minyak pada bulunya.Perkembangan mutakhir.menyaksikan masalah itu dapat diatasi.Ini kerana produk terkini di pasaran sudah wujud syampoo serta pewangi khas untuk Ferret. Dengan harga RM 80.00 anda sudah boleh memiliki kedua-dua produk tersebut.Apa yang membezakan produk khas untuk Ferret adalah ia meneutralkan bau bukan menyahkan bau Ferret dengan bau pewangi. Kaedah ini lebih berkesan dan risiko iritasi juga dapat dielakkan.

Persekitaran

Sangkar

Sebagai haiwan yang suka meninjau serta meneroka,sangkar yang bersesuaian adalah yang mempunyai pelbagai tingkat.Pengudaraan yang bersesuaian juga perlu dititikberatkan.Elakkan meletak sangkar di tempat yang terus mendapat sinaran cahaya matahari. Sangkar perlu diletakkan di tempat yang teduh dan nyaman.

Nutrisi

Makanan Utama

Pilih makanan yang mempunyai kadar protein yang tinggi, tinggi lemak serta yang rendah karbohidrat sebagai sajian utama Ferret. Minimum nisbah 36% protein, 22 % lemak dan 2% fiber adalah panduan nisbah dalam pemberian makananan.

Air

Ferret minum dengan kuantiti yang banyak.Oleh itu sentiasa sediakan air minuman yang bersih terhadap Ferret. Bagi menjamin kebersihan air yang disediakan, penukaran air perlulah diganti setiap hari.

Makanan yang perlu dielakkan

Elakkan memberi Ferret dengan makanan yang manis,makanan anjing,makanan bergaram,makanan berasaskan susu atau keju, sayuran,buahan,tulang serta kacang. Sistem penghadaman Ferret tidak boleh mencerna dengan sempurna terhadap makanan-makanan yang dinyatakan.

Begitulah serba sedikit mengenai diriku. Diharapkan informasi yang aku paparkan dapat membuat orang ramai di luar sana lebih mengenaliku. Cuma satu pesananku, aku bukanlah haiwan di dalam sangkar, aku gemar bermain. Sesiapa yang berhajat mengambil makhluk bernama Ferret sebagai haiwan kesayangan pastikan luangkanlah masa bermain main dengan kami.

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails

THE OLD FREES

THE OLD FREES
There was an error in this gadget

KELI OH KELI