KAMI GENG SUKA IKAN KELI

KAYU DRUM KELI



5 ASAS PERMAINAN DRUM

Pada asasnya terdapat lima jenis drum stroke iaitu stroke asas, rim shot, rim tap , dead sticking dan flam. Kelima-lima stroke ini berkaitan dengan cara pukulan kayu pada snare drum. Berikut ialah penjelasan yang lebih terperinci tentang stroke-stroke berkenaan.


1. Stroke asas

Memukul drum head dengan kayu drum untuk mengeluarkan bunyi snare yang bersih. Stroke jenis ini sesuai untuk lagu-lagu sentimental dan tidak mengkehendakkan powerplay daripada drummer. Pukulan mestilah dibuat ditengah-tengah snare drum.


2. Rim-shot

Kayu dipukul di antara drum head dengan rim menghasilkan bunyi yang agak bingit untuk menghasilkan groove drummer.Selalunya lagu yang mempunyai ciri-ciri groove funky , latin dan juga hard rock menggunakan teknik ini di dalam lagu yang dimainkan.


3. Rim Tap

Apabila kita memainkan rentak 8 beat atau 16 beat dalam sesebuah lagu Rim Tap banyak sekali digunakan . Rim Tap dimainkan pada bahagian verse awal sesebuah lagu untuk menimbulkan suasana tenang dan apabila tiba bahagian korus barulah drummer akan memainkan snare.


4. Dead sticking

Pukulan padu untuk lagu-lagu Heavy Metal dan Punk Metal.


5.Flam

Satu lagi teknik ketukan yang menarik ialah flam. Caranya ialah dengan mengetuk dengan menggunakan kedua-dua tangan hampir serentak. Untuk teknik ini sebelah tangan berada rendah dan dekat dengan kulit drum dan yang satu lagi tinggi sedikit. Apabila kita mengetuk serentak. Kayu yang rendah (grace note akan tiba dulu dan kayu yang tinggi(Accent note )akan tiba lewat sedikit. Bunyi yang terhasil tidak serentak dan ini yang dinamakan flam. Stroke ini sangat bagus dan seringkali digunakan oleh kebanyakan drummer dalam fill in dan solo mereka.


* Teknik Wire Brush
Teknik ini tidak menggunakan Kayu Drum tetapi sebaliknya menggunakan wire Brush . Digunakan dalam lagu-lagu berentak Jazz dan Shuffle.

* Bila berjumpa balik rakan yang bermain muzik bersama baru2 ini...tiba2 terasa rindu pulak nk jamming...mad!entry ni untuk hang...p praktis balik p...hahaha!

JAM IKAN KELI



HARGAI NIKMAT MASA-Isilah masa lapangmu

Khusus buat ingatanku dan rakan-rakan, gunakanlah masa lapang yang diberi oleh Allah untuk memberi manfaat kepada agamamu. Jangan sia-siakannya kerana masa lapang itu adalah nikmat yang perlu disyukuri. Rasulullah telah bersabda:

Dua nikmat di antara nikmat-nikmat Allah yang kebanyakan manusia kabuli mata melihatnya; iaitu masa sihat dan masa lapang. (Riwayat Bukhari)

Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebut :

“Masa kekosongan tidak akan berkekalan. Di masa kekosongan pasti diisi dengan perkara yang baik atau yang jahat, kerana seseorang itu di waktu kosong dia akan berfikir samada perkara yang baik atau buruk. Oleh itu sungguh beruntung seorang yang yang membuat pengisian di masa kosongnya dengan memikirkan pekerjaan baik. Celakalah pula terhadap mereka yang mengisi masa kekosongannya dengan memikirkan perkara yang jahat dan buruk.”

Ayuh golongan belia, kita hiasi masa di dalam kehidupan yang sementara ini dengan melibatkan diri melalui aktiviti-aktiviti keagamaan, kemasyarakatan, keilmuan, kesukanan, kepemimpinan, kesenian dan lain-lain lagi aktiviti positif yang berlandaskan syarak bagi menggilap potensi diri agar cinta dan bertanggungjawab kepada agama, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Rebutlah peluang ini sekarang sebelum terlambat. Ingatlah hadis nabi s.a.w yang berbunyi:

Dapatkan saham keuntungan dalam masa lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain:

  1. i. Masa kamu hidup sebelum kamu mati
  2. ii. Masa kamu sihat sebelum kamu sakit
  3. iii. Masa kamu lapang sebelum kamu sibuk
  4. iv. Masa kamu muda sebelum kamu tua
  5. v. Masa kamu senang sebelum kamu papa.

(Riwayat al-hakim dan al-Baihaqi)

Bumi bergerak sejauh 30km sesaat. Fakta ini menyedarkan kita bahawa, sesaat meninggalkan kita bermakna makin jauh kita daripada keadaan asal. Ironinya, semalam yang jauh meninggalkan kita akan menyebabkan kita rindu untuk kembali semula ‘kepangkuannya’. Ibarat rindu seorang anak yang terpaksa berjauhan dengan ibu dan ayahnya. Namun bezanya, rindu si anak itu mampu diubati dengan kembali semula bertemu ibu dan ayahnya, tetapi rindu akan memori indah semalam tidak mungkin diputar semula dan ia akan kekal menjadi sebahagian daripada sejarah hidup.


ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails

THE OLD FREES

THE OLD FREES
There was an error in this gadget

KELI OH KELI